Buku Teks Geografi Tingkatan 2 KSSM
Mencari Buku Teks Geografi Tingkatan 2? Layari semua buku PDFs flipbook hanya di BukuFlip online. Adakah anda suka membaca Buku Teks Geografi Tingkatan 2? Baca, kongsi dan muat turun Buku Teks Geografi Tingkatan 2 secara percuma. Muat naik PDF anda di BukuFlip untuk dijadikan Flipbook PDF seperti Buku Teks Geografi Tingkatan 2.
Buku Teks Digital Geografi Tingkatan 2 KSSM
- Geografi T2 – Kandungan
- Geografi T2 – Bab 1 Skala dan Jarak
- Geografi T2 – Bab 2 Peta Geografi
- Geografi T2 – Bab 3 Pengaruh Pergerakan Bumi terhadap Cuaca dan Iklim
- Geografi T2 – Bab 4 Cuaca dan Iklim di Malaysia
- Geografi T2 – Bab 5 Pengangkutan di Malaysia
- Geografi T2 – Bab 6 Telekomunikasi di Malaysia
- Geografi T2 – Bab 7 Kepelbagaian Iklim dan Pengaruhnya terhadap Kegiatan Manusia di Asia
- Geografi T2 – Bab 8 Jenis dan Kemajuan Pengangkutan di Asia
- Geografi T2 – Bab 9 Pemanasan Global
- Geografi T2 – Bab 10 Teknologi Hijau
- Geografi T2 – Bab 11 Panduan Kerja Lapangan
- Geografi T2 – Senarai Rujukan
atau
p. 1
KURIKULUM STANDARD SEKOLAH MENENGAHBUKU TEKSPENULISKANG CHAI YOENGZULKIPLI BIN ISMAILRAJANDERAN SUBRAMANIAMEDITORPUNITHA SUPPIAHNURUL AININ SOFIYA BINTI TERMIZIPEREKA BENTUKATHIRAH BINTI ABDUL KADIR JILANYEZUL FARHAN BIN ELIASILUSTRATORANIZASANI BINTI AHMADMUHAMMAD AYUB BIN ROSLANTINGKATAN 2GEOGRAFIIMS BOOKS TRADING SDN. BHD.2017
p. 2
Penerbitan buku teks ini melibatkan kerjasama banyak pihak. Sekalung penghargaan dan terima kasih ditujukan kepada semua pihak yang terlibat:• Jawatankuasa Penambahbaikan Pruf Muka Surat, Bahagian Buku Teks, Kementerian Pendidikan Malaysia• Jawatankuasa Penyemakan Pembetulan Pruf Muka Surat, Bahagian Buku Teks, Kementerian Pendidikan Malaysia• Jawatankuasa Penyemakan Naskhah Sedia Kamera, Bahagian Buku Teks, Kementerian Pendidikan Malaysia• Pegawai-pegawai Bahagian Buku Teks dan Bahagian Pembangunan Kurikulum, Kementerian Pendidikan Malaysia• Jawatankuasa Peningkatan Mutu, IMS Books Trading Sdn. Bhd.• Jabatan Alam Sekitar Malaysia• Jabatan Meteorologi Malaysia• Jabatan Penerangan Malaysia• Kementerian Pengangkutan Malaysia• Kementerian Tenaga, Teknologi Hijau dan Air• Lembaga Penggalakan Pelancongan Malaysia• MEASAT Satellite Systems Sdn. Bhd.• SMK Parit Bunga, Tangkak, Johor• SMK Pesisiran Perdana, Tangkak, Johor• Semua pihak yang terlibat secara langsung atau tidak langsung dalam menjayakan penerbitan buku iniKPM2017 ISBN 978-967-0463-47-6Cetakan Pertama 2017© Kementerian Pendidikan MalaysiaHak Cipta Terpelihara. Mana-mana bahan dalam buku ini tidak dibenarkan diterbitkan semula, disimpan dalam cara yang boleh dipergunakan lagi, ataupun dipindahkan dalam sebarang bentuk atau cara, baik dengan cara elektronik, mekanik, penggambaran semula mahupun dengan cara perakaman tanpa kebenaran terlebih dahulu daripada Ketua Pengarah Pelajaran Malaysia, Kementerian Pendidikan Malaysia. Perundingan tertakluk kepada perkiraan royalti atau honorarium.Diterbitkan untuk Kementerian Pendidikan Malaysia oleh:IMS BOOKS TRADING SDN. BHD.No. 52A, Jalan Padi 2,Bandar Baru Uda,81200 Johor Bahru,Johor Darul Takzim.Tel: 07-2348236Faks: 07-2348237E-mel: ims_trading@yahoo.comReka Letak dan Atur Huruf:IMS BOOKS TRADING SDN. BHD.Muka Taip Teks: AvenirSaiz Muka Taip Teks: 11 poinDicetak oleh:MY BOOKPAL SDN. BHD. No. 22 − 25, Jalan Taming Jaya 10,Taman Taming Jaya,43300 Balakong,Selangor Darul Ehsan.No. Siri Buku: 0061Penghargaan
p. 3
KandunganBAB1BAB3BAB2BAB4andunganBABBABBABBAB Penghargaan Kandungan PendahuluanKEMAHIRAN GEOGRAFI Skala dan Jarak 2 15 1.1 Skala 1.2 Jarak 1.3 Menentukan Jarak Sebenar Menggunakan Skala 1.4 Menentukan Jarak Sebenar Berpandukan Skala pada Peta Imbas Kembali Cabaran Minda Peta Topografi 16 – 30 2.1 Maksud Peta Topografi 2.2 Garisan Timuran dan Garisan Utaraan 2.3 Rujukan Grid 2.4 Ciri Pandang Darat Fizikal dan Ciri Pandang Darat Budaya 2.5 Mentafsir Peta Topografi Imbas Kembali Cabaran MindaGEOGRAFI FIZIKAL: Cuaca dan IklimPengaruh Pergerakan Bumi terhadap Cuaca dan Iklim 32 – 47 3.1 Pergerakan Bumi 3.2 Putaran Bumi 3.3 Peredaran Bumi Imbas Kembali Cabaran MindaCuaca dan Iklim di Malaysia 48 – 68 4.1 Jenis dan Ciri Iklim di Malaysia 4.2 Pengaruh Cuaca dan Iklim terhadap Kegiatan Manusia di Malaysia 4.3 Kesan Kegiatan Manusia terhadap Cuaca dan Iklim di Malaysia 4.4 Perubahan Cuaca dan Iklim di Malaysia Imbas Kembali Cabaran Minda 1.1 Skala 1.2 Jarak 1.3 Menentukan Jarak Sebenar Menggunakan Skala 1.4 Menentukan Jarak Sebenar Berpandukan Skala pada Peta 2.2 Garisan Timuran dan Garisan UtaraanCuaca dan Iklim di Malaysia 4.1 Jenis dan Ciri Iklim di MalaysiaPeta Topografi 2.1 Maksud Peta Topografi 2.3 Rujukan Grid 4.2 Pengaruh Cuaca dan Iklim terhadap Kegiatan Manusia di Malaysia 2.4 Ciri Pandang Darat Fizikal dan Ciri Pandang Darat Budaya 4.3 Kesan Kegiatan Manusia terhadap Cuaca dan Iklim di Malaysia 3.2 Putaran BumiPengaruh Pergerakan Bumi terhadap Cuaca dan Iklim 3.1 Pergerakan Bumi 2.5 Mentafsir Peta Topografi 4.4 Perubahan Cuaca dan Iklim di Malaysia 3.3 Peredaran BumiiiiiiviiiiKandungan
p. 4
BAB5BAB7BAB6BAB8BABBABBABGEOGRAFI MANUSIA: Pengangkutan dan TelekomunikasiPengangkutan di Malaysia 70 89 5.1 Pengangkutan Darat di Malaysia 5.2 Pengangkutan Udara dan Air di Malaysia 5.3 Pengangkutan Awam di Malaysia 5.4 Faktor-faktor yang Mempengaruhi Jaringan Pengangkutan di Malaysia 5.5 Kepentingan Pengangkutan Darat, Udara dan Air di Malaysia 5.6 Kepentingan Pengangkutan Awam di Malaysia 5.7 Amalan Pengangkutan Lestari Imbas Kembali Cabaran MindaTelekomunikasi di Malaysia 90 102 6.1 Alat Telekomunikasi di Malaysia 6.2 Kemajuan Alat Telekomunikasi di Malaysia 6.3 Kepentingan Telekomunikasi di Malaysia 6.4 Kesan Telekomunikasi terhadap Pembangunan Negara 6.5 Penggunaan Alat Telekomunikasi Secara Beretika Imbas Kembali Cabaran Minda GEOGRAFI KAWASAN: AsiaKepelbagaian Iklim dan Pengaruhnya terhadap Kegiatan Manusia di Asia 104– 119 7.1 Kepelbagaian Iklim di Asia 7.2 Ciri Iklim Mengikut Zon di Asia 7.3 Zon Iklim Sejuk 7.4 Zon Iklim Sejuk Sederhana 7.5 Zon Iklim Panas Sederhana 7.6 Zon Iklim Panas Imbas Kembali Cabaran MindaJenis dan Kemajuan Pengangkutan di Asia 120 – 134 8.1 Jenis Pengangkutan di Asia 8.2 Kemajuan Pengangkutan di Asia 8.3 Kesan Pengangkutan terhadap Masyarakat, Ekonomi dan Alam Sekitar di Asia Imbas Kembali Cabaran MindaPengangkutan di Malaysia 5.1 Pengangkutan Darat di Malaysia 5.2 Pengangkutan Udara dan Air di Malaysia 5.3 Pengangkutan Awam di Malaysia 5.5 Kepentingan Pengangkutan Darat, Udara dan Air di Malaysia 5.4 Faktor-faktor yang Mempengaruhi Jaringan Pengangkutan 5.6 Kepentingan Pengangkutan Awam di Malaysia 5.7 Amalan Pengangkutan Lestari 6.2 Kemajuan Alat Telekomunikasi di MalaysiaJenis dan Kemajuan Pengangkutan di Asia 8.1 Jenis Pengangkutan di Asia 6.1 Alat Telekomunikasi di Malaysia 6.3 Kepentingan Telekomunikasi di Malaysia 8.2 Kemajuan Pengangkutan di Asia 7.1 Kepelbagaian Iklim di Asia 6.4 Kesan Telekomunikasi terhadap Pembangunan Negara 8.3 Kesan Pengangkutan terhadap Masyarakat, Ekonomi dan 7.2 Ciri Iklim Mengikut Zon di Asia 7.4 Zon Iklim Sejuk Sederhana 6.5 Penggunaan Alat Telekomunikasi Secara Beretika 7.3 Zon Iklim Sejuk 7.5 Zon Iklim Panas Sederhana 7.6 Zon Iklim PanasivKandungan
p. 5
BAB9BAB11BAB10BABISU DAN PENGURUSAN ALAM SEKITARPemanasan Global 136 147 9.1 Maksud Pemanasan Global 9.2 Faktor-faktor Pemanasan Global 9.3 Kesan-kesan Pemanasan Global 9.4 Langkah-langkah Mengurangkan Kesan Pemanasan Global Imbas Kembali Cabaran Minda Teknologi Hijau 148 – 158 10.1 Konsep Teknologi Hijau10.2 Ciri-ciri Produk Teknologi Hijau10.3 Contoh Produk Teknologi Hijau10.4 Kepentingan Teknologi Hijau10.5 Amalan Berkonsepkan Teknologi Hijau Imbas Kembali Cabaran Minda KERJA LAPANGANPanduan Kerja Lapangan 160 – 167 11.1 Pemilihan Isu dan Tajuk11.2 Menentukan Objektif11.3 Penentuan Kaedah Kajian11.4 Cara Merekod, Mengumpul dan Menganalisis Data atau Maklumat11.5 Merumus dan Menulis Laporan Kajian Senarai Rujukan 9.1 Maksud Pemanasan Global 9.2 Faktor-faktor Pemanasan Global 9.3 Kesan-kesan Pemanasan Global 9.4 Langkah-langkah Mengurangkan Kesan Pemanasan Global168Layari laman web berikut untuk merujuk jawapan:http:\/\/bukutekskssm.my\/Geografi \/Jawapan.pdfImbasSayavKandungan
p. 6
PendahuluanBuku teks Kurikulum Standard Sekolah Menengah (KSSM) Geografi Tingkatan 2 ini ditulis berdasarkan Dokumen Standard Kurikulum dan Pentaksiran Geografi Tingkatan 2 yang disediakan oleh Bahagian Pembangunan Kurikulum, Kementerian Pendidikan Malaysia. KSSM digubal bagi memenuhi keperluan dasar baharu di bawah Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM) 2013 – 2025. KSSM juga bertujuan menyediakan murid untuk menghadapi globalisasi berasaskan ilmu pengetahuan abad ke-21. Buku teks ini dilengkapkan dengan elemen-elemen istimewa sebagai nilai tambah dalam menarik minat murid untuk mendekati ilmu geografi dan menerapkannya dalam kehidupan seharian.Induksi BabMenghuraikan pengenalan umum tentang kandungan yang akan dipelajari dalam bab berkenaan.Mari kita terokaiMemberikan pendedahan awal tentang tajuk-tajuk yang akan dipelajari dalam setiap bab.Apakah yang akan anda pelajari?Menyenaraikan standard pembelajaran yang akan dicapai oleh murid dalam setiap bab.Elemen istimewaInfo Geografi Memaparkan maklumat tambahan berkaitan topik yang dipelajari.Tahukah Anda?Memberikan maklumat mengagumkan tentang topik yang dipelajari.Induksi BabviPendahuluan
p. 7
Uji DiriMemuatkan soalan untuk menguji pemahaman murid pada akhir sesuatu subtopik.GlosariMenerangkan maksud yang lebih jelas dan tepat bagi perkataan yang berwarna magenta.AktivitiMemuatkan aktiviti yang memerlukan murid membuat sesuatu projek, simulasi, folio dan forum sama ada secara individu atau berkumpulanKemahiran Abad Ke-21 Kemahiran Berfi kir dan Menyelesaikan Masalah Kemahiran Maklumat dan Komunikasi Kemahiran Interpersonal dan Arah KendiriCabaran MindaMemuatkan soalan untuk menguji pemahaman murid pada akhir setiap bab.Memuatkan soalan yang mencabar daya fi kir ke arah kemahiran berfi kir aras tinggi (KBAT) murid.yang memerlukan murid viiPendahuluan
p. 8
Imbas QR Code ini dengan peranti mudah alih pintar anda untuk mendapatkan pelbagai bahan tambahan yang dimuatkan di dalam pelayan (server).PETUNJUK Maklumat tambahan dalam bentuk nota, rajah, gambar dan peta Video dengan naratif dalam Bahasa Melayu Latihan tambahan Kuiz interaktif Maklumat tambahan dalam bentuk nota, rajah, gambar dan peta Latihan tambahan Kuiz interaktif Video dengan naratif dalam Bahasa MelayuMuat turun aplikasi AR BT Geografi dengan mengimbas QR Code di bawah untuk melihat animasi tiga dimensi.Cara-cara untuk mengimbas animasi tiga dimensi:Imbas KembaliMengingat kembali topik yang telah dipelajari.ImbasGambarviiiPendahuluan
p. 9
Kemahiran Geografimerangkumi kemahiran memerhati, mengukur, merekod, menyampaikan maklumat dan mentafsir peta. Bahagian ini memberi tumpuan kepada pemerolehan kemahiran menggunakan alat ukur dan pentaksiran peta topografi.• Skala dan Jarak• Peta TopografiKemahiranGeografi
p. 10
Mari kita terokai:2Bab 1✓ Menyatakan jarakmutlak, jarak relatif, skala penyata, skala lurus dan pecahan wakilan.✓ Menerangkan jarakmutlak, jarak relatif, skala penyata, skala lurus dan pecahan wakilan.✓ Menggunakan skala penyata, skala lurus dan pecahan wakilan untuk menentukan jarak sebenar.✓ Menentukan jarak sebenar berpandukan skala pada peta.Apakah yang akananda pelajari?BAB1Skala dan Jarak3Cara menentukan jarak sebenar berpandukan skalaBagaimanakah untuk mengira jarak sebenar di antara dua tempat berpandukan skala pada peta?1Jenis-jenis skala• Skala lurus • Skala penyata 1 cm mewakili 1 km• Pecahan wakilan 1 : 100 0000 1 2 3 kmBab 12Bab 1
p. 11
Aktiviti seharian anda memerlukan pergerakan dari satu tempat ke tempat yang lain. Oleh yang demikian, pengetahuan tentang skala dan jarak adalah penting untuk memudahkan anda membuat perancangan yang tepat, terutamanya yang melibatkan kos dan masa.Induksi Bab3Bab 12Jarak mutlakJarak relatifJenis-jenis jarakJenis kenderaanKos (RM)Masa (Minit)Teksi35.0018Bas2.1030Komuter2.807Skala1 cm mewakili 1 kmSek.Rumah FaizUSungaiSediliPETUNJUKJalan rayaSungaiJambatanGetahKelapa sawitPadi sawahSek.SekolahPetempatanBab 13Bab 1
p. 12
GlosariNisbah: Perbandingan ukuran, perimbangan atau kadar.1.1SkalaApakah yang anda faham tentang skala?Skala yang manakah lebih besar, 1 : 30 000 atau 1 : 300 000? Berikan alasan anda.Skala lurus penuhSkala lurus mudah Skala lurusSkala yang berbentuk satu garisan lurus yang dibahagikan kepada beberapa bahagian yang sama jaraknya. Setiap bahagian tersebut mewakili jarak sebenar di atas permukaan bumi. Terdapat skala lurus mudah dan skala lurus penuh.1 cm di atas peta mewakili 1 km di atas permukaan bumiSkala ialah nisbah jarak di atas peta berbanding dengan jarak sebenar di atas permukaan bumi.SkalaJenis-jenis skala Skala penyataSkala yang dinyatakan dalam bentuk ayat atau pernyataan. Pecahan wakilanSkala yang dinyatakan dalam bentuk nisbah atau pecahan. Contoh:1 cm di atas peta mewakili 1 km di atas permukaan bumiContoh:Contoh:1 cm di atas peta bersamaan dengan 100 000 cm atau 1 km di atas permukaan bumi1 : 100 000(disebut sebagai 1 nisbah 100 000)1 km = 100 000 cm1 km = 1 000 m1 m = 100 cm1 cm = 10 mm1 cm mewakili 1 km1 000 m0 1 2 3 km0 1 2 3 4 km1 000 m0 1 2 3 km0 1 2 4Bab 1
p. 13
Layari laman web berikut untuk menonton video tentang skala lurus:http:\/\/bukutekskssm.my\/Geografi \/Video1.htmlImbasSaya 1. Apakah yang dimaksudkan dengan skala? 2. Lengkapkan jadual di bawah dengan memberi contoh skala yang betul.Uji Diri1.1Aktiviti 1.1Tajuk: Jenis-jenis skalaObjektif: Membina peta pemikiran tentang jenis-jenis skala.Alatan: Kad manila, pen penanda pelbagai warna, pembarisLangkah-langkah: 1. Bahagikan kelas kepada empat hingga lima orang dalam satu kumpulan. 2. Setiap kumpulan perlu menghasilkan satu peta pemikiran yang menunjukkan jenis-jenis skala. 3. Gunakan pen penanda yang berlainan warna untuk menjelaskan jenis-jenis skala dan contohnya. 4. Tampalkan hasil terbaik kumpulan di Sudut Geografi di dalam kelas anda.yang betul.Jenis skalaContoh 1Contoh 2(a)Skala lurus(b)Skala penyata(c)Pecahan wakilan• Jarak yang dinyatakan dalam unit seperti meter atau kilometer• Tetap dan tidak berubah• Contoh:Jarak dari Ipoh ke Bidor = 66 km• Jarak berdasarkan kos dan masa• Tidak tetap dan berubah-ubah berdasarkan jenis pengangkutan• Contoh:Tambang bas dari Ipoh ke Bidor = RM6.60 Masa perjalanan dari Ipoh ke Bidor dengan kereta = 1 jam 10 minitUkuran jauh di antara satu tempat dengan tempat yang lain1.2JarakSejauh manakah pemahaman anda tentang jarak?Jarak mutlakJarak relatifJarak5Bab 1
p. 14
Bagaimanakah jarak mutlak dan jarak relatif dapat ditentukan?Rajah 1.1 Jarak mutlak rumah Yusrita, Adeline dan Kavitha dari sekolahPerhatikan Jadual 1.1 yang menunjukkan perbezaan antara jarak relatif berdasarkan jarak mutlak yang berbeza dari segi kos dan masa.Jadual 1.1 Jarak mutlak dan jarak relatif di antara rumah murid dengan sekolah Perkara\/Nama muridYusritaAdelineKavitha Jarak mutlak2.5 km5.0 km8.0 km Jarak relatif Jarak berdasarkan kos:• Teksi• Bas• Basikal RM5.00 RM1.50 RM0.00 RM10.00 RM 3.00 RM 0.00 RM16.00 RM 4.80 RM 0.00 Jarak berdasarkan masa:• Teksi• Bas• Basikal 5 minit 10 minit 20 minit 10 minit 20 minit 40 minit 16 minit 32 minit 1 jam 4 minit0 1 2 3 kmURumahAdelineSekolahRumahKavitha5.0 km2.5 km8.0 kmRumahYusrita6Bab 1
p. 15
Jarak relatif berdasarkan kosdan masa bagi ketiga-tiga murid tersebut adalah berbeza. Bolehkah anda terangkan mengapa?Aktiviti 1.2Tajuk: Jarak mutlak dan jarak relatif dari rumah ke sekolahObjektif: Mencari jarak mutlak dan jarak relatif dari rumah murid ke sekolah.Alatan: Buku catatan, pen, buku latihanLangkah-langkah:1. Bahagikan kelas kepada empat hingga lima orang dalam satu kumpulan.2. Kumpulkan maklumat daripada ahli dalam kumpulan tentang jarak mutlak dan jarak relatif dari rumah mereka ke sekolah.3. Isi maklumat yang diperoleh dalam jadual seperti contoh di bawah.No.Nama muridJarak dari rumah ke sekolahMasa yang diambil untuk ke sekolahCara datang ke sekolah1.2.3.4.5.4. Merujuk maklumat yang dikumpulkan, bincangkan hasil dapatan yang berikut:(a) Siapakah yang mengambil masa paling lama untuk ke sekolah? Mengapa?(b) Sekiranya semua murid dalam kumpulan anda menggunakan jenis pengangkutan yang sama untuk ke sekolah, siapakah yang akan sampai paling awal ke sekolah? Mengapa?(c) Pada pendapat anda, adakah murid yang tinggal paling hampir dengan sekolah akan mengambil masa yang paling singkat untuk tiba di sekolah? Berikan alasan anda. Uji Diri1.21. Isi tempat kosong dengan jawapan yang betul. (a) Jarak yang diukur dalam unit meter atau kilometer dikenali sebagai . (b) Jarak relatif diukur berdasarkan dan .2. Apakah perbezaan antara jarak mutlak dengan jarak relatif?GlosariMasa: Tempoh untuk sampai ke tempat yang dituju diukur dalam unit minit dan jam.Kos: Tambang perjalanan ke tempat yang dituju diukur dalam unit sen dan ringgit.7Bab 1
p. 16
Bagaimanakah jarak sebenar di antara sekolah dengan rumah Faiz dapat ditentukan?Berapakah jarak sebenar di antara kedua-dua tempat tersebut?Tandakan × di sekolah dan di rumah Faiz.Lukiskan satu garisan lurus yang menyambungkan kedua-dua tanda × tersebut.1.3Menentukan Jarak Sebenar Menggunakan Skala1.3.1 Mengukur jarak sebenar menggunakan skala penyata• Jarak di antara kedua-dua tempat tersebut ialah 11 cm. • Skala peta ialah 1 cm mewakili 1 km.• Jarak sebenar di antara sekolah dengan rumah Faiz ialah 11 × 1 km = 11 km.Langkah 1Langkah 2Sek.Rumah Faizedili8Bab 1
p. 17
1Pembaris3Pembaris1Benang putih2Jangka tolok2Jalur kertas3Jalur kertasJangka tolokJarak melengkungJarak lurusPembarisJarak di antara dua tempat pada peta dapat diukur secara lurus atau melengkung• Diukur menggunakan:• Sungai atau jalan raya yang berliku• Diukur menggunakan:Letakkan pembaris pada garisan yang telah dilukis dan ukur jaraknya.Benang Ketahui maklumat lanjut berkaitan cara mengukur jarak pada peta melalui video dalam laman web berikut:http:\/\/bukutekskssm.my\/Geografi \/Video2.htmlImbasSayaBagaimanakah cara untuk mengukur jarak di atas peta?Apakah alat yang dapat digunakan untuk mengukur jarak pada peta?Langkah 3Skala1 cm mewakili 1 kmPETUNJUKJalan rayaSungaiJambatanGetahKelapa sawitPadi sawahSek.SekolahPetempatanUSungaiSePembaris9Bab 1
p. 18
Pindahkan jangka tolok ke atas skala lurus peta dan lihat ukurannya.• Jarak di antara sekolah dengan pejabat pos ialah 6 cm.• Skala peta ialah 1 cm mewakili 2 km.• Jarak sebenar di antara sekolah dengan pejabat pos ialah 6 × 2 km = 12 km.1.3.2 Mengukur jarak lurus menggunakan skala lurusMari kita mengukur jarak sebenar di antara sekolah dengan pejabat pos menggunakan jangka tolok.Langkah 32 000 m0 2 4 6 8 10 12 14 kmSek.P.P.USkalaPETUNJUKJalan rayaSek.SekolahP.P.Pejabat pos0 2 4 6 kmSek.P.P.USkalaPETUNJUKJalan rayaSek.SekolahP.P.Pejabat pos0 2 4 6 kmLetakkan kedua-dua hujung jangka tolok pada kedua-dua tanda ×tersebut.Langkah 2Tandakan ×pada sekolah dan pejabat pos.Langkah 110Bab 1
p. 19
• Jarak dari titik C ke titik D ialah 8 cm.• Skala peta ialah 1 : 100 000, bermakna 1 cm mewakili 1 km.• Jarak sebenar Sungai Jernih dari titik C ke titik D ialah 8 × 1 km = 8 km.• Rentangkan benang di atas pembaris dan ukur jaraknya.Langkah 31.3.3 Mengukur jarak melengkung menggunakan pecahan wakilanMari kita mengukur jarak sebenar Sungai Jernih di antara titik C dengan titik Dmengikut sungai.0 cm 1 2 3 4 5 6 7 8 9 10CDSkala 1 : 100 000SungaiJernihPETUNJUKSungaiGetahKelapa sawitPetempatanUCDSkala 1 : 100 000SungaiJernihPETUNJUKSungaiGetahKelapa sawitPetempatanUCD• Letakkan benang di titik C dan tandakan benang tersebut.• Letakkan benang mengikut lengkungan sungai dari titik C ke titik D.• Tandakan titik Dpada benang.Langkah 2Tandakan ×di titik C dan titik D.Langkah 111Bab 1
p. 20
Menentukan Jarak Sebenar Berpandukan Skala pada Peta1.4Bagaimanakah kita boleh menukarkan jarak tempat di atas peta kepada jarak sebenar di atas permukaan bumi?Perhatikan peta dan skala peta yang diberikan. Cuba anda ukur jarak di antara rumah Khairul dengan balai polis mengikut langkah mengukur jarak yang telah dipelajari. Tukarkan jarak tersebut kepada jarak sebenar di atas permukaan bumi. Berdasarkan Peta 1.2, kira jarak sebenar tempat yang berikut menggunakan skala pecahan wakilan 1 : 100 000.SoalanJarak pada peta (cm)Jarak sebenar (km)1.Jarak dari balai polis ke sekolah melaluijalan raya menggunakan pembaris2.Jarak lurus dari hospital ke rumah Khairul menggunakan jangka tolok3.Jarak Sungai Meranti dari titik P ke titik Qmengikut sungai menggunakan benangUji Diri1.3Peta 1.2 Kedudukan rumah Khairul dan beberapa tempat lainContoh cara pengiraanJarak lurus di antara rumah Khairul dengan balai polis ialah 9 cm.Skala:1 cm mewakili 1 kmJarak sebenar:Jarak sebenar di antara rumah Khairul dengan balai polis ialah 9 × 1 km = 9 kmSungaiMerantiRumahKhairulHosp.Sek.Jalan rayaJambatanPetempatanPETUNJUKHospital0 1 2 3 kmSekolahSkalaSek.Hosp.UB.P.SungaiPQB.P.Balai polis12Bab 1
p. 21
IMBASKEMBALILayari laman web berikut untuk mengetahui cara mengukur jarak melengkung menggunakan jalur kertas:http:\/\/bukutekskssm.my\/Geografi \/Nota1.htmlImbasSayaSkala dan JarakUkuran jauh di antara dua tempatDiukur menggunakan pembaris, jangka tolok dan jalur kertasDiukur menggunakan benang, jalur kertas dan pembarisJarakJenis-jenis jarakCara mengukurJarak mutlakJarak lurusJarak melengkungContoh:Diukur dalam unit meter atau kilometerContoh:Jarak relatifDiukur berdasarkan kos dan masaMengukur jarak pada petaMenentukan jarak sebenardi atas permukaan bumiNisbah jarak di atas peta berbanding dengan jarak sebenar di atas permukaan bumiSkalaJenis-jenis skalaJenis kenderaanKos (RM)Masa (Minit)Teksi35.0018Bas2.1030Komuter2.807Skala lurusSkala lurus penuh1 000 m0 1 2 kmSkala lurus mudah0 1 2 3 km1 : 100 000Pecahan wakilanSkala penyata1 cm mewakili 1 km13Bab 1
p. 22
CabaranMinda1. Berdasarkan jadual di bawah, jawab soalan yang berikut.Nama muridJarak rumah ke sekolah (km)Cara ke sekolahMasa (minit)Suhaida2Berjalan kaki30Lomas6Kereta20Jeevan2Berbasikal15Amirul4Bas15Kok Ann2Kereta5(a) Jika tambang bas ialah RM0.50 bagi setiap 1 km (RM0.50\/km), berapakah jumlah tambang sehari yang perlu dibayar oleh Kok Ann? (b) Jika semua murid menaiki kereta ke sekolah, siapakah yang akan sampai paling lewat? Berikan alasan anda. (c) Mengapakah jarak relatif dari segi masa yang diambil oleh Suhaida, Jeevan dan Kok Ann adalah berbeza walaupun jarak mutlak di antara rumah mereka dengan sekolah adalah sama, iaitu 2 km? 2. Jawab soalan yang berikut berdasarkan peta di bawah.(a) Apakah jenis skala yang digunakan dalam peta di atas?(b) Berapakah jarak sebenar dari rumah Steven ke rumah Lisa mengikut jalan raya?(c) Jika Steven berbasikal dengan kelajuan 5 minit bagi setiap 1 km, pada pukul berapakah dia akan sampai ke sekolah jika dia bertolak dari rumahnya pada pukul 6.40 pagi? Kuiz Interaktif 1ImbasSayaRumah LisaRumah HazitaSek.Rumah StevenPETUNJUK0 1 2 3 kmJalan rayaPetempatanSek.SekolahGetahKelapa sawitSkalaU14Bab 1
p. 23
- Johan dan rakan-rakannya ingin menjelajah ke Pulau Impiana untuk mencari harta karun. Berpandukan maklumat dalam jadual di bawah, anda dikehendaki menandakan laluan pada peta Pulau Impiana dari tapak permulaan hingga lokasi terakhir harta karun itu disembunyikan. Perjalanan dari stesen A ke stesen B telah ditandakan. Dari stesenKe stesenArahJarak pada peta (cm)ABBarat daya2.0BCTimur1.0CDBarat daya3.0DEBarat laut4.0EFSelatan2.5FGBarat laut3.0GSelatan5.0 Dapatkah anda mencari lokasi harta karun itu? Bulatkan jawapan anda pada peta Pulau Impiana. Berapakah jarak sebenar perjalanan yang akan dilalui oleh Johan dan rakan-rakannya?Peta Pulau ImpianaGua Cempaka0 0.5 1 1.5 2 kmKampungPermaiHutanLadangKelapaKampung MesraLadang tebuAir TerjunCeriaUSkalaGunung RayaBA15Bab 1
p. 24
Mari kita terokai:16Bab 1BAB2Peta Topografi16Bab 21Peta topografi 4Perbezaan kegunaan rujukan grid 4 angka dan rujukan grid 6 angka6Hubung kait antara ciri pandang darat fi zikal dengan ciri pandang darat budaya✓ Menyatakan maksud peta topografi .✓ Mengenal pasti garisan timuran dan garisan utaraan dalam peta topografi .✓ Menyatakan rujukan grid.✓ Menerangkan perbezaan kegunaan rujukan grid 4 angka dan 6 angka.✓ Menunjuk cara membaca rujukan grid 4 angka dan 6 angka untuk menentukan kedudukan dalam peta topografi .✓ Menganalisis hubung kait ciri pandang darat fi zikal dan ciri pandang darat budaya dalam peta topografi .✓ Mentafsir peta topografi secara keseluruhan.Apakah perkaitan antara ciri pandang darat fi zikal dengan ciri pandang darat budaya dalam peta topografi ?Apakah yang dimaksudkan dengan peta topografi ?Apakah yang akananda pelajari?Rujukan grid 4 angkaRujukan grid 6 angkaMenentukan kedudukan kawasan yang luas dalam satu segi empat gridMenentukan kedudukan objek tertentu secara lebih spesifi k85928 29 30 31 3254535251Kg. TerenggingKg.TimbauKg. JambuBukit KelangKg. RayaSek.SungaiDua• 816
p. 25
17Bab 2Induksi Bab2Garisan timuran dan garisan utaraan3Rujukan grid (RG)5Cara membaca rujukan grid 4 angka dan rujukan grid 6 angka7Cara mentafsir peta topografi Penentuan sesuatu lokasi dalam peta topografi memerlukan pengetahuan asas seperti garisan timuran, garisan utaraan dan rujukan grid. Pentafsiran sesebuah peta topografi pula memerlukan anda untuk membuat perkaitan antara ciri pandang darat fi zikal dengan ciri pandang darat budaya. Dalam bab ini, kedua-dua penentuan lokasi dan pentafsiran bakal dirungkai dengan lebih jelas dan mendalam untuk memantapkan kemahiran anda.Rujukan grid 4 angka(RG 3153)Rujukan grid 6 angka(RG 314533)Kenal pasti ciri pandang darat fi zikal dan ciri pandang darat budaya yang terdapat dalam peta.Kaitkan ciri pandang darat fi zikal dengan ciri pandang darat budaya.Tafsirkan peta topografi tersebut menggunakan maklumat dan bukti yang terdapat dalam peta.Perhatikan peta secara keseluruhan untuk mendapatkan gambaran umum tentang kawasan kajian.859Kg. TerenggingGarisan timuran535251Garisanutaraan28 29 30Kg. Raya545331 32Kg. Raya109876543210545331 320 1 2 3 4 5 6 7 8 9 10 Garisan timuran 31 Garisan utaraan 53 Garisan utaraan 533 Garisan timuran 314Kg. Raya545331 32Kg. Raya109876543210545331 320 1 2 3 4 5 6 7 8 9 10
p. 26
Peta Kuala Krau2.1Maksud Peta Topografi Peta topografi Mempunyai garisan grid secara melintang dan menegakMenunjukkan keadaan bentuk muka bumi sesebuah kawasan28 29 30 31 325554535251Kg. PalohPETUNJUKSkala 1: 50 000KonturSungaiStesen trigonometriPetempatanJalan kereta apiWakil posSekolahGetahHutanJalan rayaPadi sawahW.P.Jambatan28 29 30 31 32535251Skala 1: 50 000Stesen trigonometriPetempatanJalan kereta apiWakil posSekolahGetahJalan rayaPadi sawahJambatanGlosariTopografi : Bentuk muka bumi sesuatu kawasan.Uji DiriSenaraikan ciri peta topografi yang lengkap.2.1Peta ini dilukis menggunakan skala dan simbol-simbol tertentu.Peta topografi perlu mempunyai tajuk, petunjuk dan skala.Ini ialah peta topografi . Bolehkah anda nyatakan ciri sebuah peta topografi ?Peta topografi ialah peta yang menggambarkan ciri pandang darat fi zikal dan ciri pandang darat budaya sesuatu kawasan.18Bab 2
p. 27
Garisan grid2.2Garisan Timuran dan Garisan UtaraanUji Diri2.2Apakah yang dimaksudkan dengan garisan timuran dan garisan utaraan?• Garisan grid yang dilukis secara menegak.• Garisan yang menunjukkan kedudukan sesuatu tempat ke arah timur. • Garisan grid dinomborkan dan nilainya semakin bertambah ke arah timur.Garisan timuran• Garisan grid yang dilukis secara melintang.• Garisan yang menunjukkan kedudukan sesuatu tempat ke arah utara. • Garisan grid dinomborkan dan nilainya semakin bertambah ke arah utara.Garisan utaraanPeta 2.1 Garisan timuran dan garisan utaraan dalam peta topografi Peta Kuala KrauGarisan grid merupakan garisan-garisan dalam peta topografi yang dilukis secara menegak dan melintang. 85928 29 30 31 325554535251Kg. TerenggingKg.TimbauKg. JambuKg. PalohBukit KelangKg. RayaPETUNJUKSkala 1: 50 000KonturSungaiStesen trigonometriPetempatanJalan kereta apiWakil posSekolahW.P.KilangSek.GetahHutanJalan rayaPadi sawahW.P.Sek.SungaiDuaJambatanGarisan timuranGarisan utaraan19Bab 2
p. 28
RG 3153.RG 314533.Rujukan grid 4 angka dan rujukan grid 6 angkaApakah perbezaan dalam penggunaan rujukan grid 4 angka dengan rujukan grid 6 angka?Kita dapat menentukan kedudukan sesuatu tempat (lokasi) atau objek pada peta topografi dengan cepat dan mudah dengan menggunakan kaedah rujukan grid.Kombinasi antara nilai garisan timuran dengannilai garisan utaraan pada titik persilangan.Nilai garisan timuran hendaklah dibaca dahulu, diikuti dengan nilai garisan utaraan.Terdapat dua cara untuk menyatakan rujukan grid, iaitu rujukan grid 4 angka dan rujukan grid 6 angka.Nilai garisan timuran 2.3Rujukan GridApakah yang dimaksudkan dengan rujukan grid?Rujukan grid 6 angka pula digunakan untuk menentukan kedudukan sesuatu objek atau ciri geografi yang lebih kecil dengan spesifi k. Contohnya, sekolah, masjid, puncak bukit dan kilang.Rujukan grid 4 angka lebih sesuai digunakan untuk menentukan kedudukan sesuatu kawasan yang luas dalam segi empat grid. Contohnya, kawasan hutan, pertanian dan perlombongan.Rujukan GridRujukan grid 4 angka bagi Kg. Raya ialah Rujukan grid 6 angka bagi kilang ialah Rujukan grid 4 angka dan rujukan grid 6 angkadan mudah dengan menggunakan kaedah rujukan grid.Apakah perbezaan dalam penggunaan rujukan grid 4 angka dengan Kg. Raya545331 32Kg. Raya109876543210545331 320 1 2 3 4 5 6 7 8 9 1020Bab 2
p. 29
545352Kg. Raya30 31 32 33Kg. Jambu30 31 32 33545331 32• Garisan timuran 31• Garisan utaraan 53Nilai rujukan grid merujuk penjuru barat daya segi empat grid kedudukanKg. Raya.Kg. RayaRajah 2.1 Kedudukan Kg. Raya berpandukan rujukan grid 4 angkaMembaca rujukan grid 4 angka bagi Kampung RayaLangkah-langkah membaca rujukan grid 4 angka:1. Tentukan segi empat grid bagi kedudukan Kg. Raya dalam peta topografi .2. Rujuk nilai garisan timuran dan nilai garisan utaraan.3. Baca nilai garisan timuran dan garisan utaraan yang berkenaan.Rujukan grid 4 angka Kg. Raya ialah RG 3153. Membaca rujukan grid 4 angka21Bab 2
p. 30
54535230 31 32 33• Nilai garisan timuran ialah 314 dan nilai garisan utaraan ialah 533.• Oleh itu, kedudukan kilang dalam peta di atas ialah RG 314533.30 31 32 33545331 320 1 2 3 4 5 6 7 8 9 10109876543210Kg. RayaKg. Raya545331 320 1 2 3 4 5 6 7 8 9 10109876543210545331 320 1 2 3 4 5 6 7 8 9 10Kg. RayaRajah 2.2 Kedudukan kilang berpandukan rujukan grid 6 angkaMembaca rujukan grid 6 angka bagi kilangLangkah-langkah membaca rujukan grid 6 angka: Perhatikan kedudukan kilang dalam segi empat grid 3153. Bahagikan jarak di antara garisan timuran 31 dan 32 kepada 10 bahagian yang sekata dan nomborkannya dari 0 hingga 10. Bahagikan pula jarak di antara garisan utaraan 53 dan 54 kepada 10 bahagian yang sekata dan nomborkannya dari 0 hingga 10. Dapatkan titik persilangan garisan timuran dengan garisan utaraan yang merentas kilang.Bina peta pemikiran untuk menunjukkan persamaan dan perbezaan penggunaan rujukan grid 4 angka dengan rujukan grid 6 angka.Uji Diri2.3 Membaca rujukan grid 6 angka22Bab 2
p. 31
Apakah yang membezakan ciri pandang darat fi zikal dengan ciri pandang darat budaya?Ciri Pandang Darat Fizikal dan Ciri Pandang Darat Budaya2.4Rajah 2.3 Contoh simbol pada peta topografi yang mewakili ciri pandang darat fi zikal dan ciri pandang darat budayaMerujuk pelbagai ciri semula jadi seperti bentuk muka bumi, saliran dan tumbuh-tumbuhan semula jadi.Merujuk ciri buatan manusia seperti guna tanah, kegiatan ekonomi penduduk, petempatan, kemudahan sosial serta pengangkutan dan perhubungan.Ciri pandang darat fi zikalCiri pandang darat budayaCiri pandang darat fi zikal dan ciri pandang darat budayaKonturTasikBelukarSungaiTanjungTg.BukitBt.RumputHutanPaya nipahPaya bakauJalan rayaJalan keretaapiMasjidTokongKuilKelapasawitPadisawahGetahJambatanGereja23Bab 2
p. 32
Rajah 2.4 Hubung kait antara pandang darat fi zikal dengan pandang darat budayaJabatan Ukur dan Pemetaan Malaysia (JUPEM) berfungsi menerbitkan peta topografi untuk tujuan perancangan, pengurusan sumber asli, pemuliharaan alam sekitar, pembangunan, pemantauan dan keselamatan. Layari laman web berikut untuk maklumat lanjut tentang JUPEM:http:\/\/bukutekskssm.my\/Geografi \/Nota2.htmlImbasSayaPada umumnya, ciri pandang darat fi zikal akan mempengaruhi kewujudan ciri pandang darat budaya di sesuatu kawasan. Lihat rajah di bawah untuk memahami saling kaitan tersebut.Tanah pamah• Pertanian: Tanaman padi sawah, nanas• Pengangkutan: Jalan raya, jalan kereta api, lapangan terbang• Petempatan: Rumah• Kemudahan sosial: Sekolah, hospital, tempat ibadatTanah beralun• Pertanian: Tanaman getah dan kelapa sawit• Petempatan: RumahPinggir laut• Perikanan: Petempatan nelayan, pelabuhan• Pelancongan: Tempat berkelah, jetiSaliran• Sumber air: Paip saluran air• Pengangkutan: Jeti, pangkalan botTumbuhan semula jadi• Pembalakan: Kem pembalakan, petempatan• Pelancongan: Laluan pejalan kakiTanah tinggi• Pertanian: Tanaman teh dan sayur-sayuran hawa sederhana• Pelancongan: Kemudahan penginapan• Kuasa hidroelektrik: EmpanganCiri pandang darat fi zikalCiri pandang darat budaya yang diwujudkan24Bab 2
p. 33
Uji Diri2.4Berdasarkan peta topografi di bawah, senaraikan saling kaitan antara ciri pandang darat fi zikal dengan ciri pandang darat budaya. Isi jawapan anda dalam jadual yang berikut.Ciri pandang darat fi zikalKepentinganCiri pandang darat budayaTanah pamah(i) Pertanian(ii) (i) Sawah padi(ii) Tanah beralun(i) Pertanian(ii) (i) (ii) Peta Batu KarangAktiviti 2.1Tajuk: Pandang darat fi zikal dan pandang darat budayaObjektif: (i) Mengenal pasti pelbagai ciri pandang darat fi zikal dan ciri pandang darat budaya yang terdapat di sekitar tempat tinggal murid. (ii)Melukis simbol-simbol yang sesuai bagi mewakili ciri tersebut.Alatan: Pen, buku latihan, pensel warna, pembarisLangkah-langkah:1. Lihat sekeliling kawasan tempat tinggal anda.2. Kenal pasti ciri pandang darat fi zikal dan ciri pandang darat budaya yang terdapat di kawasan tersebut.3. Lukiskan simbol-simbol yang sesuai untuk mewakili ciri tersebut di dalam buku latihan anda.PETUNJUKSkala 1: 50 00010 11 12 13 141918171615 KonturSungaiPetempatanSekolahBalai polisPejabat posSek.B.P.P.P.GetahJalan rayaPadi sawahKg. SelesaKg. BangauKg. HijauKudaSek.B.P.P.P.Sek.Kg. JujurKg.BatuKayuSungai Timah25Bab 2
p. 34
Peta JertehPeta 2.2 Peta Jerteh2.5Mentafsir Peta Topografi Bagaimanakah anda mentafsir sebuah peta topografi ? Kita mentafsir peta topografi untuk mengenal pasti dan menghubungkaitkan ciri pandang darat fi zikal dengan ciri pandang darat budaya. Selain itu, melalui peta tersebut kita dapat menentukan taburan penduduk, kedudukan dan pola petempatan. Tafsirkan Peta 2.2 untuk mengetahui saling kaitan antara ciri pandang darat fi zikal dengan ciri pandang darat budaya.SungaiNeringB.P. Kg. GelangKg. SawahP. D. Ladang BaharuPekanJabirSek.Sek.P.P.Klinik64 65 66 67 68 69Skala 1 : 50 000666Bukit OhLadangBukit OhPETUNJUKSungaiHutanPaya nipahJalan rayaPadi sawahJambatanPetempatanSek.SekolahP.P.Pejabat posB.P.Balai polisP.D.Pejabat daerahGetahKonturStesen trigonometri080706050403020126Bab 2
p. 35
Langkah-langkah mentafsir peta topografi Peta topografi menunjukkan kawasan Jerteh. Ciri pandang darat fi zikal yang terdapat di kawasan peta ialah sungai, hutan dan paya nipah. Manakala ciri pandang darat budaya di kawasan peta pula adalah terdiri daripada jalan raya, ladang getah, sawah padi, petempatan, jambatan, pejabat daerah, sekolah, pejabat pos dan balai polis. Sebahagian besar bentuk muka bumi di kawasan peta adalah terdiri daripada kawasan tanah pamah yang rata kecuali di sebelah barat dayanya yang merupakan kawasan tanah tinggi. Kawasan tanah pamah digunakan untuk petempatan, pengangkutan dan pertanian. Manakala kawasan tanah beralun yang bersaliran baik pula digunakan untuk penanaman getah. Saliran utama ialah Sungai Nering. Berdasarkan peta, kegiatan ekonomi utama penduduk ialah pertanian. Tanaman yang diusahakan ialah padi sawah dan getah. Padi sawah ditanam di kawasan lembah sungai dan tanah pamah seperti di sekitar Kg. Sawah dan Kg. Gelang. Tanaman getah pula diusahakan di kawasan kaki bukit dan tanah pamah secara kebun kecil dan ladang, misalnya, Ladang Bukit Oh. Pekan Jabir menjadi kawasan tumpuan penduduk dan mempunyai pola petempatan berpusat. Kawasan ini mempunyai kemudahan sosial seperti sekolah, klinik, balai polis dan pejabat pos. Petempatan berkelompok terdapat di Ladang Baharu. Petempatan berjajar pula terdapat di segi empat grid 6605.Contoh tafsiranKenal pasti ciri pandang darat fi zikal dan ciri pandang darat budaya yang terdapat dalam peta.Kaitkan ciri pandang darat fi zikal dengan ciri pandang darat budaya.Tafsirkan peta topografi tersebut menggunakan maklumat dan bukti yang terdapat dalam peta.Perhatikan peta secara keseluruhan untuk mendapatkan gambaran umum tentang kawasan kajian.27Bab 2
p. 36
Aktiviti 2.2Tajuk: Mentafsir peta topografi Objektif: (i) Mengenal pasti ciri pandang darat fi zikal dan ciri pandang darat budaya. (ii) Menghubungkaitkan ciri pandang darat fi zikal dengan ciri pandang darat budaya. (iii)Mentafsir peta topografi . Alatan: Pen penanda, pen, peta topografi , buku catatan, kertas mahjungLangkah-langkah:1. Bahagikan kelas kepada empat hingga lima orang dalam satu kumpulan.2. Setiap kumpulan akan diberikan satu peta topografi .3. Kenal pasti ciri pandang darat fi zikal dan ciri pandang darat budaya yang terdapat dalam peta topografi masing-masing.4. Kaitkan ciri pandang darat fi zikal dengan ciri pandang darat budaya.5. Tafsirkan peta topografi tersebut.6. Persembahkan hasil setiap kumpulan di hadapan kelas.Uji Diri2.51. Senaraikan tiga kegiatan ekonomi yang dijalankan oleh penduduk dalam peta di atas.2. Pada pendapat anda, mengapakah tiada petempatan dibina di kawasan timur laut peta? Peta Ulu PendangJalan rayaPetempatanJambatanSungaiKonturStesen trigonometriBentengPETUNJUKHutanSkala 1: 50 000Kelapa sawitGetahPadi sawah40393837363515 16 17 18 19Kg. RumbiaBukit JenkolSekolahBalai polisSek.B.P.Sek.B.P.Kg.Mesra874Ldg.BatuTigaSungaiJengkal28Bab 2
p. 37
Peta Topografi Nilai garisan timurandengan garisan utaraan pada titik persilanganCiri semula jadi:• Saliran• Bentuk muka bumi• Tumbuh-tumbuhan semula jadiCiri buatan manusia:• Petempatan• Kegiatan ekonomi• Kemudahan sosial• Pengangkutan dan perhubungan• Perhatikan peta secara keseluruhan• Kenal pasti ciri pandang darat fi zikal dan ciri pandang darat budaya• Kaitkan ciri pandang darat fi zikal dengan ciri pandang darat budaya• Tafsirkan petaPeta yang menggambarkan ciri pandang darat fi zikal dan ciri pandang darat budaya sesuatu kawasan yang dilukis menggunakan skala dan simbol-simbol tertentuPandang darat budayaPandang darat fi zikalRujukan gridSaling kaitan antaraciri pandang darat fi zikal denganciri pandang darat budayaMentafsir peta topografi Rujukan grid 4 angkaRujukan grid 6 angkaMenentukan kedudukan sesuatu kawasan dalam segi empat gridMenentukan kedudukan objek tertentu secara lebih spesifi kIMBASKEMBALIRG 3153RG 314533Kg. Raya545331 32Kg. Raya109876543210545331 320 1 2 3 4 5 6 7 8 9 1029Bab 2
p. 38
CabaranMindaPeta Kuala SediliTempatRujukan Grid 4 angka(i) Kg. Sawah(ii) Ladang BalauTempatRujukan Grid 6 angka(i) Balai polis(ii) Sekolah di Kg. PulauKuiz Interaktif 2ImbasSayaBerdasarkan peta topografi Kuala Sedili, jawab soalan yang berikut.1. (a) Nyatakan rujukan grid 4 angka bagi ciri yang berikut. (b) Nyatakan rujukan grid 6 angka bagi ciri yang berikut. 2. Nyatakan dua ciri pandang darat fi zikal dalam peta topografi di atas.3. Apakah pekerjaan utama penduduk di Ladang Balau (RG 6331)? 4. Mengapakah tanaman padi banyak diusahakan di bahagian barat laut peta? 5. Kawasan yang manakah menjadi tumpuan penduduk? Mengapa? 6. Sekiranya anda seorang pegawai perancang bandar, kemukakan cadangan yang dapat anda lakukan untuk membangunkan kawasan segi empat grid 6130 supaya menjadi kawasan tumpuan penduduk. Jalan rayaJambatanPetempatanSungaiPaya bakauPETUNJUKSkala 1: 50 000GetahSek.SekolahB.P.Balai polisPadi sawah60 61 62 63 64 653433323130KonturKg.PulauSek.Sek.Kg. AyuB.P.Kg. SawahKg. NibungLadangBalauKg.PulauSek.Sek.Kg. AyuB.P.Kg. SawahKg. NibungLadangBalauSungaiNibungSek.30Bab 2
p. 39
Geografi Fizikaldalam bahagian ini membincangkan keadaan fi zikal bumi dan membolehkan murid mengetahui tentang pengaruh pergerakan bumi terhadap cuaca dan iklim serta ciri-ciri cuaca dan iklim di Malaysia.• Pengaruh Pergerakan Bumi terhadap Cuaca dan Iklim • Cuaca dan Iklim di MalaysiaFizikalGeografi
p. 40
32Bab 3✓ Mengenal pasti dua cara pergerakan bumi.✓ Menerangkan tentang putaran bumi dan peredaran bumi.✓ Menunjukkan kesan putaran bumi.✓ Menunjukkan kesan peredaran bumi.✓ Membahaskan kesan pergerakan bumi terhadap cuaca dan iklim.Apakah yang akananda pelajari?BAB3Pengaruh Pergerakan Bumi terhadap Cuaca dan Iklim4Kesan-kesan peredaran bumiApakah kesan-kesan peredaran bumi mengelilingi matahari?Mari kita terokai:1Cara pergerakan bumi Pergerakan bumi terdiri daripada putaran bumi dan peredaran bumi. Musim panas Musim bunga Musim luruh Musim sejukMatahariBulanOrbit bulan
p. 41
Bumi berputar di atas paksinya sambil beredar mengelilingi matahari. Pergerakan bumi ini telah mewujudkan pelbagai kesan terhadap cuaca dan iklim. Peredaran bumi mengelilingi matahari telah menyebabkan berlakunya kejadian empat musim dalam setahun di kawasan beriklim sederhana.Induksi Bab33Bab 32Putaran bumi dan peredaran bumiBumi berputar pada paksinya sambil beredar mengelilingi matahari.3Kesan-kesan putaran bumiBolehkah anda nyatakan kesan-kesan putaran bumi?5Kesan-kesan pergerakan bumi terhadap cuaca dan iklimSolstis Musim Sejuk22 DisemberSolstis Musim Panas21 JunEkuinoks Musim Luruh23 SeptemberEkuinoks Musim Bunga21 Mac23½°S 23½°U KUKSKUKSKUKSKUKSMatahariGSGKGJGSGKGJGSGKGJGSGKGJ23½°S 23½°U 23½°S 23½°U 23½°S 23½°U KutubUtaraKutubSelatanTimurBaratPaksi bumicondong 23½°BaratSatah tegakCahayamatahariMatahariKutub SelatanSatah tegakKutub Utara
p. 42
3.1Pergerakan BumiSistem suria terdiri daripada matahari dan lapan buah planet yang utama. Kesemua planet ini beredar mengelilingi matahari mengikut orbit masing-masing.• Pergerakan bumi dalam sistem suria berlaku melalui dua cara, iaitu putaran bumi dan peredaran bumi.• Bumi berputar pada paksinya sambil beredar mengelilingi matahari mengikut orbitnya yang berbentuk elips (bujur).Rajah 3.2 Putaran dan peredaran bumiRajah 3.1 Sistem suriaGlosariOrbit: Laluan yang diikuti oleh sesuatu planet dan satelit dalam pergerakan mengelilingi matahari.Layari laman web berikut untuk maklumat tentang penemuan planet baharu mirip bumi:http:\/\/bukutekskssm.my\/Geografi \/Nota3.htmlImbasSayaMatahariUtaridZuhrahBumiMarikhMusytariZuhalUranusNeptun 1. Nyatakan dua cara pergerakan bumi.2. Bumi beredar mengelilingi .Uji Diri3.1MatahariBulanBumiOrbit bulanOrbit bumiPETUNJUKPutaran bumiPeredaran bumi34Bab 3
p. 43
3.2Putaran BumiRajah 3.4 Kejadian siang dan malamKesan-kesan putaran bumi Kejadian siang dan malamImbasGambarSatu putaran yang lengkap mengambil masa 24 jam atau satu hari.Bumi berputar pada paksinya yang mempunyai kecondongan sudut 23½° pada satah tegak.Putaran bumi adalah dari arah barat ke timur atau mengikut arah lawan pusingan jam.Rajah 3.3 Putaran bumi pada paksinyaImbasGambarCahayamatahariMatahariKutub SelatanBahagian yangtidak menerimapancaran matahari akan mengalamiwaktu malamKutub UtaraBahagian yangmenghadapmatahari akanmengalamiwaktu siangSatah tegakKutubUtaraKutubSelatanTimurBaratPaksi bumicondong 23½°Satah tegak35Bab 3
p. 44
165°B150°B135°B120°B120°T135°T150°T165°T105°B90°B75°B60°B45°B30°B15°B15°T30°T45°T60°T75°T90°T105°T1:002:00PagiPetangMalam3:004005:006:007:008009:0010:00110012:001:002:003004:005006:007:008009001000110012000°IsninAhadAhadKuala LumpurSanFranciscoGarisan MeridianPangkal (GMP)Isnin tengah hari180°TGarisan Khatulistiwa0°Garisan Tarikh Antarabangsa (GTA)Tokyo23½°U23½°S165°B150°B135°B120°B120°T135°T150°T165°T105°B90°B75°B60°B45°B30°B15°B15°T30°T45°T60°T75°T90°T105°T1:002:00PagiPetangMalam3:004005:006:007:008009:0010:00110012:001:002:003004:005006:007:008009001000110012000°IsninAhadAhadKuala LumpurSanFranciscoGarisan MeridianPangkal (GMP)Isnin tengah hari180°TGarisan Khatulistiwa0°Garisan Tarikh Antarabangsa (GTA)Tokyo23½°U23½°SBumi mengambil masa 24 jam untuk melengkapkan satu putaran (360º). Dalam setiap jam, bumi akan berputar sebanyak 15º longitud atau 4 minit bagi setiap 1º longitud. Perbezaan waktu tempatanRajah 3.5 Perbezaan waktu antara tempatPeta 3.1 Zon-zon waktuPerlawanan bola sepak semasa Sukan Olimpik Rio, Brazil (2016) disiarkan secara langsung pada waktu yang berbeza di tempat yang berlainan. Kesan putaran bumi dalam tempoh 24 jam telah mewujudkan24 zon waktu, iaitu satu jam bagi setiap satu zon. Putaran bumi dari barat ke timur menyebabkan kawasan di timur Garisan Meridian Pangkal menerima cahaya matahari terlebih dahulu berbanding dengan kawasan di sebelah barat.Satelit angkasaSatelit Stadium Rio de Janeiro,bumiBrazil (45°B)8:30 malam, Rabu105°BKuala LumpurAlaska, 150°B1:30 petang, RabuLondon, 0°11:30 malam, RabuLahore, 75°T4:30 pagi, KhamisLayari laman web berikut untuk mengetahui cara mengira waktu tempatan:http:\/\/bukutekskssm.my\/Geografi \/Nota4.htmlImbasSaya36Bab 3
p. 45
Pembiasan angin lazim• Putaran bumi dari barat ke timur menghasilkan daya graviti bumi yang dinamakan daya koriolis.• Daya koriolis ini boleh menyebabkan pemesongan arah tiupan angin lazim dunia.• Di hemisfera selatan pula, tiupan angin adalah terbias ke arah kiri.• Di hemisfera utara, tarikan gravitimenyebabkan pergerakan angin terbias ke arah kanan daripada arah tiupannya.Daya tarikan graviti bulan yang kuat akan menarik air laut di permukaan bumi yang menghadap bulan. Rajah 3.6 Pembiasan angin lazimRajah 3.7 Kejadian air pasang dan air surut Kejadian pasang surutGEOGRAFITerdapat dua jenis pasang surut: • Pasang perbani atau air pasang besar berlaku apabila bulan, bumi dan matahari berada dalam kedudukan garis lurus. • Pasang anak berlaku apabila bulan, matahari dan bumi berada pada sudut tegak.(Sumber: National Ocean Service, 2016)http:\/\/bukutekskssm.my\/Geografi \/Rajah1.htmlGlosariDaya koriolis: Daya pesongan aliran udara yang terhasil kesan putaran bumi pada paksinya.Graviti:Daya tarikan yang menggerakkan jasad ke arah pusat bulan atau bumi.• Kawasan B dan D akan mengalami peningkatan paras air laut atau terjadinya air pasang. • Pada masa yang sama, kawasan A dan C akan mengalami air surut kerana air laut tertarik ke kawasan B dan D.Hemisfera utaraHemisferaselatanTerdapat dua jenis pasang surut: Daya koriolis:pesongan aliran udara yang terhasil kesan putaran bumi pada paksinya.Graviti:yang menggerakkan jasad ke arah pusat bulan atau bumi.Fenomena pasang surut berlaku sebanyak dua kali dalam tempoh 24 jam disebabkan oleh tarikan graviti antara bumi dengan bulan atau bumi dengan matahari. Tarikangraviti bulanDBumiBACAir surutAir surutAirpasangAirpasangBulan37Bab 3
p. 46
3.3Peredaran BumiBumi beredar mengelilingi mahatari mengikut arah lawan jam. Satu peredaran yang lengkap mengambil masa selama 365¼ hari atau satu tahun. Rajah 3.8Peredaran bumiJawab soalan yang berikut berdasarkan rajah. 1. Nyatakan cara pergerakan bumi tersebut.2. Berapa lamakah tempoh yang diperlukan oleh bumi untuk melengkapkan satu pusingan? 3. Nyatakan arah putaran bumi.4. Berapakah kecondongan paksi bumi pada satah tegak?GEOGRAFI• Perihelion merupakan jarak bumi yang paling hampir dengan matahari dan berlaku kira-kira dua minggu selepas solstis musim sejuk. • Afelion, iaitu jarak bumi yang paling jauh dari matahari pula berlaku kira-kira dua minggu selepas solstis musim panas.ImbasGambarUji Diri3.2(Sumber: timeanddate.com, 2017)152 juta kmAfelion147 juta kmPerihelionBumiJulaiJanuariBumiMatahariMatahariBulanBumiOrbit bumiKutubUtaraKutubSelatanArahputaranSatahtegak38Bab 3
p. 47
Musim luruhMusim sejukMusim panasMusim bungaGEOGRAFIKejadian empat musim di hemisfera utara dan hemisfera selatan:MusimHemisfera utaraHemisfera selatanBungaMac – MeiSeptember – NovemberPanasJun – OgosDisember – FebruariLuruhSeptember – NovemberMac – MeiSejukDisember – FebruariJun – OgosKesan-kesan peredaran bumi Kejadian empat musim di kawasan beriklim sederhanaMengapakah bulan Disember sering dirujuk sebagai musim sejuk?39Bab 3
p. 48
Rajah 3.9 Kejadian empat musim akibat peredaran bumi mengelilingi matahariABCDLihat video tentang ekuinoks dalam laman web berikut:http:\/\/buku tekskssm.my\/Geografi \/Video3.htmlImbasSayaGEOGRAFIContoh negara yang mengalami empat musim mengikut benua:BenuaNegaraAsiaJepun, Korea Selatan, ChinaAmerika UtaraKanada, Amerika SyarikatEropahPerancis, Itali, Jerman, BelandaAustraliaAustralia(Sumber: Planet Science, 2016)Peredaran bumi mengelilingi matahari dan kecondongan paksi bumi menyebabkan kedudukan matahari tengah hari berubah-ubah seiring dengan perubahan musim.PETUNJUKGS Garisan SartanGK Garisan KhatulistiwaGJ Garisan JadiKU Kutub UtaraKS Kutub SelatanSolstisMusim Sejuk22 DisemberSolstisMusim Panas21 JunEkuinoks Musim Luruh23 SeptemberEkuinoks Musim Bunga21 MacKUKSGSGKGJKUKSGSGKGJKUKSGSGKGJKUKSGSGKGJ23½°S 23½°U 23½°S 23½°U 23½°S 23½°U 23½°S 23½°U 40Bab 3
p. 49
Layari laman web berikut untuk latihan tentang peredaran bumi:http:\/\/bukutekskssm.my\/Geografi \/Latihan1.pdfImbasSayaJohn menyambut hari Krismas pada musim panas di Perth, Australia. Bagaimana pula dengan Andrew yang tinggal di London? Apakah musim yang dialaminya pada hari Krismas tersebut? Pada pendapat anda, mengapakah wujudnya perbezaan musim antara kedua-dua kawasan tersebut?Ekuinoks musim bunga (21 Mac) Matahari tengah hari tegak di atas kepala di Garisan Khatulistiwa (0°).Hemisfera utara mengalami musim bunga dan hemisfera selatan mengalami musim luruh.Hampir semua kawasan di permukaan bumi mengalami tempoh siang dan malam yang sama panjang.ASolstis musim panas (21 Jun)Matahari tengah hari tegak di atas kepala di Garisan Sartan (23½°U). Hemisfera utara mengalami musim panas dan hemisfera selatan mengalami musim sejuk. Kawasan di hemisfera utara mengalami waktu siang yang lebih panjang berbanding dengan waktu malam. Kawasan di hemisfera selatan pula waktu malamnya lebih panjang berbanding dengan waktu siang. Kutub Utara mengalami 24 jam siang, manakala Kutub Selatan mengalami 24 jam malam (Mei – Oktober).BSolstis musim sejuk (22 Disember)Matahari tengah hari tegak di atas kepala di Garisan Jadi (23½°S). Hemisfera utara mengalami musim sejuk dan hemisfera selatan mengalami musim panas. Waktu siang di kawasan hemisfera selatan lebih panjang berbanding dengan waktu malam. Waktu malam di hemisfera utara lebih panjang berbanding dengan waktu siang. Kutub Selatan mengalami 24 jamsiang manakala Kutub Utara mengalami 24 jam malam (November – April).D Ekuinoks musim luruh (23 September)Matahari tengah hari tegak di atas kepala di Garisan Khatulistiwa (0°). Hemisfera utara mengalami musim luruh dan hemisfera selatan mengalami musim bunga. Hampir semua kawasan di permukaan bumi mengalami tempoh siang dan malam yang sama panjang.C41Bab 3
p. 50
Fenomena gerhanaBumiUmbraPenumbraBulanMatahariGerhana matahari berlaku apabila kedudukan bulan menghalang cahaya matahari ke bumi yang menyebabkan bayang-bayang bulan melindungi bumi. Pada ketika ini, kedudukan matahari, bulan dan bumi berada dalam satu garisan lurus. Gerhana matahari tidak meliputi seluruh permukaan bumi kerana bulan adalah lebih kecil daripada bumi. Gerhana penuh berlaku di zon umbra yang kecil, manakala gerhana separa terjadi di zon penumbra yang lebih besar.BumiBulanMatahariFenomena ini berlaku apabila matahari, bumi dan bulan berada dalam satu garisan lurus. Pada ketika ini, bumi akan melindungi cahaya matahari daripada terpancar ke bulan. Keadaan ini menyebabkan bulan akan ditutupi oleh bayang-bayang bumi dan menyebabkan berlakunya gerhana bulan.Gerhana bulanGEOGRAFIGerhana matahari lebih singkat masanya berbanding dengan gerhana bulan. Semasa berlaku gerhana penuh matahari, keadaan bumi menjadi hampir gelap. Pada masa ini, hanya terdapat sedikit jalur cahaya yang terang di sekeliling matahari yang dikenali sebagai Korona.Layari laman web berikut untuk animasi gerhana matahari pada 9 Mac 2016: http:\/\/bukutekskssm.my\/Geografi \/Nota6.html(Sumber: Solar Eclipse, 2016)Gerhana matahariRajah 3.11 Gerhana bulanRajah 3.12 Gerhana matahari42Bab 3
p. 51
Aktiviti 3.1Tajuk: Putaran bumi dan perubahan arah bayang-bayangObjektif: Mengkaji kesan putaran bumi dan perubahan arah bayang-bayang.Alatan: Sebatang kayu, kompas, kertas saiz A3, pemberat, jam dan pen penandaLangkah-langkah:1. Pacakkan sebatang kayu di tempat lapang seperti rajah di bawah. 2. Tandakan bayang-bayang setiap dua jam menggunakan pen penanda.3. Kemudian, tandakan perubahan arah bayang-bayang pada kertas tersebut.4. Lengkapkan borang pemerhatian di bawah.5. Apakah kesimpulan yang dapat anda buat berdasarkan kajian di atas?Aktiviti 3.2Tajuk: Penanda buku empat musimObjektif: (i) Mengumpulkan gambar suasana kawasan yang mengalami kejadian empat musim. (ii) Menambah dana kelas dengan menjual penanda buku tersebut.Alatan: Kad manila, pensel warna, gam, gunting, bahan-bahan media seperti majalah, surat khabar, buku dan InternetLangkah-langkah:1. Bahagikan kelas kepada empat hingga lima orang dalam satu kumpulan.2. Setiap kumpulan dikehendaki memilih sebuah negara yang mengalami kejadian empat musim.3. Kumpulkan gambar suasana empat musim di negara berkenaan.4. Berdasarkan bahan-bahan yang dikumpulkan, hasilkan penanda buku empat musim yang kreatif dan inovatif.5. Jual penanda buku tersebut di sekolah anda pada Hari Usahawan. Lengkapkan borang pemerhatian di bawah.MasaKedudukan arah bayang-bayang 8:00 pagiBarat 10:00 pagi 12:00 tengah hari2:00 petang4:00 petang6:00 petangKayuPemberatPemberatKertas43Bab 3
p. 52
Uji Diri3.3Layari laman web berikut untuk maklumat tambahan tentang kesan-kesan peredaran bumi:http:\/\/bukutekskssm.my\/Geografi \/Nota5.htmlImbasSayaBerdasarkan petikan di bawah, jawab soalan yang diberikan.Fenomena Ekuinoks dan Kaitannya dengan Perubahan IklimBeberapa hari selepas berlaku gerhana matahari pada 9 Mac 2016, rantau Asia Tenggara dikejutkan dengan isu gelombang panas matahari. Kejadian ini dikaitkan dengan fenomena ekuinoks yang umumnya berlaku dua kali dalam setahun. Secara asasnya, fenomena ekuinoks berlaku apabila matahari tengah hari berada tepat di atas Garisan Khatulistiwa. Fenomena ekuinoks menyebabkan masa siang dan malam adalah sama. Penduduk yang tinggal di sekitar Khatulistiwa tidak dapat merasakan perbezaan panjang siang dan malam kerana kawasan ini menerima sinaran matahari penuh setiap hari. Ekuinoks Mac tahun 2016 membawa spekulasi kenaikan suhu daripada aras normal. Beberapa kawasan di Asia Tenggara, iaitu Kuala Lumpur, Singapura dan Jakarta, suhu dilaporkan telah mencecah lebih daripada 36°C, terutamanya kawasan yang berada tepat pada Garisan Khatulistiwa dan kawasan pantai. Ramai yang mengatakan bahawa musim ekuinoks tersebut berkait rapat dengan kejadian panas matahari yang melampau, iaitu matahari menghasilkan kepanasan lebih tinggi berbanding dengan hari biasa. Walaupun tiada kaitan langsung antara ekuinoks dengan peningkatan suhu di bumi, ekuinoks yang berlaku pada Mac 2016 membawa perubahan yang ketara daripada musim hujan kepada musim panas. Semasa matahari melintas di hemisfera selatan, musim hujan banyak berlaku di kawasan ini. Semasa kedudukan matahari pada arah utara, suhu di bumi akan meningkat dan tekanan udara menjadi rendah. Ramai juga yang mengaitkan fenomena ekuinoks ini dengan pemanasan global. Sebenarnya, pemanasan global adalah kesan daripada perubahan iklim. Kesimpulannya, fenomena ekuinoks Mac 2016 memberi petanda yang semakin jelas bahawa musim kemarau akan berlaku di rantau Asia Tenggara.(Sumber: Diubah suai daripada http:\/\/www.utusan.com.my\/rencana, 22 Mac 2016)1. Berapa kali ekuinoks berlaku dalam setahun?2. Apakah kesan fenomena ekuinoks?3. Adakah anda setuju dengan pendapat yang menyatakan bahawa spekulasi kenaikan suhu berlaku di rantau Asia Tenggara adalah berkait rapat dengan fenomena ekuinoks Mac 2016? Berikan alasan anda. 4. Fenomena ekuinoks adalah berkait rapat dengan pemanasan global. Bahaskan. 44Bab 3
p. 53
Pengaruh Pergerakan Bumi terhadap Cuaca dan IklimPutaran bumiPergerakan bumiPeredaran bumi• Beredar mengelilingi matahari mengikut arah lawan pusingan jam dalam orbit elips• Satu peredaran lengkap mengambil masa selama 365¼ hari atau satu tahun• Berputar pada paksinya dari barat ke timur• Satu putaran lengkap mengambil masa selama satu hari atau 24 jamKesan-kesanKesan-kesan• Kejadian siang dan malam• Perbezaan waktu tempatan• Pembiasan angin lazim• Kejadian pasang surut• Kejadian empat musim• Fenomena gerhana: - Gerhana bulan - Gerhana matahariLayari laman web berikut untuk maklumat tentang RISEM:http:\/\/bukutekskssm.my\/Geografi \/Nota7.htmlImbasSayaIMBASKEMBALIGlosariIklim sederhana: Iklim yang tidak terlalu panas atau sejuk (berhawa sederhana).Anda berpeluang merasai suasana empat musim di Rumah Iklim SederhanaEmpat Musim (RISEM) di Taman Botani Negara Shah Alam (Selangor).BumiMatahari45Bab 3
p. 54
CabaranMinda 1. Lengkapkan teka silang kata di bawah berdasarkan pembayang yang diberi.RKPINTRWMenegak (a) Matahari tegak di Garisan semasa ekuinoks musim luruh. (b) Peredaran bumi menyebabkan kejadian musim dalam setahun. (c) Daya koriolis boleh menyebabkan pemesongan arah tiupan lazim dunia. (g) Bahagian sebelah atas dari Garisan Khatulistiwa hingga ke Kutub Utara dikenali sebagai hemisfera .Melintang(d) terjadi apabila bulan atau bumi tidak mendapat cahaya matahari. (e) Kejadian pasang surut berlaku disebabkan oleh graviti antara bumi dengan bulan atau bumi dengan matahari. (f) Pada 22 Disember, matahari tengah hari tegak di Garisan . (h) Pergerakan bumi pada paksinya dari barat ke timur dikenali sebagai bumi.(d)(b)(a)(c)(e)(g)(h)(f)46Bab 3
p. 55
- Rajah di bawah menunjukkan salah satu kesan pergerakan bumi.(a) Kedudukan bumi seperti dalam rajah di atas berlaku pada .(b) Fenomena tersebut dikenali sebagai .(c) Pada masa ini, kawasan X mengalami musim , manakala kawasan Y mengalami musim . (d) Waktu siang lebih di hemisfera utara dan waktu malam lebih di hemisfera selatan.3. Jawab soalan yang berikut berdasarkan rajah di bawah.(a) Fenomena dalam rajah di atas berlaku kesan daripada .(b) Bumi mengambil masa selama untuk melengkapkan satu peredaran seperti dalam rajah di atas.(c) Panjang siang dan malam adalah sama apabila bumi berada pada kedudukan dan .Kuiz Interaktif 3ImbasSayaKUKSKUKSKUKSKUKSMatahariIIIIIIVI90°CahayamatahariKS23½°U 23½°S KUXYSatah tegak47Bab 3
p. 56
48Bab 4Apakah yang akananda pelajari?BAB4Cuaca dan Iklim di MalaysiaMari kita terokai:3Kesan aktiviti manusia terhadap cuaca dan iklim di Malaysia✓ Mengenal pasti jenis dan ciri iklim di Malaysia.✓ Menjelaskan ciri iklim Khatulistiwa di Malaysia.✓ Menghuraikan pengaruh cuaca dan iklim terhadap kegiatan manusia di Malaysia.✓ Menilai kesan kegiatan manusia terhadap cuaca dan iklim di Malaysia.✓ Merumuskan perubahan cuaca dan iklim di Malaysia.1Jenis dan ciri iklim di MalaysiaIklim KhatulistiwaPanas dan lembap sepanjang tahunSuhuHujanAnginApakah ciri iklim di Malaysia?Bagaimanakah aktiviti manusia memberi kesan terhadap cuaca dan iklim di Malaysia?Pancaran matahariLapisanatmosferaHaba dipantulkanbalik ke bumiKarbon dioksida memerangkap kebanyakan haba yang dipantulkan oleh bumiSesetengah haba dipantulkan ke angkasa oleh bumiBumiCFCCO2CH4N2O
p. 57
49Bab 44Perubahan cuaca dan iklim di Malaysia2Pengaruh cuaca dan iklim terhadap kegiatan manusia di MalaysiaInduksi BabMalaysia mengalami iklim Khatulistiwa yang panas dan lembap sepanjang tahun. Ciri iklim ini mempengaruhi pelbagai kegiatan manusia di Malaysia. Dalam bab ini, kita akan mempelajari hubung kait antara cuaca dan iklim dengan kegiatan manusia serta kesan kegiatan manusia terhadap cuaca dan iklim di Malaysia.Jelaskan melalui contoh yang sesuai hubung kait antara iklim Khatulistiwa dengan kegiatan manusia di Malaysia.Bolehkah anda terangkan tentang perubahan cuaca dan iklim di Malaysia?Semasa El NinoLautan PasifikLautan HindiHAsiaAnginBaratanAmerikaUtaraAmerikaSelatanAustraliaUL0°PETUNJUK Tekanan udara rendah Tekanan udara tinggi Permukaan lautan yang panasLHGarisan Khatulistiwa
p. 58
Negara kita menerima hujan sepanjang tahun. Jumlah hujan tahunan di Malaysia adalah kira-kira 2 600 mm. Taburan hujan adalah tidak sekata kerana dipengaruhi oleh bentuk muka bumi dan tiupan angin monsun. Hujan maksimum diterima semasa peralihan monsun, iaitu pada hujung bulan Mac hingga awal Mei dan Oktober hingga pertengahan November. Suhu tinggi dan hampir sekata sepanjang tahun. Min suhu tahunan tinggi, iaitu 27ºC. Julat suhu tahunan kecil, iaitu 1ºC hingga 3ºC. Julat suhu harian besar, iaitu 5ºC hingga 10ºC bagi stesen berhampiran pantai, 8ºC hingga 12ºC bagi stesen di pedalaman.4.1Jenis dan Ciri Iklim di MalaysiaApakah jenis iklim di Malaysia?Malaysia mengalami iklim Khatulistiwa yang panas dan lembap sepanjang tahun.Iklim jenis ini dialami oleh kawasan yangterletak di antara garisan lintang0° hingga 10°U dan 0° hingga 10°SGarisan Khatulistiwa.Ciri iklim di MalaysiaSuhuHujanBulanJFMAMJJOSONDMin suhu tahunanSuhu (ºC)27.927.728.629.128.627.827.628.027.527.427.026.927.8BulanJFMAMJJOSONDJumlah hujan tahunanHujan (mm)136.1155.894.8127.4227.1180.6200.2150.5234.4250.7331.3313.92 402.8GlosariIklim: Purata suhu, hujan, tekanan udara dan angin sesuatu tempat selama 30 tahun.Jadual 4.1Min suhu bulanan Malaysia, 2016Jadual 4.2Jumlah hujan bulanan Malaysia, 2016(Sumber: Jabatan Meteorologi Malaysia, 2017)(Sumber: Jabatan Meteorologi Malaysia, 2017)12Julat suhu tahunanJulat suhu harian==–– Min suhu bulanan tertinggi Suhu maksimumharian Min suhu bulanan terendah Suhu minimumharian=Min suhu tahunanJumlah min suhu bulanan dalam setahun1250Bab 4
p. 59
Graf 4.1 Min suhu dan hujan bulanan Malaysia, 2016• Permukaan bumi dipanaskan oleh pancaran matahari.• Air tersejat dan membentuk wap air.• Udara panas bersama-sama wap air naik ke atmosfera sehingga sampai di paras yang tinggi.• Udara menjadi sejuk dan wap air mengalami proses pemeluwapan menjadi titisan air lalu membentuk awan kumulonimbus.• Kebiasaannya, hujan lebat turun pada lewat petang disertai kilat dan petir.Rajah 4.1 Pembentukan hujan perolakanUdara panasnaikUdara panasnaikPermukaan bumiAwan kumulonimbusPetirHujan• Hujan bukit turun di kawasan tanah tinggi yang menghadap udara lembap.• Udara lembap dari laut dipaksa naik ke cerun bukit kerana dihalang oleh tanah tinggi.• Udara menjadi sejuk dan wap air mengalami proses pemeluwapan menjadi titisan air lalu membentuk awan.• Hujan lebat turun di bahagian cerun bukit yang menghadap udara lembap.• Bahagian cerun yang terlindung menerima hujan yang sedikit dan dikenali sebagai kawasan lindungan hujan.Rajah 4.2 Pembentukan hujan bukitLautUdara keringdan panasturunUdara lembapnaikBukitKawasanlindunganhujanCerunhadapanginAwanHujan(a) Hujan perolakanJenis hujan di Malaysia(b) Hujan bukitSebagai sebuah negara yang dikelilingi laut dan terletak berhampiran Garisan Khatulistiwa, Malaysia secara semula jadi menerima cahaya matahari yang banyak. Secara purata, Malaysia menerima sebanyak enam jam sinaran matahari sehari.(Sumber: Jabatan Meteorologi Malaysia, 2017)Min suhu dan hujan bulanan Malaysia tahun 2016PETUNJUKSuhuHujan350300250200150100500Suhu (°C)J F M A M J J O S O N DHujan (mm)Bulan302826242220181651Bab 4
p. 60
Kawasan yang menerima hujan paling sedikit di Malaysia ialah Kuala Pilah di Negeri Sembilan. Purata hujan tahunannya kurang daripada 1 500 mm kerana terletak di kawasan lindungan hujan.Menurut Jabatan Meteorologi Malaysia, hujan tahunan tertinggi di Malaysia berlaku di cerun bukit kawasan pedalaman Sarawak. Purata hujan tahunannya melebihi 5 000 mm kerana terletak di cerun bukit yang menghadap angin lembap.Peta 4.1 Taburan hujan tahunan di Malaysia, 2016(Sumber: Jabatan Meteorologi Malaysia, 2017)Layari laman web berikut untuk melihat peta taburan hujan tahunan di beberapa stesen terpilih di Malaysia pada tahun 2016:http:\/\/bukutekskssm.my\/Geografi \/Peta1.htmlImbasSayaU5°U100°T 105°T 110°T 115°TLaut China Selatan1800 2200 2400 2600 2800 3000 3200 3400 3600 3800 4000 4200 4400 (mm)PETUNJUKChupingGua MusangKota BharuKuala PilahPetaling JayaBintuluSandakanKota KinabaluKapitMuluKota BharuGua MusangKapitBintuluMuluGEOGRAFI• Ribut petir merupakan satu fenomena yang berlaku sepanjang tahun di Malaysia.• Ribut petir lazimnya terjadi pada waktu petang dan awal senja di daratan, manakala di lautan berlaku pada sebelah malam.• Subang (Selangor) merekodkan jumlah berlaku ribut petir paling kerap di Malaysia.(Sumber: Jabatan Meteorologi Malaysia, 2017) 52Bab 4
p. 61
Terdapat dua jenis angin monsun, iaitu Monsun Timur Laut dan Monsun Barat Daya. Selain itu, Malaysia juga menerima tiupan angin Sumatera dan angin tempatan(bayu laut dan bayu darat).AnginAngin Monsun Timur Laut Bertiup dari awal bulan November hingga Mac. Bermula dari pedalaman Benua Asia. Bertiup merentasi Laut China Selatan dan sampai di Malaysia sebagai angin Monsun Timur Laut. Membawa hujan lebat ke pantai timur Semenanjung Malaysia, kawasan barat Sarawak serta pantai utara dan timur Sabah.Angin Monsun Barat Daya Bertiup dari pertengahan bulan Mei hingga akhir bulan September. Berasal dari Benua Australia. Bertiup merentasi Lautan Hindi dan sampai di Malaysia sebagai angin Monsun Barat Daya. Membawa hujan yang sederhana lebat ke Malaysia kerana dihalang oleh tanah tinggi di Sumatera (Indonesia).Peta 4.2 Pembentukan angin Monsun Timur LautPeta 4.3 Pembentukan angin Monsun Barat Daya(a) Angin monsunKetahui maklumat lanjut berkaitan ciri-ciri iklim di Malaysia melalui laman web berikut:http:\/\/bukutekskssm.my\/Geografi \/Nota8.htmlBuat catatan dalam buku nota anda dan hasilkan peta minda yang sesuai.ImbasSaya3GlosariAngin tempatan: Angin yang bertiup di sebuah kawasan kecil, berbeza dengan taburan tekanan umum yang terdapat pada persekitaran tersebut.LautanHindiMusim sejuk dantekanan tinggiMusim panas dantekanan rendahAsiaAustraliaGarisan KhatulistiwaGarisan SartanGarisan JadiLautan Pasifik23½°U0°23½°SPETUNJUK Arah tiupan angin monsunU23½°U0°23½°SLautanHindiMusim panas dantekanan rendahMusim sejuk dantekanan tinggiAsiaAustraliaGarisan KhatulistiwaLautan PasifikPETUNJUK Arah tiupan angin monsunUGarisan SartanGarisan Jadi53Bab 4
p. 62
Bertiup dari bulan April hingga Mei dan September hingga Oktober. Berasal dari Sumatera (Indonesia). Dikenali sebagai ‘skual’. Bertiup dengan kencang secara tiba-tiba pada waktu malam hingga subuh ke pantai barat Semenanjung Malaysia, terutamanya dari Pelabuhan Klang hingga ke Johor Bahru. Membawa hujan lebat yang disertai kilat dan petir.Peta 4.4 Angin Sumatera(b) Angin Sumatera(c) Angin tempatan Angin tempatan yang berlaku pada waktu siang di kawasan berhampiran pantai. Berlaku kerana tekanan udara di permukaan laut adalah lebih tinggi daripada tekanan udara di daratan. Udara bergerak dari laut yang bertekanan tinggi ke daratan yang bertekanan rendah. Angin tempatan yang berlaku pada waktu malam di kawasan berhampiran pantai. Berlaku kerana tekanan udara di daratan adalah lebih tinggi daripada tekanan udara di permukaan laut. Udara bergerak dari daratan yang bertekanan tinggi ke laut yang bertekanan rendah. Rajah 4.3 Bayu lautRajah 4.4 Bayu daratLengkapkan rajah di bawah.Uji Diri4.1LautChinaSelatanUSelat MelakaPelabuhanKlangJohorBahruSumateraBayu lautBayu daratJenis iklim di MalaysiaMin suhu tahunanJenishujanJenis angin monsunJulat suhu tahunanJumlah hujan tahunanJenis angin tempatanSuhuHujanAnginBayu daratTekanantinggiTekananrendahDaratLautBayu lautDaratLautTekananrendahTekanantinggi54Bab 4
p. 63
Pertanian• Iklim Khatulistiwa yang panas dan lembap sepanjang tahun menggalakkan penanaman pelbagai jenis tanaman seperti padi sawah, getah, kelapa sawit, koko dan lada hitam.• Kawasan pertanian utama di Malaysia:Pengaruh Cuaca dan Iklim terhadap Kegiatan Manusia di Malaysia4.2• Di kawasan tanah tinggi yang mengalami suhu antara 18ºC hingga 21ºC, sesuai untuk penanaman teh, sayur-sayuran, bunga-bungaan dan buah-buahan hawa sederhana. Contohnya, Cameron Highlands di Pahang dan Kundasang di Sabah.Padi Dataran Kedah–Perlis Dataran KelantanKelapa sawit Segi Tiga Jengka (Pahang) Lahad Datu (Sabah)Lada hitam Sekitar Kuching dan Sri Aman (Sarawak)PadiKelapa sawitLada hitamStrawberiTehBunga ros55Bab 4
p. 64
Aktiviti pembalakan sukar dijalankan pada musim tengkujuh kerana jalan licin dan terdedah kepada bahaya tanah runtuh.Pembalakan• Suhu yang tinggi dan jumlah hujan yang banyak di Malaysia menggalakkan pertumbuhan hutan hujan tropika, terutamanya di kawasan pedalaman Semenanjung Malaysia serta pedalaman Sabah dan Sarawak.• Pelbagai pokok kayu keras seperti cengal, meranti, nyatuh dan keruing yang terdapat di hutan hujan tropika telah menggalakkan kegiatan pembalakan.GlosariMusim tengkujuh: Musim hujan (lebat).Perikanan• Pada musim tengkujuh, iaitu semasa tiupan angin Monsun Timur Laut, nelayan di pantai timur Semenanjung Malaysia tidak dapat turun ke laut kerana keadaan Laut China Selatan yang bergelora. • Oleh sebab itu, mereka melakukan pelbagai aktiviti lain di darat seperti membaiki jala dan pukat yang rosak.• Nelayan di pantai barat Semenanjung Malaysia dapat menangkap ikan sepanjang tahun. • Hal ini disebabkan oleh kawasan perairan Selat Melaka terlindung daripada tiupan angin kencang semasa Monsun Timur Laut oleh Banjaran Titiwangsa dan Monsun Barat Daya oleh Sumatera (Indonesia).• Aktiviti menjemur ikan di kawasan pinggir pantai dilakukan semasa keadaan cuaca panas.Aktiviti menjemur ikan semasa cuaca panasMenangkap ikan di lautNelayan membaiki pukat semasa tidak turun ke laut56Bab 4
p. 65
Pelancongan• Keadaan iklim Khatulistiwa yang panas dan lembap sepanjang tahun menarik minat ramai pelancong antarabangsa berkunjung ke Malaysia.• Kawasan tanah tinggi yang bersuhu sederhana dan udara nyaman menarik kedatangan pelancong.• Suhu air laut antara 20ºC hingga 30ºC menggalakkan pertumbuhan batu karang dan aktiviti menyelam skuba.Kawasan peranginan tanah tinggi di Malaysia Kawasan peranginan pantai dan pulau di Malaysia 1. Nyatakan tiga jenis kegiatan manusia di Malaysia yang dipengaruhi oleh cuaca dan iklim.2. Pada pendapat anda, mengapakah kegiatan pertanian di Malaysia dapat dijalankan sepanjang tahun?Uji Diri4.2Pantai Damai (Sarawak)Pulau Sipadan (Sabah)Cameron Highlands (Pahang)Bukit Larut (Perak)Pulau Redang (Terengganu)Kundasang (Sabah)57Bab 4
p. 66
Kesan Kegiatan Manusia terhadap Cuaca dan Iklim di Malaysia4.3Rajah 4.5Kesan rumah hijauGlosariGas rumah hijau:Karbon dioksida (CO2) Metana (CH4) Klorofl uorokarbon (CFC) Nitrus oksida (N2O)Kesan Rumah Hijau Kesan rumah hijau merujuk fenomena peningkatan suhu bumi akibat banyak haba yang terperangkap dalam atmosfera bumi. Sebahagian daripada haba akan dipantulkan ke angkasa lepas.Gas rumah hijau penting untuk mengekalkan suhu bumi, tetapi aktiviti manusia telah meningkatkan pelepasan gas-gas ini ke atmosfera. Fenomena kesan rumah hijau menyebabkan peningkatan suhu bumi yang boleh mengakibatkan berlakunya perubahan iklim.Punca-punca peningkatan pelepasan gas-gas rumah hijau ke atmosfera Pancaran matahariCO2CFCLapisanatmosferaHaba dipantulkanbalik ke bumiKarbon dioksida memerangkap kebanyakan haba yang dipantulkan oleh bumiSesetengah haba dipantulkan ke angkasa oleh bumiBumiCH4N2OPembakaran sisa pertanianPembakaran bahan api fosilPembakaran hutanKegiatan pembalakanPelupusan sampah58Bab 4
p. 67
Rajah 4.6 Pembangunan dan pertambahan penduduk yang pesat menyebabkan kejadian pulau habaPulau Haba Pulau haba merujuk fenomena suhu kawasan tepu bina di dalam bandar lebih panas daripada kawasan di sekitarnya. Fenomena pulau haba menyebabkan keselesaan penduduk di bandar terjejas kerana keadaan suhu yang tinggi.GlosariTepu bina: PadatEvaporasi: PenyejatanUdara panasAliran anginLuar bandarPinggir bandarPusat bandarPinggir bandarLuar bandarAliran anginPunca-punca fenomena pulau habaKekurangan tumbuh-tumbuhan menyebabkan kadar evaporasirendah di kawasan bandar.Bahan konkrit, simen, besi dan batu bata mempunyai keupayaan menyerap haba yang tinggi.Bangunan konkrit dan permukaan berturap menyerap dan menyimpan banyak bahang matahari.Kesesakan jalan raya menyebabkan pelepasan asap dan haba yang tinggi oleh kenderaan.Bahan pencemar seperti debu dan habuk yang dibebaskan oleh kenderaan bermotor dan kilang banyak memerangkap haba.Kekurangantumbuh-tumbuhan menyebabkan proses perpeluhan kurang berlaku bagi menyederhanakan suhu.59Bab 4
p. 68
Rajah 4.7 Kejadian hujan asidHujan Asid Hujan asid ialah hujan yang mengandungi kandungan asid lemah dengan nilai pH kurang daripada 5.6. Hujan asid berlaku apabila udara di sesuatu kawasan tercemar dengan teruk, terutamanya di kawasan perindustrian. Pembakaran bahan api fosil seperti arang batu dan petroleum oleh kilang, stesen jana kuasa dan kenderaan menyebabkan pembebasan gas sulfur dioksida, karbon dioksida dan nitrogen oksida yang banyak ke atmosfera.Gas-gas ini terlarut dalam wap air dan menghasilkan asid sulfurik dan asid nitrik. Wap air yang mengandungi asid ini akan membentuk awan dan apabila terpeluwap, hujan akan turun sebagai hujan asid.Arah tiupan anginSejatanAwanGas-gas berasid terlarut dalam wap air dan membentuk asid lemahPemeluwapan berlaku dan hujan asid terbentukKesan-kesan hujan asidMemusnahkan tanaman dan tumbuh-tumbuhanMelunturkan cat dan menghakis dinding bangunanMenjejaskan kualiti air dan kepupusan hidupan akuatikMengancam kesihatan manusia60Bab 4
p. 69
Jerebu Jerebu yang kelihatan di ruang udara kita adalah disebabkan oleh zarah-zarah halus yang tidak nampak oleh mata kasar terampai di atmosfera dalam kepekatan yang tinggi.GEOGRAFIIndeks Pencemaran Udara (IPU) melibatkan pengukuran habuk yang halus (10 mikron ke bawah) dan beberapa gas lain seperti karbon monoksida, sulfur dioksida dan nitrogen dioksida. (Sumber: Jabatan Alam Sekitar Malaysia, 2016)Fenomena jerebu di Kuala Lumpur pada tahun 2015 Layari laman web berikut untuk maklumat nasihat kesihatan ketika jerebu:http:\/\/bukutekskssm.my\/Geografi \/Nota9.htmlApakah langkah-langkah pencegahan dan kawalan yang perlu dipatuhi?ImbasSayaKesan-kesan jerebuMengurangkan jarak penglihatanMengganggu pertumbuhan tanamanMasalah kesihatan (kulit, mata, paru-paru)Menjejaskan aktiviti pengangkutanPunca-puncajerebuGlosariZarah: Habuk yang paling halus.Uji Diri4.3 1. Senaraikan punca dan kesan hujan asid di Malaysia. 2. Cadangkan dua langkah untuk mengurangkan kesan fenomena jerebu.Letusan gunung berapi yang berlaku di negara jiranPembakaran bahan api fosil (kenderaan dan kilang)Pembakaran hutanPembakaran terbuka (sampah sarap dan sisa tumbuhan)61Bab 4
p. 70
Fenomena El Nino dapat dikaitkan dengan pemanasan suhu di Lautan Pasifi k yang luar biasa sehingga menyebabkan perubahan tekanan udara dan pola tiupan angin. 4.4Perubahan Cuaca dan Iklim di MalaysiaEl Nino dalam Bahasa Sepanyol bermakna “anak lelaki” manakala La Nina pula bermakna “anak gadis” atau “kanak-kanak perempuan”. Gangguan atmosfera kesan fenomena El Nino merujuk kejadian kemarau yang berpanjangan dan La Nina merujuk kejadian banjir besar. (Sumber: National Ocean Service, 2016)Dalam keadaan normal, angin Timuran yang biasanya bertiup dari timur Lautan Pasifi k ke barat Lautan Pasifi k akan membawa hujan yang lebat ke Asia Tenggara, Australia dan Papua New Guinea.Fenomena El NinoEl Nino menyebabkan berlakunya peningkatan suhu antara 0.5°C hingga 2°C berbanding dengan keadaan biasa. Keadaan normalLautan PasifikHAsiaAnginTimuranAmerikaUtaraAmerikaSelatanAustraliaUL0°PETUNJUK Tekanan udara rendah Tekanan udara tinggi Permukaan lautan yang sejukLHLautan HindiGarisan KhatulistiwaPeta 4.5 Keadaan normal1262Bab 4
p. 71
Keadaan ini mengakibatkan negara-negara di barat Lautan Pasifi k, termasuk Malaysia mengalami kemarau, walaupun sepatutnya menerima hujan lebat ketika ini. Negara di timur Lautan Pasifi k pula mengalami keadaan hujan lebat, walaupun sepatutnya mengalami musim kemarau.Namun, semasa El Nino, tiupan angin Timuran menjadi lemah disebabkan oleh tekanan udara yang rendah. Angin Timuran digantikan dengan angin Baratan yang bertiup ke timur Lautan Pasifi k.Layari laman web berikut untuk maklumat tentang El Nino:http:\/\/bukutekskssm.my\/Geografi \/Nota10.htmlBerdasarkan maklumat tersebut, hasilkan peta pemikiran yang sesuai untuk menunjukkan kesan fenomena tersebut.ImbasSayaSemasa El NinoPeta 4.6 Keadaan semasa El NinoLautan PasifikLautan HindiHAsiaAnginBaratanAmerikaUtaraAmerikaSelatanAustraliaUL0°PETUNJUK Tekanan udara rendah Tekanan udara tinggi Permukaan lautan yang panasLHGarisan KhatulistiwaGEOGRAFI• El Nino berlaku dalam tempoh 6 hingga 18 bulan. El Nino terbentuk pada pertengahan tahun, berada di kemuncak pada akhir tahun dan menjadi lemah menjelang awal tahun berikutnya.• Negara-negara yang pernah mengalami El Nino: Malaysia, Indonesia, Filipina, Brazil, India, Australia dan Ethiopia.(Sumber: Jabatan Meteorologi Malaysia, 2017)3463Bab 4
p. 72
Aktiviti 4.1Tajuk: Kesan kegiatan manusia terhadap cuaca dan iklim di MalaysiaObjektif: Menghasilkan folio bergambar tentang salah satu kesan kegiatan manusia terhadap cuaca dan iklim.Alatan: Kertas A4, pen pelbagai warna, gam, gunting, bahan rujukanLangkah-langkah:1. Bahagikan kelas anda kepada empat hingga lima orang dalam satu kumpulan. 2. Setiap kumpulan dikehendaki mengumpul maklumat dan gambar yang berkaitan dengan salah satu kesan kegiatan manusia terhadap cuaca dan iklim di Malaysia. 3. Hasilkan folio bergambar berdasarkan maklumat yang dikumpul.4. Letakkan folio yang terbaik di Sudut Geografi di dalam kelas anda.La Nina ialah gejala gangguan iklim yang disebabkan oleh penurunan suhu permukaan laut di bahagian tengah dan timur Lautan Pasifi k. Penurunan suhu adalah lebih rendah daripada biasa berbanding dengan kawasan sekitarnya. Fenomena La Nina akan mengakibatkan pembentukan awan yang tebal dan hujan lebat yang luar biasa serta kebarangkalian berlakunya banjir besar. Fenomena La NinaPeta 4.7 Keadaan normalKeadaan normalAsiaLautanPasifikTiupan angin lemahPergerakan arus panasAmerikaSelatanAmerikaUtaraAustraliaU0°PETUNJUK Permukaan lautan yang sejuk Permukaan lautan yang panasGarisan Khatulistiwa1 Fenomena La Nina akan 264Bab 4
p. 73
GEOGRAFI Keadaan ini akan meningkatkan jumlah hujan yang turun di kawasan berkenaan dan seterusnya menyebabkan berlakunya kejadian banjir besar seperti yang pernah berlaku di negara kita pada tahun 2014. Di Malaysia, La Nina biasanya akan memberi kesan kepada negeri-negeri di pantai timur Semenanjung Malaysia, Sabah dan Sarawak, terutamanya ketika Monsun Timur Laut. 1. Apakah yang anda faham tentang konsep El Nino?2. Apakah kesan El Nino terhadap negeri-negeri di pantai timur Semenanjung Malaysia?3. Senaraikan kesan La Nina terhadap alam sekitar fi zikal. 4. Bagaimanakah La Nina mempengaruhi aktiviti manusia di negeri-negeri pantai timur Semenanjung Malaysia?Uji Diri4.4Contoh negara-negara yang pernah mengalami La Nina:• Australia• Indonesia• Filipina• Afrika Selatan• Brazil• Malaysia• India(Sumber: Earth Observatory, 2017)Peta 4.8 Keadaan semasa La NinaSemasa La NinaAsiaLautanPasifikTiupan anginkencangAmerikaUtaraAmerikaSelatanAustraliaU0°PETUNJUK Permukaan lautan yang sejuk Permukaan lautan yang panasPergerakan arus panasGarisan Khatulistiwa Di Malaysia, La Nina biasanya akan 3 Keadaan ini akan meningkatkan jumlah 465Bab 4
p. 74
Cuaca dan Iklim di Malaysia• Berlaku peningkatan suhu dan pengurangan hujan kesan daripada fenomena El Nino• Mengalami hujan lebat yang luar biasa dan banjir besar kesan daripada fenomena La NinaPerubahan cuaca dan iklim di MalaysiaKesan kegiatan manusia terhadap cuaca dan iklim di MalaysiaPengaruh cuaca dan iklim terhadap kegiatan manusia di MalaysiaJenis iklimKegiatan ekonomi yang dapat dijalankan:• Pertanian• Pembalakan• Perikanan• PelanconganIklim KhatulistiwaKeadaan iklimHalangan cuaca terhadap kegiatan manusia:• Kerja menoreh getah tidak dapat dijalankan semasa musim hujan• Kegiatan pembalakan tergendala semasa musim hujan• Kegiatan perikanan terjejas semasa Monsun Timur Laut• Kesan rumah hijau• Pulau haba• Hujan asidPanas dan lembap • Jerebusepanjang tahun• Panas dan sekata sepanjang tahun• Min suhu tahunan 27°C• Julat suhu tahunan kecil (1°C – 3°C)• Menerima hujan sepanjang tahun• Kira-kira 2 600 mm setahun• Tidak sekata• Angin Monsun Timur Laut• Angin Monsun Barat Daya• Angin Sumatera• Angin tempatanIMBASKSuhuHujanAngin66Bab 4
p. 75
CabaranMinda1. Jawab soalan berdasarkan graf di bawah. (a) Nyatakan tiga ciri utama iklim Khatulistiwa berdasarkan graf. (b) Kemukakan tiga sebab Malaysia dianggap bertuah kerana mengalami keadaan iklim seperti yang ditunjukkan dalam graf. 2. Berdasarkan peta yang diberi, jawab soalan yang berikut.Kuiz Interaktif 4ImbasSaya(a) Namakan angin X.(b) Nyatakan tempoh tiupan angin X.(c) Jelaskan proses pembentukan angin X dalam peta.(d) Pada pendapat anda, apakah kesan tiupan angin X kepada nelayan yang tinggal di pantai timur Semenanjung Malaysia?LautanHindiMusim sejuk dantekanan tinggiMusim panas dantekanan rendahAsiaAustraliaGarisan KhatulistiwaGarisan SartanGarisan JadiLautan Pasifik23½°U0°23½°SUPETUNJUKArah tiupan angin monsunXMin suhu dan hujan bulanan Malaysia tahun 2016PETUNJUKSuhuHujan350300250200150100500Suhu (°C)J F M A M J J O S O N DHujan (mm)Bulan302826242220181667Bab 4
p. 76
- Lengkapkan rajah di bawah tentang punca dan kesan jerebu di Malaysia.4. Jawab soalan yang berikut berdasarkan rajah di bawah.(a) Apakah nama hujan Y?(b) Senaraikan tiga kegiatan manusia yang menyebabkan berlakunya fenomena dalam rajah di atas.(c) Pada pendapat anda, apakah kesan fenomena hujan Y terhadap alam sekitar di negara kita? (d) Berikan dua cadangan untuk mengurangkan kejadian hujan Y seperti dalam rajah di atas. 5. Sekiranya anda seorang pegawai perancang bandar, apakah cara yang akan anda lakukan untuk mengelakkan kejadian pulau haba di kawasan yang ingin dibangunkan? Hujan YPuncaKesan(a)(b)(c)(d)Jerebu di Malaysia(a)(b)(c)(d)68Bab 4
p. 77
Geografi Manusiamengkaji tentang corak dan kedinamikan aktiviti manusia serta hubung kaitnya dengan alam sekitar fi zikal. Bahagian ini terdiri daripada tema Pengangkutan dan Telekomunikasi di Malaysia.• Pengangkutan di Malaysia• Telekomunikasi di MalaysiaManusiaGeografi
p. 78
Mari kita terokai:70Bab 5BAB5Pengangkutan di Malaysia4Kepentingan pengangkutan di MalaysiaJelaskan kepentingan pengangkutan darat, udara dan air di Malaysia.1Jaringan pengangkutan di MalaysiaJalan raya\/lebuh rayaLandasan kereta apiLapangan terbang antarabangsaPelabuhan utama✓ Mengenal pasti jaringan jalan raya dan jaringan landasan kereta api di Malaysia.✓ Mengenal pasti lapangan terbang antarabangsa dan pelabuhan utama di Malaysia.✓ Memberi contoh pengangkutan awam di Malaysia.✓ Menghuraikan faktor-faktor yang mempengaruhi jaringan pengangkutan di Malaysia.✓ Membezakan kepentingan pengangkutan darat, udara dan air di Malaysia.✓ Menilai kepentingan pengangkutan awam di Malaysia.✓ Mencadangkan amalan pengangkutan dan perjalanan lestari.Apakah yang akananda pelajari?Jaringan pengangkutan di Malaysia
p. 79
71Bab 55Kepentingan pengangkutan awam di Malaysia6Amalan pengangkutan lestari2Pengangkutan awam di MalaysiaPernahkah anda menggunakan pengangkutan awam?Apakah kepentingan pengangkutan awam?Bolehkah anda cadangkan amalan pengangkutan dan perjalanan lestari?Induksi BabKepesatan jaringan pengangkutan di Malaysia adalah seiring dengan kemajuan ekonomi negara. Kita tidak dapat lari daripada menggunakan pengangkutan dalam aktiviti seharian. Pengangkutan juga merupakan nadi yang menggerakkan aktiviti serta merancakkan lagi pembangunan ekonomi negara. Oleh yang demikian, kita seharusnya peka dengan perkembangan pengangkutan serta berganding bahu dalam menjayakan matlamat menjadikan sistem pengangkutan negara yang lestari. 3Faktor-faktor yang mempengaruhi jaringan pengangkutan di MalaysiaFaktorDasar kerajaanKemajuan teknologiBentuk muka bumiKegiatan ekonomi
p. 80
5.1Pengangkutan Darat di MalaysiaJaringan jalan raya di Malaysia• Malaysia mempunyai jaringan jalan raya yang maju dan cekap. Jaringan jalan raya lebih tertumpu di pantai barat berbanding dengan pantai timur Semenanjung Malaysia. • Lebuh raya pula dibina untuk mempercepat dan memudahkan perjalanan.Peta 5.1 Jaringan lebuh raya utama di MalaysiaGEOGRAFIOrganisasi yang bertanggungjawab terhadap jalan raya dan jalan kereta api di Malaysia ialah Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat Malaysia (SPAD).Layari laman web berikut untuk maklumat lanjut: http:\/\/bukutekskssm.my\/Geografi \/Nota11.htmlKenal pasti fungsi agensi tersebut. Bentangkan hasil dapatan anda.Lebuhraya Utara-SelatanLebuhraya PersekutuanLebuhraya Kuala Lumpur-KarakLebuhraya Pantai TimurLebuhraya Timur-BaratLebuhraya Kuala KraiGua Musang-Kuala LipisLebuhraya Tun RazakLebuhraya Pan Borneo (dalam pembinaan)Lebuh raya utama di Malaysia:BukitKayu HitamKota BharuKuala TerengganuKuantanKualaLipisKarakKuala PelabuhanLumpurKlangSegamatJohor BahruGrikButterworthGambangLautChina SelatanSelat MelakaJeliKualaKrai100°T 105°T Lebuhraya Utara-Selatan• Menganjur dari Bukit Kayu Hitam di Kedah ke Johor Bahru di Johor.• Lebuh raya terpanjang (847.7 km).72Bab 5
p. 81
Layari laman web berikut untuk senarai penuh lebuh raya di Malaysia:http:\/\/bukutekskssm.my\/Geografi \/Nota12.htmlImbasSaya1. Nyatakan lebuh raya yang menghubungkan utara dengan selatan Semenanjung Malaysia.2. Jaringan jalan raya lebih padat di Semenanjung Malaysia berbanding dengan Sabah dan Sarawak. Mengapa? Uji Diri5.1Terdapat beberapa jenis jalan di negara kita, iaitu: • Jalan raya persekutuan • Jalan bandaran • Jalan berturap • Jalan tidak berturapLaut SuluLautSulawesiU115°T5°UBandarLebuh rayaPETUNJUKSempadan antarabangsaMiriLimbangBintuluKuchingSematanSarikeiKudatSandakanKota KinabaluRanauLahad DatuSempornaTawauBeaufortSindumin110°T(Sumber: Kementerian Kerja Raya, 2017)Lebuhraya Pan Borneo• Salah satu projek infrastruktur terbesar negara yang menghubungkan kawasan pedalaman dengan bandar-bandar di Sabah dan Sarawak.73Bab 5
p. 82
Jaringan landasan kereta api di MalaysiaGlosariBersepadu: Berkaitan erat (tidak terpisah-pisah), berjalin.Landasan kereta api yang pertama telah dibina dari Taiping ke Port Weld untuk mengangkut bijih timah. Landasan sepanjang 13 km ini telah dibuka pada tahun 1885.Jaringan landasan kereta api di MalaysiaLandasan kereta api yang pertama telah dibina dari Taiping ke Port Weld untuk mengangkut bijih timah. Landasan sepanjang 13 km ini telah dibuka pada tahun 1885.Selat Melaka100°T105°TPadangBesarAlor SetarTaipingIpohPelabuhanKlangKualaLumpurSerembanJohor BahruSerembanGemasMentakabKuala LipisGua MusangTumpatPasir MasButterworthPeta 5.2 Jaringan landasan kereta api di MalaysiaStesen Kereta Api Gemas • Stesen persimpangan antara pantai timur dengan pantai barat Semenanjung Malaysia.Stesen Sentral Kuala Lumpur• Merupakan pusat pengangkutan rel bersepadu Kuala LumpurLandasan kereta api utama di Semenanjung Malaysia menganjur dari Padang Besar (Perlis) ke Johor Bahru (Johor).Landasan kereta api dari Tumpat (Kelantan) menganjur ke Gemas (Negeri Sembilan).Mengapakah tidak terdapat perkhidmatan kereta api di negeri Terengganu dan Sarawak? 74Bab 5
p. 83
LautChina SelatanLaut SuluLautSulawesiUBandarLandasan kereta apiSempadan antarabangsaPETUNJUK110°T115°T5°UPaparTenomBeaufortTanjung AruKTM Antarabandar merupakan perkhidmatan kereta api antara bandar dalam Semenanjung Malaysia, Singapura dan Thailand yang dikendalikan oleh KTMB. Layari laman web berikut untuk mengetahui maklumat lanjut tentang perkhidmatan tersebut.http:\/\/bukutekskssm.my\/Geografi \/Nota13.htmlKemudian, lukiskan laluan perkhidmatan tersebut di atas peta Semenanjung Malaysia. Tampalkan dalam buku latihan anda.ImbasSayaLandasan kereta api di Sabah menghubungkan Tanjung Aru, Papar, Beaufort dan Tenom.GEOGRAFIProjek Laluan Kereta Api Pantai Timur (ECRL) sepanjang 620 km merupakan antara komponen utama di dalam Wilayah Ekonomi Pantai Timur (ECER). Landasan ini menghubungkan Lembah Klang dengan Kuantan (Pahang) hingga ke Tumpat (Kelantan).http:\/\/bukutekskssm.my\/Geografi \/Nota34.htmlPerkhidmatan kereta api di Semenanjung Malaysia diuruskan oleh Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB), manakala di Sabah oleh Jabatan Keretapi Negeri Sabah.75Bab 5
p. 84
100°T 105°T LautChina SelatanSelat MelakaLangkawiKLIA\/KLIA 2SenaiPulauPinangPeta 5.4 Lapangan terbang antarabangsa di Malaysia5.2Pengangkutan Udara dan Air di MalaysiaLapangan terbang antarabangsa di MalaysiaLapangan Terbang Antarabangsa LangkawiLapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur 2Lapangan Terbang Antarabangsa SenaiLapangan Terbang Antarabangsa Pulau PinangLapangan Terbang Antarabangsa Kuala LumpurMalaysia mempunyai sistem rangkaian lapangan terbang domestik dan antarabangsa yang lengkap, moden dan bertaraf dunia.76Bab 5
p. 85
U5°ULaut SuluLautSulawesiKuchingKota KinabaluLapangan terbang antarabangsaPETUNJUKSempadan antarabangsaLayari laman web berikut untuk senarai dan gambar lapangan terbang di Malaysia:http:\/\/bukutekskssm.my\/Geografi \/Nota14.htmlImbasSayaGEOGRAFIMalaysiamempunyaiLapangan terbang6antarabangsaLapangan terbang16domestikPadang18terbangLapangan Terbang Antarabangsa Kota KinabaluLapangan Terbang Antarabangsa Kuching(Sumber: Kementerian Pengangkutan Malaysia, 2017)(Sumber: Kementerian Pengangkutan Malaysia, 2017)77Bab 5
p. 86
100°T 105°T Pulau PinangKlangJohorKuantanTanjungPelepasKemamanLautChina SelatanSelat MelakaPeta 5.5 Pelabuhan utama di MalaysiaPelabuhan utama di MalaysiaPelabuhan merupakan rangkaian pengangkutan yang penting untuk urusan perdagangan. Berikut adalah antara pelabuhan yang utama di Malaysia:Pelabuhan Pulau Pinang• Pintu masuk ke Semenanjung Malaysia.• Mempunyai perkhidmatan feri dan marina.Pelabuhan Klang• Pelabuhan utama yang dikenali sebagai Pusat Muatan Negara untuk kontena tempatan dan serantau.• Terdiri daripada dua terminal, iaitu Northport dan Westport.Ciri-ciri pelabuhan:• Terletak di kawasan perairan yang terlindung.• Mempunyai jaringan dengan kaedah pengangkutan yang lain.• Mempunyai jaringan dengan pelbagai aktiviti dan perkhidmatan sokongan.Pelabuhan Tanjung Pelepas• Terminal kontena paling canggih di Malaysia.• Mendapat pengiktirafan sebagai Process Compliant Port\/Terminal of The Year (2017) dari Global Ports Forum.terminal, iaitu Northport dan Westport.Ciri-ciri pelabuhan:• Terletak di kawasan perairan yang terlindung.• Mempunyai jaringan dengan kaedah pengangkutan yang lain.• Mempunyai jaringan dengan pelbagai aktiviti dan perkhidmatan sokongan.Pelabuhan Kuantan• Menyediakan perkhidmatan pemunggahan, penyimpanan dan penyerahan bagi pukal kering, pecah pukal, pukal cecair dan kargo berbahaya.78Bab 5
p. 87
UBintuluTanjungManis5°USandakanKuchingTeluk SepanggarTawauLaut SuluLautSulawesiPETUNJUKPelabuhan kontenaPelabuhan utamaSempadan antarabangsaPelabuhan Bintulu• Laluan tunggal eksport utama negara, iaitu gas asli cecair.GlosariMarina: Pangkalan perahu kecil untuk persiaran.Kargo: Barang dagangan yang dibawadengan kapal.Pukal kering: Barang-barang kering dalam kuantiti yang banyak. Pecah pukal: Perbuatan membuka petak atau ruang dalam kapal dan memunggah kargo selepas berlayar.Pukal cecair: Cecair yang diangkut menggunakan pengangkutan komersial dalam jumlah yang besar.1. Apakah kepentingan pelabuhan di Malaysia? 2. Pelabuhan dapat merancakkan ekonomi negara. Huraikan. Uji Diri5.2Pelabuhan Kontena Teluk Sepanggar• Pelabuhan khusus untuk mengendalikan kontena.• Mengendalikan hampir 70 peratus operasi kontena bagi seluruh Sabah.79Bab 5
p. 88
5.3Pengangkutan Awam di MalaysiaETSLRTMRTPengangkutan awam di MalaysiaRel bersepadu:• Monorel• KTM Komuter• KTM Antarabandar• Transit Aliran Ringan (LRT)• Transit Aliran Massa (MRT)• KLIA Ekspres\/KLIA Transit (ERL)• Perkhidmatan Tren Elektrik (ETS)• Bas• Teksi• e-panggilan (e-hailing)• Feri• Kapal terbang• BotBasTeksiLayari laman web berikut untuk peta transit berintegrasi Lembah Klang: http:\/\/bukutekskssm.my\/Geografi \/Peta2.htmlImbasSayaBot ekspresKapal terbangFeriJalan rayaAirUdaraJalan kereta apiGlosarie-panggilan: Proses menempah atau memesan kereta, teksi, limosin atau pengangkutan awam yang lain melalui komputer atau peranti bergerak.Darat80Bab 5
p. 89
Faktor-faktor yang Mempengaruhi Jaringan Pengangkutan di Malaysia5.4Jambatan Pulau PinangJaringan pengangkutan di Malaysia dipengaruhi oleh beberapa faktor seperti bentuk muka bumi, kemajuan teknologi, dasar kerajaan dan kegiatan ekonomi.Bentuk muka bumiTanah tinggi: Pembinaan jaringan pengangkutan adalah sukar dan menelan kos yang tinggi.Tanah pamah: Keadaan tanah yang rata sesuai untuk pembinaan jaringan pengangkutan.Lembangan sungai: Pembinaan jaringan pengangkutan di kawasan berpaya menelan kos yang tinggi kerana perlu ditambak dan dibina jambatan.Pinggir laut: Kawasan pinggir pantai yang berteluk sesuai dijadikan pelabuhan kerana keadaannya yang terlindung dan dalam.Lapangan terbang dibina di kawasan tanah pamahJaringan jalan raya di Sabah dan Sarawak lebih tertumpu di sepanjang pantai kerana kawasan pedalaman yang bertanah tinggi dan berhutan tebal menyukarkan pembinaan jalan raya.Pembinaan terowong SMART yang boleh berfungsi sebagai saliran air dan laluan kenderaan.Pembinaan Jambatan Sultan Abdul Halim Muadzam Shah di Pulau Pinang yang merupakan jambatan terpanjang di Malaysia (24 km).Pembinaan Lebuh Raya Timur-Barat yang merentasi tanah tinggi dan sungai.Laluan bawah tanah bagi projek MRT yang menggunakan teknologi tinggi.Kemajuan teknologi81Bab 5
p. 90
Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD) bertanggungjawab terhadap pengangkutan awam darat.Salah satu Bidang Keberhasilan Utama Negara (NKRA) bertujuan untuk menambah baik pengangkutan awam bandar.Kerajaan Malaysia memperuntukkan RM55 bilion untuk pelaksanaan projekEast Coast Rail Line (ECRL) yang menghubungkan Lembah Klang ke pantai timur Semenanjung Malaysia dalam pembentangan Bajet 2017.Dasar Penswastaan seperti pembinaan Lebuhraya Utara-Selatan oleh PLUS Berhad dan perkhidmatan LRT serta bas oleh Prasarana Malaysia Berhad untuk meningkatkan kemajuan pengangkutan di Malaysia.Dasar kerajaanJaringan jalan raya yang cekap di Kuala Lumpur Jaringan pengangkutan dibina di kawasan yang terdapat sumber mineral seperti Kerteh dan Bintulu untuk memudahkan kerja penghantaran bahan, pemprosesan dan pemasaran sumber petroleum ke tempat lain. Jaringan pengangkutan juga dibina di kawasan pertanian untuk memudahkan penghantaran dan pemasaran hasil pertanian. Kawasan yang giat dengan kegiatan ekonomi seperti perniagaan, perdagangan, perindustrian dan perlombongan mempunyai jaringan pengangkutan yang padat seperti Lembah Klang, Georgetown dan Ipoh.Kegiatan ekonomiTerowong Pengurusan Air Banjir dan Jalan Raya (SMART) merupakan terowong lencongan air yang terpanjang di Asia Tenggara. Terowong ini dibina untuk menangani masalah banjir kilat dan mengurangkan kesesakan lalu lintas di Kuala Lumpur. Ketahui maklumat lanjut tentang SMART melalui laman web berikut:http:\/\/bukuteks kssm.my\/Geografi \/Nota15.htmlTerangkan kelebihan SMART kepada penduduk di Kuala Lumpur.82Bab 5
p. 91
Kepentingan Pengangkutan Darat, Udara dan Air di Malaysia5.5GlosariBandar satelit: Bandar yang bergantung kepada industri tempatan, tetapi ada perkaitan ekonomi dan struktur jaringan perhubungan dan pentadbiran dengan sesebuah bandar raya yang berhampiran.Layari laman web berikut untuk mengetahui maklumat lanjut tentang perkhidmatan kereta api kargo oleh KTMB:http:\/\/bukutekskssm.my\/Geografi \/Nota33.htmlImbasSaya Memudahkan mobiliti penumpang dan mempercepat proses mengangkut bahan mentah ke kilang atau pasaran. Contohnya, Lebuhraya Utara-Selatan.Bandar satelit menyokong bandar raya berhampiran dan sesuai dijadikan kawasan kediaman dan perindustrian. Dihubungkan dengan bandar utama melalui bas, LRT dan Komuter. Contohnya, Petaling Jaya menjadi bandar satelit kepada Kuala Lumpur. Menghubungkan kawasan pedalaman. Contohnya, Grik (Perak) dan Jeli (Kelantan) dapat dihubungkan melalui Lebuhraya Timur-Barat. Perkhidmatan kereta api kargo oleh Kereta Api Tanah Melayu Berhad (KTMB) dapat meningkatkan urusan perniagaan dan perdagangan. Perkhidmatan tren kontena, tren kargo konvensional dan landbridge\/cross border (menghubungkan pelabuhan di Semenanjung Malaysia dengan pelabuhan di Thailand). Pembinaan petempatan baharu dan memajukan kegiatan ekonomi. Contohnya, pembangunan Bandar Baru Nilai akibat pembinaan lebuh raya antara Kuala Lumpur dengan Seremban. Menarik pelabur asing dan memberi tumpuan kepada pelabur tempatan. Contohnya, Wilayah Ekonomi Pantai Timur (ECER), Sarawak Corridor of Renewable Energy (SCORE) danSabah Development Corridor (SDC).Mempertingkatkan darjah ketersampaianMeningkatkan sektor perniagaanMembangunkan kawasan sekitarPembangunan wilayah koridor ekonomiKepentingan pengangkutan daratMembawa penumpang dan baranganMembangunkan bandar satelit83Bab 5
p. 92
Perkhidmatan kargo udara oleh MASKargoKepentingan pengangkutan udaraIntegrasi nasional dapat memperkukuh dan mempertingkatkan perpaduan serta keharmonian masyarakat. Menghubungkan Semenanjung Malaysia dengan Sarawak dan Sabah. Membawa penumpang, mengangkut barangan, menggalakkan pelancongan serta menghubungkan kawasan pedalaman dengan bandar. Menjimatkan masa perjalanan.Menggalakkan integrasi nasionalMeningkatkan darjah ketersampaian 1. Perkembangan pengangkutan udara telah menyebabkan kerajaan membina KLIA2 bagi menampung keperluan KLIA yang sedia ada. Mengapakah industri ini berkembang pesat di Malaysia? 2. Mengapakah pengangkutan air penting kepada penduduk di kawasan pedalaman Sabah dan Sarawak?Uji Diri5.3Kepentingan pengangkutan air Pengurusan perdagangan import dan eksport dengan negara luar. Contohnya, Pelabuhan Klang (Selangor), Pelabuhan Kontena Teluk Sepanggar (Sabah) dan Pelabuhan Kuching (Sarawak). Kos pengangkutan lebih murah serta penyediaan ruang kargo yang luas bagi mengangkut barangan pukal. Mengangkut barang pukal dan penumpang dari kawasan pedalaman ke bandar. Contohnya, Sungai Rajang (Sarawak) dan Sungai Kinabatangan (Sabah). Membawa pelancong ke destinasi pelancongan. Contohnya, Sungai Tembeling (Pahang) untuk membawa pelancong ke Taman Negara. Membawa barangan. Contohnya, perkhidmatan feri Labuan-Menumbuk (Sabah) dan perkhidmatan bot seperti ke Pulau Tioman (Pahang) dan Pulau Langkawi (Kedah).Menghubungkan kawasan pedalamanMembawa penumpang dan baranganMengendalikan urusan perdagangan84Bab 5
p. 93
5.6Kepentingan Pengangkutan Awam di MalaysiaAktiviti 5.1Tajuk: Kepentingan pengangkutan awam di MalaysiaObjektif: Menghuraikan kepentingan pengangkutan awam dari segi ekonomi dan sosial.Langkah-langkah:1. Bahagikan kelas kepada empat hingga lima orang dalam satu kumpulan.2. Setiap kumpulan dikehendaki menghasilkan teks pidato yang bertajuk “Kepentingan Pengangkutan Awam di Malaysia”.3. Pilih seorang wakil bagi setiap kumpulan untuk menyampaikan pidato tersebut.4. Guru akan menjadi hakim untuk menentukan pemenang. Kepentingan pengangkutan awam di MalaysiaKepentingan pengangkutan awam di MalaysiaMengurangkan kesesakan lalu lintas Penggunaan sistem pengangkutan awam bersepadu dapat mengurangkan bilangan kenderaan di jalan raya. Memajukan industri pelancongan Perkhidmatan teksi, bas dan rel bersepadu memudahkan pergerakan pelancong dalam negara.Mengurangkan kos Penggunaan kenderaan awam lebih murah berbanding dengan penggunaan kenderaan persendirian.Mempertingkatkandarjah ketersampaian Pengangkutan awam memudahkan kita sampai ke destinasi yang dituju dengan cepat dan mudah.Mengurangkan pencemaran udara Penggunaan pengangkutan awam seperti rel bersepadu dapat mengurangkan pembebasan asap kenderaan kerana menggunakan tenaga elektrik.Mewujudkan peluang pekerjaan Perkhidmatan teksi, bas dan rel bersepadu menawarkan pelbagai peluang pekerjaan kepada penduduk tempatan. 85Bab 5
p. 94
5.7Amalan Pengangkutan LestariBerkongsi kereta Mengurangkan bilangan kenderaan di jalan raya. Mengurangkan pembebasan gas karbon monoksida ke udara.Penggunaan kereta elektrik dan hibrid Memelihara alam sekitar dengan mengurangkan pembebasan gas karbon monoksida. Menjimatkan penggunaan bahan api.Amalan pengangkutan lestari12Kepentingan sistem pengangkutan yang lestariMengelakkankesesakan lalu lintasMengurangkan kos bahan apiMengurangkan hakisanMeningkatkan keselamatan pengangkutan awamMengurangkan pelepasan bahan pencemar ke udara Meminimumkan kemusnahanfl ora dan faunaGlosariLestari: Tidak berubah-ubah, kekal atau tetap.86Bab 5
p. 95
Penggunaan pengangkutan awam Mengurangkan masalah kesesakan lalu lintas. Pengangkutan awam percuma oleh pihak kerajaan. Contohnya, perkhidmatan bas bandar GO KL dan Bas Muafakat Johor.3Bagaimanakah amalan pengangkutan lestari dapat diterapkan dalam kalangan rakyat Malaysia? Uji Diri5.4KTM KomuterBas percuma di Kuala LumpurBas awam di Kuching, SarawakAktiviti 5.2Tajuk: Amalan pengangkutan lestariObjektif: Menghasilkan idea yang kreatif dan inovatif berkaitan pengangkutan yang memberi kesan minimum kepada alam sekitar.Alatan: Pen penanda, kertas mahjungLangkah-langkah:1. Bincangkan idea amalan pengangkutan lestari dalam kumpulan.2. Catat idea dalam kertas mahjung.3. Murid bergerak dari galeri ke galeri yang terdapat di dalam kelas (Gallery Walk).4. Murid melihat hasil kerja kumpulan lain.5. Tulis komen positif terhadap hasil kerja kumpulan lain dan ambil maklumat atau data yang diminta oleh guru.6. Perkemaskan tugasan kumpulan anda agar menjadi lebih baik setelah melihat hasil kerja kumpulan lain.7. Guru akan menilai hasil kerja setiap kumpulan.Amalan pengangkutan lestariLayari laman web berikut untuk latihan kajian kes tentang pengangkutan awam: http:\/\/bukutekskssm.my\/Geografi \/Latihan2.pdfImbasSaya87Bab 5
p. 96
Kuiz Interaktif 5ImbasSayaPengangkutan darat di Malaysia• Jaringan jalan raya • Jaringan landasan kereta apiPengangkutan udara dan air di Malaysia• Lapangan terbang antarabangsa• Pelabuhan utamaPengangkutan awam di Malaysia• Bas• Teksi• e-panggilan• LRT • Komuter• Monorel• ERL• ETS• MRT• Berkongsi kereta• Penggunaan kereta elektrik dan hibrid• Penggunaan pengangkutan awamAmalan pengangkutan lestari• Mengurangkan kesesakan lalu lintas• Memajukan industri pelancongan• Mengurangkan kos• Mempertingkatkan darjah ketersampaian• Mengurangkan pencemaran udara• Mewujudkan peluang pekerjaanKepentingan pengangkutan awam di Malaysia• Pengangkutan darat– Membawa penumpang dan barangan– Membangunkan bandar satelit– Mempertingkatkan darjah ketersampaian– Meningkatkan sektor perniagaan– Pembangunan wilayah koridor ekonomi– Membangunkan kawasan sekitar• Pengangkutan udara– Mengalakkan integrasi nasional– Meningkatkan darjah ketersampaian• Pengangkutan air– Menghubungkan kawasan pedalaman– Membawa penumpang dan barangan– Mengendalikan urusan perdaganganKepentingan pengangkutan darat, udara dan air di MalaysiaFaktor-faktor yang mempengaruhi jaringan pengangkutan di Malaysia• Bentuk muka bumi• Kemajuan teknologi• Dasar kerajaan• Kegiatan ekonomiPengangkutan di MalaysiaIMBASKEMBALI88Bab 5
p. 97
CabaranMinda1. Isi tempat kosong dengan jawapan yang betul.Bintulutanah tinggiSMARTTimur-Baratferiberkongsi kereta(a) Lebuhraya menghubungkan Grik di Perak dan Jeli di Kelantan.(b) Perkhidmatan digunakan untuk mengangkut penumpang dari Kuala Kedah ke Pulau Langkawi.(c) berfungsi menangani masalah banjir kilat dan mengurangkan kesesakan lalu lintas di Kuala Lumpur.(d) Bentuk muka bumi dan berhutan tebal menyukarkan pembinaan jalan raya di Sabah dan Sarawak.(e) Pelabuhan merupakan pelabuhan yang mengendalikan eksport gas asli cecair negara.(f) Amalan dapat mengurangkan masalah pencemaran udara.2. Jawab soalan di bawah berdasarkan peta yang diberi.Peta MalaysiaNamakan:(a) Bandar paling utara di Lebuhraya Utara-Selatan yang bertanda P.(b) Stesen kereta api di persimpangan antara pantai timur dengan pantai barat Semenanjung Malaysia yang bertanda Q.(c) Pelabuhan kontena R.(d) Lapangan terbang antarabangsa S.3. Mengapakah kerajaan memperkenalkan sistem pengangkutan rel bersepadu seperti monorel, Transit Aliran Ringan (LRT) dan Transit Aliran Massa (MRT)? U100°T 105°T 110°T 115°T5°UPQRSLautChina SelatanSelat MelakaU89Bab 5
p. 98
Mari kita terokai:90Bab 5BAB6Telekomunikasi di Malaysia4Kesan telekomunikasi terhadap pembangunan negara1Alat telekomunikasi di Malaysia✓Mengenal pasti alat telekomunikasi di Malaysia.✓Menerangkan kemajuan alat telekomunikasi di Malaysia.✓Membahaskan kepentingan telekomunikasi di Malaysia.✓Menilai kesan telekomunikasi terhadap pembangunan negara di Malaysia.✓Menentukan penggunaan alat telekomunikasi secara beretika.Apakah yang akananda pelajari?Tahukah anda alat-alat telekomunikasi yang pernah wujud di Malaysia sejak era penjajahan hingga kini?Kesan telekomunikasi terhadap pembangunan negaraPositifBab 590Bab 6
p. 99
91Bab 53Kepentingan telekomunikasi di Malaysia5Penggunaan alat telekomunikasi secara beretika2Kemajuan alat telekomunikasi di MalaysiaInduksi BabDunia hari ini menyaksikan perkembangan yang pesat dalam teknologi telekomunikasi. Pencantuman dunia teknologi maklumat dengan telekomunikasi telah menyebabkan pembangunan teknologi canggih yang membawa dunia ke abad baharu yang berasaskan teknologi maklumat. Setelah mempelajari bab ini, anda dapat menilai kepentingan telekomunikasi dan pengaruhnya terhadap kehidupan seharian rakyat Malaysia.Apakah kepentingan telekomunikasi terhadap individu dan pembangunan sesebuah negara?Sejauh manakah kemajuan alat telekomunikasi di Malaysia?Bagaimanakah menggunakan alat telekomunikasi secara beretika?NegatifBab 591Bab 6
p. 100
6.1Alat Telekomunikasi di MalaysiaPerkataan telekomunikasiberasal daripada perkataan Greek. ‘Tele’ bermaksud “sangat jauh” manakala komunikasi bermaksud proses untuk menghantar informasi yang melibatkan masyarakat. Oleh itu, telekomunikasi bermaksud suatu interaksi yang melibatkan jarak yang jauh antara penyampai dengan penerima. 1. Apakah yang anda faham tentang telekomunikasi?2. Pada pendapat anda, bagaimanakah alat telekomunikasi pada masa hadapan? Alat yang diperkenalkan oleh pihak British pada tahun 1876 untuk urusan pentadbiran di Tanah Melayu.Teknologi telekomunikasi yang digunakan untuk memindahkan salinan dokumen menggunakan mesin faks yang disambungkan dengan rangkaian telefon.Jaringan teleprinter mirip dengan jaringan telefon yang berfungsi mengirim pesanan dalam bentuk teks.Telefon bimbit juga dikenali sebagai telefon selular atau telefon tanpa wayar. Mula diperkenalkan di Malaysia pada tahun 1980-an.Merangkumi perisian komputer seperti GPS, kamera digital, bluetooth, Internet dan juga aplikasi-aplikasi media sosial seperti Facebook, Instagram, Twitter, WeChat, WhatsApp, Telegram dan permainan maya.Telefon talian tetap mula digunakan di Tanah Melayu pada tahun 1891 dan menjadi sangat penting kerana permintaan meningkat dengan ketara.TelegrafMesin teleksTelefon bimbitTelefon pintarMesin faksTelefonGlosariGPS: Sistem penentududukan sejagat (Global Positioning System).Uji Diri6.1123546Teknologi telekomunikasi yang digunakan untuk memindahkan salinan dokumen menggunakan mesin faks yang disambungkan Telefon talian tetap mula digunakan di Tanah Melayu 92Bab 6
p. 101
6.2Kemajuan Alat Telekomunikasi di MalaysiaSejauh manakah kemajuan alat telekomunikasi di Malaysia? SatelitPenerokaan dalam sistem telekomunikasi memasuki satu dimensi baharu dengan pembinaan stesen satelit bumi pertama di Kuantan (Pahang) pada 6 April 1970. Hal ini diikuti dengan pembinaan satelit bumi di Alor Gajah (Melaka), Sematan (Sarawak), Wilayah Persekutuan Labuan dan Cyberjaya (Selangor).TiungSAT dan RazakSAT adalah satelit mikro. Mewujudkan sistem televisyen satelit yang pertama, iaitu All-Asia Satellite Television and Radio Operator (ASTRO).Perkhidmatan televisyen bersatelit dan radio berbayar pertama di Malaysia.Sehingga tahun 2016, ASTRO telah menawarkan sebanyak 185 saluran televisyen dan 20 saluran radio.Siaran TV1, TV2 dan TV3 disiarkan melalui teknologi digital yang berdefi nisi tinggi (HD).Memantapkan lagi penerimaan maklumat dan informasi rakyat Malaysia.TiungSAT dan RazakSAT adalah satelit mikro.RazakSAT Dilancarkan pada 14 Julai 2009 Merupakan satelit mikro kedua yang berupaya membekalkan imej data yang lebih spesifi k Menggunakan kamera yang beresolusi tinggiTiungSAT-1 Dilancarkan pada 26 September 2000 Tiga misi utama: • Pencerapan bumi • Uji kaji saintifi k Cosmic Ray Energy Disposition Experiment (CEDEX) • Aplikasi komunikasi(Ihsan MEASAT Satellite Systems Sdn. Bhd.)MEASAT-3b12 September 2014MEASAT-3a22 Jun 2009MEASAT-312 Disember 2006MEASAT-213 November 1996MEASAT-113 Januari 1996Pelancaran Satelit Asia Timur Malaysia (MEASAT)bumi di Alor Gajah (Melaka), Sematan (Sarawak), Wilayah Persekutuan Labuan dan Cyberjaya (Selangor).MEASAT-3bPelancaran Satelit Asia Timur Malaysia (MEASAT)93Bab 6
p. 102
Kabel fi ber optik Rangkaian telekomunikasi Malaysia meningkat maju dengan penggunaan kabel fi ber optik dan gelombang mikro. Merupakan kabel berkapasiti tinggi kerana diperbuat daripada serat kaca atau plastik yang sangat halus. Digunakan untuk menyalur informasi dan memindahkan arus data dalam dunia jaringan komputer. Telefon pintarTelefon pintar 3G dan terkini 4G mempunyai banyak kemudahan seperti kamera beresolusi tinggi, capaian Internet, menerima dan membalas e-mel, perkhidmatan pesanan ringkas, perbualan video, telesidang dan pelbagai aplikasi yang boleh dimuat turun. Ciri-ciri rekaan luaran dan dalaman menggunakan teknologi tinggi. Menepati kehendak dan cita rasa generasi alaf baharu. Syarikat telekomunikasi Telekom Malaysia (TM) telah memainkan peranan yang penting dalam usaha menyediakan telefon talian tetap dan memajukan industri telekomunikasi negara. Usaha ini dirancakkan lagi oleh syarikat telekomunikasi swasta.Layari laman web berikut untuk mengetahui tentang sejarah telekomunikasi di Malaysia:http:\/\/bukutekskssm.my\/Geografi \/Nota16.htmlHasilkan peta alir untuk menunjukkan perkembangan telekomunikasi di Malaysia.ImbasSayaGlosariTelefon pintar: Telefon bimbit yang memiliki ciri pengkomputeran maju berbanding dengan telefon bimbit biasa.94Bab 6
p. 103
Komputer Alat telekomunikasi yang dilengkapi dengan perisian untuk kerja-kerja seperti mengubah, menyimpan, melindungi, memproses, memindah, melihat dan mendapatkan maklumat tanpa mengira tempat dan waktu. Kewujudan jaringan Internet dan perisian komputer seperti pelayar laman web Google Chrome, Mozilladan Internet Explorer yang berperanan besar dalam teknologi maklumat dan komunikasi (ICT). Koridor Raya Multimedia (MSC) Perkembangan ICT telah mendorong penubuhan MSC yang berpusat di Cyberjaya. MSC bertujuan menarik syarikat-syarikat berteknologi tinggi dengan menawarkan pengecualian cukai serta kemudahan-kemudahan lain untuk memajukan industri ICT tempatan. Rangkaian jalur lebar berkelajuan tinggi Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) bertanggungjawab untuk meluaskan jalur lebar ke serata pelosok negara. Inisiatif kerajaan untuk terus memperkasakan capaian Internet dan infrastruktur telekomunikasi di seluruh negara adalah seiring dengan hasrat merealisasikan sekurang-kurangnya 95 peratus rakyat Malaysia mempunyai capaian kepada Internet.Menurut Timbalan Menteri Komunikasi dan Multimedia, sehingga tahun 2016, kadar penembusan jalur lebar isi rumah di seluruh negara telah mencapai 76.8 peratus. 1. Apakah fungsi RazakSAT?2. Mengapakah MSC ditubuhkan? 3. Apakah perbezaan antara telefon selular dahulu dengan telefon pintar yang digunakan pada masa kini?Uji Diri6.2Layari laman web berikut untuk mengetahui tentang Koridor Raya Multimedia:http:\/\/bukutekskssm.my\/Geografi \/Nota17.htmlImbasSayapenembusan jalur lebar isi rumah di seluruh negara telah mencapai 76.8 peratus. GlosariJalur lebar: Medium penghantaran maklumat digital yang mempunyai lebar jalur melebihi frekuensi suara 3 000 hertz.95Bab 6
p. 104
Seiring dengan perkembangan dan kemajuan dunia semasa, Malaysia tidak ketinggalan menerapkan aplikasi telekomunikasi dan penggunaan ICT dalam segenap aspek kehidupan. Berikut adalah kepentingan telekomunikasi di Malaysia.6.3Kepentingan Telekomunikasi di MalaysiaIndustri telekomunikasi dianggap penting di Malaysia melalui sumbangannya sebagai alat teknologi untuk pertumbuhan pembangunan negara. Kumpulkan maklumat tentang kemudahan infrastruktur telekomunikasi di Malaysia melalui laman web berikut:http:\/\/bukutekskssm.my\/Geografi \/Nota18.htmlBentangkan hasil dapatan anda.ImbasSayaBagaimanakah telekomunikasi dapat meningkatkan integrasi dan perpaduan negara?Kepentingan telekomunikasi di MalaysiaDapat berhubung dengan sesiapa sahaja di seluruh dunia dengan mudahPengurusan dan pentadbiran negara lebih sistematik dan teraturMengeratkan silaturahim Meningkatkan integrasi dan perpaduan negaraSegala urusan kerajaan dan swasta menjadi cepat dan efi sienPeluang pendidikan lebih luas dan menjimatkan kos melalui e-pembelajaranUrusan kewangan dan perkhidmatan perbankan atas talian membolehkan kita menguruskan wang di seluruh dunia dengan mudah dan lancarSatelit cuaca dapat memberi data ramalan cuaca dan fenomena alam dengan lebih tepat serta terperinciSiaran langsung melalui aplikasi satelit membolehkan penonton menyaksikan siaran secara langsung di televisyenData dapat disimpan dengan segera dan selamatPelbagai maklumat dari seluruh dunia dapat diperoleh dengan melayari Internet96Bab 6
p. 105
Glosarie: Elektronik. e-kerajaan: Urusan kerajaan melalui Internet. e-dagang: Proses menjalankan urusan perniagaan melalui rangkaian komputer atau Internet.Kesan Telekomunikasi terhadap Pembangunan Negara6.4Pembangunan telekomunikasi yang berkembang pesat dan menjadi salah satu daripada keperluan kehidupan manusia telah membawa kepada pelbagai kesan positif dan negatif.Kesan positif telekomunikasiDunia tanpa sempadanMaklumat dapat diperoleh dengan mudah dan cepat melalui InternetMultimedia interaktif Memudahkan sistem pembelajaranTelesidangInteraksi mayaPerkhidmatan telekesihatanPesakit boleh diperiksa oleh doktor pakar secara jarak jauh menggunakan teknologi komunikasie-kerajaan Rakyat dapat berurusan dengan agensi kerajaan secara lebih mudah dan cepate-dagang Perkhidmatan dan jual beli atas talianPeluang pekerjaanPerkembangan pesat dalam pelbagai sektor mewujudkan banyak peluang pekerjaane-perbankanUrusan perbankanboleh dijalankan di mana-mana sahajamudah dan cepat melalui InternetPeluang pekerjaanPerkembangan pesat dalam pelbagai sektor mewujudkan banyak peluang pekerjaanInteraksi mayaPerkhidmatan telekesihatanPesakit boleh diperiksa oleh doktor pakar secara jarak e-kerajaan Rakyat dapat berurusan dengan agensi kerajaan secara e-dagang Perkhidmatan dan jual beli atas talianboleh dijalankan di mana-mana sahajaKesan positif telekomunikasi terhadap pembangunan negara97Bab 6
p. 106
Aktiviti 6.1Kesan negatif telekomunikasiTerdapat maklumat yang tersebar di laman sesawang yang tidak tepat. Isu pencerobohan dan pencurian maklumat dalam sistem pangkalan data secara atas talian.Maklumat berunsur negatif seperti keganasan, hasutan dan khabar angin sukar ditapis.Kesan negatif telekomunikasiKetahui kebaikan dan keburukan Internet melalui laman web berikut:http:\/\/bukutekskssm.my\/Geografi \/Nota19.htmlBuat catatan dan pamerkan di sudut maklumat kelas anda.ImbasSaya1. Apakah kesan telekomunikasi di Malaysia kepada diri anda sebagai seorang murid? 2. Berikan dua kesan negatif telekomunikasi selain yang terdapat di atas.Uji Diri6.3Tajuk: Kesan telekomunikasiObjektif: (i) Melatih murid menyampaikan maklumat dengan tepat dan jelas. (ii) Menilai kesan telekomunikasi terhadap penyampaian maklumat.Alatan: Pen penandaLangkah-langkah:1. Guru membahagikan murid kepada tiga kumpulan besar dan dikehendaki beratur dalam satu barisan lurus mengikut kumpulan.2. Guru mengemukakan pernyataan yang berbeza bagi setiap kumpulan kepada murid pertama (permainan radio buruk).3. Murid pertama perlu mengingat dan menyampaikan pernyataan tersebut kepada murid yang seterusnya.4. Murid yang terakhir perlu menulis pernyataan yang diperoleh pada papan putih di hadapan kelas.5. Guru perlu membetulkan pernyataan dan meminta murid membuat kesimpulan daripada permainan tersebut.98Bab 6
p. 107
Etikamerujuk prinsip dan tatacara moral atau nilai-nilai akhlak, iaitu adab dan sopan santun yang menjadi pegangan seseorang individu atau sesuatu kumpulan manusia. 6.5Penggunaan Alat Telekomunikasi Secara BeretikaGlosariPlagiat: Hasil mencedok karya atau tulisan orang lain yang disiarkan kembali sebagai karya sendiri.Bersopan santun dan berhemah sewaktu berkomunikasi Mendukung Akta Komunikasi dan Multimedia 1998Menggunakan kemudahan telekomunikasi untuk hal-hal yang bermanfaat Hargai hasil karya orang lain dan tidak melakukan aktiviti plagiatElakkan daripada menyentuh isu-isu sensitif yang melanggar undang-undang dan norma Tidak mendedahkan hal-hal peribadi dan kata laluan kepada umumEtika penggunaan alat telekomunikasi Kenal pasti kebenaran dan kesahihan sesuatu berita dalam InternetElakkan daripada mengganggu dan merosakkan sistem komunikasi orang lain Jagalah etika anda ketika menggunakan alat telekomunikasi.99Bab 6
p. 108
Aktiviti 6.2Tajuk: Hari Tanpa Alat TelekomunikasiObjektif: (i) Melatih murid berfi kir secara analitis, kritis dan jelas. (ii) Melatih murid berkomunikasi dengan orang awam. (iii) Membina keyakinan murid dalam mengemukakan pendapat.Alatan: Borang soal selidikLangkah-langkah:1. Guru menerangkan kepada murid mengenai pendekatan dan cara menyediakan borang soal selidik.2. Setiap murid harus menyediakan borang soal selidik berkenaan kehidupan masyarakat tanpa menggunakan alat telekomunikasi.3. Dapatan kajian dibincangkan dalam kumpulan. 4. Setiap kumpulan dikehendaki menyediakan satu laporan yang lengkap.5. Guru akan menilai laporan yang disediakan oleh murid.Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 memperuntukkan dua seksyen utama yang membolehkan tindakan diambil terhadap aduan berkaitan kandungan jelik di Internet, iaitu:• Seksyen 211: Larangan terhadap pemberian kandungan jelik • Seksyen 233: Penggunaan tidak wajar kemudahan rangkaian atau perkhidmatan rangkaian dan lain-lain(Sumber: Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia, 2017)GEOGRAFISuruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) telah ditubuhkan menurut Akta Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia 1988 sebagai badan pengawal selia bagi industri komunikasi dan multimedia di Malaysia.Ketahui maklumat lanjut tentang SKMM melalui laman web berikut:http:\/\/bukutekskssm.my\/Geografi \/Nota20.htmlMasalah penyalahgunaan Internet dalam kalangan masyarakat masih berleluasa. Cadangkan usaha-usaha yang boleh diambil oleh Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) dalam menangani masalah ini.Layari laman web berikut untuk latihan kajian kes tentang sistem perhubungan Internet di sekitar tempat tinggal atau sekolah murid:http:\/\/bukutekskssm.my\/Geografi \/Latihan3.pdfImbasSaya100Bab 6
p. 109
Kuiz Interaktif 6ImbasSayaIMBASKAlat telekomunikasiTelegrafTelefonMesin teleksMesin faksTelefon pintarTelefon bimbitTelekomunikasi di Malaysia• Dunia tanpa sempadan• e-perbankan• e-dagang• e-kerajaan• e-pembelajaran• Telesidang • Telekesihatan• Peluang pekerjaan• Penyebaran maklumat berunsur sensitif• Maklumat diubah suai dan tidak tepat• Pencerobohan dan pencurian maklumat dalam sistem pangkalan dataKemajuan alat telekomunikasiEtika dalam penggunaan alat telekomunikasi• Bersopan santun dan berhemah• Mendukung Akta Komunikasi dan Multimedia 1998• Tidak mendedahkan maklumat peribadi• Mengenal pasti kebenaran berita• Menggunakan Internet untuk kebaikan sejagat• Tidak melakukan aktiviti plagiat• Elakkan daripada menyentuh isu-isu sensitif• Elakkan daripada mengganggu sistem komunikasi orang lain Kepentingan telekomunikasi• Mengeratkan silaturahim• Urusan kerajaan dan swasta lebih efi sien• Ramalan cuaca lebih tepat • Data disimpan dengan segera dan selamat• Perhubungan yang lebih meluas• Meningkatkan integrasi dan perpaduan• Urusan kewangan lebih lancar• Pelbagai maklumat mudah diperoleh• Pentadbiran yang sistematik• Pendidikan yang lebih meluas • Rancangan siaran langsung meningkat• Lima satelit MEASAT dan dua satelit mikro, iaitu TiungSAT dan RazakSAT dilancarkan • Televisyen satelit • Kabel fi ber optik • Telefon pintar 3G dan 4G • Syarikat telekomunikasi bertambah• Komputer dilengkapi dengan perisian Internet • Penubuhan Koridor Raya Multimedia • Rangkaian jalur lebar berkelajuan tinggiKesan telekomunikasiKesan positifKesan negatif 101Bab 6
p. 110
CabaranMinda1. Tandakan (✓) bagi pernyataan yang betul dan (✗) pada pernyataan yang salah.(a) Telefon pintar merangkumi perisian seperti aplikasi kamera digital, bluetooth, capaian Internet dan juga aplikasi-aplikasi media sosial.(b) Penerokaan dalam bidang telekomunikasi memasuki satu dimensi baharu dengan pembinaan stesen satelit bumi yang pertama di Cyberjaya.(c) Pelancaran Satelit Asia Timur Malaysia (MEASAT) meningkatkan rangkaian perkhidmatan radio dan televisyen satelit melalui ASTRO. (d) Ciri-ciri rekaan luaran dan dalaman telefon yang menggunakan teknologi tinggi menepati kehendak dan cita rasa generasi alaf baharu.(e) Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) berfungsi menarik syarikat-syarikat dengan pengecualian cukai serta menyediakan kemudahan-kemudahan lain seperti capaian Internet yang laju.2. Huraikan empat kepentingan telekomunikasi terhadap pembangunan negara.3. Terangkan kesan positif dan kesan negatif telekomunikasi terhadap negara.4. Bagaimanakah cara anda menasihati rakan anda yang sering menyebarkan sesuatu perkara atau berita di laman Facebook tanpa usul periksa? Sediakan perbualan tersebut dalam bentuk dialog. Kepentingan telekomunikasi terhadap pembangunan negara(a)(d)(b)(c)Kesan telekomunikasiKesan positif(a)(a)(b)(b)(c)(c)Kesan negatif102Bab 6
p. 111
Geografi Kawasanmerupakan cabang geografi tentang kawasan-kawasan di dunia yang mempunyai keunikan dari segi alam sekitar fi zikal dan manusia. Bahagian ini memberi fokus kepada beberapa buah negara di rantau Asia.• Kepelbagaian Iklim dan Pengaruhnya terhadap Kegiatan Manusia di Asia• Jenis dan Kemajuan Pengangkutan di AsiaKawasanGeografi
p. 112
Mari kita terokai:104Bab 7✓ Mengenal pasti kepelbagaian iklim di Asia.✓ Menerangkan ciri iklim di zon iklim panas, zon iklim panas sederhana, zon iklim sejuk dan zon iklim sejuk sederhana di Asia.✓ Menunjukkan negara di Asia yang mengalami iklim di zon iklim panas, zon iklim panas sederhana, zon iklim sejuk dan zon iklim sejuk sederhana. ✓ Membandingkan pengaruh iklim terhadap kegiatan manusia di Asia.Apakah yang akananda pelajari?BAB71Kepelbagaian iklim di Asia3Negara di Asia yang mengalami iklim sejuk, iklim sejuk sederhana, iklim panas sederhana dan iklim panasKepelbagaian Iklim dan Pengaruhnya terhadap Kegiatan Manusia di Asia60°U0°50°T100°T150°200°T
p. 113
105Bab 72Ciri iklim di zon iklim sejuk, zon iklim sejuk sederhana, zon iklim panas sederhana dan zon iklim panas4Pengaruh iklim terhadap kegiatan manusia di AsiaApakah perbezaan ciri iklim bagi keempat-empat zon tersebut?Kepelbagaian iklim memberi pengaruh yang besar terhadap kegiatan manusia di Asia seperti pertanian, perikanan, pembalakan, perindustrian, perdagangan, pengangkutan dan pelancongan. Walau bagaimanapun, tidak kesemua aktiviti ekonomi ini boleh dijalankan sepanjang masa di setiap kawasan. Selepas mempelajari bab ini, anda dapat membandingkan pengaruh iklim terhadap kegiatan manusia di Asia.Induksi BabCiri iklimZon iklim panasZon iklim panas sederhanaZon iklim sejukZon iklim sejuk sederhana40°U20°U0°60°U
p. 114
7.1Kepelbagaian Iklim di AsiaTahukah anda bahawa Benua Asia boleh dibahagikan kepada empat zon iklim, iaitu zon sejuk, zon sejuk sederhana, zon panas sederhana dan zon panas?90°U65°U10°U0°10°S45°U30°UZon sejukZon panasZon panas sederhanaZon sejuk sederhanaRajah 7.1 Zon iklim Benua AsiaIklim SiberiaIklim LaurentiaIklim MediterraneanIklim SteppeIklim ChinaIklim Gurun PanasIklim Monsun TropikaIklim KhatulistiwaIklim Tundra106Bab 7
p. 115
7.2Ciri Iklim Mengikut Zon di Asia ZonIklimCiri iklimContoh negaraPanasKhatulistiwa• Panas dan lembap sepanjang tahun• Min suhu tahunan: 27˚C• Jumlah hujan tahunan: Melebihi 2 600 mm• Malaysia• Singapura• Brunei DarussalamGurun Panas • Musim panas yang sangat panas, iaitu 32°C hingga 38°C• Musim sejuk yang sederhana sejuk, iaitu 16°C• Julat suhu harian tinggi, kira-kira 25ºC• Jumlah hujan tahunan: Kurang daripada 250 mm• Arab Saudi• Iraq• OmanMonsun Tropika• Mengalami musim kering dan musim lembap yang nyata• Min suhu tahunan: 24°C hingga 27°C• Jumlah hujan tahunan: 1 000 mm hingga 2 000 mm• India• Laos• Myanmar• Thailand Panas sederhanaMediterranean• Musim panas yang sederhana panas, iaitu 20°C hingga 24°C• Musim sejuk yang sederhana sejuk, iaitu 6°C hingga 10°C• Jumlah hujan tahunan: 275 mm hingga 900 mm• Turki• Lubnan• SyriaSteppe• Suhu musim panas: 21ºC• Suhu musim sejuk: 10ºC hingga 0ºC• Jumlah hujan tahunan: 500 mm• Mengalami ribut salji pada musim sejuk• Rusia (selatan)• MongoliaChina• Musim panas yang sederhana panas, iaitu 28ºC• Musim sejuk yang sederhana sejuk, iaitu 5ºC• Jumlah hujan tahunan: 500 mm hingga 1 500 mm• China (tengah dan selatan)• Korea Selatan• Jepun (selatan)• Taiwan (utara)Sejuk sederhanaSiberia• Suhu musim panas: 15ºC hingga 20ºC• Suhu musim sejuk: –17ºC hingga –5ºC• Jumlah hujan tahunan: Kira-kira 500 mm• Kerpasan turun dalam bentuk salji pada musim sejuk• Kawasan Siberia di RusiaLaurentia• Suhu musim panas: 20ºC hingga 27ºC• Suhu musim sejuk: –6ºC hingga 10ºC• Jumlah hujan tahunan: 500 mm hingga 1 000 mm• Salji turun pada musim sejuk• Suhu musim sejuk boleh mencapai takat beku • China (utara)• Korea Utara• Jepun (utara) SejukTundra• Suhu musim panas tidak melebihi 10ºC• Suhu musim sejuk di bawah takat beku, kira-kira –28ºC• Jumlah hujan tahunan: 250 mm• Kerpasan turun dalam bentuk salji• Rusia (utara)107Bab 7
p. 116
Peta 7.1 Taburan iklim di Asia60°U0°50°T100°T150°T200°TUzbekistanSyriaCyprusLubnanGeorgiaKirgistanIsraelPalestinLautan HindiRusiaMongoliaKazakhstanKoreaUtaraKoreaSelatanTaiwanIndonesiaMalaysiaBruneiDarussalamSri LankaThailandKembojaVietnamChinaIndiaBangladeshMyanmarNepalPakistanIranYamenOmanBahrainQatarEmiriahArab BersatuArabSaudiIraqTurkiArmeniaTurkmenistanAfghanistanTajikistanSingapuraBhutanJordanKuwaitLaosAzerbaijan108Bab 7
p. 117
Layari laman web berikut untuk menonton video tentang cuaca dan iklim:http:\/\/bukutekskssm.my\/Geografi \/Video4.htmlImbasSaya1. Nyatakan empat zon iklim di Asia.2. Pada pendapat anda, mengapakah terdapat kepelbagaian iklim di Asia?3. Sekiranya anda diberi pilihan melancong ke mana-mana negara di Asia berdasarkan zon iklim, negara manakah yang hendak anda lawati? Berikan alasan anda.Uji Diri7.1Aktiviti 7.1Tajuk: Kepelbagaian iklim di Benua AsiaObjektif: Mengenal pasti ciri kepelbagaian iklim di Benua Asia.Langkah-langkah:1. Bahagikan kelas kepada beberapa kumpulan.2. Guru mengadakan aktiviti kuiz tentang kepelbagaian iklim di benua Asia.3. Catatkan markah yang diperolehi setiap kumpulan di papan tulis.4. Kumpulan yang mendapat markah tertinggi diumumkan sebagai pemenang.(Sumber: Atlas Sumber dalam Geografi Fizikal, 2010)"Hujan emas di negeri orang, hujan batu di negeri sendiri, lebih baik negeri sendiri." Berdasarkan peribahasa tersebut, mengapakah anda berpendapat ciri iklim di Malaysia adalah lebih baik berbanding dengan ciri iklim di negara lain?PETUNJUKIklim KhatulistiwaIklim PergununganIklim Gurun PanasIklim Monsun TropikaIklim MediterraneanIklim SteppeIklim ChinaIklim TundraIklim SiberiaIklim Laurentia40°U20°U0°60°ULautan PasifikJepunFilipinaTimor-Leste109Bab 7
p. 118
Iklim TundraIklim ini mengalami musim sejuk yang panjang dan melampau.7.3Zon Iklim SejukGraf 7.3 Suhu dan hujan bulanan di pantai utara Siberia(Sumber: Climate-Data.org, 2016)Kawasan Kawasan di sepanjang pantai utara Asia, terutamanya pantai utara Siberia yang terletak dalam lingkungan Garisan Artik.Hujan Menerima kerpasan tahunan yang sedikit, iaitu antara 250 mm hingga 300 mm. Kebanyakannya turun pada musim panas dalam bentuk hujan perolakan. Musim sejuk sentiasa diliputi salji.Angin Angin Baratan membawa hujan maksimum pada musim panas. Ribut salji sering berlaku dan kelajuannya kira-kira 200 km sejam.SuhuMin suhu tahunan:–14°CSuhu musim panas: • Jangka masa pendek, iaitu Mei hingga Ogos. • Sederhana sejuk dengan suhu kurang daripada 10°C. Suhu musim sejuk: • Musim sejuk yang panjang, iaitu selama lapan bulan. • Sangat sejuk dengan suhu antara –32°C hingga –5°C.Julat suhu tahunan: 42°C50250Hujan (mm)Suhu (°C)J F M A M J J O S O N D1050–5–10–15–20–25–30–35BulanGEOGRAFIVostok di Antartika merupakan kawasan paling sejuk di dunia dengan suhu kira-kira –89.2°C. Di benua Asia, Oymyakon (Rusia) merupakan tempat paling sejuk yang didiami oleh manusia. (Sumber: World Meteorological Organization, 2017)110Bab 7
p. 119
Layari laman web berikut untuk maklumat lanjut tentang ciri iklim Tundra di Siberia:http:\/\/bukutekskssm.my\/Geografi \/Nota23.htmlImbasSayaHarpoonMenangkap ikanIglu Nyatakan ciri-ciri utama iklim sejuk di Siberia.Uji Diri7.2KegiatanLokasikegiatanPengaruh iklimPerikanan• Ikan ditangkap untuk keperluan sendiri.• Sumber protein penduduk.• Siberia (utara).• Pada musim panas, kegiatan menangkap ikan paus, kod dan salmon dijalankan.• Ikan paus ditangkap menggunakan harpoon.Pemburuan• Hasil buruan membekalkan daging sebagai sumber makanan, kulit untuk membuat kayak, khemah dan pakaian.• Tulang untuk membuat rangka khemah dan lemak untuk menyalakan pelita serta memanaskan iglu.• Siberia (utara).• Pekerjaan orang Eskimo berubah mengikut musim.• Pada musim sejuk mereka memburu binatang seperti walrus (singa laut), serigala dan rusa kutub (karibu). Pengaruh iklim Tundra terhadap kegiatan manusia• Tulang untuk membuat rangka khemah dan lemak untuk menyalakan pelita serta memanaskan iglu.• Tulang untuk WalrusGlosariKerpasan: Istilah hujan, hujan batu, salji dan sebagainya yang terhasil daripada pemeluwapan wap air di udara yang jatuh di atas permukaan bumi.Harpoon: Sejenis lembing pendek untuk menangkap ikan.Eskimo: Orang yang mendiami kawasan Artik.111Bab 7
p. 120
7.4Zon Iklim Sejuk SederhanaGraf 7.4 Suhu dan hujan bulanan di Hakodate, Jepun(Sumber: Climate-Data.org, 2016)Kawasan China (utara), Korea Utara dan Jepun (utara).Hujan Hujan tahunan antara 500 mm hingga 1000 mm. Hujan turun sepanjang tahun. Hujan lebih banyak pada musim panas. Salji turun pada musim sejuk. Hujan maksimum dibawa oleh angin Monsun Tenggara pada musim panas.Angin Arus sejuk merendahkan suhu di kawasan pantai Jepun, China, Korea Utara dan Siberia. Musim dingin adalah kering kerana angin Monsun Barat Laut bertiup dari darat.SuhuMin suhu tahunan: 9°C hingga 17°C.Suhu musim panas: Sederhana panas dan singkat, iaitu antara 21°C hingga 26°C.Suhu musim sejuk: Sangat sejuk, panjang dan kering, iaitu kira-kira 6ºC hingga 10°C. Julat suhu tahunan: 20°C hingga 30°C.Iklim LaurentiaIklim ini juga dikenali sebagai iklim sejuk sederhana pantai timur atau iklim monsun sejuk sederhana. Kawasan-kawasan yang mengalami iklim ini juga akan mengalami empat musim, iaitu musim bunga, musim panas, musim luruh dan musim sejuk.2001751501251007550250Suhu (°C)J F M A M J J O S O N DHujan (mm)Bulan2520151050–5112Bab 7
p. 121
- Bilakah masa yang sesuai untuk mengusahakan tanaman di kawasan beriklim Laurentia? Berikan alasan anda.2. Mengapakah cuaca memainkan peranan penting terhadap kegiatan perikanan di Jepun?Uji Diri7.3Aktiviti 7.2Tajuk: Pengaruh iklim terhadap kegiatan manusia di AsiaObjektif: Membandingkan pengaruh jenis iklim yang berlainan terhadap kegiatan manusia di Asia.Alatan: Komputer dan bahan rujukan yang berkenaanLangkah-langkah:1. Bahagikan kelas kepada empat hingga lima orang dalam satu kumpulan.2. Setiap kumpulan perlu mengumpulkan maklumat tentang keempat-empat jenis iklim dan kegiatan manusia di Asia secara terperinci.3. Buat perbandingan antara keempat-empat jenis iklim terhadap kegiatan manusia tersebut.4. Setiap kumpulan perlu menyediakan satu persembahan multimedia mengikut kreativiti.5. Persembahkan dapatan kajian kumpulan anda untuk dinilai oleh guru.KegiatanLokasi kegiatanPengaruh iklimPertanian• Pengeluaran makanan untuk penduduk setempat.• Hokaido, Jepun.• Dataran Manchuria, China.• Korea Utara.• Suhu musim panas yang sederhana, iaitu 20ºC dan suhu musim sejuk 10ºC sesuai untuk penanaman gandum, kentang, sayur-sayuran dan buah-buahan.• Jumlah hujan tahunan kira-kira 1 000 mm menggalakkan pertumbuhan tanaman.Perikanan• Penangkapan ikan adalah untuk pasaran tempatan dan luar negara.• Sepanjang pantai negara Jepun. • Pelabuhan perikanan utama di Jepun ialah Hakodate, Wakkanai dan Kushiro.• Pantai Jepun terletak di persimpangan arus panas Kurashio dan arus sejuk Oyashio yang menggalakkan pertumbuhan plankton.• Laut di sekeliling Jepun kaya dengan hasil laut.• Kegiatan perikanan dijalankan pada musim bunga dan musim panas. Pengaruh iklim Laurentia terhadap kegiatan manusia113Bab 7
p. 122
Iklim ChinaIklim ini juga dikenali sebagai iklim monsun panas sederhana atau iklim panas sederhana pantai timur. Kawasan-kawasan yang mengalami iklim Jenis China akan mengalami empat musim, iaitu musim bunga, musim panas, musim luruh dan musim sejuk.7.5Zon Iklim Panas SederhanaGraf 7.2 Suhu dan hujan bulanan di Nanjing, China(Sumber: Climate-Data.org, 2016)GlosariSiklon tropika: Ribut ganas, yang berputar dan terbentuk di kawasan perairan tropika.Hujan siklon: Hujan yang disebabkan oleh udara panas yang lembap bergerak ke kawasan udara yang lebih sejuk.Kawasan China (tengah dan selatan), Korea Selatan, Jepun (selatan) dan Taiwan (utara).HujanHujan tahunan antara 508 mm hingga 1 520 mm.Kebanyakan hujan turun dalam bentuk hujan siklon.AnginAngin Monsun Tenggara bertiup ke kawasan tekanan rendah pada musim panas dan membawa hujan lebat. Pada akhir musim panas, China (selatan), Hong Kong dan Taiwan mengalami ribut taufan kerana siklon tropikabertiup dari Lautan Pasifi k.SuhuMin suhu tahunan: 15°C Suhu musim panas: Sederhana panas, iaitu 28°C (Mei hingga September).Suhu musim sejuk: Sederhana sejuk dan kering dengan suhu kira-kira 5°C (Oktober – April).Julat suhu tahunan: Melebihi 25°C.2001751501251007550250Suhu (°C)J F M A M J J O S O N DHujan (mm)Bulan302520151050114Bab 7
p. 123
Terokai maklumat lanjut berkaitan pertanian di China melalui laman web berikut:http:\/\/bukutekskssm.my\/Geografi \/Nota22.htmlAnda juga boleh meneroka maklumat melalui laman web yang lain. Catatkan dapatan dan bandingkan maklumat yang diperoleh dengan rakan sekelas anda.ImbasSaya1. Apakah ciri iklim China?2. Nyatakan kegiatan ekonomi utama penduduk di kawasan beriklim China.Uji Diri7.4KegiatanLokasi kegiatanPengaruh iklimPertanian• Penanaman padi dan gandum sebagai sumber makanan penduduk.• Padi ditanam di kawasan lembah Sungai Yangtze.• Penanaman teh di kawasan bukit antara lembangan Chang Jiang dengan Xijiang.• Kawasan pengeluaran gandum utama adalah di Dataran China Tengah.• Suhu musim panas 28°C dan hujan tahunan melebihi 1 000 mm sesuai untuk penanaman padi.• Aktiviti menanam padidijalankan pada musim hujan.• Gandum dan teh ditanam di kawasan suhu sederhana panas, iaitu antara 16°C hingga 18°C.Penternakan• China merupakan pengeluar dan pengguna hasil ternakan utama dunia.• Permintaan tinggi terhadap produk berasaskan daging dan susu segar kerana kerajaan China menggalakkan peningkatan taraf kesihatan rakyat.• Kawasan penternakan utama di China ialah Shanghai Bright, Inner Mongolia Yili dan Shijiazhuang Sanlu.• Kawasan penternakan ayam: Shandong.• Kawasan penternakan khinzir: Hunan, Henan, Shandong dan Anhui.• Suhu musim panas yang sederhana panas, iaitu 28ºC dan suhu musim sejuk kira-kira 5ºC sesuai untuk kegiatan penternakan lembu.• Penternakan dijalankan di kaki bukit kerana suhunya lebih sejuk.• Suhu dingin menggalakkan pertumbuhan rumput untuk makanan ternakan. Pengaruh iklim China terhadap kegiatan manusia115Bab 7
p. 124
Iklim Gurun PanasIklim ini merupakan iklim yang panas dan kering sepanjang tahun.7.6Zon Iklim PanasKawasanGraf 7.1 Suhu dan hujan bulanan di Riyadh, Arab Saudi(Sumber: Climate-Data.org, 2016) Gurun ArabHujan Jumlah hujan tahunan kurang daripada 250 mm. Mewujudkan keadaan gersang (sangat kering).Angin Angin Timuran yang kering bertiup dari kawasan darat dan tidak membawa hujan.SuhuMin suhu tahunan: 25ºCSuhu musim panas: Sangat panas, iaitu antara 32ºC hingga 36ºC. Suhu musim sejuk: Sederhana sejuk, iaitu kira-kira 16ºC.Julat suhu tahunan: 17ºC hingga 20°C.Cuaca pada waktu siang panas (40ºC) kerana kekurangan litupan awan yang menyebabkan pancaran matahari terus ke permukaan bumi.Cuaca pada waktu malam pula sejuk (5ºC) kerana langit tidak berawan dan haba dibalikkan ke atmosfera dengan cepat.35302520151050250Suhu (°C)J F M A M J J O S O N DHujan (mm)Bulan116Bab 7
p. 125
GlosariOasis: Kawasan yang subur dan mempunyai air di padang pasir. Layari laman web berikut untuk maklumat lanjut tentang penternakan lembu di Arab Saudi:http:\/\/bukutekskssm.my\/Geografi \/Nota21.htmlImbasSaya1. Apakah kegiatan ekonomi penduduk di kawasan gurun panas?2. Mengapakah kawasan gurun di Arab Saudi menerima jumlah hujan yang sedikit?3. Apakah faktor yang menyebabkan kegiatan pertanian amat terhad di kawasan gurun panas?Uji Diri7.5KegiatanLokasi kegiatanPengaruh iklimPertanian• Penananam pokok kurma secara besar-besaran untuk mendapatkan buahnya.• Ladang buah kurma di wilayah Qasim, Arab Saudi.• Pokok kurma ditanam di kawasan oasissecara ladang.• Pokok kurma dapat tumbuh pada suhu 7ºC hingga 40ºC.Penternakan• Unta, kambing, biri-biri dan lembu diternak untuk mendapatkan daging, susu, kulit dan bulu.• Ladang ternakan unta di Hudaibiyah, Arab Saudi.• Ladang ternakan lembu di Gurun Arab.• Jumlah hujan tahunan yang kurangmenyebabkan rumput dan semak samun tumbuh renek dan jarang.• Rumput ini dijadikan makanan ternakan seperti lembu, kambing dan unta. Pengaruh iklim Gurun Panas terhadap kegiatan manusiaUntaPokok kurmaKambing dan biri-biri117Bab 7
p. 126
Kepelbagaian Iklim di AsiaCiri-ciri:• Min suhu tahunan 25°C• Musim panas sangat panas (32°C hingga 38°C)• Musim sejuk sederhana sejuk (16°C)• Julat suhu tahunan besar (17°C hingga 20°C)• Hujan tahunan kurang daripada 250 mm• Angin Timuran bertiup dari kawasan darat tidak membawa hujanCiri-ciri:• Min suhu tahunan –14°C • Musim panasnya pendek dan sederhana sejuk (10°C) • Musim sejuknya panjang, iaitu selama lapan bulan dan sangat sejuk (–32°C hingga –5°C)• Julat suhu tahunan besar (42°C)• Hujan tahunan antara 250 mm hingga 300 mm• Angin Baratan membawa hujan maksimum pada musim panas• Berlaku ribut salji pada musim sejukCiri-ciri:• Min suhu tahunan 15°C • Musim panas sederhana panas (28°C) • Musim sejuk sederhana sejuk (5°C)• Julat suhu tahunannya besar (melebihi 25°C)• Hujan tahunan antara 508 mm hingga1 520 mm• Angin Monsun Tenggara bertiup ke kawasan tekanan rendah pada musim panas dan membawa hujan lebatCiri-ciri:• Min suhu tahunan 9°C hingga 17°C • Musim panasnya sederhana panas dan singkat (21°C hingga 26°C)• Musim sejuknya sangat sejuk, panjang dan kering (–6°C hingga 10°C) • Julat suhu tahunannya besar (20°C hingga 30°C)• Hujan tahunan antara 500 mm hingga 1 000 mm• Arus sejuk merendahkan suhu Kegiatan manusia: • Pertanian (penanaman kurma)• Penternakan (unta, biri-biri dan lembu)Kegiatan manusia: • Pertanian (padi dan gandum)• Penternakan (ayam, itik, khinzir dan lembu)Kegiatan manusia: • Pertanian (gandum, kentang, sayur-sayuran dan buah-buahan)• Perikanan (ikan tuna)Kegiatan manusia:• Perikanan (ikan kod dan salmon)• Pemburuan (walrus dan karibu)Zon iklim panas sederhana(Iklim China)Zon iklim sejuk sederhana(Iklim Laurentia)Zon iklim panas(Iklim Gurun Panas)Zon iklim sejuk(Iklim Tundra)IMBASKEMBALI118Bab 7
p. 127
CabaranMinda1. Lengkapkan jadual di bawah tentang zon iklim di Asia dengan jawapan yang betul.Iklim Tundra(a)Iklim LaurentiaIklim Mediterranean(b)Iklim ChinaIklim Gurun Panas(c)(d)2. Tandakan (✓) pada pernyataan yang betul dan (✗) pada pernyataan yang salah.(a) Jenis hujan utama di kawasan beriklim Gurun Panas ialah hujan bukit. (b) Gandum dan teh ditanam di kawasan bersuhu sederhana panas iklim China. (c) Musim sejuk di kawasan beriklim Tundra adalah panjang, iaitu selama enam bulan. (d) Bahagian Siberia (utara) adalah lebih panas berbanding dengan bahagian selatannya. (e) Kawasan beriklim Laurentia menerima hujan yang lebih banyak pada musim panas.3. Lengkapkan rajah di bawah.SuhuHujanMusim panas:(b) Musim sejuk:(c) Jenis iklim di utara Jepun(a) Jumlah hujan tahunan:(d) 4. Taufan merupakan angin kencang yang sering melanda negara-negara di Asia. Jelaskan kesan-kesan ribut taufan kepada manusia dan alam sekitar. Layari laman web berikut untuk latihan tambahan:http:\/\/bukutekskssm.my\/Geografi \/Latihan4.pdfImbasSayaKuiz Interaktif 7ImbasSaya119Bab 7
p. 128
Mari kita terokai:120Bab 8✓ Mengenal pasti jaringan landasan kereta api, lapangan terbang antarabangsa dan pelabuhan utama di Asia.✓ Menghuraikan kemajuan pengangkutan di Asia.✓ Menilai kesan pengangkutan terhadap masyarakat, ekonomi dan alam sekitar di Asia.Apakah yang akananda pelajari?BAB81Jaringan landasan kereta api, lapangan terbang antarabangsa dan pelabuhan utama di AsiaNamakan jaringan landasan kereta api, lapangan terbang antarabangsa dan pelabuhan utama di Asia.Jenis dan Kemajuan Pengangkutan di Asia60°U60°50°T100°T150°T200°T
p. 129
121Bab 82Kemajuan pengangkutan di Asia3Kesan pengangkutan terhadap masyarakat, ekonomi dan alam sekitarApakah kesan kemajuan pengangkutan terhadap masyarakat, ekonomi dan alam sekitar di Asia?Bolehkah anda jelaskan kemajuan pengangkutan di Asia?Negara-negara di Asia seperti Jepun, Emiriah Arab Bersatu (UAE), China dan Singapura sentiasa mengadakan penyelidikan tentang sistem pengangkutan di negara mereka. Hal ini bertujuan untuk memastikan sistem pengangkutan lebih efi sien, menepati keadaan semasa dan membantu mengurangkan kesesakan lalu lintas di negara masing-masing. Setelah mempelajari bab ini, anda dapat mengetahui dengan lebih jelas tentang kemajuan pengangkutan di Asia.Induksi Bab40°U20°U0°
p. 130
60°U0°50°TKuwaitRusiaKazakhstanSri LankaIndiaBangladeshNepalPakistanIranYamanOmanEmiriahArab BersatuArabSaudiIraqSyriaCyprusTurkiLubnanGeorgiaArmeniaTurkmenistanAfghanistanKirgistanTajikistanBhutanJordanAzerbaijanIsraelPalestinUzbekistanLautan HindiBahrainQatar8.1Jenis Pengangkutan di AsiaPerkembangan sistem pengangkutan di negara-negara Asia merangkumi pengangkutan darat, air dan udara. Sistem pengangkutan ini menyediakan kemudahan mobiliti kepada penduduk dan seterusnya menyumbang ke arah perkembangan ekonomi dan sosial di sesebuah negara Asia. Pengangkutan daratHampir keseluruhan negara di Asia mempunyai landasan kereta api.Peta 8.1 menunjukkan antara landasan kereta api utama di Asia.Peta 8.1 Jaringan landasan kereta api utama di AsiaLayari laman web berikut untuk maklumat tentang landasan kereta api di negara-negara Asia:http:\/\/bukutekskssm.my\/Geografi \/Nota24.htmlImbasSayaLandasan Kereta Api India• Jaringan landasan kereta api terbanyak di dunia• Panjang landasan: 66 687 km122Bab 8
p. 131
40°U20°U0°60°U100°T150°T200°TMongoliaKoreaUtaraKoreaSelatanJepunTaiwanFilipinaIndonesiaBruneiDarussalamThailandKembojaVietnamChinaMyanmarLaosTimor-LesteLautan PasifikMalaysiaSingapuraLandasan Kereta Api Shinkansen• Pengangkutan kereta api berkelajuan tinggi (bullet train) paling cekap dan efi sien di Jepun • Kelajuan: 320 km\/jLandasan Kereta ApiTrans-Siberian• Landasan kereta api sepanjang kira-kira 9 288 km • Menganjur dari Moscow hingga VladivostokLandasan Kereta Api Berkelajuan TinggiBeijing-Shanghai• Masa perjalanan antara Beijing ke Shanghai dapat dipendekkan.• Kelajuan: 250 km\/j – 300 km\/jKereta Api Berkelajuan Tinggi di Korea Selatan• Panjang landasan: - Suseo (61.1 km) - Wonju-Gangneung (120.7 km) - Gyeongbu (417.4 km) - Honam (182.3 km)• Kelajuan: 350 km\/j123Bab 8
p. 132
60°U0°50°T1KuwaitRusiaKazakhstanSri LankaIndiaBangladeshMyNepalPakistanIranYamanOmanEmiriahArab BersatuArabSaudiIraqSyriaCyprusTurkiLubnanGeorgiaArmeniaTurkmenistanAfghanistanKirgistanTajikistanBhutanJordanAzerbaijanIsraelPalestinUzbekistanLautan HindiBahrainQatar Pengangkutan udaraLapangan terbang adalah antara pintu masuk utama ke sesebuah negara. Semua negara di Asia mempunyai lapangan terbang.Peta 8.2 menunjukkan antara lapangan terbang utama di Asia.Peta 8.2 Lapangan terbang utama di AsiaLapangan Terbang Antarabangsa Domodedovo MoscowSalah satu hab penerbangan terbesar di Rusia yang mengendalikan 28.5 juta penumpang (2016).Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala LumpurSalah satu hab penerbangan utama di Asia Tenggara dan mengendalikan 52.6 juta penumpang (2016).Lapangan Terbang Antarabangsa DubaiLapangan terbang yang tersibuk di dunia dan mengendalikan 83.6 juta penumpang (2016).124Bab 8
p. 133
40°U20°U0°60°U150°T200°TMongoliaKoreaUtaraKoreaSelatanJepunTaiwanFilipinaIndonesiaBruneiDarussalamThailandKembojaVietnamChinaLaosTimor-LesteLautan PasifikMalaysiaSingapuraLapangan Terbang Antarabangsa Hong KongLapangan terbang yang unik kerana tapaknya wujud akibat penambakan laut dan mengendalikan 70.5 juta penumpang (2016).Lapangan Terbang Antarabangsa TokyoSalah satu daripada dua lapangan terbang utama di Greater Tokyo dan mengendalikan lebih daripada 80 juta penumpang (2016).Lapangan Terbang Antarabangsa ChangiLapangan terbang terbaik di dunia dan mengendalikan 58.7 juta penumpang (2016).Lapangan Terbang Antarabangsa ChengduHab penerbangan terbesar di China (tengah dan barat) dan mengendalikan 46.0 juta penumpang (2016).125Bab 8
p. 134
40°U20°U0°60°U0°50°T100°T150°T200°TKuwaitRusiaMongoliaKazakhstanKoreaUtaraKoreaSelatanTaiwanIndonesiaMalaysiaBruneiDarussalamSri LankaThailandKembojaVietnamChinaIndiaBangladeshMyanmarNepalPakistanIranYamanOmanBahrainQatarEmiriahArab BersatuArabSaudiIraqSyriaCyprusTurkiLubnanGeorgiaArmeniaTurkmenistanAfghanistanKirgistanTajikistanSingapuraBhutanJordanLaosAzerbaijanIsraelPalestinLautan HindiUzbekistan Pengangkutan airPelabuhan merupakan komponen yang penting, terutamanya dalam urusan perdagangan. Peta 8.3 menunjukkan antara pelabuhan utama di Asia.Peta 8.3 Pelabuhan utama di AsiaPelabuhan JawaharlalPelabuhan kontena terbesar yangmengendalikan kira-kira 55 peratus daripada jumlah kontena di pelabuhan-pelabuhan utama di India.126Bab 8
p. 135
60°UJepunFilipinaTimor-LesteLautan PasifikAktiviti 8.1Tajuk: Mencipta model jenis pengangkutan di AsiaObjektif: (i) Menguji tahap kemahiran dan kreativiti dalam usaha mencipta model pengangkutan yang mesra penumpang. (ii) Meramal kemajuan pengangkutan di Asia pada masa hadapan.Alatan: Alat tulis, kadbod terpakai, botol plastik dan bahanbahan yang bersesuaianLangkah-langkah:1. Setiap kumpulan terdiri daripada empat hingga lima orang murid.2. Murid perlu mengumpul bahan berkaitan pengangkutan moden di negara Asia.3. Murid boleh melayari laman sesawang untuk melihat contoh model.4. Bahan-bahan terkumpul digunakan untuk membina model kenderaan pengangkutan di Asia.5. Ketua kumpulan perlu memberi penjelasan mengenai hasil rekaan mereka.6. Murid mempamerkan hasil rekaan mereka di atas meja.7. Murid lain boleh bergerak untuk melihat dan menulis ulasan tentang hasil kerja kumpulan lain di atas sticky notes dan menampal di atas hasil rekaan itu.Pelabuhan SingapuraMampu menampung kira-kira 1 000 kapal kontena pada satu-satu masa.Pelabuhan TokyoMengendalikan barangan runcit, makanan, kertas, bahan binaan dan sebagainya untuk keperluan penduduk dan industri setempat.Pelabuhan Hong KongSalah satu pelabuhan paling sibuk di dunia dan terlindung daripada bencana alam, efi sien dan sistematik.Ketahui maklumat lanjut tentang lapangan terbang dan pelabuhan di Asia melalui laman web berikut:http:\/\/bukutekskssm.my\/Geografi \/Nota25.htmlImbasSaya127Bab 8
p. 136
8.2Kemajuan Pengangkutan di Asia Jaringan landasan kereta api Shinkansen di JepunFukuokaKagoshimaHiroshimaOsakaKyotoNagoyaKanazawaNiigataTokyoSendaiYamagataAkitaMoriokaAomoriHakodateUPETUNJUKStesen pertukaranStesenTokaido ShinkansenSanyo ShinkansenTohoku Shinkansen(Yamagata dan Akita)Hokkaido ShinkansenJoetsu ShinkansenHokuriku ShinkansenKyushu Shinkansen Peta 8.4 Landasan kereta api berkelajuan tinggi di Jepun dari Hakodate ke Kagoshima Merupakan rangkaian jalan pengangkutan darat yang paling efi sien dan canggih. Empat pulau utama di Jepun, iaitu Hokkaido, Honshu, Shikoku dan Kyushu dihubungkan melalui rangkaian jalan kereta api yang berteknologi tinggi dan maju. Sistem pengangkutan kereta api berkelajuan tinggi (bullet train) ini dikendalikan oleh Japanese National Railways (JNR). Laluannya melibatkan bandar-bandar metropolitan seperti Tokyo-Nagoya-Kyoto-Osaka. Jumlah perkhidmatan kereta api dalam sehari adalah sebanyak 358 perkhidmatan. Kira-kira 445 000 penumpang menggunakan perkhidmatan ini pada setiap hari. (Sumber: Laporan Tahunan 2016, Central Japan Railway Company)Projek terbaharu kereta api berkelajuan tinggi Chuo Shinkansen menggunakan sistem magnetik pengapungan konduktif (Superconducting Maglev System), iaitu daya elektromagnet untuk mengapung, memandu dan memacu enjin. UKeistimewaan kereta api berkelajuan tinggi Shinkansen:• Menepati masa (tidak pernah lewat).• Keselamatan (kemalangan sifar sejak beroperasi selama 50 tahun).• Mencapai tahap keselesaan penumpang yang tinggi.Pada April 2015, kereta api berkelajuan tinggi ini telah mencatat rekod kelajuan sehingga 603 km sejam. 128Bab 8
p. 137
Lapangan Terbang Antarabangsa DubaiGEOGRAFILapangan Terbang Antarabangsa Dubai berperanan sebagai penyumbang penting kepada ekonomi Dubai kerana menyediakan peluang pekerjaan kepada 90 ribu penduduk, seterusnya menyumbang sebanyak USD26.7 bilion(RM114.3 bilion) yang mewakili 27 peratus pendapatan (KDNK) keseluruhan metropolis Dubai. (Sumber: Dubai Civil Aviation Authority, 2012\/2013) Terletak di Metropolis Dubai yang merupakan sebuah metropolis yang terbesar, moden dan termasyhur di Emiriah Arab Bersatu (UAE). Merupakan lapangan terbang yang termoden dan paling sibuk di dunia. Diuruskan oleh Dubai Airports. Terdiri daripada tiga terminal yang berkemampuan menampung kapasiti sebanyak 90 juta penumpang setahun. Dubai merupakan hab penerbangan yang terbesar di Asia Barat (ketiga terbesar di dunia selepas Beijing dan Atlanta).Keistimewaan Lapangan Terbang Antarabangsa Dubai:• Suasana meriah, restoran terbaik, kawasan membeli-belah dan tarikan pelancongan yang menarik.• Pusat penerbangan yang berperanan“mengumpulkan” masyarakat dunia dalam kalangan ekspatriat (pekerja elit asing) mahupun pelancong.• Sangat terkenal sehingga terdapat siri dokumentari, iaitu Ultimate Airport Dubai yang ditayangkan di saluran National Geographic.• Terminal 3 dikhaskan hanya untuk syarikat penerbangan Terminal kedua dirasmikan. Dilengkapi Emirates. dengan kemudahan perkhidmatan seperti pusat perniagaan dan hotel. Terminal ketiga dibuka. Merupakan terminal kedua terbesar di dunia selepas terminal di Lapangan Terbang Heathrow, London.Menaikkan taraf ruang legar lapangan terbang yang lebih luas untuk menampung bilangan penumpang yang semakin meningkat.Menjadi destinasi untuk mengisi minyak di Teluk Parsi.Lapangan terbang ini diperluaskan lagi dan mampu mengendalikan kapal terbang Concorde dan Boeing.Lapangan Terbang Antarabangsa Dubai mula beroperasi. 198019701960199020002010Rajah 8.1 Kemajuan Lapangan Terbang Antarabangsa Dubai129Bab 8
p. 138
Layari laman web berikutuntuk mengetahui maklumat tentang Pelabuhan Hong Kong:http:\/\/bukutekskssm.my\/Geografi \/Nota26.htmlImbasSaya1. Apakah manfaat yang dapat dikecapi oleh penduduk Hong Kong dengan adanya pelabuhan ini?2. Bagaimanakah pelabuhan boleh menjadi pemangkin pembangunan dan kemakmuran Hong Kong? Uji Diri8.1Keistimewaan Pelabuhan Hong Kong:• Pintu masuk ke negara China.• Antara pelabuhan yang mengenakan duti pelabuhan yang rendah. • Proses pemunggahan kontena dan kargo hanya mengambil masa 10 jam secara purata dan merupakan antara yang terpantas di dunia.• Satu-satunya pelabuhan di dunia yang menjalankan operasi pemunggahan kargo di tengah laut (at-sea loading) untuk mengatasi masalah kesesakan trafik di pelabuhan.(Sumber: The Government of the Hong Kong Special Administrative Region, 2017) Pelabuhan Hong Kong Berkedudukan strategik di Laut China Selatan yang secara semula jadi terlindung. Dasar laut yang dalam membolehkannya menjadi antara pelabuhan yang paling sibuk, masyhur dan penting kepada rantau Asia Tenggara dan Asia Timur. Jabatan Marin Hong Kong bertanggungjawab mengawal aktiviti perkapalan kargo dan kontena secara menyeluruh, menjaga keselamatan pengemudian kapal, menjalankan rondaan di pelabuhan dan menguatkuasakan undang-undang antarabangsa yang ketat. Pelabuhan yang menjadi pemangkin pembangunan dan kemakmuran Hong Kong kerana terletak pada kedudukan laluan perdagangan dunia. Pada tahun 2016, pelabuhan ini telah mengendalikan 19.8 juta kontena dan jumlah kapal perdagangan yang berlabuh dan berlepas di pelabuhan ini adalah sebanyak 370 990 buah. Meningkatkan darjah ketersampaian di Hong Kong yang melibatkan mobiliti penumpang sebanyak 24.91 juta orang.Perkhidmatan feri yang menghubungkan Hong Kong dengan pulau-pulau berdekatan130Bab 8
p. 139
Kesan Pengangkutan terhadap Masyarakat, Ekonomi dan Alam Sekitar di Asia8.3Alam sekitarMemendekkan masa perjalananPerkembangan pengangkutan di Asia menimbulkan pelbagai kesan dari segi masyarakat, ekonomi dan alam sekitar.Kesan positifKereta api berkelajuan tinggi mengurangkan pencemaran alam sekitarPencemaran bunyi - Bunyi kuat dari kawasan lapangan terbang mengganggu ketenteraman penduduk di sekitarnyaPerubahan landskap yang menarik dan mesra alam di kawasan sekitarPencemaran air- Tumpahan minyak daripada kapal, iaitu pengangkutan air menyebabkan kepupusan hidupan akuatikKemusnahan hutan- Pembinaan lebuh raya, jaringan kereta api dan lapangan terbang memusnahkan kawasan tadahan airMeningkatkan taraf hidup pendudukMeningkatkan darjah ketersampaianKesannegatifMeningkatkan integrasiMewujudkan banyak peluang pekerjaanMengurangkan kesesakan lalu lintasEkonomiBandar berkembang menjadi hab perdagangan seperti Tokyo, Kyoto, Nagoya dan Osaka di JepunPembinaan pusat rekreasi dan hotel bertaraf antarabangsa seperti Burj Al Arab di DubaiMemperkembang perdagangan domestik dan antarabangsaMemajukan sektor pertanian, perindustrian dan pelanconganPertukaran mata wang asingMasyarakatSejauh manakah perkembangan pengangkutan mempengaruhi sosioekonomi penduduk negara Asia?131Bab 8
p. 140
Kesan pengangkutan di Asia• Memendekkan masa perjalanan• Meningkatkan darjah ketersampaian• Mewujudkan peluang pekerjaan• Meningkatkan taraf hidup• Menggalakkan urus niaga perdagangan• Perkembangan sektor perhotelan dan pusat perkhidmatan• Membangunkan industri pelancongan• Pertukaran mata wang asingMasyarakatEkonomiAlam sekitarDaratAirJaringan landasan kereta api Shinkansen di JepunPelabuhan Hong KongKesan positif• Meminimumkan pencemaran alam sekitar• Perubahan landskap yang menarikKesan negatif• Pencemaran bunyi• Pencemaran air• Kemusnahan hutanLayari laman web berikut untuk menonton video tentang perkhidmatan kereta api di India:http:\/\/bukutekskssm.my\/Geografi \/Video5.htmlImbasSayaIMBASKEMBALIJenis dan Kemajuan Pengangkutan di AsiaUdaraLapangan Terbang Antarabangsa Dubai132Bab 8
p. 141
CabaranMinda1. Berdasarkan peta yang diberi, namakan landasan kereta api, lapangan terbang dan pelabuhan utama di Asia.Jenis pengangkutanNama(a) Landasan kereta apiD1D2D3(b) Lapangan terbangU1U2U3(c) PelabuhanA1A2A340°U20°U0°60°U60°U0°50°T100°T150°T200°TD1D2D3U1U2U3A3A1A2Pengangkutan di Asia133Bab 8
p. 142
- Senaraikan kesan kemajuan pengangkutan di Asia. Kesan terhadap masyarakat(a)(b)(c)Kesan terhadap alam sekitar(a)(b)(c)(a)(b)(c)Kesan terhadap pembangunan ekonomi 3. Pada pendapat anda, apakah pengangkutan yang sesuai bagi menghubungkan negara-negara di Asia pada masa hadapan? Berikan alasan untuk jawapan anda. Kuiz Interaktif 8ImbasSaya134Bab 8
p. 143
Isu dan PengurusanAlam Sekitardalam bahagian inimembincangkan tajuk berkaitan pemanasan global dan teknologi hijau bagi melahirkan murid yang mencintai dan menghargai alam sekitar.Isu dan Pengurusan Alam Sekitar• Pemanasan Global• Teknologi Hijau
p. 144
BAB9Pemanasan GlobalMari kita terokai:3Kesan-kesan pemanasan globalApakah yang dimaksudkan dengan pemanasan global?✓ Menyatakan konsep pemanasan global.✓ Memberi contoh faktor yang menyebabkan pemanasan global.✓ Menghuraikan aktiviti manusia yang menyebabkan pemanasan global.✓ Menghuraikan faktor semula jadi yang menyebabkan pemanasan global.✓ Menilai kesan pemanasan global.✓ Membahaskan langkah-langkah mengurangkan pemanasan global.1Maksud pemanasan globalApakah yang akananda pelajari?Gangguan cuacaPeningkatan aras lautKemerosotan sumber makananMasalah kesihatanKesan-kesan pemanasan global136Bab 9
p. 145
Peningkatan suhu semakin dirasai dan keadaan cuaca juga tidak menentu sejak akhir-akhir ini. Pernahkah anda terfi kir akan punca-puncanya? Punca dan kesan daripada permasalahan ini harus diperhalusi secara menyeluruh agar langkah-langkah untuk menanganinya dapat dirancang dengan sebaiknya. Apakah tindakan yang boleh anda lakukan bagi mengurangkan kesan tersebut?Induksi Bab4Langkah-langkah mengurangkan pemanasan globalSenaraikan langkah-langkah mengurangkan pemanasan global.2Faktor-faktor pemanasan globalApakah aktiviti manusia dan faktor semula jadi yang menyebabkan pemanasan global?137Bab 9
p. 146
9.1Maksud Pemanasan GlobalGlosariGlobal: Meliputi, mempengaruhi atau mengenai seluruh dunia.Apakah pemanasan global?Pemanasan global ialah peningkatan suhu atmosfera bumi secara berterusan akibat daripada kesan rumah hijau yang melibatkan pertambahan gas karbon dioksida (CO2), klorofl uorokarbon (CFC) dan bahan-bahan pencemar yang lain.Suhu bumi semakin panas kerana haba yang dibalikkan oleh bumi terperangkap dalam atmosfera oleh gas rumah hijau.Ashraf, mengapa suhu bumi semakin panas?138Bab 9
p. 147
GEOGRAFITahun 2016 mencatatkan suhu permukaan yang terpanas sejak penyimpanan rekod moden bermula, iaitu pada tahun 1980. Peningkatan suhu permukaan adalah kira-kira 1.1ºC.(Sumber: NASA, 2017)Rajah 9.1 Kesan rumah hijauSebahagian pancaran matahari akan dipantulkan semula oleh bumi dan atmosferaSebahagian besar haba daripada pancaran matahari diserap oleh bumi dan bertindak memanaskan bumiSebahagian haba diserap dan disebarkan ke semua arah oleh molekul gas rumah hijau yang meningkatkan lagi pemanasan bumiSebahagian pancaran matahari terbebas ke angkasaMatahariPantulanPenyerapan1. Apakah yang dimaksudkan dengan pemanasan global?2. Fenomena pemanasan global lebih dirasai di kawasan perindustrian, perbandaran dan kutub. Mengapa? Dapatkan maklumat lanjut berkaitan pemanasan global melalui video dalam laman web berikut:http:\/\/bukutekskssm.my\/Geografi \/Video6.htmlImbasSayaUji Diri9.1Lapisanatmosfera139Bab 9
p. 148
9.2Faktor-faktor Pemanasan GlobalApakah faktor-faktor yang menyebabkan pemanasan global? GlosariCO: Karbon monoksida.SO2: Sulfur dioksida.NO2: Nitrogen dioksida.Penyahhutanan:Pemusnahan hutan secara kekal.Kebakaran hutanCO2Faktor-faktor pemanasan globalFaktor aktiviti manusiaFaktor semula jadiAktiviti pertanian yang menggunakan racun serangga dan baja kimia secara berlebihan.Penyahhutanan secara besar-besaran bagi menjalankan aktiviti pertanian, petempatan dan perindustrian.Pembebasan asap oleh kenderaan bermotor dan aktiviti perindustrian yang menggunakan bahan api fosil sebagai bahan bakar utama.Pembakaran terbuka.Letusan gunung berapi yang mengeluarkan banyak asap dan debu.Penerimaan pancaran matahari yang berlebihan.Kebakaran hutan secara semula jadi.Layari laman web berikut untuk maklumat lanjut tentang faktor-faktor pemanasan global:http:\/\/bukutekskssm.my\/Geografi \/Nota32.htmlImbasSaya140Bab 9
p. 149
- Nyatakan tiga aktiviti manusia yang menyebabkan pemanasan global. 2. Apakah perkaitan antara gas rumah hijau dengan peningkatan suhu secara global?Letusan gunung berapiPenjanaan tenagaelektrik termaPengangkutanKegiatan perindustrianPertanian dan penternakanSO2CON2OCO2CH4CONO2CFCRajah 9.2 Faktor pemanasan globalJadual 9.1 Sumber gas rumah hijauUji Diri9.2AktivitiJenis gasPembakaran terbukaKarbon dioksidaPenjanaan tenaga elektrik termaKarbon dioksidaPengangkutanKarbon dioksida Karbon monoksidaPerindustrianKarbon dioksida Nitrogen dioksida CFCPertanianMetanaNitrus oksidaLetusan gunung berapiKarbon dioksida Karbon monoksidaSulfur dioksidaJenis gas141Bab 9
p. 150
Contoh: Pencairan lapisan ais di Greenland.(Sumber: NASA, 2013)1Peningkatan aras laut2Kemerosotan sumber makanan9.3Kesan-kesan Pemanasan GlobalPemanasan global mengakibatkan kesan-kesan seperti peningkatan aras laut, gangguan cuaca, kemerosotan sumber makanan dan masalah kesihatan.Mengakibatkan banjir besar dan hakisanMenenggelamkan kawasan daratanMemusnahkan harta benda dan mengancam nyawaMenjejaskan sumber bekalan makanan dan air bersihMengancam sumber makanan duniaContoh: Gelombang panas di Rusia pada tahun 2010 – 2011 memusnahkan penuaian bijirin dan memberi kesan kepada negara-negara di Afrika Utara.(Sumber: BBC News, 2015)Pencairan ais di kutubPencairan ais di kutubTanah menjadi tandusPeningkatan suhu air lautPeningkatan aras lautKemerosotan sumber makananAir laut menjadi lebih panas dan mengganggu ekosistem marinBanjir memusnahkan kawasan pertanianTanah menjadi tandus dan tidak sesuai untuk pertanianPencairan ais di kutubTanah menjadi tandusPuncaKesanPuncaKesan142Bab 9
p. 151
- Nyatakan tiga kesan pemanasan global. 2. Bagaimanakah pemanasan global boleh mempengaruhi kemerosotan sumber makanan?Uji Diri9.33Gangguan cuaca4Masalah kesihatanUji Diri9.3Contoh: Kematian seramai 135 orang di India pada April 2016 akibat strok haba yang dikaitkan dengan cuaca panas yang melampau.(Sumber: Kosmo, 2016)Layari laman web berikut untuk jurnal analisis pola pemanasan global dan kesannya terhadap aspek daya huni bandar di Malaysia:http:\/\/bukutekskssm.my\/Geografi \/Nota27.htmlImbasSayaContoh: Kejadian banjir besar dan terburuk di Pakistan yang menjejaskan kira-kira 20 juta penduduk pada tahun 2010.(Sumber: Encylopedia Brittanica, 2010)Masalah kesihatanPeningkatan suhu menyebabkan gangguan cuacaBanjir besarKatarakTaburan hujan tidak menentuUdara menjadi kering dan jerebu mudah terbentukTerdapat kawasan yang mengalami kemarau yang terukKemusnahan fl ora dan faunaMengakibatkan banjir, ribut, ombak besar dan taufanGelombang haba berisiko menyebabkan strok haba dan dehidrasiMeningkatkan risiko pelbagai penyakit berkaitan haba seperti katarak dan kanser kulitKehilangan nyawa143Bab 9
p. 152
Langkah-langkah Mengurangkan Kesan Pemanasan Global9.4GEOGRAFIProtokol Kyoto 1997 adalah perjanjian antarabangsa untuk mengambil langkah yang perlu bagi mengurangkan pencemaran udara dan kesan rumah hijau.(Sumber: United Nations Framework Convention on Climate Change, 2014)Amalan 5RPenggunaan tenaga mesra alamPendidikan alam sekitarPenguatkuasaan undang-undangKerjasama antarabangsamesra alamAmalan 5RLangkah-langkah mengurangkan kesan pemanasan globalContoh: Menanam pokok Berkongsi kenderaan Menggunakan pengangkutan awam Amalan kitar semula Kempen bebas plastik Bahan api fosil seperti petroleum, gas asli dan arang batu perlu diganti dengan tenaga yang mesra alam seperti tenaga suria, angin dan ombak agar alam sekitar kekal terpeliharaProtokol Kyoto 1997Panel Antara Kerajaan tentang Perubahan Cuaca (IPCC)Persidangan Bangsa-Bangsa Bersatu tentang Alam Sekitar dan Pembangunan (UNCED) atau Sidang Kemuncak Bumi di Rio de Janeiro, Brazil pada tahun 1992Kerangka Konvensyen tentang Perubahan Cuaca (UNFCCC)Persidangan Perubahan Iklim di Paris, Perancis dari 30 November hingga 11 Disember 2015 untuk bersama komuniti antarabangsa bagi menangani isu perubahan iklim Pendidikan alam sekitar boleh diserap di peringkat sekolah dan komunitiAkta Perlombongan Petroleum 1966Akta Kerajaan Tempatan 1976Akta Perhutanan 1984Akta Pengangkutan Jalan (Pindaan) 2012Akta Kualiti Alam Sekeliling (Pindaan) 2012GlosariAmalan 5R:Rethink, repair, reuse, reduce dan recycle (memikir semula, memperbaiki, menggunakan semula, mengurangkan dan mengitar semula).144Bab 9
p. 153
Aktiviti 9.1Tajuk: Menyederhanakan suhu di persekitaran sekolahObjektif: Mencadangkan idea yang kreatif dan inovatif tentang cara mengurangkan pemanasan global.Alatan: Pen, buku catatanLangkah-langkah:1. Murid dibahagikan kepada beberapa kumpulan. Setiap kumpulan terdiri daripada empat hingga lima orang murid.2. Murid beraktiviti di luar kelas secara berkumpulan dan memerhati kawasan persekitaran sekolah.3. Murid perlu memilih lokasi dan menyenaraikan cadangan yang akan dilakukan untuk menyederhanakan suhu di lokasi tersebut.4. Murid menyediakan laporan bertulis dan membentangkannya dalam pelbagai bentuk persembahan. Menyederhanakan suhu di persekitaran sekolahTip mengurangkan pemanasan globalAmalan 5RMenggunakan pengangkutan awamMenanam pokokdi sekitar rumahMenanggalkan plag daripada soket apabila tidak digunakanMeminimumkan penggunaan penyaman udaraMenggunakan barangan elektrik jimat tenaga1. Apakah tindakan yang boleh anda lakukan untuk mengurangkan kesan pemanasan global?2. Bagaimanakah kesan pemanasan global dapat dikurangkan pada peringkat dunia? 3.Pendidikan alam sekitar membantu mengurangkan kesan pemanasan global. Huraikan. Uji Diri9.4145Bab 9
p. 154
IMBASKEMBALIPemanasan GlobalPeningkatan aras lautGangguan cuacaKemerosotan sumber makananMasalah kesihatanKesan-kesan pemanasan globalLangkah-langkah mengurangkan kesan pemanasan globalPeningkatan suhu atmosfera bumi secara berterusan akibat daripada kesan rumah hijau yang melibatkan pertambahan gas karbon dioksida (CO2), klorofl uorokarbon (CFC) dan bahan-bahan pencemar yang lain.Faktor-faktor pemanasan globalMaksudSemula jadiManusia• Pertanian• Penyahhutanan• Pembakaran terbuka• Pembebasan asap oleh kenderaan bermotor dan aktiviti perindustrian• Letusan gunung berapi• Penerimaan pancaran matahari yang berlebihan• Kebakaran hutanPendidikan alam sekitarPenguatkuasaan undang-undangKerjasama antarabangsaAmalan 5RPenggunaan tenaga mesra alam146Bab 9
p. 155
CabaranMinda1. Tandakan (✓) pada pernyataan yang betul dan (✗) pada pernyataan yang salah.(a) Karbon dioksida ialah gas rumah hijau yang menyebabkan pemanasan global.(b) Pemanasan global menyebabkan hakisan tanih di kawasan petempatan.(c) Tsunami adalah sejenis ribut yang terjadi akibat pemanasan global.(d) Peningkatan aras laut disebabkan oleh pencairan salji di Kutub Utara.(e) Penggunaan tenaga solar menyebabkan kenaikan suhu bumi.(f) Letusan gunung berapi merupakan punca pemanasan global secara semula jadi.2. Bincangkan punca dan kesan bagi pernyataan di atas. 3. Adakah kesan pemanasan global dialami di Malaysia? Buktikan. Berdasarkan Kajian Panel antara Kerajaan tentang Perubahan Cuaca (IPCC), purata suhu global akan meningkat 1.5 ºC hingga 4.0 ºC dalam abad ini. Pemanasan global ini membawa bencana kepada manusia.Kuiz Interaktif 9ImbasSayaPuncaKesan(a)(b)(c)(d)Pemanasan global(a)(b)(c)(d)147Bab 9
p. 156
BAB10Teknologi HijauMari kita terokai:1Konsep teknologi hijau✓ Menyatakan konsep teknologi hijau.✓ Menerangkan ciri-ciri produk teknologi hijau.✓ Menunjukkan contoh produk teknologi hijau.✓ Membahaskan kepentingan teknologi hijau.✓ Mencadangkan amalan berkonsepkan teknologi hijau. Apakah yang akananda pelajari?4Kepentingan teknologi hijauBolehkah anda jelaskan konsep teknologi hijau?Apakah kepentingan teknologi hijau?Konsep teknologi hijau148Bab 10
p. 157
2Ciri-ciri produk teknologi hijauPengurusan sumber semula jadi yang tidak terancang membawa kemudaratan kepada alam sekitar. Jika sumber semula jadi ini tidak diuruskan dengan baik, kualiti hidup manusia dan alam sekitar akan turut terjejas. Justeru, pendekatan yang kritis dan holistik seperti teknologi hijau amatlah penting bagi menjamin kualiti hidup dan pengekalan sumber yang berterusan.Induksi Bab3Contoh produk teknologi hijau5Amalan berkonsepkan teknologi hijauApakah kriteria produk teknologi hijau?Berikan contoh produk berasaskan empat teras di atas.TenagaAlam sekitarEkonomiSosialTeknologi hijau149Bab 10
p. 158
10.1Konsep Teknologi Hijau Aplikasi teknologi hijau selaras dengan konsep pembangunan lestari. Pembangunan yang dilaksanakan perlu memenuhi keperluan semasa tanpa menjejaskan keperluan generasi masa depan. Kita bertanggungjawab memastikan generasi akan datang dapat menikmati kualiti hidup seperti yang kita nikmati sekarang atau yang lebih baik. Teknologi hijau mempunyai matlamat seperti yang berikut:GEOGRAFIMalaysia mengunjurkan bahawa perniagaan teknologi hijau mampu menyumbang lebih RM22 bilion kepada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) menjelang tahun 2020 dan RM60 bilion pada tahun 2030.(Sumber: Datuk Seri Najib Tun Razak ketika pelancaran Persidangan dan Pameran Antarabangsa Produk Teknologi Hijau & Ekonomi, IGEM 2015)Apakah yang anda faham tentang teknologi hijau?Terangkan maksud teknologi hijau mengikut pemahaman anda.Uji Diri10.1 Teknologi hijau merujuk pembangunan produk, peralatan dan sistem untuk memelihara dan memulihara alam sekitar serta sumber semula jadi.Teknologi hijauMeningkatkan tahap kesihatan dan kehidupanPanel tenaga suria Mengurangkan impak negatif daripada aktiviti manusiaMenjadi alternatif untuk menggalakkan perkembangan ekonomiMelindungi ekosistem semula jadi150Bab 10
p. 159
10.2Ciri-ciri Produk Teknologi HijauKetahui maklumat lanjut tentang teknologi hijau melalui laman web berikut:http:\/\/bukutekskssm.my\/Geografi \/Nota28.htmlHasilkan satu peta minda untuk menunjukkan manfaat teknologi hijau.ImbasSayaApakah kriteria produk teknologi hijau?Boleh dikitar semula atau melalui amalan 5RMenjimatkan penggunaan tenaga dan sumber bahan apiBerupaya meminimumkan kemerosotan alam sekitarKadar pembebasan gas rumah hijau adalah rendah atau sifarMenggalakkan penggunaan sumber bahan yang boleh diperbaharuiSelamat digunakan dan menyediakan persekitaran yang sihat dan lebih baikMudah digunakan kerana teknologi ini dicipta untuk kegunaan manusiaPiawaian kualiti produk harus menjadi ukuran penting dari segi penerimaan masyarakatReka bentuk sesuatu produk harus berdasarkan pengalaman lepas untuk membantu manusiaPenghasilan produk telah melalui proses inovasi teknologi bagi menjaga keharmonian manusia dan persekitaranKriteria produk teknologi hijauPengaplikasian ciri-ciri teknologi hijau dalam penghasilan produk dapat mendorong masyarakat mempraktikkan tenaga lestari dan cara hidup yang lebih baik.151Bab 10
p. 160
GlosariBiodegradasi: Proses pereputan bahan organik secara semula jadi.10.3Contoh Produk Teknologi HijauTahukah anda bahawa produk-produk teknologi hijau dapat dibahagikan kepada empat teras utama? 1. Berikan tiga produk teknologi hijau yang anda tahu selain yang disenaraikan di atas. 2. Apakah kelebihan kereta hibrid berbanding dengan kereta biasa?Layari laman web berikut untuk contoh pengaplikasian teknologi hijau dalam produk yang bercirikan alam sekitar, ekonomi dan sosial:http:\/\/bukutekskssm.my\/Geografi \/Nota29.htmlImbasSayaUji Diri10.2 Kesan kepada alam sekitar dapat diminimumkan Contoh: Produk biodegradasi dan baja komposAlam sekitar Kualiti hidup rakyat dapat dipertingkatkan Contoh: – Penggunaan bekas makanan mesra alam – Menggunakan pengangkutan awamSosial Mengurangkan penggunaan tenaga bahan api fosil Mempromosikan kecekapan guna tenaga Contoh: Kereta hibrid, kenderaan elektrik, biodiesel dan kenderaan gas asli (NGV)Tenaga Meningkatkan pembangunan ekonomi negara melalui penggunaan teknologi canggih Contoh: Industri fotovoltaEkonomiBas elektrikPanel solarBeg plastik biodegradasiBekas makanan daripada ubi kayuEmpat teras utama teknologi hijau152Bab 10
p. 161
Pembangunan dan penggunaan teknologi hijau yang lebih meluas mampu memacu sektor pembinaan negara ke tahap yang lebih maju dan mesra alam.Sosial Meningkatkan kualiti hidup Meningkatkan kemudahan infrastruktur tempatan Meningkatkan keselesaan dan kesihatan masyarakat Meningkatkan kualiti udara Mengurangkan peningkatan suhu Mengurangkan pencemaran bunyiEkonomi Mengurangkan kos operasi Meningkatkan nilai aset dan keuntunganMeningkatkan produktiviti dan kepuasan pekerja Meneroka peluang mengeksport produk hijau yang telah kita hasilkan Industri fotovoltadapat menyumbang kepada pendapatan Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK)10.4Kepentingan Teknologi HijauGEOGRAFISehingga tahun 2013, Malaysia berjaya mengurus dan mengurangkan intensiti karbon di udara lebih daripada 33 peratus dan berikrar untuk menurunkan lagi intensiti karbon sehingga 40 peratus menjelang tahun 2020.(Sumber: Datuk Seri Najib Tun Razak ketika Sidang Kemuncak Iklim Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), 2014)GlosariFotovolta: Sel yang terdapat dalam panel tenaga suria yang berfungsi menukar cahaya matahari kepada tenaga elektrik dan tidak memerlukan bateri secara berasingan.Teknologi hijau dapat meningkatkan kualiti hidup rakyatBangunan Berlian Suruhanjaya Tenaga Malaysia di Putrajaya merupakan bangunan hijau153Bab 10
p. 162
Memelihara dan memulihara alam sekitarMelindungi sumber semula jadi Meningkatkan kualiti udara dan air Mengurangkan pembuangan bahan yang boleh dikitar semula Meningkatkan dan melindungi ekosistem dan kepelbagaian hidup Mengurangkan pelepasan gas karbon ke udaraMenjana tenagaMerangkumi sumber tenaga seperti angin, air, solar dan ombak yang bersumberkan alam semula jadiMengurangkan kebergantungan kepada tenaga yang tidak boleh diperbaharuiMempromosikan kecekapan guna tenaga negara, selamat dan mesra pengguna GEOGRAFIBangunan Pusat Tenaga Malaysia (PTM) adalah berkonsepkan penggunaan tenaga yang rendah, mesra alam dan dilengkapi sistem bangunan bersepadu fotovolta (BIPV).(Sumber: estidotmy, 2009)1. Bagaimanakah aplikasi teknologi hijau mempengaruhi infrastruktur tempatan? Berikan contoh yang sesuai.2. Apakah kepentingan penggunaan fotovolta?Uji Diri10.3Keperluan bekalan elektrik di Malaysia semakin meningkat. Apakah cadangan anda untuk menjana tenaga elektrik tanpa memudaratkan alam sekitar?MyHijau mempromosikan semua produk dan perkhidmatan yang mempunyai dan menepati ciri-ciri mesra alam yang telah ditetapkan.(Sumber: Kementerian Tenaga, Teknologi Hijau dan Air, 2017)Tenaga angin boleh dijadikan alternatif bagi mengurangkan penggunaan bahan api fosilGlosariMemelihara: Menjaga dengan baik, melindungi.Memulihara: Memulihkan serta menjaga dengan rapi.154Bab 10
p. 163
Penjimatan tenagaPraktikkan penggunaan pencahayaan semula jadi. Tutup suis dan cabut plag peralatan elektrik yang tidak digunakan. Tetapkan suhu penyaman udara minimum pada 24ºC.Penjimatan air Pastikan pili air ditutup dengan betul. Buat aduan dengan segera jika terdapat kerosakan atau kebocoran paip. Menadah air hujan untuk digunakan semula bagi mencuci kereta, halaman rumah dan menyiram tumbuhan.Pengangkutan Amalkan penggunaan pengangkutan awam atau perkongsian kenderaan.Gunakan perkhidmatan park and ride untuk mengurangkan kesesakan jalan raya.Galakkan penggunaan basikal atau berjalan kaki ke sekolah atau pejabat mengikut kesesuaian.Perolehan produk hijau Utamakan penggunaan bahan mesra alam. Amalkan pembelian bahan kimia biodegradasi untuk pembersihan dan penyelenggaraan. Gunakan kertas kitar semula. Galakkan penggunaan kereta hibrid.Zon bebas asap rokok Tetapkan kawasan larangan merokok. Rondaan dan kompaun dikeluarkan kepada perokok. Luaskan edaran poster dan papan tanda amaran larangan merokok.10.5Amalan Berkonsepkan Teknologi HijauAmalan berkonsepkan teknologi hijau boleh mengatasi masalah kemusnahan alam sekitar, meningkatkan tahap kehidupan dan memelihara ekosistem. Antara amalan tersebut ialah:Pengurangan sisa Minimumkan penggunaan peralatan pakai buang untuk mengurangkan sisa pepejal. Kuat kuasakan pengasingan sisa pepejal isi rumah secara berperingkat.155Bab 10
p. 164
- Senaraikan lima amalan yang perlu dilaksanakan oleh masyarakat untuk menyokong konsep teknologi hijau.2. Nyatakan dua amalan penjimatan air selain yang telah disenaraikan.Ketahui maklumat lanjut tentang amalan berkonsepkan teknologi hijau dalam kehidupan melalui laman web berikut:http:\/\/bukutekskssm.my\/Geografi \/Nota30.htmlImbasSayaUji Diri10.4Aktiviti 10.1Tajuk: Pertandingan menghasilkan idea dan produk yang mempunyai konsep teknologi hijauObjektif: Mempertajam daya pemikiran murid dalam aspek penciptaan.Alatan: Bahan-bahan yang diperlukan untuk menghasilkan produk teknologi hijauLangkah-langkah: 1. Bahagikan kelas kepada empat hingga lima orang dalam satu kumpulan. 2. Buat perbincangan dan layari laman sesawang untuk mencari maklumat tentang produk yang bercirikan teknologi hijau. 3. Setiap kumpulan perlu mencipta satu produk berkonsepkan teknologi hijau. 4. Hasil kerja setiap kumpulan perlu dipersembahkan di hadapan kelas.Amalan 5R Gunakan tong kitar semula yang betul. Galakkan pengedaran dokumen secara elektronik. Cetak atau membuat salinan di kedua-dua belah muka surat.Perkhidmatan makanan Gunakan pembungkus makanan yang mesra alam. Bawa bekas makanan sendiri untuk mengisi makanan dan minuman. Elakkan penggunaan botol air plastik yang tidak boleh diguna semula.Landskap Menanam pokok di persekitaran rumah, sekolah dan bangunan. Pastikan sistem perparitan berfungsi dengan baik.mengisi makanan dan minuman.botol air plastik yang tidak156Bab 10
p. 165
Teknologi HijauPembangunan produk, peralatan dan sistem untuk memelihara dan memulihara alam sekitar dansumber semula jadiKuiz Interaktif 10ImbasSayaIMBASKEMBALIKonsepContoh produk teknologi hijau• Kereta hibrid• Kenderaan elektrik• Kenderaan gas asli• Biodiesel• Produk biodegradasi• Baja kompos• Industri fotovolta• Bekas makanan mesra alam• Menggunakan pengangkutan awam• Meningkatkan kualiti hidup• Menjana tenaga• Memulihara dan meminimumkan kesan kepada alam sekitar• Mengurangkan penggunaan sumber semula jadiKepentingan teknologi hijau• Inovatif • Selamat • Bersesuaian• Menjimatkan• Mudah digunakan• Reka bentuk yang sesuai• Boleh dikitar semula• Meminimumkan kemerosotan alam sekitar• Pembebasan gas rumah hijau yang rendah• Menggalakkan sumber bahan yang boleh diperbaharuiCiri-ciri produk teknologi hijauTenagaEkonomiAlam sekitarSosial• Amalan 5R• Penjimatan air• Pengangkutan• Pengurangan sisa• Penjimatan tenaga• Perolehan produk hijau• Zon bebas asap rokok• Perkhidmatan makananAmalan teknologi hijau157Bab 10
p. 166
CabaranMinda 1. Tandakan (✓) pada pernyataan yang betul dan (✗) pada pernyataan yang salah.(a) Teknologi hijau merujuk teknologi rendah karbon dan lebih mesra alam berbanding dengan teknologi konvensional. (b) Tenaga yang dikategorikan dalam teknologi hijau adalah termasuk tenaga yang dihasilkan melalui bahan api fosil.(c) Produk biodegradasi adalah produk yang boleh dikitar semula dan dilupuskan seperti bekas makanan biodegradasi.(d) Kesan negatif terhadap alam sekitar akan berada pada tahap maksimum apabila kita menggunakan teknologi hijau.(e) Penghasilan sesuatu produk harus melalui proses inovasi teknologi hijau bagi menjamin perpaduan.(f) Produk teknologi hijau haruslah mudah digunakan kerana teknologi ini dicipta untuk kegunaan manusia. 2. Cari 10 perkataan penting yang berkaitan dengan teknologi hijau dan alam sekitar yang dipelajari dalam bab ini.ADOPRTXWHAMTBEINOVASIZAZHHFGQSUVHSLQISSKOMPOSMEPBIODEGRADASIRSLNGUXXAHTAIAAKQGASYCAWDJRHMOAYHKRACLFOSILZNEII 3. Setujukah anda dengan pernyataan di atas? Berikan alasan anda. 4. Dasar Teknologi Hijau merupakan satu transformasi ke arah pembangunan lestari.(a) Huraikan potensi teknologi ini. (b) Pada pendapat anda, apakah cabaran yang perlu dihadapi dalam merealisasikan Dasar Teknologi Hijau? Penggunaan teknologi hijau dapat meminimumkan kesan terhadapmanusia dan alam sekitar.158Bab 10
p. 167
Kerja LapanganPic159Bab 11
p. 168
Mari kita terokai:✓ Memilih isu atau tajuk. ✓ Menentukan objektif kajian.✓ Memilih kaedah kajian.✓ Merekod, mengumpul dan menganalisis data atau maklumat.✓ Membuat rumusan dan menghasilkan laporan.Apakah yang akananda pelajari?BABPanduan Kerja Lapangan160Bab 41Kaedah pemilihan tajukApakah kaedah kajian yang sesuai digunakan dalam sesebuah kajian?1Pemilihan isu atau tajuk3Menentukan kaedah kajianBorang soal selidikTandakan (✓) pada yang berkenaan1. Nama: 2. Jantina L P 3. Umur: 20 tahun ke bawah 21 – 40 41 tahun ke atas4. Bangsa: Melayu Cina India Lain-lainIsuTajukLokasiData11Bab 41160Bab 11
p. 169
Kerja lapangan dapat mengukuhkan proses pengajaran dan pembelajaran di dalam bilik darjah serta memberi peluang kepada murid untuk mengembangkan idea dan mempraktikkan kemahiran geografi yang dipelajari. Panduan ini dapat membantu murid melaksanakan kerja lapangan dengan mudah, teratur dan sistematik.Induksi Bab4Merekod, mengumpul dan menganalisis data atau maklumat5Merumus dan menulis laporan kajian2Menentukan objektifsepertiFaktorpenghubungsepertiMengenal pasti …Mengkaji …Menghuraikan …Mencadangkan…Menjelaskan…SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN PESISIRAN PERDANAKERJA LAPANGAN GEOGRAFI TINGKATAN 2TAJUK:PENGANGKUTAN AWAMDI TAMAN TUN SYED NASIR, TANJUNG AGAS, TANGKAK, JOHORDisediakan oleh:Syafi q bin KassimTingkatan 2 Amanah161Bab 11
p. 170
11.1Pemilihan Isu atau TajukPastikan data dan maklumat mudah diperoleh. Kenal pasti isu atau masalah yang wujud.Pastikan tajuk yang ingin dipilih sudah anda pelajari.Pilih lokasi dan ruang yang terlibat. Anda perlu memilih satu isu atau tajuk kerja lapangan daripada mana-mana tema atau isu geografi yang ditetapkan dalam Dokumen Standard Kurikulum dan Pentaksiran (DSKP) Tingkatan 2. Isu semasa yang berkaitan dengan topik yang telah anda pelajari adalah amat sesuai untuk dijadikan tajuk kerja lapangan anda.11.2Menentukan ObjektifAnda hendaklah menentukan objektif kajian yang hendak dicapai dalam kerja lapangan. Objektif kajian adalah untuk menerangkan tujuan anda melakukan kajian. Objektif kajian perlu dimulakan dengan kata kerja seperti:Rajah 11.1 Kaedah pemilihan tajukIsuTajukDataLokasi1234TajukMengenal pasti …Mengkaji …Menghuraikan …Mencadangkan…Menjelaskan…162Bab 11
p. 171
Kaedah ini memerlukan anda membuat rujukan di pusat sumber sekolah, laman web, buku, majalah, jurnal, keratan akhbar dan bahan multimedia yang lain. Anda perlu menyatakan sumber rujukan yang digunakan pada bahagian senarai rujukan dalam laporan anda.11.3Penentuan Kaedah KajianPelbagai kaedah kajian boleh anda gunakan untuk mengumpul data dan maklumat. Penggunaan kaedah yang bersesuaian dapat membantu anda memperoleh maklumat dengan lebih mudah dan tepat. Kaedah kajian yang dapat anda gunakan adalah seperti: Kaedah ini memerlukan anda membuat pemerhatian dan mencatat perkara atau isu yang hendak dikaji. Foto yang diambil boleh menjadi bahan bukti kaedah ini. Kaedah ini merupakan kaedah mengumpul maklumat dengan mengedarkan borang soal selidik. Responden hanya perlu menjawab soalan-soalan yang disediakan dalam borang soal selidik.Borang soal selidikTandakan (✓) pada yang berkenaan1. Nama: 2. Jantina L P 3. Umur: 20 tahun ke bawah 21 – 40 41 tahun ke atas4. Bangsa: Melayu Cina India Lain-lainsenarai rujukan dalam laporan anda.Soal selidikRujukanPemerhatian Kaedah ini memerlukan anda berjumpa dan bersoal jawab dengan seseorang secara lisan untuk mendapatkan data dan maklumat. Borang temu bual diperlukan dalam kaedah ini. Orang yang anda temu bual ini dipanggil orang sumber.Temu bual163Bab 11
p. 172
Data atau maklumat yang diperoleh dan direkod daripada beberapa kaedah kajian perlu dikumpul dan dianalisis. Data yang dianalisis kebiasaannya dipersembahkan dalam bentuk jadual, rajah dan peta pemikiran seperti yang ditunjukkan dalam Jadual 11.1 dan Rajah 11.2 supaya lebih jelas dan tersusun.Cara Merekod, Mengumpul dan Menganalisis Data atau Maklumat11.4Jadual 11.1 Kepentingan pengangkutan awam mengikut bilangan responden(Sumber: Soal selidik)Rajah 11.2 Contoh peta pemikiranKepentingan pengangkutan awamBilangan respondenMengurangkan kos12Mengurangkan kesesakan lalu lintas8Menjimatkan masa6Mengurangkan pencemaran udara4sepertiFaktorpenghubungsepertiPeta bulatanPeta pelbagai alirPeta buihPeta pokokPeta buih berganda Peta dakapPeta alirPeta titiLayari laman web berikut untuk maklumat tentang kesesuaian penggunaan peta pemikiran:http:\/\/bukutekskssm.my\/Geografi \/Nota31.htmlImbasSayaMurid juga boleh melukis peta pemikiran sebagai bahan grafi k.164Bab 11
p. 173
11.5Merumus dan Menulis Laporan KajianSetelah data dan maklumat dianalisis, hasil kajian dan rumusan ditulis dalam bentuk laporan berdasarkan format seperti Jadual 11.2. Laporan yang telah siap perlu dihantar kepada guru mata pelajaran untuk ditaksir dan dinilai.Proses awalMengumpul maklumat daripada pelbagai sumber menggunakan kaedah yang sesuai.Perancangan Jadual kerja Pengagihan kerja Objektif kajian Penentuan kaedah kajianLaporan akhir Grafi k Tafsiran konsep Isi utama\/huraian\/contohProses menilai hasil kerja murid merangkumi perkara yang berikut:Jadual 11.2 Format laporan kajian lapanganBil.KandunganHalaman1Penghargaan2Pendahuluan3Objektif kajian4Kawasan kajian5Kaedah kajian6Hasil kajian7Rumusan8Rujukan9LampiranRajah 11.3 Kriteria dan proses kerja123Layari laman web berikut untuk melihat contoh laporan kajian lapangan:http:\/\/bukutekskssm.my\/Geografi \/Laporan.pdfImbasSaya165Bab 11
p. 174
Contoh Surat Makluman kepada Ibu Bapa\/PenjagaNama sekolahAlamat sekolahRujukan Kami : Tarikh : Kepada, Ibu\/Bapa\/Penjaga.Tuan,KERJA LAPANGAN MATA PELAJARAN GEOGRAFIDengan hormatnya perkara di atas dirujuk.2. Semua murid Tingkatan ……………….. sekolah ini akan terlibat dalam kerja lapangan mata pelajaran Geografi bagi memenuhi syarat yang ditetapkan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia.3. Hasil kerja lapangan ini merupakan sebahagian daripada pentaksiran sekolah. Bagi tujuan ini, semua murid akan menjalankan kerja lapangan di luar waktu persekolahan untuk mendapatkan maklumat yang diperlukan.4. Dimaklumkan juga bahawa kerja lapangan akan dijalankan pada …………………….. .Sekian, terima kasih.“BERKHIDMAT UNTUK NEGARA”Saya yang menurut perintah,(Nama Pengetua dan Cop Sekolah) Tarikh dan masa mengikut ketetapan sekolah.-----------------------------------------------------------------------------------------------------------(Keratan jawapan)Saya No. Kad Pengenalan ibu\/bapa\/penjaga kepada murid bernama Tingkatan membenarkan\/tidak membenarkan anak di bawah jagaan saya menjalankan kajian kerja lapangan pada tarikh tersebut.Tandatangan: Nombor telefon: 166Bab 11
p. 175
Contoh Surat Akuan Diri MuridNama sekolahAlamat sekolahRujukan Kami : Tarikh : Kepada sesiapa yang berkenaan.Tuan, KERJA LAPANGAN MATA PELAJARAN GEOGRAFI Pembawa surat ini No. Kad Pengenalan ialah seorang murid Tingkatan di Sekolah Menengah Kebangsaan . Murid ini sedang melaksanakan kerja lapangan Kurikulum Standard Sekolah Menengah (KSSM) Geografi .2. Sehubungan dengan itu, pihak kami berbesar hati jika pihak tuan dapat memberikan kerjasama kepada murid ini untuk mendapatkan maklumat yang diperlukan.3. Kerjasama dan bantuan tuan didahului dengan ucapan terima kasih.Sekian.“BERKHIDMAT UNTUK NEGARA”Saya yang menurut perintah,(Nama Pengetua dan Cop Sekolah)167Bab 11
p. 176
168Senarai RujukanAbd Rahim Md Nor. (2004). Geografi KBSM Tingkatan 3. Shah Alam: Cerdik Publications Sdn. Bhd.Addison Wesley Longman Malaysia Sdn. Bhd. (1999). Atlas Millenium KBSM. Rawang: Addison Wesley Longman Malaysia Sdn. Bhd.Aw Soo Woon, Chong Yoon Choi, Kang Chai Yoeng & Nik Idris Nik Muhamed. (2017). Focus PT3 Geografi Tingkatan 1, 2 & 3. Bangi: Penerbitan Pelangi Sdn. Bhd.Chong Mui Sen & Azizan Abu Samah. (2003). Geografi KBSM Tingkatan 2. Rawang: Percetakan Saufi .Chong Yoon Choi, Chong Hui Ling & Kang Chai Yoeng. (2002). Geografi KBSM Tingkatan 1. Petaling Jaya: Media Network Sdn. Bhd.David Waugh & Tony Bushell. (2014). Nelson Key Geography Foundation 5th Edition. United Kingdom: Oxford University Press. Hisham Azman Ibrahim & Mohamad Khairun Fitri Ahmad. (2017). Geografi KSSM Tingkatan 1. Cheras: Era Visi Sdn. Bhd.IPCC. (1990). The IPCC Response Strategies: Working Group III. Cambridge: Cambridge University Press.Jabatan Meteorologi Malaysia. (2009). Climate Change Scenarios for Malaysia 2001 – 2099: Scientifi c Report. Kuala Lumpur: Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi.Kamus Dewan Edisi Keempat. (2005). Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.Katiman Rostam. (2002). Prinsip Asas Persekitaran Manusia. Bangi: Penerbitan UKM.Kelly Knauer. (2007). Time Global Warming. New York: Time Books, Time Inc.Khasnis, A.A. & Nettlemen, M. D. (2005). Global Warming and Infectious Disease. Journal of Medical Research 36, 689-696.Parramon’s Editorial Team. (2002). Essential Atlas of Astronomy. New York: Barron’s Educational Series, Inc.Rodzli Hashim & Keng Su Seng. (2012). Ace Ahead Teks STPM Geografi Penggal 1. Shah Alam: Oxford Fajar Sdn. Bhd.Rusly Musa & Nurashikin. (2012) Teks Pra-U STPM Geografi Penggal 1. Petaling Jaya: Pearson Malaysia Sdn. Bhd.Rusty Campbell, Malcolm Porter & Keith Lye. (2010). Atlas of Asia. New York: Rosen Central.Tan Koh Lim & Wong Sin Yoon. (2007). Atlas Eksplorasi Geografi KBSM Tingkatan 1 – 5. Shah Alam: Oxford Fajar Sdn. Bhd.Terry Jenning. (2002). Geography Success 3. United Kingdom: Oxford University Press.Tom Stacy. (1994). Bumi, Laut & Langit. Johor Bahru: Penerbitan Pelangi Sdn. Bhd.Senarai Rujukan
p. 177
p. 178