STPM Pengajian AM – Contoh Kerja Kursus Penggal 2

Sekadar contoh kerja kursus. Tajuk Pengajian Am STPM: Alam sekitar. Termasuk : Abstrak / Kandungan / Penghargaan / Pengenalan / Objektif Kajian / Lokasi Kajian / Metodologi Kajian / Dapatan Kajian dan Perbincangan / Rumusan / Rujukan. For reference purposes only.

STPM Pengajian AM Kerja Kursus (Penggal 2)

  • Tajuk STPM Pengajian AM 2017/2018 : Alam sekitar – Drive 1
All | p. 1 | p. 2 | p. 3 | p. 4 | p. 5 | p. 6 | p. 7 | p. 8 | p. 9 | p. 10 | p. 11 | p. 12 | p. 13 | p. 14 | p. 15 | p. 16 | p. 17 | p. 18 | p. 19 | p. 20 | p. 21 | p. 22 | p. 23 | p. 24 | p. 25 | p. 26 | p. 27 | p. 28 | p. 29 | p. 30 | p. 31 | p. 32 | p. 33 | p. 34 | p. 35 | p. 36 | p. 37 | p. 38 | p. 39 | p. 40 | p. 41 | p. 42 | p. 43 | p. 44 | p. 45 | p. 46 | p. 47 | p. 48 | p. 49 | p. 50 | p. 51

p. 1

1
PENGURUSAN SISA BUANGAN YANG TIDAK SISTEMATIK DAN
IMPAKNYA KEPADA KUALITI KEHIDUPAN PENDUDUK DI TAMAN
JAYA MAS, JOHOR BAHRU, JOHOR.
ABSTRAK
Kajian ini dijalankan untuk mengkaji pengurusan sisa buangan yang tidak
sistematik dan impaknya kepada kualiti kehidupan penduduk di Taman Jaya Mas,
Johor Bahru, Johor. Objektif kajian ini adalah untuk mengkaji punca-punca
pengurusan sisa buangan yang tidak sistematik dan mengenal pasti kesan-kesan
pengurusan sisa buangan yang tidak sistematik di Taman Jaya Mas, Johor Bahru,
Johor. Taman Jaya Mas, Johor Bahru, Johor dipilih sebagai lokasi kajian kerana
aduan tentang pengurusan sisa buangan yang tidak sistematik semakin bertambah
dalam kalangan penduduk. Kaedah persampelan, pengumpulan data melalui soal
selidik dan temu bual, pemerhatian serta rujukan telah digunakan. Seramai 30 orang
responden dipilih secara rawak mudah untuk menjawab soal selidik dan 3 orang
informan ditemu bual oleh pengkaji. Data kajian dianalisis menggunakan kaedah
kuantitatif dan kualitatif. Dapatan kajian menunjukkan aspek dominan punca
pengurusan sisa buangan yang tidak sistematik ialah aspek sikap penduduk manakala
aspek utama untuk kesannya merupakan aspek kualiti hidup penduduk.
Kesimpulannya, pengkaji berharap keadaan pengurusan sisa buangan yang tidak
sistematik dapat diperbaiki untuk meningkatkan kualiti kehidupan penduduk Taman
Jaya Mas, Johor Bahru, Johor.
(150 patah perkataan)

p. 2

2
KANDUNGAN
Bilangan Butiran Muka Surat
1 Abstrak 1
2 Kandungan 2
3 Penghargaan 3
4 Pengenalan 4 - 7
5 Objektif Kajian 8
6 Lokasi Kajian 9 - 12
7 Metodologi Kajian 13 - 18
8 Dapatan Kajian dan Perbincangan 19 - 47
9 Rumusan 48 - 50
10 Rujukan 51
11 Lampiran -

p. 3

3
PENGHARGAAN
Syukur kepada Tuhan kerana saya dapat melaksanakan kerja kursus Pengajian
Am 900/4 yang bertajuk “Pengurusan Sisa Buangan yang Tidak Sistematik dan
Impaknya kepada Kualiti Kehidupan Penduduk di Taman Jayamas, Johor Bahru,
Johor” dengan sempurna. Saya telah menerima bantuan dan kerjasama daripada
pelbagai pihak semasa melaksanakan kajian ini. Saya merakamkan setinggi-tinggi
penghargaan dan ucapan terima kasih kepada mereka.
Ucapan terima kasih kepada pihak pentadbir sekolah, Encik Mohd Hanafi Bin
Samad sebagai pengetua SMK Dato’ Jaafar kerana memberi sokongan dan kebenaran
kepada saya untuk melaksanakan kerja kursus ini dalam tempoh masa yang
ditentukan.
Dalam usaha menjayakan kerja kursus ini, saya ingin mengucapkan ribuan
terima kasih kepada guru Pengajian Am saya iaitu Puan Aminah Binti Hamid. Beliau
telah meluangkan masa dalam memberi tunjuk ajar dan membimbing saya untuk
menyempurnakan kerja kursus ini, selain memberikan semangat kepada saya untuk
menjalankan tugasan ini dengan sebaik-baiknya. Saya juga ingin mengucapkan
terima kasih kepada semua guru yang telah memberi nasihat dan galakan kepada saya
sepanjang penghasilan kerja kursus ini.
Seterusnya, tidak melupakan permata hati dan pengarang jantung iaitu ibu dan
bapa saya. Jutaan terima kasih dirakamkan kepda mereka kerana memberi sokongan
moral dan semangat yang kukuh kepada saya bagi menyiapkan tugasan ini.
Penghargaan kepada rakan-rakan seperjuangan yang sudi memberi komen, idea bagi
membantu saya menyiapkan tugasan ini. Saya ingin menghulurkan ucapan terima
kasih kepada semua responden saya kerana sudi meluangkan masa menjawab soal
selidik dan temu bual.
Akhir kata, seikhlas tulus kata terima kasih kepada semua pihak yang telah
membantu saya secara langsung dan tidak langsung dalam menjayakan kerja kursus
ini. Jasa anda semua amat dihargai oleh saya.

p. 4

4
1.0 PENGENALAN
Definisi pengurusan menurut Kamus Dewan Edisi Keempat ialah perbuatan atau
perihal mengurus sesuatu. Menurut Kamus Dewan Edisi Keempat perkataan sisa
bermaksud apa-apa yang tertinggal, baki, reja dan lebihan sesuatu dan buangan
merupakan sesuatu yang dibuang. Perkataan sistematik bermaksud berasaskan atau
menurut sistem dan pengetahuan mengenai sesuatu sistem menurut Kamus Dewan
Edisi Keempat. Oleh itu, pengurusan sisa buangan yang tidak sistematik ialah
pemungutan, pengangkutan, pemprosesan, pengitaran semula atau pembuangan, dan
pengawasan bahan sisa buangan yang tidak berasaskan sistem yang sepatutnya.
Menurut Kamus Dewan Edisi Keempat kualiti didefinisikan sebagai peringkat
kebaikan atau nilai sesuatu dan darjah kecemerlangan, biasanya tinggi dan bermutu.
Selain itu, perkataan kualiti juga merujuk kepada keadaan sesuatu benda dan buruk
baik sesuatu. Kehidupan ialah keadaan atau perihal hidup menurut Kamus Dewan
Edisi Keempat.
Terdapat satu jabatan di Malaysia yang bertanggungjawab terhadap pengurusan
sisa buangan iaitu Jabatan Pengurusan Sisa Pepejal Negara. Akta-akta yang berkaitan
dengan jabatan ini termasuklah Akta Pengurusan Sisa Pepejal dan Pembersihan
Awam 2007 (Akta 672), Akta Perbadanan Pengurusan Sisa Pepejal dan Pembersihan
Awam 2007 (Akta 673), Akta Kerajaan Tempatan (Pindaan) 2007 (Akta A1311),
Akta Jalan, Parit dan Bangunan (Pindaan) 2007 (Akta A1312) dan Akta Perancangan
Bandar dan Desa (Pindaan) 2007 (Akta A1313). Akta-akta ini dikuatkuasakan supaya
semua orang tidak melakukan pengurusan sisa buangan yang tidak sistematik.
Namun, masih ada sebahagian penduduk di Taman Jaya Mas, Johor Bahru tidak
mempedulikan akta-akta yang sedia ada. Oleh itu, kajian ini dilaksanakan untuk
mengenal pasti punca-punca dan mengkaji kesan-kesan pengurusan sisa buangan
yang tidak sistematik di Taman Jaya Mas, Johor Bahru, Johor.
Satu kajian "Masyarakat dan amalan pengurusan sisa pepejal ke arah kelestarian
komuniti: Kes isi rumah wanita di Bandar Baru Bangi, Malaysia" telah dilaksanakan
oleh Hasnah Ali, Dody Dermawan, Noraziah Ali, Maznah Ibrahim dan Sarifah
Yaacob pada tahun 2012. Melalui kajian ini kita mendapat maklumat bahawa sistem
pengurusan sisa pepejal di Malaysia dari pengumpulan sehinggalah kepada tempat

p. 5

5
pelupusan dan proses pelupusan menelan belanja yang cukup besar. Jumlah isi padu
sisa pepejal yang kian meningkat dari semasa ke semasa memerlukan suatu
pendekatan baru sama ada dari segi teknologi ataupun sistem pengurusannya. Kajian
ke atas isi rumah wanita di Bandar Baru Bangi ini mendapati majoriti responden
bersedia membayar caj lebih mahal berbanding yang sedia ada. Kesediaan membayar
caj pengurusan sisa (WPT) didapati mempunyai kaitan dengan umur dan pendapatan
tetapi tidak dengan tingkat pendidikan. Implikasi polisi daripada kajian ini adalah
kerajaan perlu melakukan kempen secara besaran dan berkesan untuk mengubah
paradigma bahawa tanggungjawab dan masalah sisa pepejal adalah tanggungjawab
bersama bukan hanya kerajaan atau lebih bersifat dari masyarakat kepada kerajaan
(bottom-up). Implikasi yang lain adalah kerajaan perlu mengenakan dasar subsidi
silang terhadap masyarakat yang berpendapatan tinggi kepada masyarakat
berpendapatan rendah terhadap caj yang dikenakan dalam pengurusan sisa pepejal
sehingga terjadi keseimbangan yang diinginkan oleh kerajaan dan masyarakat dalam
mencapai pengurusan sisa pepejal yang lebih baik. Pengurusan sisa pepejal yang
cekap dan berkesan terhadap sebuah masyarakat mampu membawa masyarakat
tersebut ke arah pembangunan lestari.
Menurut kajian yang dilakukan oleh Muhamad Azahar Bin Abas pada Januari
tahun 2013 iaitu "Pelupusan Sisa Pepejal: Kajian Sistem Kitar Semula Satu Aliran Di
Pusat Pengajian Sains Matematik Dan Sains Komputer (Bangunan G31), Universiti
Sains Malaysia, Pulau Pinang", institusi pengajian tinggi merupakan antara
penyumbang utama kepada peningkatan kuantiti sisa pepejal. Oleh itu, inisiatif kitar
semula merupakan satu pendekatan yang sesuai untuk mengurangkan sisa pepejal
yang dilupuskan di institusi pengajian tinggi. Namun program kitar semula yang
dilaksanakan di Institusi Pengajian Tinggi Malaysia tidak menunjukkan kesan dan
hasil yang diharapkan. Hal ini kerana dipengaruhi oleh kaedah dan sistem kitar
semula yang digunakan. Kebanyakan pengkaji bersetuju penggunaan sistem atau
pendekatan kitar semula yang boleh memberikan kemudahan dan keselesaan kepada
masyarakat merupakan salah satu faktor penting yang mempengaruhi kejayaan
program kitar semula.
Aslina Ismail dan Haliza Abdul Rahman telah melakanakan kajian “Pengetahuan
dan Amalan Pengurusan Sisa Pepejal dalam Kalangan Masyarakat di Taman Mesra

p. 6

6
dan Taman Bakti Kota Bharu, Kelantan” pada tahun 2015. Berdasarkan analisis
kajian, tahap kesedaran masyarakat terhadap pengurusan sisa pepejal adalah
sederhana dan perlu dipertingkatkan demi meminimumkan penjanaan sisa pepejal
dan meningkatkan aktiviti kitar semula dalam usaha mengurangkan kuantiti sisa
pepejal yang perlu dihantar ke tapak pelupusan. Hal ini kerana, kos pengurusan sisa
pepejal dari peringkat pengutipan, pengumpulan, pengangkutan sampah hingga ke
tahap pelupusan, sangat tinggi. Maka, kuantiti sisa pepejal khususnya sampah
domestik perlu dikurangkan bagi mengurangkan perbelanjaan kerajaan. Bagi
mengurangkan penghasilan sisa pepejal, kempen kesedaran untuk mendidik dan
mendisplinkan masyarakat harus dipertingkatkan. Antara yang boleh dilakukan ialah
menggalakkan masyarakat melaksanakan 3R kerana 3R berupaya mengurangkan
penjanaan sampah pada punca. Dengan kitar semula misalnya, kita dapat
mengurangkan bahan buangan, mengurangkan penggunaan bahan mentah baru,
mengurangkan penggunaan tenaga, mengurangkan pencemaran dan mengurangkan
pengeluaran gas rumah hijau dari penghasilan barang baru daripada bahan mentah.
Akhirnya, agensi yang berkaitan pula harus mewujudkan sistem pengurusan sisa
pepejal yang lestari supaya kesihatan awam terjamin, alam sekitar dilindungi dan
dipulihara serta sumber alam terpelihara.
Terdapat satu kajian “Komuniti bandar dan pengurusan sisa pepejal: Kajian kes
di Bandaraya Kuching” telah dijalankan oleh Siti Khatijah Zamhari dan Noraziah Ali
pada tahun 2014. Dari hasil kajian, kita dapat disimpulkan bahawa sistem pengurusan
sisa pepejal di Malaysia dilihat telah menelan belanja yang cukup besar bermula dari
proses pengumpulan sehingga kepada proses pelupusan disebabkan oleh faktor
pertambahan penduduk, kepesatan pembangunan dan ekonomi negara (Hasnah et al,
2012). Masalah peningkatan jumlah sisa pepejal ini perlu ditangani secara bersama
dan ia memerlukan alternatif baru untuk mengurangkan jumlah sisa pepejal tersebut.
Jika sebelum ini, pihak berkuasa tempatan dilihat bertanggungjawab untuk
menguruskan sisa pepejal tersebut namun kini, ia turut menjadi tanggungjawab
komuniti untuk mengurangkan jumlah sisa pepejal yang dijana. Kini pihak yang
berkaitan perlu melaksanakan kempen kesedaran secara besar-besaran melalui
pendekatan bottom-up iaitu mengenal pasti keperluan penduduk terhadap pengurusan
sisa pepejal ini. Komuniti perlu dilibatkan secara bersama dan mempunyai peluang
dan ruang untuk menyatakan pandangan, cadangan mahupun menyuarakan masalah

p. 7

7
berkaitan pengurusan sisa pepejal. Secara kesimpulannya, kefahaman dan kesedaran
komuniti tentang pengurusan sisa pepejal yang cekap dan berkesan adalah perlu
dilaksanakan secara berterusan ke arah membentuk komuniti lestari.
Rasional kajian pengurusan sisa buangan yang tidak sistematik dan impaknya
terhadap kualiti kehidupan penduduk di Taman Jaya Mas, Johor Bahru, Johor adalah
pengkaji ingin mengenal pasti punca-punca dan mengkaji kesan-kesan pengurusan
sisa buangan yang tidak sistematik di Taman Jaya Mas, Johor Bahru, Johor. Pengkaji
memilih lokasi ini adalah kerana aduan tentang pengurusan sisa buangan yang tidak
sistematik semakin bertambah dalam kalangan penduduk di Taman Jaya Mas, Johor
Bahru, Johor. Selain itu, pengkaji telah memerhatikan kawasan ini sentiasa
mempunyai banyak kelompok sisa buangan di tepi jalan raya dan tempat lain. Hal ini
menunjukkan bahawa penduduk Taman Jaya Mas, Johor Bahru, Johor tidak
mempunyai kesedaran dan pengetahuan yang cukup tentang isu pengurusan sisa
buangan ini. Melalui kajian ini, pengkaji berharap penduduk Taman Jaya Mas, Johor
Bahru, Johor boleh mendapat lebih banyak informasi tentang pengurusan sisa
buangan dengan kaedah yang sepatutnya dan mengamalkannya. Justeru, keadaan
pengurusan sisa buangan yang tidak sistematik dapat diperbaiki untuk meningkatkan
kualiti kehidupan penduduk Taman Jaya Mas, Johor Bahru, Johor.

p. 8

8
2.0 OBJEKTIF KAJIAN
Antara objektif kajian yang dijalankan oleh pengkaji adalah seperti berikut:-
1) Mengenal pasti punca-punca pengurusan sisa buangan yang tidak sistematik di
Taman Jaya Mas, Johor Bahru, Johor.
2) Mengkaji kesan-kesan pengurusan sisa buangan yang tidak sistematik di Taman
Jaya Mas, Johor Bahru, Johor.

p. 9

9
3.0 LOKASI KAJIAN
Peta 1: Peta Negeri Johor
Sumber : https://maps.google.com
Johor ialah sebuah negeri di Malaysia yang terletak di selatan Semenanjung
Malaysia. Longitud dan latitud Johor ialah 1.4854°N, 103.7618°E.Negeri ini
bersempadanan dengan negeri Melaka, Negeri Sembilan dan Pahang. Negeri Johor
juga dikelilingi oleh kawasan perairan seperti Laut China Selatan di timur, Selat
Tebrau di selatan serta Selat Melaka di bahagian barat. Bagi persempadanan
antarabangsa pula, negeri Johor berkongsi sempadan maritim bersama Provinsi
Kepulauan Riau dibahagian laut sebelah timur, disebelah barat pula bersempadan
maritim dengan Provinsi Riau, Indonesia. Manakala bahagian selatan pula dipisahkan
dengan Selat Johor. Dengan keluasan kira-kira 19,210 kilometer persegi (7,420 bt2
),
Johor merupakan negeri kelima terbesar dalam Malaysia.

p. 10

10
Peta 2: Peta Daerah Johor Bahru
Sumber : https://maps.google.com
Johor Bahru ialah daerah, bandaraya, ibu negeri dan pusat pentadbiran di Johor,
Malaysia serta nama daerah metropolitan yang terletaknya di selatan Semenanjung
Malaysia.Longitud dan latitud Johor Bahru ialah 1.4927°N, 103.7414°E. Johor Bahru
merupakan bandaraya kedua terbesar dan pusat perniagaan dan perdagangan di
Malaysia yang mempunyai kepadatan penduduk melebihi sekitar 876,000 orang di
kawasan Pusat Bandaraya sahaja. Johor Bahru merupakan sebuah pusat perindustrian,
perdagangan, dan pelancongan yang utama.

p. 11

11
Peta 3: Peta Taman Jaya Mas
Sumber : https://maps.google.com
Taman Jaya Mas ialah satu aman di selatan Johor, Malaysia dengan koordinat
1.494221°N 103.642806°E. Antara tempat berhampiran dengan Taman Jaya Mas
ialah Taman Nusa Bestari, Taman Nusa Jaya Mas, Taman Timur, Bandar Selesa Jaya
dan lain-lain.

p. 12

12
Foto 1 : Taman Jaya Mas
Sumber : Kajian Lapangan 2018
Taman Jaya Mas ialah satu taman di selatan Johor, Malaysia dengan koordinat
1.494221°N 103.642806°E. Antara tempat berhampiran dengan Taman Jaya Mas
ialah Taman Nusa Bestari, Taman Nusa Jaya Mas, Taman Timur, Bandar Selesa Jaya
dan lain-lain.

p. 13

13
4.0 METODOLOGI KAJIAN
Metodologi kajian adalah meliputi cara, kaedah dan pendekatan yang digunakan
untuk mencapai objektif dan matlamat kajian. Metodologi kajian menjadikan kajian
yang dijalankan lebih bersistematik dan perjalanan kajian lebih terarah dalam
mencapai objektif. Bab ini akan menjelaskan metodologi kajian yang digunakan
dalam kajian yang dijalankan. Pengkaji telah merancang dengan teratur metodologi
kajian dan strategi-strategi yang digunakan untuk mendapatkan maklumat dan data
melalui kaedah-kaedah tertentu. Beberapa perkara penting dalam metodologi dan
strategi telah digunakan dalam menyiapkan kajian ini, antaranya ialah:

  1. Persampelan
  2. Pengumpulan Data
  3. Pemerhatian
  4. Rujukan Perpustakaan
  5. Teknik Penganalisaan Data
    4.1 Persampelan
    Kaedah persampelan digunakan kerana proses untuk mendapatkan maklumat
    adalah tepat, mudah serta relevan dengan objektif yang telah ditetapkan. Kaedah
    persampelan menggunakan borang kaji selidik yang akan memudahkan penyelidik
    untuk mendapatkan kerjasama daripada responden (Marson et.al 1998). Kajian ini
    menggunakan persampelan probabiliti iaitu teknik persampelan rawak mudah.
    Persampelan probabiliti ialah teknik persampelan yang memberi peluang atau
    kesempatan yang sama bagi setiap unsur atau anggota populasi untuk dipilih menjadi
    sampel. Seramai 30 orang responden telah dipilih secara rawak untuk menjawab
    borang soal selidik ini, iaitu terdiri daripada penduduk Taman Jaya Mas, Johor Bahru.
    Saiz sampel ini dikatakan relevan menurut Bailey (1984), di mana lebih kurang 30
    kes merupakan saiz minimum bagi kajian yang memerlukan analisis data perangkaan.
    Pemilihan responden adalah berdasarkan kesudian dan kelapangan mereka untuk
    menjawab borang soal selidik. Antara ciri-ciri yang diambil kira semasa proses
    pemilihan responden adalah mereka seharusnya adalah penduduk tempatan yang

p. 14

14
tinggal di Taman Jaya Mas, Johor Bahru. Hal ini adalah kerana, mereka yang merasai
masalah-masalah yang ditemui semasa tinggal di kawasan tersebut.
4.2 Pengumpulan Data
Pengumpulan data yang digunakan dalam kajian ini adalah menggunakan kaji
soal selidik dan temu bual. Soalan kaji soal selidik telah dibentuk untuk mengenal
pasti punca-punca pengurusan sisa buangan yang tidak sistematik di Taman Jaya Mas,
Johor Bahru dan mengkaji kesan-kesan pengurusan sisa buangan yang tidak
sistematik di Taman Jaya Mas, Johor Bahru.
a) Borang soal selidik
Kaedah ini adalah kaedah yang paling popular yang digunakan oleh para
pengkaji untuk mendapatkan data primer. Borang soal selidik merupakan borang
yang berisi soalan serta ruangan untuk jawapan di mana satu sampel borang
digunakan untuk semua responden. Soal selidik adalah kaedah utama dalam
pengumpulan data kerana ianya berhubung terus dengan kumpulan sasaran.
Penggunaan borang soal selidik perlu melalui strategi pengkaji membentuk soalan
soal selidik yang bersesuaian supaya tidak berlaku bias (Abd Rahim et al 1999).
Borang soal selidik hanya boleh dibentuk berdasarkan objektif penyelidikan untuk
mengumpul data kajian. Hal ini agar soalan tersebut tidak menyimpang jauh daripada
sasaran. Bahasa yang digunakan haruslah mudah dan senang difahami oleh
responden. Dalam keadaan ini, responden akan faham semasa menjawab soalan dan
memberikan jawapan yang benar dan tepat. Faedah menggunakan kaedah ini ialah
setiap responden disoal dengan soalan yang sama. Oleh itu, penyelidik boleh
membuat perbandingan antara seorang responden dengan responden lain.
Borang soal selidik ini diedarkan secara rawak kepada 30 orang responden iaitu
penduduk tinggal di Taman Jaya Mas, Johor Bahru. Kesemua responden telah
memberikan kerjasama yang baik dalam menyempurnakan urusan borang soal selidik.
Borang soal selidik dibahagikan kepada tiga bahagian iaitu bahagian A, bahagian B
dan bahagian C. Bahagian A terdiri daripada demografi manakala bahagian B terdiri
daripada soalan-soalan yang berkaitan dengan objektif kajian iaitu mengenal pasti

p. 15

15
punca-punca pengurursan sisa buangan yang tidak sistematik di Taman Jaya Mas,
Johor Bahru dan bahagian C juga terdiri daripada soalan-soalan yang berkaitan
dengan objektif kajian iaitu mengkaji kesan-kesan pengurusan sisa buangan yang
tidak sistematik di Taman Jaya Mas, Johor Bahru. Dalam bahagian B, terdapat 8
soalan dan diberi skala Guttman iaitu pilihan jawapan “Ya” atau “Tidak” untuk
dijawab oleh responden. Dalam bahagian C pula, terdapat skala Likert tiga peringkat
untuk memudahkan responden untuk menjawab 12 soalan yang disediakan.
Jadual 1 : Skala Likert
Tidak Setuju 1
Kurang Setuju 2
Setuju 3
b) Temu bual
Kaedah ini merupakan kaedah yang memerlukan pengkaji menemu bual orang
sumber untuk mendapatkan maklumat tentang kajian. Kaedah temu bual berstruktur
digunakan untuk mendapatkan maklumat daripada informan berkaitan dengan aktiviti
pengurusan sisa buangan yang tidak sistematik di Taman Jaya Mas, Johor Bahru.
Kaedah ini membantu pengkaji mencapai objektif kajian dengan lebih mudah.
Pengkaji telah menemu bual 3 orang informan yang terdiri daripada penduduk Taman
Jaya Mas, Johor Bahru. Tiga orang informan ini adalah daripada kalangan 30 orang
responden yang menjawab borang soal selidik. Setiap sesi temu bual mengambil
masa lebih kurang 10 minit. Hasil temu bual akan digunakan untuk memproses data
yang boleh memantapkan lagi hasil kajian ini.
4.3 Pemerhatian
Kaedah pemerhatian merupakan satu kaedah penyelidikan yang digunakan untuk
mengukur pemboleh ubah penyelidikan. Peranan pengkaji ialah sebagai pemerhati
terhadap perubahan-perubahan tingkah laku, mendengar, serta melihat tingkah laku
subjek sama ada dari jauh atau dari dekat. Pemerhatian memerlukan pengkaji
memerhati sendiri keadaan di kawasan kajian iaitu Taman Jaya Mas, Johor Bahru.
Kaedah pemerhatian memerlukan pengkaji pergi ke lokasi kajian untuk mendapatkan

p. 16

16
maklumat mentah serta lebih memahami situasi sebenar yang digambarkan oleh
responden. Pengkaji juga dapat mengambil beberapa gambar sebagai bukti
berlakunya pengurusan sisa buangan yang tidak sistematik di Taman Jaya Mas, Johor
Bahru. Pengkaji merekodkan maklumat setiap kali pemerhatian dilakukan dalam
jadual seperti berikut :
Jadual 2 : Maklumat Pemerhatian Yang Dilakukan
Tarikh/Hari Masa Perkara
31 Januari 2018 (Rabu) 6pm-7pm Saya melihat banyak orang
memilih kawasan lapang
yang berdekatan dengan
rumah atau tepi jalan untuk
membuang sampah sarap.
02 Februari 2018 (Jumaat) 8am-9am Orang yang lalu tempat
pembuangan sampah akan
mempercepat perjalanan
mereka kerana bau busuk
yang dilepaskan.
05 Februari 2018 (Isnin) 5pm-6pm Terdapat banyak orang
yang tidak mahu
membuang sampah ke
dalam tong sampah yang
disediakan manakala
membuang sampah di luar
tong sampah.

p. 17

17
Foto 2 : Pembuangan sampah di tepi jalan
Sumber : Kajian Lapangan 2018
Foto 3 : Pembuangan sampah di luar tong sampah
Sumber : Kajian Lapangan 2018
Foto 4 : Pengurusan sisa buangan yang tidak sistematik
Sumber : Kajian Lapangan 2018

p. 18

18
4.4 Rujukan Perpustakaan
Kajian perpustakaan sangat penting bagi pengkaji mendapatkan maklumat yang
berkaitan dengan kajian yang akan dilakukan. Hasil dari kajian perpustakaan telah
banyak membantu pengkaji dalam mencari bahan atau idea tentang aspek yang boleh
dikaji oleh pengkaji. Pengkaji dapat meluaskan pengetahuan berkaitan dengan tajuk
yang akan dikaji hasil dari kajian perpustakaan yang dilakukan. Dalam kaedah ini
pengkaji telah menggunakan pelbagai rujukan dari perpustakaan, My Library - Sutera
Mall. Pengkaji telah mendapatkan maklumat melalui buku Kamus Dewan Edisi
Keempat. Pengkaji turut mendapatkan maklumat secara aktif di laman web rasmi
seperti laman web Jabatan Pengurusan Sisa Pepejal Negara. Data-data penting
termasuklah buku-buku, majalah, keratan akhbar, jurnal-jurnal dan bahan ilmiah yang
lain. Selain itu, peta diperolehi daripada laman web Google.
4.5 Teknik Penganalisaan Data
Data dianalisis menggunakan kaedah deskriptif dalam bentuk peratusan dan juga
kekerapan. Analisis data dilakukan apabila memperolehi data primer dari soal selidik
yang diedarkan kepada responden dan temu bual yang dilakukan kepada informan.
Tahap analisis dicapai apabila data yang diperolehi dipastikan, disunting dan
ditukarkan kepada angka. Seterusnya, data tersebut yang telah dianalisis
dipersembahkan dalam bentuk jadual dan carta. Dalam borang kaji selidik ini, skala
likert 3 peringkat digunakan dalam menilai punca dan kesan pengurusan sisa buangan
yang tidak sistematik di Taman Jaya Mas, Johor Bahru, Johor. Setiap peringkat
penilaian diberi nilai dalam bentuk angka menggunakan Skala Likert di mana angka
3 mewakili setuju, angka 2 mewakili kurang setuju, angka 1 mewakili tidak setuju.

p. 19

19
5.0 DAPATAN KAJIAN DAN PERBINCANGAN
Bahagian ini membincangkan keputusan analisis data dan memaparkan hasil
penemuan kajian tentang pengurusan sisa buangan yang tidak sistematik di Taman
Jaya Mas, Johor Bahru, Johor yang telah dilakukan daripada borang soal selidik yang
telah diisi oleh responden. Data yang telah dimasukkan telah diproses untuk
mendapatkan statistik seperti nilai peratusan, taburan kekerapan dan purata.
5.1 Demografi Responden
Seramai 30 orang responden yang terdiri daripada penduduk Taman Jaya Mas,
Johor Bahru, Johor telah menjawab borang soal selidik yang diedarkan. Latar
belakang responden yang meliputi aspek jantina, umur, bangsa, taraf pendidikan dan
bilangan isi rumah telah dianalisis dan dipersembahkan dalam bentuk jadual dan
rajah.

p. 20

20
5.1.1 Jantina
Jadual 3 : Jantina Responden
Jantina Bilangan Orang Peratus (%)
Lelaki 12 40
Perempuan 18 60
Sumber : Kajian Lapangan 2018
Rajah 1 : Jantina Responden
Sumber : Kajian Lapangan 2018
Berdasarkan Rajah 1 di atas menunjukkan demografi responden berdasarkan
jantina dalam kalangan penduduk, di kawasan Taman Jaya Mas, Johor Bahru, Johor.
Daripada 30 orang yang telah disoal selidik, seramai 12 orang responden adalah
jantina lelaki yang bersamaan dengan 40%. Sementara itu, bagi jantina perempuan
adalah seramai 18 orang responden yang bersamaan dengan 60%. Bilangan responden
perempuan lebih daripada bilangan responden lelaki. Hal ini kerana, kebanyakan
responden yang berada di rumah dan ada masa lapang untuk menjawab soal selidik
adalah golongan suri rumah tangga.
40%
60%
JANTINA
Lelaki
Perempuan

p. 21

21
5.1.2 Umur
Jadual 4 : Umur Responden (Tahun)
Umur (tahun) Bilangan Orang Peratus (%)
18-25 3 10
26-33 4 13.33
34-41 4 13.33
42-49 6 20
50-57 6 20
58 dan ke atas 7 23.34
Sumber : Kajian Lapangan 2018
Rajah 2 : Umur Responden (Tahun)
Sumber : Kajian Lapangan 2018
Berdasarkan Rajah 2 di atas menunjukkan demografi responden berdasarkan
umur penduduk di kawasan Taman Jaya Mas, Johor Bahru, Johor. Daripada 30 orang
yang telah disoal selidik, seramai 3 orang (10%) adalah terdiri daripada responden
10%
13.33%
13.33%
20%
20%
23.34%
UMUR
18-25
26-33
34-41
42-49
50-57
58 dan ke atas

p. 22

22
yang mempunyai golongan umur antara 18 hingga 25 tahun. Responden yang berada
dalam golongan umur antara 26 hingga 33 tahun dan 34 hingga 41 tahun adalah
seramai 4 orang (13.33%) masing-masing. Seterusnya, responden yang berumur
antara 42 hingga 49 tahun dan 50 hingga 57 tahun adalah seramai 6 orang (20%)
masing-masing. Responden yang berumur 58 tahun ke atas adalah seramai 7 orang
bersamaan dengan 23.34%. Bilangan responden yang berusia 58 tahun dan atas
adalah tertinggi manakala bilangan responden yang berusia antara 18 hingga 25 tahun
adalah terendah. Hal ini disebabkan, kebanyakan responden yang menjawab soal
selidik adalah orang yang telah bersara dan belia yang berumur antara 18 hingga 25
tahun belum bangun semasa soal selidik diedarkan pada waktu pagi.

p. 23

23
5.1.3 Bangsa
Jadual 5 : Bangsa Responden
Bangsa Bilangan Orang Peratus (%)
Melayu 13 43.33
Cina 8 26.67
India 9 30
Lain-lain 0 0
Sumber : Kajian Lapangan 2018
Rajah 3 : Bangsa Responden
Sumber : Kajian Lapangan 2018
Berdasarkan Rajah 3 di atas menunjukkan demografi responden mengikut bangsa
penduduk Taman Jaya Mas, Johor Bahru, Johor. Kebanyakan responden adalah terdiri
daripada tiga bangsa yang utama iaitu Melayu, Cina dan India. Responden yang
berbangsa Melayu adalah sebanyak 13 orang (43.33%), diikuti dengan golongan Cina
seramai 8 orang (26.67%), dan sekurangnya adalah terdiri daripada penduduk yang
43.33%
26.67%
30%
0%
BANGSA
Melayu
Cina
India
Lain-lain

p. 24

24
berbangsa India iaitu sebanyak 9 orang (30%). Tiada responden yang berbangsa
lain-lain dalam kajian ini. Bilangan responden yang berbangsa Melayu paling tinggi
manakala bilangan responden yang berbangsa Cina paling rendah. Hal ini sedemikian
disebabkan kebanyakan penduduk Taman Jaya Mas, Johor Bahru, Johor yang sudi
menjawab soal selidik adalah penduduk bangsa Melayu dan soal selidik ini diedarkan
semasa musim perayaan Tahun Baru Cina, kebanyakan penduduk berbangsa Cina
tidak berada di rumah.

p. 25

25
5.1.4 Taraf Pendidikan
Jadual 6 : Taraf Pendidikan Responden
Taraf Pendidikan Bilangan Orang Peratus (%)
PMR 5 16.67
SPM 10 33.33
STPM/Diploma 2 6.67
Ijazah 7 23.33
Lain-lain 6 20
Sumber : Kajian Lapangan 2018
Rajah 4 : Taraf Pendidikan Responden
Sumber : Kajian Lapangan 2018
Berdasarkan Rajah 4 di atas menunjukkan demografi responden berdasarkan taraf
pendidikan penduduk Taman Jaya Mas, Johor Bahru, Johor. Daripada 30 orang yang
disoal selidik, seramai 5 orang (16.67%) adalah terdiri daripada responden yang
16.67%
33.33%
6.67%
23.33%
20%
TARAF PENDIDIKAN
PMR
SPM
STPM
Ijazah
Lain-lain

p. 26

26
mempunyai taraf pendidikan lepasan PMR, manakala responden yang lepasan SPM
adalah terdiri daripada 10 orang (33.33%). Diikuti dengan responden yang lepasan
STPM iaitu seramai 2 orang (6.67%) dan lepasan ijazah seramai 7 orang (23.33%)
manakala 6 orang (20%) mempunyai taraf pendidikan yang lain. Bilangan responden
yang lepasan SPM adalah paling banyak manakala bilangan responden yang lepasan
STPM adalah paling kurang. Hal ini disebabkan kebanyakan penduduk di Taman Jaya
Mas, Johor Bahru, Johor memilih untuk bekerja selepas Tingkatan 5 kerana majikan
sekarang memerlukan mereka sekurang-kurangnya mendapat sijil SPM. Selain itu,
kebanyakan orang akan melanjutkan pelajaran mereka di universiti selepas STPM
bukan menamatkan pelajaran mereka di peringkat STPM.

p. 27

27
5.1.5 Bilangan Isi Rumah
Jadual 7 : Bilangan Isi Rumah Responden
Bilangan Isi Rumah Bilangan Orang Peratus (%)
2-3 orang 7 23.33
4-6 orang 17 56.67
7-9 orang 6 20
10 orang dan ke atas 0 0
Sumber : Kajian Lapangan 2018
Rajah 5 : Bilangan Isi Rumah Responden
Sumber : Kajian Lapangan 2018
Berdasarkan Rajah 5 di atas menunjukkan demografi responden berdasarkan bilangan
isi rumah penduduk Taman Jaya Mas, Johor Bahru, Johor. Daripada 30 orang yang
disoal selidik, seramai 7 orang (23.33%) adalah terdiri daripada responden yang
mempunyai bilangan isi rumah seramai 2 hingga 3 orang, manakala responden yang
mempunyai bilangan isi rumah antar 4 hingga 6 orang adalah terdiri daripada 17
23.33%
56.67%
20%
0%
BILANGAN ISI RUMAH
2-3 orang
4-6 orang
7-9 orang
10 orang dan ke
atas

p. 28

28
orang (56.67%). Diikuti dengan responden yang mempunyai bilangan isi rumah
antara 7 hingga 9 orang iaitu seramai 6 orang (20%). Tiada responden yang
mempunyai bilangan isi rumah seramai 10 orang dan ke atas. Responden dengan
bilangan isi rumah sebanyak 4 hingga 6 orang mempunyai kekerapan yang paling
tinggi manakala bilangan responden dengan keluarga yang mempunyai 10 orang ke
atas adalah terendah. Hal ini disebabkan orang sekarang tidak melahirkan anak yang
terlalu banyak kerana mereka tidak dapat menanggung kos sara hidup yang semakin
tinggi.

p. 29

29
5.2 Punca-punca Pengurusan Sisa Buangan Yang Tidak Sistematik Di Taman
Jaya Mas, Johor Bahru, Johor
Pada bahagian ini, responden telah diutarakan 8 soalan untuk mengenal pasti
punca-punca pengurusan sisa buangan yang tidak sistematik di Taman Jaya Mas,
Johor Bahru, Johor. Lapan soalan ini dibahagikan kepada dua aspek iaitu aspek sikap
penduduk dan aspek kemudahan. Berdasarkan jawapan soal selidik yang diperoleh,
data telah dianalisis secara deskriptif dengan menggunakan kekerapan dan peratusan.
Analisis dapatan ditunjukkan dalam bentuk jadual dan graf.
5.2.1 Punca-punca Pengurusan Sisa Buangan Yang Tidak Sistematik
Berdasarkan Aspek Sikap Penduduk
Jadual 8 : Punca-punca Pengurusan Sisa Buangan Yang Tidak Sistematik Berdasarkan
Aspek Sikap Penduduk
Bil. Soalan Ya Tidak
Kekerapan Peratus
(%)
Kekerapan Peratus
(%)

  1. Malas bergerak ke tempat
    pembuangan sampah.
    24 80 6 20
  2. Berasa lebih senang dan
    mudah untuk membuang
    sampah sesuka hati.
    22 76.67 7 23.33
  3. Kurang prihatin terhadap
    kebersihan dan keceriaan
    kawasan persekitaran.
    16 53.33 14 46.67
  4. Dipengaruhi oleh penduduk
    lain yang juga membuang
    sampah di merata tempat.
    19 63.33 11 36.67
  5. Kurang kesedaran terhadap
    akibat membuang sampah
    secara merata-rata.
    18 60 12 40
    Sumber : Kajian Lapangan 2018

p. 30

30
Rajah 6 : Punca-punca Pengurusan Sisa Buangan Yang Tidak Sistematik Berdasarkan
Aspek Sikap Penduduk
Sumber : Kajian Lapangan 2018
Bagi punca-punca pengurusan sisa buangan yang tidak sistematik berdasarkan
aspek sikap penduduk, soalan 1 yang disampaikan kepada responden telah mendapat
keputusan bahawa seramai 24 orang responden bersamaan 80% rasa malas bergerak
ke tempat pembuangan sampah ialah punca pengurusan sisa buangan yang tidak
sistematik manakala 6 orang responden (20%) tidak mempunyai pandangan yang
sama. Kebanyakan responden setuju bahawa pengurusan sisa buangan yang tidak
sistematik disebabkan oleh sikap malas bergerak ke tempat pembuangan sampah. Hal
ini kerana orang sekarang bersikap malas dan untuk orang tinggal di flat perlu turun
ke bawah untuk membuang sampah, mereka berasa membuang sampah di mana-mana
tempat lebih mudah.
Soalan 2 yang dikemukakan kepada responden adalah sama ada penduduk berasa
lebih senang dan mudah untuk membuang sampah sesuka hati. Bagi soalan ini, 23
orang bersamaan 76.67% setuju, 7 orang (23.33%) tidak setuju. Kebanyakan
responden berasa lebih senang dan mudah untuk membuang sampah sesuka hati. Hal
0%
10%
20%
30%
40%
50%
60%
70%
80%
90%
Soalan 1 Soalan 2 Soalan 3 Soalan 4 Soalan 5
Punca-punca Pengurusan Sisa Buangan Yang Tidak
Sistematik Berdasarkan Aspek Sikap Penduduk
Ya
Tidak

p. 31

31
ini kerana sampah-sarap dibuang sesuka hati boleh menjimatkan masa mereka untuk
bergerak ke tempat pembuangan sampah dan mencuci tong sampah rumah sendiri.
Pernyataan ketiga yang disoal kepada responden adalah sama ada penduduk
kurang prihatin terhadap kebersihan dan keceriaan kawasan. Bagi pernyataan ini,
seramai 16 orang (53.33%) memilih jawapan “Ya” dan 14 orang (46.67%) memilih
jawapan “Tidak”. Kebanyakan responden mengaku bahawa mereka kurang prihatin
terhadap kebersihan dan keceriaan kawasan. Hal ini mungkin disebabkan penduduk
tidak mendapat pendedahan yang cukup tentang kepentingan kebersihan dan
keceriaan kawasan dan tidak mengetahui cara untuk memelihara alam sekitar. Oleh
itu, penduduk sanggup melakukan pembuatan pengurusan sisa buangan yang tidak
sistematik.
Soalan 4 yang dikemukakan kepada responden dalam borang soal selidik adalah
sama ada penduduk dipengaruhi oleh penduduk lain yang juga membuang sampah di
merata tempat. Bagi soalan ini, 19 orang bersamaan 63.33% setuju, 11 orang (36.67%)
tidak setuju. Kebanyakan responden mengatakan bahawa mereka akan dipengaruhi
oleh penduduk lain yang juga membuang sampah di merata tempat . Hal ini kerana
apabila mereka melihat tingkah laku penduduk lain yang membuang sampah di
merata tempat, mereka akan menciplak tingkah laku itu supaya mereka akan berasa
adil. Mereka juga tidak akan berasa takut ditangkap apabila membuang sampah
merata-rata kerana ada banyak orang lain yang melakukan perkara yang sama.
Pernyataan kelima yang dikemukakan kepada responden adalah sama ada
penduduk kurang kesedaran terhadap akibat membuang sampah secara merata-rata.
Bagi pernyataan ini, seramai 18 orang (60%) memilih jawapan “Ya” dan 12 orang
(40%) memilih jawapan “Tidak”. Kebanyakan responden mengaku bahawa mereka
kurang kesedaran terhadap akibat membuang sampah secara merata-rata. Hal ini
mungkin disebabkan penduduk tidak mendapat pendedahan yang cukup tentang
akibat membuang sampah secara merata-rata. Oleh itu, mereka tidak mengetahui
keseriusan perkara itu dan melakukan pembuangan sampah merata-rata lagi.

p. 32

32
5.2.2 Punca-punca Pengurusan Sisa Buangan Yang Tidak Sistematik
Berdasarkan Aspek Kemudahan
Jadual 9 : Punca-punca Pengurusan Sisa Buangan Yang Tidak Sistematik Berdasarkan
Aspek Kemudahan
Bil. Soalan Ya Tidak
Kekerapan Peratus
(%)
Kekerapan Peratus
(%)

  1. Kurang bilangan tong sampah. 17 56.67 13 43.33
  2. Kurang tempat pembuangan
    sampah.
    20 66.67 10 33.33
  3. Jadual kutipan sampah yang
    tidak menentu.
    21 70 9 30
    Sumber : Kajian Lapangan 2018
    Rajah 7 : Punca-punca Pengurusan Sisa Buangan Yang Tidak Sistematik Berdasarkan
    Aspek Kemudahan
    Sumber : Kajian Lapangan 2018
    0%
    10%
    20%
    30%
    40%
    50%
    60%
    70%
    80%
    Soalan 6 Soalan 7 Soalan 8
    Punca-punca Pengurusan Sisa Buangan Yang Tidak
    Sistematik Berdasarkan Aspek Kemudahan
    Ya
    Tidak

p. 33

33
Bagi punca-punca pengurusan sisa buangan yang tidak sistematik berdasarkan
aspek sikap kemudahan, soalan 6 yang dikemukakan kepada responden telah
mendapat keputusan bahawa seramai 17 orang responden bersamaan 56.67%
mengatakan bahawa wujud masalah kekurangan bilangan tong sampah yang
disediakan manakala 13 orang responden (43.33%) tidak mempunyai pandangan yang
sama. Kebanyakan responden setuju bahawa pengurusan sisa buangan yang tidak
sistematik disebabkan oleh kekurangan bilangan tong sampah. Hal ini kerana pihak
berkenaan tidak sentiasa meronda di Taman Jaya Mas, Johor Bahru, Johor untuk
mendapat maklumat terbaru tentang kawasan itu. Apabila bilangan tong sampah tidak
mencukupi, penduduk akan membuang sampah di tempat yang tidak sepatutnya
sesuka hati.
Soalan 7 yang disampaikan kepada responden adalah sama ada wujud
kekurangan tempat pembuangan sampah. Bagi soalan ini, 20 orang bersamaan
66.67% setuju, 10 orang (33.33%) tidak setuju. Kebanyakan responden mengatakan
tempat pembuangan sampah terlalu kurang. Hal ini kerana sampah-sarap yang
dihasilkan pada masa kini semakin banyak, penduduk memerlukan lebih banyak
tempat pembuangan sampah. Jika keperluan tidak dipenuhi, penduduk akan
membuang sampah merata-rata sesuka hati kerana cara ini lebih mudah dan senang
untuk menyelesaikan sisa buangan yang banyak.
Pernyataan ke-8 yang disoal kepada responden adalah sama ada jadual kutipan
sampah tidak menentu. Bagi pernyataan ini, seramai 21 orang (70%) memilih
jawapan “Ya” dan 9 orang (30%) memilih jawapan “Tidak”. Kebanyakan responden
mengatakan bahawa jadual kutipan sampah tidak menentu. Hal ini akan menyebabkan
penduduk tidak dapat mengurus sisa buangan dengan sistematik kerana apabila sisa
buangan yang sedia ada tidak diselesaikan untuk masa yang panjang, bukan sahaja
akan mendatangkan banyak kesan negatif tetapi juga menyebabkan penduduk mencari
tempat lain untuk membuang sampah kerana tempat pembuangan sampah asal telah
dipenuhi dengan sisa buangan.
Secara keseluruhan, hasil kajian ini mendapati bahawa semua punca-punca
pengurusan sisa buangan yang tidak sistematik di Taman Jaya Mas, Johor Bahru,
Johor yang diandaikan oleh pengkaji adalah benar dan dipersetujui oleh penduduk
tempatan. Punca-punca itu adalah malas bergerak ke tempat pembuangan sampah,

p. 34

34
penduduk berasa lebih senang dan mudah untuk membuang sampah sesuka hati,
penduduk kurang prihatin terhadap kebersihan dan keceriaan kawasan persekitaran,
penduduk dipengaruhi oleh penduduk lain yang juga membuang sampah di merata
tempat, penduduk kurang kesedaran terhadap akibat membuang sampah secara
merata-rata, kekurangan bilangan tong sampah, kekurangan tempat pembuangan
sampah dan jadual kutipan sampah tidak menentu.

p. 35

35
5.3 Kesan-kesan Pengurusan Sisa Buangan Yang Tidak Sistematik Di Taman
Jaya Mas, Johor Bahru, Johor.
Pada bahagian ini, responden telah diutarakan 12 soalan untuk mengkaji
kesan-kesan pengurusan sisa buangan yang tidak sistematik di Taman Jaya Mas,
Johor Bahru, Johor. Dua belas soalan ini dibahagikan kepada tiga aspek iaitu aspek
kesihatan, aspek kualiti hidup penduduk dan aspek lain. Berdasarkan jawapan soal
selidik yang diperoleh, data telah dianalisis secara deskriptif dengan menggunakan
kekerapan dan peratusan. Analisis dapatan ditunjukkan dalam bentuk jadual dan graf.
5.3.1 Kesan-kesan Pengurusan Sisa Buangan Yang Tidak Sistematik
Berdasarkan Aspek Kesihatan
Jadual 10 : Kesan-kesan Pengurusan Sisa Buangan Yang Tidak Sistematik
Berdasarkan Aspek Kesihatan
Bil. Soalan Tidak Setuju Kurang Setuju Setuju
Kekerapan Peratus
(%)
Kekerapan Peratus
(%)
Kekerapan Peratus
(%)

  1. Pembuangan sampah
    menyebabkan air bertakung
    dan seterusnya pembiakan
    nyamuk aedes.
    2 6.67 12 40 16 53.33
  2. Sisa-sisa pembuangan
    sampah boleh menjadi
    tempat pembiakan lalat dan
    menyebabkan keracunan
    makanan.
    6 20 14 46.67 10 33.33
  3. Sampah yang mengandungi
    makanan yang mereput
    mempunyai kuman-kuman
    yang berbahaya terhadap
    penduduk.
    6 20 13 43.33 11 36.67

p. 36

36
Sumber : Kajian Lapangan 2018
Rajah 8 : Kesan-kesan Pengurusan Sisa Buangan Yang Tidak Sistematik
Berdasarkan Aspek Kesihatan
Sumber : Kajian Lapangan 2018
Bagi kesan-kesan pengurusan sisa buangan yang tidak sistematik berdasarkan
aspek kesihatan, soalan 9 yang ditanyakan kepada responden adalah sama ada
pembuangan sampah menyebabkan air bertakung dan seterusnya pembiakan nyamuk
aedes. Seramai 16 orang responden bersamaan 53.33% setuju dengan pernyataan ini,
12 orang responden (40%) kurang setuju dan 2 orang responden (6.67%) tidak setuju.
Kebanyakan responden setuju bahawa pembuangan sampah menyebabkan air
bertakung dan seterusnya pembiakan nyamuk aedes. Hal ini disokong dengan
semakin ramai orang menghidap demam denggi kerana semakin banyak pengurusan
sisa buangan yang tidak sistematik.
Soalan 10 yang dikemukakan kepada responden adalah sama ada sisa-sisa
pembuangan sampah boleh menjadi tempat pembiakan lalat dan menyebabkan
keracunan makanan. Bagi soalan ini, 10 orang bersamaan 33.33% setuju, 6 orang
(20%) tidak setuju dan 14 orang (46.67%) kurang setuju. Kebanyakan responden
tidak setuju dengan pernyataan ini iaitu sisa-sisa pembuangan sampah boleh menjadi
0%
10%
20%
30%
40%
50%
60%
Soalan 9 Soalan 10 Soalan 11
Kesan-kesan Pengurusan Sisa Buangan Yang Tidak
Sistematik Berdasarkan Aspek Kesihatan
Tidak Setuju
Kurang Setuju
Setuju

p. 37

37
tempat pembiakan lalat dan menyebabkan keracunan makanan. Hal ini kerana
sampah-sarap dibuang di luar rumah dan lalat akan dihalaukan jika berada di dalam
rumah, jadi tidak akan mempengaruhi kebersihan makanan mereka. Oleh itu,
keracunan makanan tidak berlaku.
Pernyataan ke-11 yang disoal kepada responden adalah sama ada sampah yang
mengandungi makanan yang mereput mempunyai kuman-kuman yang berbahaya
terhadap penduduk. Bagi pernyataan ini, seramai 11 orang (36.67%) setuju, 6 orang
(20%) tidak setuju dan 13 orang (43.33%) kurang setuju. Kebanyakan responden
tidak setuju dengan pernyataan bahawa sampah yang mengandungi makanan yang
mereput mempunyai kuman-kuman yang berbahaya terhadap penduduk. Hal ini
disebabkan penduduk rasa mereka tidak akan menyentuh sampah tersebut dan
kuman-kuman yang berbahaya itu tidak dapat mempengaruhi kesihatan mereka.

p. 38

38
5.3.2 Kesan-kesan Pengurusan Sisa Buangan Yang Tidak Sistematik
Berdasarkan Aspek Kualiti Hidup Penduduk
Jadual 11 : Kesan-kesan Pengurusan Sisa Buangan Yang Tidak Sistematik
Berdasarkan Aspek Kualiti Hidup Penduduk
Bil. Soalan Tidak Setuju Kurang Setuju Setuju
Kekerapan Peratus
(%)
Kekerapan Peratus
(%)
Kekerapan Peratus
(%)

  1. Mencemarkan kebersihan
    dan keceriaan alam sekitar.
    0 0 14 46.67 16 53.33
  2. Bau sisa-sisa pembuangan
    sampah yang busuk menjadi
    pembiakan kuman dan
    serangga perosak seperti
    lalat, tikus dan lipas.
    0 0 12 40 18 60
  3. Sampah yang berbau busuk
    akan mengganggu keselesaan
    penduduk.
    4 13.33 10 33.33 16 53.34
  4. Pencemaran sungai berlaku. 7 23.33 15 50 8 26.67
  5. Pembuangan sampah-sarap
    ke dalam air atau sungai
    menyebabkan kekurangan
    bekalan air bersih.
    11 36.66 14 46.67 5 16.67
  6. Menjejaskan keseimbangan
    ekosistem.
    13 43.33 11 36.67 6 20
    Sumber : Kajian Lapangan 2018

p. 39

39
Rajah 9 : Kesan-kesan Pengurusan Sisa Buangan Yang Tidak Sistematik
Berdasarkan Aspek Kualiti Hidup Penduduk
Sumber : Kajian Lapangan 2018
Bagi kesan-kesan pengurusan sisa buangan yang tidak sistematik berdasarkan
aspek kualiti penduduk, soalan 12 yang dijawab oleh responden adalah sama ada
pengurusan sisa buangan yang tidak sistematik mencemarkan kebersihan dan
keceriaan alam sekitar. Bagi soalan ini, 16 orang setuju bersamaan 53.33%, 14 orang
kurang setuju bersamaan 46.67% dan tiada orang tidak setuju. Kebanyakan orang
setuju dengan pernyataan ini bahawa pengurusan sisa buangan yang tidak sistematik
mencemarkan kebersihan dan keceriaan alam sekitar. Hal ini disokong dengan
pemerhatian yang telah dilaksanakan oleh pengkaji dan terdapat foto yang
ditunjukkan dalam bahagian metodologi kajian sebagai evidens. Penduduk juga
mengatakan bahawa mereka tidak suka beriadah di kawasan yang tercemar.
Soalan 13 yang dijawab oleh responden adalah sama ada bau sisa-sisa
pembuangan sampah yang busuk menjadi pembiakan kuman dan serangga perosak
seperti lalat, tikus dan lipas. Bagi soalan ini, 18 orang (60%) setuju, 12 orang (40%)
kurang setuju dan tiada orang tidak setuju. Kebanyakan responden setuju bahawa bau
0%
10%
20%
30%
40%
50%
60%
70%
Soalan 12 Soalan 13 Soalan 14 Soalan 15 Soalan 16 Soalan 17
Kesan-kesan Pengurusan Sisa Buangan Yang Tidak
Sistematik Berdasarkan Aspek Kualiti Hidup Penduduk
Tidak Setuju
Kurang Setuju
Setuju

p. 40

40
sisa-sisa pembuangan sampah yang busuk menjadi pembiakan kuman dan serangga
perosak seperti lalat, tikus dan lipas. Hal ini mungkin disebabkan responden sentiasa
menampak lalat, tikus dan lipas di sekeliling kelompok sisa buangan. Selain itu,
mereka juga mempunyai ilmu pengetahuan umum bahawa bau sisa-sisa pembuangan
sampah yang busuk ialah penarik serangga perosak.
Soalan 14 yang dikemukakan kepada responden adalah sama ada sampah yang
berbau busuk akan mengganggu keselesaan penduduk. Bagi soalan ini 16 orang
bersamaan 53.34% setuju, 10 orang kurang setuju (33.33%) dan 4 orang tidak
bersetuju (13.33%). Kebanyakan responden setuju dengan pernyataan ini iaitu sampah
yang berbau busuk akan mengganggu keselesaan penduduk. Hal ini disebabkan oleh
jadual kutipan sampah yang tidak menentu dan teratur. Sampah yang diletak dengan
masa yang lama akan mengeluarkan bau, terutamanya bau daripada sisa makanan. Hal
ini menyebabkan penduduk terpaksa menghidu baunya yang tersebar di dalam udara.
Oleh itu, keselesaan penduduk terjejas.
Soalan 15 yang ditanyakan kepada responden adalah sama ada pembuangan
sampah secara merata-rata menyebabkan pencemaran sungai. Bagi soalan ini hanya 8
orang bersamaan 26.67% yang setuju, 15 orang kurang setuju (50%) dan 7 orang
tidak bersetuju (23.33%). Kebanyakan responden tidak setuju dengan pernyataan ini
iaitu pembuangan sampah secara merata-rata menyebabkan pencemaran sungai. Hal
ini kerana penduduk rasa sampah yang dibuang ke dalam sungai akan dihanyutkan ke
tempat lain. Mereka kurang pengetahuan tentang masalah ini.
Soalan 16 yang dikemukakan kepada responden dalam borang soal selidik adalah
sama ada pembuangan sampah-sarap ke dalam air atau sungai akan menyebabkan
kekurangan bekalan air bersih. Bagi soalan ini 5 orang bersamaan 16.67% setuju, 14
orang kurang setuju (46.67%) dan 11 orang tidak bersetuju (30.66%). Kebanyakan
responden tidak setuju dengan pernyataan ini iaitu pembuangan sampah-sarap ke
dalam air atau sungai akan menyebabkan kekurangan bekalan air bersih. Hal ini
demikian kerana ramai penduduk biasanya membuang sampah di kawasan
sekelilingnya kerana lebih berdekatan. Minoriti penduduk yang akan membuang
sampah ke dalam sungai kerana malas untuk bergerak. Dengan itu, kebersihan sungai
iaitu sumber bekalan air bersih selalu terjamin.

p. 41

41
Soalan 17 yang dijawab oleh responden adalah sama ada pembuangan sampah
secara merata-rata menjejaskan keseimbangan ekosistem. Bagi soalan ini 6 orang
bersamaan 20% setuju, 11 orang kurang setuju (36.67%) dan 13 orang tidak bersetuju
(43.33%). Kebanyakan responden tidak setuju dengan pernyataan ini iaitu
pembuangan sampah secara merata-rata menjejaskan keseimbangan ekosistem. Hal
ini kerana kurang berlakunya kegiatan ekonomi manusia seperti penerokaan dan juga
fenomena bencana alam di taman ini.

p. 42

42
5.3.3 Kesan-kesan Pengurusan Sisa Buangan Yang Tidak Sistematik
Berdasarkan Aspek Lain
Jadual 12 : Kesan-kesan Pengurusan Sisa Buangan Yang Tidak Sistematik
Berdasarkan Aspek Lain
Bil. Soalan Tidak Setuju Kurang Setuju Setuju
Kekerapan Peratus
(%)
Kekerapan Peratus
(%)
Kekerapan Peratus
(%)

  1. Banyak kawasan dipenuhi
    dengan sisa buangan.
    2 6.67 15 50 13 43.33
  2. Longkang tersumbat akibat
    sisa buangan.
    4 13.33 15 50 11 36.67
  3. Mencemarkan keindahan
    alam sekitar Taman Jaya Mas.
    2 6.67 12 40 16 53.33
    Sumber : Kajian Lapangan 2018
    Rajah 10 : Kesan-kesan Pengurusan Sisa Buangan Yang Tidak Sistematik
    Berdasarkan Aspek Lain
    Sumber : Kajian Lapangan 2018
    0.00%
    10.00%
    20.00%
    30.00%
    40.00%
    50.00%
    60.00%
    Soalan 18 Soalan 19 Soalan 20
    Kesan-kesan Pengurusan Sisa Buangan Yang
    Tidak Sistematik Berdasarkan Aspek Lain
    Tidak Setuju
    Kurang Setuju
    Setuju

p. 43

43
Bagi bahagian ini iaitu kesan-kesan pengurusan sisa buangan yang tidak
sistematik berdasarkan aspek lain, soalan 18 yang dikemukakan kepada responden
adalah sama ada banyak kawasan dipenuhi dengan sisa buangan. Bagi soalan ini, 13
orang setuju bersamaan 43.33%, 15 orang kurang setuju bersamaan 50% dan 2 orang
tidak setuju bersamaan 6.67%. Kebanyakan orang tidak setuju dengan pernyataan ini
bahawa banyak kawasan dipenuhi dengan sisa buangan. Hal ini kerana biasanya orang
hanya akan membuang sampah di kawasan yang telah ada kelompok sampah. Oleh itu,
bilangan kawasan dipenuhi dengan sisa buangan tidak bertambah tetapi kawasan yang
dipenuhi dengan sisa buangan semakin luas.
Soalan 19 yang dijawab oleh responden adalah sama ada longkang tersumbat
akibat sisa buangan. Bagi soalan ini, 11 orang (36.67%) setuju, 15 orang (50%)
kurang setuju dan 4 orang (13.33%) tidak setuju. Kebanyakan responden tidak setuju
bahawa longkang tersumbat akibat sisa buangan. Hal ini disebabkan masalah
longkang tersumbat tidak wujud di Taman Jaya Mas, Johor Bahru, Johor. Selain itu,
kejadian banjir kilat yang disebabkan oleh longkang tersumbat semasa hujan lebat
juga tidak pernah berlaku.
Soalan 20 yang ditanyakan kepada responden adalah sama ada pengurusan sisa
buangan yang tidak sistematik mencemarkan keindahan alam sekitar Taman Jaya Mas.
Bagi soalan ini, seramai 16 orang (53.33%) setuju dan 12 orang (40%) kurang setuju
serta 2 orang (6.67%) tidak setuju. Kebanyakan responden setuju bahawa pengurusan
sisa buangan yang tidak sistematik mencemarkan keindahan alam sekitar Taman Jaya
Mas. Hal ini disokong dengan foto yang diambil di kawasan kajian tentang
pengurusan sisa buangan yang tidak sistematik yang ditunjukkan dalam bahagian
metodologi kajian. Responden juga mengatakan bahawa landskap taman sekarang
tidak dapat dinikmati kerana kerap kelihatan sisa buangan daripada penduduk.
Secara keseluruhan, hasil kajian ini mendapati bahawa terdapat lima kesan
pengurusan sisa buangan yang tidak sistematik di Taman Jaya Mas, Johor Bahru,
Johor yang dipersetujui oleh penduduk tempatan. Kesan-kesan itu adalah pembuangan
sampah menyebabkan air bertakung dan seterusnya pembiakan nyamuk aedes,

p. 44

44
mencemarkan kebersihan dan keceriaan alam sekitar, bau sisa-sisa pembuangan
sampah yang busuk menjadi pembiakan kuman dan serangga perosak seperti lalat,
tikus dan lipas, sampah yang berbau busuk akan mengganggu keselesaan penduduk
dan mencemarkan keindahan alam sekitar Taman Jaya Mas, Johor Bahru, Johor.

p. 45

45
5.4 Dapatan Kaedah Temu Bual
Bil. Soalan Temu Bual Informan
1 2 3

  1. Berapa lamakah tempoh
    anda tinggal di Taman
    Jaya Mas, Johor Bahru,
    Johor?
    Tiga tahun lebih. Sudah sepuluh
    tahun.
    Dua tahun
    sahaja.
  2. Di manakah tempat
    kebanyakan penduduk
    di sini menguruskan sisa
    buangan?
    Tong sampah atau
    kawasan yang
    telah ada sampah.
    Di mana-mana
    kawasan
    lapang dan
    tempat ada
    tong sampah.
    Tempat
    pembuangsan
    sampah.
  3. Pada pendapat anda,
    bagaimanakah cara yang
    paling berkesan untuk
    mengurus sisa buangan?
    Mengamalkan
    amalan 3R dan
    mengetahui cara
    yang betul untuk
    menguruskannya.
    Buang sampah
    di tempat yang
    sepatutnya.
    Membuang
    sampah
    mengikut
    kategori kitar
    semula.
  4. Pada pandangan anda,
    apakah punca penduduk
    melakukan pengurusan
    sisa buangan yang
    tidak sistematik?
    Malas dan tidak
    rasa bersalah
    melakukannya.
    Terlalu banyak
    sampah perlu
    dibuang dan
    cara itu
    memudahkan
    mereka.
    Mereka tiada
    pengetahuan
    tentang kitar
    semula.
  5. Apakah kesan
    pengurusan sisa
    buangan yang tidak
    sistematik di Taman
    Jaya Mas, Johor Bahru,
    Johor?
    Imej taman
    terjejas dan
    sentiasa ada bau
    busuk di tempat
    ada sampah.
    Ada kucing
    dan anjing liar
    yang mencari
    makanan di
    sampah yang
    telah dibuang.
    Terdapat
    pencemaran
    bau dan
    seterusnya
    mengganggu
    keselesaan
    kita.
    Sumber : Kajian Lapangan 2018

p. 46

46
Pernyataan pertama yang dikemukakan kepada informan adalah berkaitan
dengan tempoh informan menetap di Taman Jaya Mas, Johor Bahru, Johor. Informan
1 mengatakan bahawa dia telah tinggal di kawasan kajian tiga tahun lebih. Informan
2 menyatakan bahawa dia telah menduduki di Taman Jaya Mas, Johor Bahru, Johor
selama sepuluh tahun manakala informan 3 mengatakan bahawa dia telah menetap di
situ selama dua tahun.
Pernyataan kedua yang dikemukakan kepada informan adalah berkaitan
dengan tempat kebanyakan penduduk di Taman Jaya Mas, Johor Bahru, Johor
menguruskan sisa buangan. Informan 1 telah menjawab bahawa kebanyakan
penduduk membuang sampah di tong sampah atau kawasan yang telah ada sampah.
Informan 2 memberitahu bahawa kawasan lapang dan tempat ada tong sampah
adalah tempat penduduk menguruskan sisa buangan. Informan 3 pula mengatakan
bahawa kebanyakan penduduk membuang sampah di tempat pembuangan sampah.
Pernyataan ketiga yang dikemukakan adalah berkaitan dengan pendapat
informan tentang cara yang paling berkesan untuk menguruskan sisa buangan.
Informan 1 berasa bahawa penduduk perlu mengamalkan amalan 3R dan mengetahui
cara yang betul untuk menguruskan sisa buangan. Informan 2 mengatakan bahawa
penduduk harus membuang sampah di tempat pembuangan sampah yang sepatutnya
sahaja. Informan 3 berpendapat bahawa penduduk harus membuang sampah
mengikut kategori kitar semula.
Pernyataan keempat yang dikemukakan adalah berkaitan dengan pandangan
informan tentang punca penduduk melakukan pengurusan sisa buangan yang tidak
sistematik. Informan 1 berpendapat bahawa penduduk malas mengurus sisa buangan
dengan betul dan tidak rasa bersalah apabila melakukan pengurusan sisa buangan
yang tidak sistematik. Informan 2 mengatakan bahawa penduduk mempunyai terlalu
banyak sampah perlu dibuang dan pengurusan sisa buangan yang tidak sistematik
memudahkan mereka. Informan 3 memikirkan bahawa penduduk tidak mempunyai
pengetahuan tentang kitar semula.
Pernyataan kelima yang dikemukakan kepada informan adalah tentang kesan
pengurusan sisa buangan yang tidak sistematik di Taman Jaya Mas, Johor Bahru,
Johor. Informan 1 mengatakan bahawa imej taman terjejas dan sentiasa ada bau
busuk di tempat ada sampah. Informan 2 memberitahu bahawa terdapat kucing dan

p. 47

47
anjing liar yang mencari makanan di sampah yang telah dibuang. Informan 3
berpendapat bahawa terdapat pencemaran bau dan seterusnya mengganggu
keselesaan mereka.

p. 48

48
6.0 RUMUSAN
6.1 Pengenalan
Kajian ini dijalankan untuk mengkaji pengurusan sisa buangan yang tidak
sistematik dan impaknya kepada kualiti kehidupan penduduk di Taman Jaya Mas,
Johor Bahru, Johor. Objektif kajian ini adalah untuk mengkaji punca-punca
pengurusan sisa buangan yang tidak sistematik dan mengenal pasti kesan-kesan
pengurusan sisa buangan yang tidak sistematik di Taman Jaya Mas, Johor Bahru,
Johor. Untuk mencapai objektif kajian tersebut, seramai 30 orang penduduk yang
tinggal di kawasan lokasi kajian telah menjawab soal selidik dan 3 orang penduduk
telah ditemu bual.
6.2 Kaedah Kajian Dan Demografi Responden
Terdapat 5 kaedah kajian yang telah digunakan untuk menjayakan kajian ini,
iaitu kaedah persampelan, kaedah pengumpulan data, kaedah pemerhatian, kaedah
rujukan perpustakaan dan Teknik penganalisaan data. Apabila proses pengumpulan
data dijalankan, seramai 30 orang responden dipilih secara rawak untuk menjawab
borang soal selidik. Dapatan kajian menunjukkan 12 orang responden merupakan
lelaki manakala 16 orang responden ialah perempuan. Majoriti responden berumur 58
tahun dan ke atas dan berbangsa Melayu. Kebanyakan responden mempunyai taraf
pendidikan lepasan SPM dan bilangan isi rumah yang sebanyak 4 hingga 6 orang.
Seramai 3 orang penduduk juga ditemu bual oleh pengkaji untuk mendapat
pandangan mereka berkenaan objektif kajian ini. Data kajian yang dikumpulkan juga
dianalisis menggunakan kaedah deskriptif dalam bentuk peratusan dan juga
kekerapan.
6.3 Punca-punca Pengurusan Sisa Buangan Yang Tidak Sistematik Di Taman
Jaya Mas, Johor Bahru, Johor.
Dapatan kajian menunjukkan bahawa semua punca-punca pengurusan sisa
buangan yang tidak sistematik di Taman Jaya Mas, Johor Bahru, Johor yang
diandaikan oleh pengkaji dan ditunjukkan dalam borang soal selidik adalah benar dan

p. 49

49
dipersetujui oleh penduduk tempatan. Punca-punca ini dibahagikan kepada dua aspek
iaitu aspek sikap penduduk dan aspek kemudahan.
Punca dominan adalah penduduk malas bergerak ke tempat pembuangan sampah.
Hal ini kerana penduduk berasa tempat pembuangan sampah terlalu jauh dari rumah
mereka. Punca yang kedua dominan adalah penduduk berasa lebih senang dan mudah
untuk membuang sampah sesuka hati kerana mereka boleh menjimatkan masa untuk
bergerak ke tempat pembuangan sampah dan mencuci tong sampah rumah sendiri.
Punca yang ketiga dominan adalah jadual kutipan sampah tidak menentu. Hal ini
boleh menyebabkan penduduk mencari tempat lain untuk membuang sampah kerana
tempat pembuangan sampah asal telah dipenuhi dengan sisa buangan.
Punca-punca minoriti pengurusan sisa buangan yang tidak sistematik di Taman
Jaya Mas, Johor Bahru, Johor adalah penduduk kurang prihatin terhadap kebersihan
dan keceriaan kawasan persekitaran, penduduk dipengaruhi oleh penduduk lain yang
juga membuang sampah di merata tempat, penduduk kurang kesedaran terhadap
akibat membuang sampah secara merata-rata, kekurangan bilangan tong sampah dan
kekurangan tempat pembuangan sampah.
Hasil ini juga disokong dengan dapatan temu bual. Informan berpendapat
bahawa penduduk malas membuang sampah, tidak rasa bersalah melakukan
pengurusan sisa buangan yang tidak sistematik dan memikirkan cara ini
memudahkan mereka melupus banyak sampah yang perlu dibuang serta kekurangan
pengetahuan tentang kitar semula.
6.4 Kesan-kesan Pengurusan Sisa Buangan Yang Tidak Sistematik Di Taman
Jaya Mas, Johor Bahru, Johor.
Hasil analisis kajian juga mendapati bahawa terdapat lima kesan pengurusan sisa
buangan yang tidak sistematik di Taman Jaya Mas, Johor Bahru, Johor yang
diandaikan oleh pengkaji dan ditunjukkan dalam borang soal selidik adalah benar dan
dipersetujui oleh penduduk tempatan Kesan-kesan ini terdiri daripada tiga aspek iaitu
aspek kesihatan, aspek kualiti hidup penduduk dan aspek lain.
Kesan dominan dalam aspek kualiti hidup penduduk adalah bau sisa-sisa
pembuangan sampah yang busuk menjadi pembiakan kuman dan serangga perosak

p. 50

50
seperti lalat, tikus dan lipas. Hal ini kerana penduduk sentiasa menampak lalat, tikus
dan lipas di sekeliling kelompok sisa buangan. Kesan minoriti dalam aspek tersebut
adalah sampah yang berbau busuk akan mengganggu keselesaan penduduk dan
mencemarkan kebersihan dan keceriaan alam sekitar.
Kesan dominan dalam aspek kesihatan adalah pembuangan sampah
menyebabkan air bertakung dan seterusnya pembiakan nyamuk aedes. Hal ini
disokong dengan semakin ramai orang menghidap demam denggi kerana semakin
banyak pengurusan sisa buangan yang tidak sistematik.
Kesan dominan dalam aspek lain ialah mencemarkan keindahan alam sekitar
Taman Jaya Mas, Johor Bahru, Johor. Responden telah mengatakan bahawa landskap
taman sekarang tidak dapat dinikmati kerana kerap kelihatan sisa buangan daripada
penduduk.
Hasil ini juga disokong dengan dapatan temu bual. Informan telah menyatakan
bahawa imej taman terjejas, terdapat kucing dan anjing liar yang mencari makanan di
tempat pembuangan sampah dan terdapat pencemaran bau, seterusnya mengganggu
keselesaan penduduk.
6.5 Kesimpulan
Pengkaji mencadangkan beberapa langkah untuk membendung masalah
pengurusan sisa buangan yang tidak sistematik di Taman Jaya Mas, Johor Bahru,
Johor iaitu mengadakan dan menyertai ceramah atau kempen yang bertemakan alam
sekitar, merancang jadual kutipan sampah dan menepatinya serta menyediakan
tempat pembuangan sampah dan tong sampah yang cukup. Pihak berkuasa iaitu
Majlis Bandaraya Iskandar Puteri (MBIP) dan penduduk setempat perlu bekerjasama
supaya langkah-langkah tersebut dapat dilaksanakan. Pengkaji berharap dengan cara
yang diberikan dan kerja kursus yang dijalankan dapat mengurangkan kekerapan kes
pengurusan sisa buangan yang tidak sistematik di Taman Jaya Mas, Johor Bahru,
Johor. Dengan ini, keselesaan dan kualiti kehidupan penduduk setempat dapat
dipertingkatkan serta kesan negatif lain yang lebih serius seperti keseimbangan
ekosistem terjejas tidak akan berlaku.

p. 51

51
Rujukan
Aslina Ismail dan Haliza Abdul Rahman. “Pengetahuan dan Amalan Pengurusan Sisa
Pepejal” dlm. Geografi, Vol. 3, Issue 2 hlm. 14-27, 2015
Bailey, K.D.1984. Method of Social Research. New York: The Free Press.
Hasnah Ali, Dody Dermawan, Noraziah Ali, Maznah Ibrahim dan Sarifah Yaacob.
“Komuniti bandar dan pengurusan sisa pepejal” dlm. Malaysia Journal of
Society and Space 8 Issue 5, ISSN 2180-2491, hlm. 64-75, 2012.
Kamus Dewan Edisi Keempat, 2010. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.
Laman Web Google. 2018 https://maps.google.com
Laman Web Rasmi Jabatan Pengurusan Sisa Pepejal Negara (JPSPN). 2018
https://jpspn.kpkt.gov.my/
Marson, J.1998. Quantitative Methods. In: Taylor, J.Steven and Bogdan, R ed.
Quantitative Research Methods: A Guide Book And Resources. London: John
Wiley & Sons,inc.85-88.
Muhamad Azahar Abas dan Norizan Md Nor. “Penglibatan Komuniti Kampus
Terhadap Sistem Kitar Semula Satu Aliran” dlm. Jurnal Personalia Pelajar 17
hlm. 83-95, 2014.
Siti Khatijah Zamhari dan Noraziah Ali. “Masyarakat dan amalan pengurusan sisa
pepejal ke arah kelestarian komuniti” dlm. Malaysian Journal of Society and
Space 10 Issue 6, ISSN 2180-2491, hlm. 126-137, 2014.