Buku Teks PJPK Tingkatan 2 KSSM

Mencari Buku Teks PJPK Tingkatan 2? Layari semua buku PDFs flipbook hanya di BukuFlip online. Adakah anda suka membaca Buku Teks PJPK Tingkatan 2? Baca, kongsi dan muat turun Buku Teks PJPK Tingkatan 2 secara percuma. Muat naik PDF anda di BukuFlip untuk dijadikan Flipbook PDF seperti Buku Teks PJPK Tingkatan 2.

All | p. 1 | p. 2 | p. 3 | p. 4 | p. 5 | p. 6 | p. 7 | p. 8 | p. 9 | p. 10 | p. 11 | p. 12 | p. 13 | p. 14 | p. 15 | p. 16 | p. 17 | p. 18 | p. 19 | p. 20 | p. 21 | p. 22 | p. 23 | p. 24 | p. 25 | p. 26 | p. 27 | p. 28 | p. 29 | p. 30 | p. 31 | p. 32 | p. 33 | p. 34 | p. 35 | p. 36 | p. 37 | p. 38 | p. 39 | p. 40 | p. 41 | p. 42 | p. 43 | p. 44 | p. 45 | p. 46 | p. 47 | p. 48 | p. 49 | p. 50 | p. 51 | p. 52 | p. 53 | p. 54 | p. 55 | p. 56 | p. 57 | p. 58 | p. 59 | p. 60 | p. 61 | p. 62 | p. 63 | p. 64 | p. 65 | p. 66 | p. 67 | p. 68 | p. 69 | p. 70 | p. 71 | p. 72 | p. 73 | p. 74 | p. 75 | p. 76 | p. 77 | p. 78 | p. 79 | p. 80 | p. 81 | p. 82 | p. 83 | p. 84 | p. 85 | p. 86 | p. 87 | p. 88 | p. 89 | p. 90 | p. 91 | p. 92 | p. 93 | p. 94 | p. 95 | p. 96 | p. 97 | p. 98 | p. 99 | p. 100 | p. 101 | p. 102 | p. 103 | p. 104 | p. 105 | p. 106 | p. 107 | p. 108 | p. 109 | p. 110 | p. 111 | p. 112 | p. 113 | p. 114 | p. 115 | p. 116 | p. 117 | p. 118 | p. 119 | p. 120 | p. 121 | p. 122 | p. 123 | p. 124 | p. 125 | p. 126 | p. 127 | p. 128 | p. 129 | p. 130 | p. 131 | p. 132 | p. 133 | p. 134 | p. 135 | p. 136 | p. 137 | p. 138 | p. 139 | p. 140 | p. 141 | p. 142 | p. 143 | p. 144 | p. 145 | p. 146 | p. 147 | p. 148 | p. 149 | p. 150 | p. 151 | p. 152 | p. 153 | p. 154 | p. 155 | p. 156 | p. 157 | p. 158 | p. 159 | p. 160 | p. 161 | p. 162 | p. 163 | p. 164 | p. 165 | p. 166 | p. 167 | p. 168 | p. 169 | p. 170 | p. 171 | p. 172 | p. 173 | p. 174 | p. 175 | p. 176 | p. 177 | p. 178 | p. 179 | p. 180 | p. 181 | p. 182 | p. 183 | p. 184 | p. 185 | p. 186 | p. 187 | p. 188 | p. 189 | p. 190 | p. 191 | p. 192 | p. 193 | p. 194 | p. 195 | p. 196 | p. 197 | p. 198 | p. 199 | p. 200 | p. 201 | p. 202 | p. 203 | p. 204 | p. 205 | p. 206 | p. 207 | p. 208 | p. 209 | p. 210 | p. 211 | p. 212 | p. 213 | p. 214 | p. 215 | p. 216 | p. 217 | p. 218

p. 1

PENDIDIKAN JASMANI DAN PENDIDIKAN KESIHATAN TINGKATAN 2RM7.50ISBN 978-967-388-329-5Kod SPBT FT122001

p. 2

KEMENTERIANPENDIDIKAN MALAYSIAPENDIDIKANJASMANIDANPENDIDIKANKESIHATANTINGKATAN2PENDIDIKAN JASMANI DAN PENDIDIKAN KESIHATAN

p. 3

KURIKULUM STANDARD SEKOLAH MENENGAHPenulisDr. Junaidy bin Mohamad HashimDr. Zul Aizam bin YassinMohd Foazi bin Md NorEditorSiti Nor Fatimah binti RamliNur Arifah binti Mohd DinPereka GrafikMohd Habibullah bin IsmailMuhamad Solahudin bin HashimPelukisMohamad Isnin bin ZainuddinNurul Nazihah binti Mohd SomJurugambar Rahmat Hidayat bin Abdul RahmanMuhammad Afnan bin ZulkefliMohd Syahideen bin Osmanpendidikan jasmani dan pendidikan kesihatanTINGKATAN 2Telaga Biru Sdn. Bhd.2017

p. 4

No. Siri Buku: 0060KPM2017 ISBN 978-967-388-329-5Cetakan Pertama 2017© Kementerian Pendidikan Malaysia Hak Cipta Terpelihara. Tidak dibenarkan mengeluar ulang mana-mana bahagian artikel, ilustrasi, dan isi kandungan buku ini dalam apa juga bentuk dan dengan cara apa jua sama ada secara elektronik, fotokopi, mekanik, rakaman, atau cara lain sebelum mendapat izin bertulis daripada penerbit. Perundingan tertakluk kepada perkiraan royalti atau honorarium. Diterbitkan untuk Kementerian Pendidikan Malaysia oleh: Telaga Biru Sdn. Bhd. No. 28 Jalan Tembaga SD 5/2A Sri Damansara Industrial Park 52200 Kuala Lumpur Tel: 03 - 62754070 Faks: 03 - 62754110 Emel: admin@telagabiru.net.myReka Letak dan Atur Huruf: Telaga Biru Sdn. Bhd.Muka Taip Teks: Myriad Pro Saiz Muka Taip Teks: 11 poin Dicetak oleh:Tihani Cetak Sdn. Bhd.No. 1 Jalan SB Jaya 15,Taman Industri SB Jaya, 47000 Sungai Buloh, Selangor Darul Ehsan.PENGHARGAANPenghasilan buku teks ini melibatkan kerjasama banyak pihak. Oleh itu, pihak penerbit merakamkan penghargaan dan terima kasih kepada semua pihak yang telah bersama-sama memberikan sumbangan sehingga buku ini sempurna diterbitkan. Sekalung penghargaan dan ucapan terima kasih ditujukan kepada semua yang berikut: • Jawatankuasa Penambahbaikan Pruf Muka Surat, Bahagian Buku Teks, Kementerian Pendidikan Malaysia. • Jawatankuasa Penyemakan Pembetulan Pruf Muka Surat, Bahagian Buku Teks, Kementerian Pendidikan Malaysia. • Jawatankuasa Penyemakan Naskhah Sedia Kamera, Bahagian Buku Teks, Kementerian Pendidikan Malaysia. • Penyelaras Projek dan Pegawai Teknikal Bahagian Buku Teks, Kementerian Pendidikan Malaysia. • Bahagian Pembangunan Kurikulum, Kementerian Pendidikan Malaysia. • SMK Undang Jelebu, SMK Dato’ Undang Musa Al-Haj, SMK Bukit Kepayang, SMK Bukit Gading, SMK Teriang Hilir, SMK Agama Kuala Lumpur dan SMK Sungai Manik.• Semua pihak yang terlibat secara langsung atau tidak langsung dalam menjayakan penerbitan buku. ii

p. 5

UNIT 1:Gimnastik AsasPengenalan IkonPendahuluanUNIT 3:Permainan Kategori SeranganUNIT 4:Permainan Kategori JaringUNIT 2:Pergerakan Berirama• Bola Baling• Sepak Takraw• Kriket• Lumba Jalan Kaki• Merejam Lembing• Lompat Jauh• Ragbi Sentuh2viv31542032547286989246UNIT 7:Rekreasi dan KesengganganUNIT 5:Permainan Kategori MemadangUNIT 8:Kecergasan UNIT 6:Olahraga Asas8472106120KANDUNGANPENDIDIKAN JASMANIiii

p. 6

UNIT 1:Pendidikan Kesihatan Reproduktif dan Sosial (Peers)UNIT 2:PemakananSenarai RujukanUNIT 3:Pertolongan CemasIndeks1.0 :Kesihatan Diri dan Reproduktif 5.0 :Perhubungan3.0 :Pengurusan Mental dan Emosi7.0 :KeselamatanProsedur T.O.T.A.P.S.2.0 :Penyalahgunaan Bahan6.0 :Penyakit4.0 :Kekeluargaan140192200207209140170158184202150176164PENDIDIKAN KESIHATANiv

p. 7

Buku teks Pendidikan Jasmani dan Pendidikan Kesihatan Tingkatan 2 ditulis berdasarkan Dokumen Standard Kurikulum dan Pentaksiran (DSKP) bagi memenuhi hasrat Falsafah Pendidikan Kebangsaan untuk melahirkan individu yang seimbang dari segi jasmani, mental, emosi, rohani dan intelek. Buku ini juga disertakan unsur Kemahiran Berfikir Aras Tinggi (KBAT), elemen Kemahiran Abad Ke-21, Elemen Merentas Kurikulum (EMK) di samping menekankan Pengajaran dan Pembelajaran (PdP) yang berpusatkan murid dengan menekankan aspek inkuiri dan projek serta pendekatan Teaching Games for Understanding (TGfU). Selain itu, Quick Response Code (QR code)juga dimasukkan dalam buku teks ini bagi merangsang minat murid untuk mempraktikkan aktiviti dan meningkatkan keseronokan semasa proses PdP.Terdapat lapan unit bagi Pendidikan Jasmani yang menekankan tiga domain utama, iaitu domain psikomotor, kognitif dan afektif. Komponen Pendidikan Jasmani memfokuskan kemahiran asas pergerakan tubuh badan (gimnastik asas dan pergerakan berirama), permainan (kategori serangan, jaring dan memadang), olahraga (lumba jalan kaki, lompat jauh dan merejam lembing), rekreasi dan kesenggangan serta kecergasan.Bagi Pendidikan Kesihatan pula, terdapat tiga unit yang bertujuan meningkatkan literasi kesihatan murid bagi melahirkan murid yang seimbang dari segi jasmani, mental, emosi, sosial dan rohani. Pendidikan Kesihatan meliputi kesihatan reproduktif dan sosial, penyalahgunaan bahan, pengurusan mental dan emosi, kekeluargaan, perhubungan, penyakit, keselamatan, pemakanan dan pertolongan cemas.Buku ini mengandungi ilustrasi, gambar, carta, peta minda dan jadual yang bertujuan menjelaskan lagi teks agar murid dapat memahami teks dengan lebih mudah dan berkesan. Maklumat tambahan turut diselitkan bagi menambah pengetahuan murid. Diharapkan buku ini mampu memenuhi kehendak Falsafah Pendidikan Kebangsaan untuk membentuk jati diri dalam kalangan murid agar menjadi anggota masyarakat yang cergas, sejahtera, produktif dan memiliki semangat cinta akan diri sendiri, keluarga, masyarakatdan negara.PENDAHULUANv

p. 8

PENGENALAN IKONImbas: Kod QR untuk aktiviti dan informasi bersumberkan pelayaran Internet atau laman sesawang.Maklumat Tambahan: Maklumat tambahan dan pengetahuan baharu mengenai topik yang dibincangkan.Info Keselamatan: Memberi maklumat keselamatan kepada murid dan guru.CARA BERMAIN: Kemahiran dan cara mengaplikasikan TGfU.KBAT: Kemahiran Berfikir Aras Tinggi untuk meninggikan tahap berfikir murid.VARIASI: Memberi idea baharu untuk diaplikasikan oleh murid dalam unit yang dipelajari.Imbasan Kod AR (Argumented Reality) ialah teknologi interaktif yang menggabungkan dunia realiti dan alam maya. Sila imbas Kod AR berikut untuk memuat naik aplikasi imbasan “Zappar”. Buku ini dihasilkan secara sistematik dan dilengkapi dengan ikon-ikon yang penuh informatif seperti berikut:https://play.google.com/store/apps/details?id=com.zappar.Zappar&hl=enAktiviti Pengukuhan: Latihan untuk murid bagi mengukuhkan topik yang telah dipelajari.Aktiviti: Murid melakukan aktiviti luar atau dalam kelas.GLOSARI: Daftar kata berserta maksud dan dilengkapi dengan penjelasan lain yang sesuai.vi

p. 9

PENDIDIKAN JASMANI

p. 10

• Melakukan kemahiran hambur dan melombol dengan lakuan yang betul.• Mengaplikasikan pengetahuan konsep pergerakan dan prinsip mekanik semasa melakukan kemahiran hambur dan melombol.• Mematuhi dan mengamalkan elemen pengurusan dan keselamatan.• Menunjukkan keyakinan dan tanggungjawab kendiri semasa melakukan aktiviti fizikal.• Berkomunikasi dalam pelbagai cara semasa melakukan aktiviti fizikal.• Membentuk kumpulan dan bekerjasama dalam kumpulan semasa melakukan aktiviti fizikal.• Memahami dan mengaplikasikan etika dalam sukan semasa melakukan aktiviti fizikal.gimnastik asasSTANDARD KANDUNGANUnit 1Gimnastik asas merupakan pergerakan fizikal dan senaman yang boleh meningkatkan daya tahan otot, kekuatan otot, kawalan badan, fleksibiliti dan ketangkasan. Selain itu, murid juga akan mampu mengawal imbangan tubuh badan. Gimnastik asas juga melibatkan kemahiran motor yang spesifik untuk aktiviti menghambur dan melombol.2

p. 11

Peti lombol.Pelandas larian.Tilam.Papan anjal.3

p. 12

Kemahiran MenghamburSaya perlu mengawal kelajuan larian.1.Berdiri dalam keadaan sedia.2.Berlari dengan kelajuan terkawal.3.Melonjak dengan kedua-dua kaki.4.Mendarat dengan kedua-dua kaki ke atas peti lombol.5.Hambur ke udara sambil membuat putaran 90°.6.Fleksi lutut semasa mendarat untuk menyerap daya.7.Luruskan tangan ke hadapan untuk imbangan.8.Luruskan kaki, tegakkan badan dan luruskan kedua-dua tangan ke atas.Menghambur dengan kaki ke atas peti lombol dan membuat putaran 90° serta mendarat1Hambur ke udara sambil membuat putaran 90°SP: 1.1.1, 2.1.1, 5.1.1, 5.2.1Saya perlu fleksi lutut untuk meningkatkan daya bagi menghasilkan ketinggian lonjakan.Bagaimanakah daya mempengaruhi ketinggian lonjakan semasa melakukan aktiviti menghambur?Gimnastik Asas4

p. 13

Saya perlu melakukan putaran 90° ke kiri atau ke kanan.Imbas kod ZapparOh, kedua-dua kaki saya perlu mendarat di atas peti lombol.Gimnastik Asas5

p. 14

1.Berdiri dalam keadaan sedia.2.Berlari dengan kelajuan terkawal.3.Melonjak dengan kedua-dua kaki.4.Mendarat dengan kedua-dua kaki ke atas peti lombol.5.Hambur ke udara sambil membuat putaran 180°.6.Fleksi lutut semasa mendarat untuk menyerap daya.7.Luruskan tangan ke hadapan untuk imbangan.8.Luruskan kaki, tegakkan badan dan luruskan kedua-dua tangan ke atas.Menghambur dengan kaki ke atas peti lombol dan membuat putaran 180° serta mendarat2Hambur ke udara sambil membuat putaran 180°SP: 1.1.1, 2.1.1, 5.1.1, 5.1.2Jelaskan perkaitan antara daya dengan ketinggian lonjakan ke atas peti lombol.Gimnastik Asas6

p. 15

Saya perlu membuat putaran 180° ke kiri atau ke kanan.Imbas kod ZapparGimnastik Asas7

p. 16

3Hambur ke udara sambil membuat putaran 360°1.Berdiri dalam keadaan sedia.2.Berlari dengan kelajuan terkawal.3.Melonjak dengan kedua-dua belah kaki.4.Mendarat dengan kedua-dua kaki ke atas peti lombol.5.Hambur ke udara sambil membuat putaran 360°.6.Fleksi lutut semasa mendarat untuk menyerap daya.7.Luruskan tangan ke hadapan untuk imbangan.8.Luruskan kaki, tegakkan badan dan luruskan kedua-dua tangan ke atas.Menghambur dengan kaki ke atas peti lombol dan membuat putaran 360° serta mendaratSP: 1.1.1, 2.1.1, 5.1.1, 5.1.2Guru boleh menggunakan papan anjal untuk membantu murid melakukan lonjakan ke atas peti lombol.Gimnastik Asas8

p. 17

Murid-murid hendaklah sentiasa menjaga keselamatan semasa melakukan sesuatu aktiviti sama ada di sekolah atau di rumah. Berikut ialah perkara yang penting semasa menjalankan aktiviti gimnastik:Melakukan aktiviti mengikut kemampuan dan keupayaan diri.Fleksi lutut untuk menyerap daya semasa mendarat.Memakai pakaian yang sesuai semasa menjalankan aktiviti.Guru atau rakan perlu berada hampir dengan pelaku semasa melakukan aktiviti.Melakukan aktiviti di atas tilam atau permukaan yang lembut.Melakukan aktiviti di tempat yang rata dan selamat.Saya perlu membuat putaran 360° ke kiri atau ke kanan.Imbas kod ZapparFleksi lutut– Bengkokkan lutut.Gimnastik Asas9

p. 18

Kemahiran Melombol1Lombol Kangkang1.Lari beberapa langkah dan melonjak dengan kedua-dua kaki serentak (double take off).2.Lonjak ke hadapan dan tangan mendarat ke atas peti lombol.3.Tolak dan kangkang kaki untuk melepasi peti lombol.4.Rapatkan kedua-dua kaki dan mendarat.5.Fleksi lutut semasa mendarat untuk menyerap daya.6.Luruskan tangan ke hadapan untuk imbangan.7.Tegakkan badan sambil luruskan tangan ke atas.Melakukan kemahiran melombol menggunakan tangan ke atas peti lombolSP: 1.1.2, 2.1.2, 5.1.1, 5.1.2Saya perlu mengangkangkan kaki ketika melakukan lombol kangkang.Ketinggian peti lombol boleh diubah suai mengikut kemampuan murid.Gimnastik Asas10

p. 19

Imbas kod ZapparMurid perlu fleksi lutut untuk menyerap daya semasa mendarat.Gimnastik Asas11

p. 20

2Lombol Tegak Lalu1.Lari beberapa langkah dan melonjak dengan kedua-dua kaki serentak (double take off).2.Lonjak ke hadapan dan tangan mendarat ke atas peti lombol.3.Fleksi lutut untuk melepasi peti lombol antara dua tangan.4.Rapatkan kedua-dua kaki dan mendarat.5.Fleksi lutut semasa mendarat untuk menyerap daya.6.Luruskan tangan ke hadapan untuk imbangan.7.Tegakkan badan dan luruskan tangan ke atas.Melakukan kemahiran melombol menggunakan tangan ke atas peti lombolSP: 1.1.2, 2.1.2, 5.1.1, 5.1.2Gimnastik Asas12

p. 21

Imbas kod ZapparSaya perlu melalui ruang antara tangan ketika melakukan lombol tegak lalu.Mata murid perlu fokus ke hadapan.Gimnastik Asas13

p. 22

3Lombol Sisi1.Lari beberapa langkah dan melonjak dengan kedua-dua kaki serentak (double take off).2.Lonjak ke hadapan dan tangan mendarat ke atas peti lombol.3.Ayunkan kaki melalui sisi kiri atau kanan peti lombol.4.Tangan melepasi peti lombol.5.Rapatkan kedua-dua kaki dan mendarat.6.Fleksi lutut semasa mendarat untuk menyerap daya.7.Luruskan tangan ke hadapan untuk imbangan.8.Tegakkan badan sambil luruskan tangan ke atas.Melakukan kemahiran melombol menggunakan tangan ke atas peti lombolSP: 1.1.2, 2.1.2, 5.1.1, 5.1.2Murid boleh menukar arah layangan (ke kanan atau ke kiri) mengikut keselesaan.Gimnastik Asas14

p. 23

Imbas kod ZapparSaya perlu melalui sisi kiri atau kanan peti lombol.Gimnastik Asas15

p. 24

SP: 1.1.3, 2.1.3, 5.1.2, 5.2.3, 5.3.1, 5.3.2Litar GimnasStesen 6Cara perlaksanaan:1.Murid-murid dibahagikan kepada kumpulan kecil berlima. 2.Setiap stesen dilabel mengikut aktiviti yang ditetapkan.3.Murid-murid melakukan aktiviti mengikut giliran dari stesen 1 hingga stesen 8.4.Lakukan aktiviti mengikut kemampuan.5.Kumpulan yang tidak melakukan aktiviti bertindak sebagai pembantu.6.Tukar peranan.Lombol kangkangHambur putar 180°Lombol tegak laluStesen 1Stesen 7Semasa melakukan aktiviti, guru boleh memperdengarkan lagu untuk menambah keseronokan murid.Gimnastik Asas16

p. 25

Senaraikan langkah keselamatan yang perlu diambil semasa melakukan aktiviti menghambur dan melombol.Jika Kau Fikirkan Kau Boleh: https://www.youtube.com/watch?v=oUAUiwInf4Hambur sambil mendakap tubuhHambur sambil menepuk tanganHambur 90°Hambur putar 360°Lombol sisiStesen 2Stesen 3Stesen 4Stesen 5Stesen 8Gimnastik Asas17

p. 26

Gimnastik Asas18

p. 27

  1. Apakah faktor yang dapat menghasilkan lonjakan yang tinggi semasa menghambur di peti lombol?………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………2. Berikan justifikasi anda bagaimana seseorang ahli gimnastik dapat mengawal keseimbangan badan ketika melakukan putaran di udara……………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………….3. Terangkan cara melepasi peti lombol semasa melombol kangkang……………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………….4.Lakarkan satu rangkaian pergerakan yang melibatkan dua kemahiran menghambur dan dua kemahiran melombol.5.Huraikan faktor-faktor yang membolehkan aktiviti menghambur dan melombol dilakukan dengan lebih berkesan……………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………….Latihan PengukuhanGimnastik Asas19

p. 28

• Melakukan pelbagai corak pergerakan mengikut muzik yang didengar.• Mengaplikasikan pengetahuan konsep pergerakan dalam pergerakan berirama.• Mematuhi dan mengamalkan elemen pengurusan dan keselamatan.• Menunjukkan keyakinan dan tanggungjawab kendiri semasa melakukan aktiviti fizikal.• Berkomunikasi dalam pelbagai cara semasa melakukan aktiviti fizikal.• Membentuk kumpulan dan bekerjasama dalam kumpulan semasa melakukan aktiviti fizikal.• Memahami dan mengaplikasikan etika dalam sukan semasa melakukan aktiviti fizikal.PERGERAKANBERIRAMASTANDARD KANDUNGANUnit 2Pergerakan berirama menumpukan kepada kemahiran pergerakan kreatif dan kritis. Pergerakan berirama juga melibatkan pergerakan lokomotor dan bukan lokomotor. Murid boleh mempelbagaikan pergerakan kreatif dalam tarian tradisional mengikut kreativiti masing-masing setelah mempelajari bab ini. Tumpuan kepada pergerakan yang dilakukan mampu melahirkan idea dan perasaan serta boleh membuat persembahan.20

p. 29

Tarian inang.Pergerakan kreatif.Pergerakan lokomotor– Pergerakan asas seperti berjalan, berlari atau melompat dari satu tempat ke tempat yang lain.21

p. 30

Pergerakan KreatifSP: 1.2.1, 2.2.1, 5.2.1, 5.2.2, 5.2.4Lakukan aktiviti di tempat yang selamat dengan memakai pakaian yang sesuai dan aktiviti dilakukan dengan pengawasan guru.1.Murid-murid bergerak dalam kumpulan berenam membentuk bulatan.2.Bergerak setempat sambil melakukan tepukan. 3.Berhenti dan berdiri tegak. 4.Angkat lutut kanan dan kiri secara bergilir-gilir. Ulang aksi sebanyak lapan kali.5.Bergerak setempat sambil melakukan tepukan. 6.Berhenti dan berdiri tegak. 7.Tangan di sisi depa hadapan atas hadapan depa sisi sambil kaki bergerak setempat. Ulang aksi tersebut sebanyak empat kali.Pergerakan kreatif merupakan salah satu pengajaran yang menggabungkan elemen-elemen pergerakan seperti tubuh badan, ruang, masa dan daya untuk menghasilkan pergerakan yang kreatif. Mari kita lakukan pergerakan Tepuk Jalak, Kembang Jalak, Lompat Jalak dan Jalak Galak di bawah. 11Tepuk JalakCinta Sakti: https://www.youtube.com/watch?v=ueO npBsxw44Pergerakan Berirama22

p. 31

1.Murid-murid bergerak membuat dua barisan berselang-seli.2.Bergerak setempat sambil tangan mencekak pinggang, kemudian bengkokkan tangan.3.Angkat lutut kanan dan kiri secara bergilir-gilir sambil kedua-dua tangan menyentuh bahu. Ulang aksi tersebut sebanyak empat kali.4.Bergerak dua langkah ke kanan sambil tangan melakukan aksi yang sama. Ulang aksi tersebut sebanyak empat kali.5.Bergerak dua langkah ke hadapan sambil kedua-dua tangan melakukan aksi yang sama. Ulang aksi tersebut sebanyak empat kali.6.Bergerak dua langkah ke belakang sambil kedua-dua tangan melakukan aksi yang sama. Ulang aksi tersebut sebanyak empat kali.12Kembang JalakGuru boleh menggunakan muzik dan menambah prop untuk membantu menceriakan aktiviti pengajaran.Prop– Alatan tambahan.Pergerakan Berirama23

p. 32

1.Murid-murid bergerak membuat dua barisan berselang-seli.2.Bergerak setempat sambil tangan mencekak pinggang.3.Letak tangan ke sisi depa sisi sebanyak lima kali dan berhenti.4.Tangan mencekak pinggang. Lompat ke hadapan, ke belakang, ke kanan dan ke kiri. Ulang lakuan sebanyak tiga kali.5.Bergerak setempat sambil tangan mencekak pinggang.6. Bergerak dua langkah ke penjuru kanan hadapan, tepuk tangan dua kali dan kembali ke tempat asal.7.Ulang lakuan ke penjuru kiri hadapan, ke penjuru kanan belakang dan ke penjuru kiri belakang.13Lompat JalakPergerakan Berirama24

p. 33

1.Murid-murid bergerak membuat dua barisan berselang-seli.2.Bergerak setempat. Depa tangan sambil membuat gerakan seperti sayap burung.3.Duduk mencangkung sambil tangan digerakkan dan berdiri sambil bergerak setempat. Ulang aksi tersebut sebanyak tiga kali.4.Bergerak ke hadapan tiga langkah sambil tangan digerakkan dan kembali ke tempat asal. Ulang pergerakan ke kiri, kanan dan belakang. Aksi tersebut dilakukan sebanyak dua kali.5.Melompat ke hadapan dan mencangkung. Tangan menyentuh lantai. Melakukan lompat bintang sambil melaung “Jalak Galak”.14Jalak GalakPergerakan Berirama25

p. 34

Kemahiran Asas Tarian InangTarian inang ditarikan secara berpasangan antara penari lelaki dengan penari perempuan. Inang bermaksud pengasuh. Tarian inang menggambarkan kelembutan dan kesantunan seseorang wanita, iaitu pengasuh. Penari lelaki pula menggambarkan keserasian pasangan dalam kehidupan sesebuah keluarga atau masyarakat. Pergerakan tarian inang boleh ditarikan secara sederhana dan pantas. Tempo bagi pergerakan sederhana ialah 2 x 4 langkah manakala tempo bagi pergerakan pantas ialah 4 x 4 langkah berdasarkan irama masri.111.Lakukan pergerakan setempat.2.Kaki diangkat kiri dan kanan dalam kiraan 1 x 8.3.Tangan melenggang.1.Lakukan pergerakan setempat sambil tangan melenggang.2.Bergerak ke hadapan dalam kiraan 1 x 8.3.Berundur semula dalam kiraan yang sama.SP: 1.2.2, 2.2.2, 5.2.1, 5.2.2aabbccdd12Pergerakan SetempatMaju dan UndurPergerakan Berirama26

p. 35

1111.Lakukan pergerakan setempat dalam kiraan 1 x 4.2.Bergerak lurus ke hadapan dalam kiraan 1 x 4.3.Bergerak ke kanan atau ke kiri dalam kiraan 1 x 4.4.Berundur semula dalam kiraan yang sama.1.Lakukan pergerakan setempat. 2.Mulakan dengan langkah kaki kanan dan tangan melenggang.3.Melangkah ke hadapan membentuk huruf "C" dalam kiraan 1 x 4.4.Berundur semula dalam kiraan yang sama.1.Lakukan pergerakan setempat. 2.Langkah ke hadapan dengan kaki kanan, membentuk huruf "C" sudi.3.Bergerak ke kanan atau ke kiri sambil membentuk huruf "C" sudi. 4.Berundur semula dalam kiraan yang sama.aaccbbddee345Ragam "C"Ragam SudiRagam "L"Tempo Ukuran waktu dalam muzik.abcdPergerakan Berirama27

p. 36

Jom Menari InangBil.Jenis PergerakanKiraan Langkah1Setempat1 x 82Maju1 x 83Undur1 x 84Setempat1 x 85Ragam "C" (sudi – kanan) 1 x 46Undur1 x 47Ragam "C" (sudi – kiri) 1 x 48Undur1 x 49Ragam "L" (pusing melalui kanan) 1 x 810Ragam "L" (pusing melalui kiri) 1 x 811Setempat1 x 812Maju1 x 813Setempat1 x 814Undur1 x 815Setempat1 x 8Lagu: Inang Kampung.SP: 1.2.3, 2.2.3, 5.2.1, 5.2.22. Maju1. Setempat12. Maju11. Setempat9. Ragam "L" (pusing melalui kanan) 10. Ragam "L" (pusing melalui kiri) 129101112Imbas kod ZapparPergerakan Berirama28

p. 37

  1. Ragam "C" (sudi – kiri) 6. Undur13. Setempat3. Undur4. Setempat5. Ragam "C"(sudi – kanan) 14. Undur15. Setempat8. Undur345678131415Pergerakan Berirama29

p. 38

1.Jelaskan perbezaan antara pergerakan ragam "L" dengan ragam "C" dalam tarian inang…………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………2. Senaraikan lima langkah tarian inang.i……………………………………………………………………………………………………………………………………………………………..ii. ……………………………………………………………………………………………………………………………………………………………iii. …………………………………………………………………………………………………………………………………………………………..iv……………………………………………………………………………………………………………………………………………………………..v. ……………………………………………………………………………………………………………………………………………………………3. Kenal pasti kemahiran lokomotor dan bukan lokomotor yang terdapat dalam tarian inang.4.Secara berkumpulan, reka cipta tarian inang mengikut idea dan kreativiti kumpulan. Persembahkan tarian anda di dalam kelas.5.Senaraikan empat jenis pergerakan yang terdapat dalam tarian inang.i……………………………………………………………………………………………………………………………………………………………..ii. ……………………………………………………………………………………………………………………………………………………………iii. …………………………………………………………………………………………………………………………………………………………..iv……………………………………………………………………………………………………………………………………………………………..LokomotorBukan LokomotorLatihan PengukuhanPergerakan Berirama30

p. 39

Permainan kategori serangan memerlukan pemain kerap melakukan serangan dalam pelbagai situasi bagi memperoleh kemenangan. Kebanyakan teknik yang digunakan dalam permainan ini adalah menyerang dalam pelbagai posisi. Dua permainan yang akan dibincangkan dalam unit ini ialah bola baling dan ragbi sentuh.PERMAINAN KATEGORISERANGANUnit 3Posisi Kedudukan.31

p. 40

• Melakukan kemahiran asas bola baling dengan lakuan yang betul.• Mengaplikasikan pengetahuan konsep pergerakan dan prinsip mekanik dalam kemahiran asas bola baling.• Mematuhi dan mengamalkan elemen pengurusan dan keselamatan.• Menunjukkan keyakinan dan tanggungjawab kendiri semasa melakukan aktiviti fizikal.• Berkomunikasi dalam pelbagai cara semasa melakukan aktiviti fizikal.• Membentuk kumpulan dan bekerjasama dalam kumpulan semasa melakukan aktiviti fizikal.• Memahami dan mengaplikasikan etika dalam sukan semasa melakukan aktiviti fizikal.BOLA BALINGSTANDARD KANDUNGANBola baling merupakan permainan yang dimainkan oleh dua pasukan yang terdiri daripada tujuh orang pemain sepasukan. Kemahiran bola baling melibatkan kemahiran menghantar, menangkap, mengelecek, mengadang, mengacah dan menjaga gawang. Permainan ini melibatkan aspek kecergasan fizikal terutamanya komponen ketangkasan, kekuatan otot dan kapasiti aerobik.Mengelecek– Membawa atau mengawal bola dengan kaki atau dengan kayu hoki untuk melepasi pihak lawan.Prinsip mekanik– Dasar ilmu mengenai segala yang berhubung dengan gerakan benda berasaskan pergerakan.32

p. 41

Bola baling.Gelanggang bola baling.9 meter6 meter4 meter4.5 meter4.5 meter40 meterGaris penggantian pemainGaris penggantian pemain20 meter3 meter3 meter7 meterSaiz 2 (wanita)Gol bola baling.Saiz 3 (lelaki)3 meter2 meter33

p. 42

SP: 1.3.1, 1.3.2, 2.3.1, 2.3.2, 5.1.1, 5.2.1, 5.4.1Balingan JuaraHantaran atas bahu merupakan kemahiran yang sering digunakan dalam permainan bola baling. Hantaran ini menggunakan sebelah tangan dominan untuk melakukan hantaran dan biasanya digunakan semasa membuat balingan jarak jauh menuju ke sasaran.Hantaran bawah lengan hanya menggunakan sebelah tangan dominan untuk membuat balingan. Hantaran ini sesuai digunakan untuk hantaran jarak dekat.1.Murid-murid dibahagikan kepada dua kumpulan berempat.2.Setiap kumpulan boleh melakukan hantaran atas bahu dan hantaran bawah lengan.3.Kumpulan lawan diberikan hantaran percuma jika pihak lawan tidak melakukan hantaran yang ditetapkan.4.Kumpulan yang berjaya menjaring gol terbanyak dikira pemenang.Cara bermain:Tangan saya perlu diangkat tinggi untuk menghasilkan hantaran yang tepat dan laju.Saiz bola baling mengikut kategori (MSSM):Bawah 18 tahun perempuanSaiz 2Bawah 18 tahun lelakiSaiz 3Murid perlu membuat hantaran yang telah ditetapkan sahaja.1.Lakukan senaman memanaskan badan sebelum memulakan setiap aktiviti dan menyejukkan badan selepas menamatkan setiap aktiviti.2.Pastikan kawasan permainan selamat.Dominan Sesuatu yang lebih menguasai.Peringatan:Kategori Serangan34

p. 43

Hantaran bawah lengan.1.Bagaimanakah anda dapat menyerap daya untuk menerima hantaran jauh dengan baik?2.Apakah indikator perlakuan yang sesuai bagi menghasilkan kelajuan hantaran?Guru boleh mempelbagaikan permainan dengan:1.Menambah bilangan murid dalam setiap kumpulan.2.Membesar atau mengecilkan kawasan permainan.3.Menggantikan penjaga gol dengan skitel.12341234Saya hanya boleh melakukan hantaran atas bahu dan bawah lengan sahaja.Saya perlu kembangkan jari dan menyerap daya ketika menerima bola.Hantaran atas bahu.Teknik lakuanTeknik lakuanKategori Serangan35

p. 44

Balingan PaduDalam permainan bola baling, hantaran sisi dilakukan secara menyisi ke sasaran. Hantaran ini menggunakan sebelah tangan dominan untuk jarak dekat.Hantaran aras dada pula menggunakan kedua-dua belah tangan untuk hantaran jarak dekat. Pemain perlu menggerakkan tangan dan siku dengan pantas ke hadapan sambil ikut lajak.SP: 1.3.1, 1.3.2, 2.3.1, 2.3.2, 5.2.1, 5.2.2Guru boleh mempelbagaikan permainan dengan:1.Menambah bilangan murid dalam setiap kumpulan.2.Membesar atau mengecilkan kawasan permainan.3.Menggantikan tiang gol dengan skitel.Saya perlu mengayunkan tangan dari sisi.Cara bermain:1.Murid-murid dibahagikan kepadadua kumpulan bertiga.2.Kedua-dua kumpulan boleh melakukan hantaran sisi dan hantaran aras dada.3.Kumpulan lawan diberikan hantaran percuma jika lawannya tidak melakukan hantaran yang ditetapkan.4.Kumpulan yang menjaring gol terbanyak dikira pemenang.Lakukan hantaran yang tepat bagi membolehkan rakan melakukan jaringan.1.Lakukan senaman memanaskan badan sebelum memulakan setiap aktiviti dan menyejukkan badan selepas menamatkan setiap aktiviti.2.Pastikan kawasan permainan selamat.Peringatan:Kategori Serangan36

p. 45

1.Jelaskan perlakuan yang betul bagi menghasilkan hantaran yang tepat.2.Jelaskan perbezaan antara hantaran sisi dengan hantaran aras dada.Hantaran sisi.Teknik lakuanTeknik lakuanSaya perlu menggunakan keduadua tangan untuk melakukan hantaran aras dada.Hantaran aras dada.123123Kategori Serangan37

p. 46

Saya perlu menggerakkan tangan ke hadapan untuk menerima hantaran.Lantunan WiraHantaran lantun merupakan sebahagian daripada kemahiran hantaran dalam permainan bola baling. Hantaran ini digunakan untuk jarak dekat dengan cara melantunkan bola kepada rakan sepasukan.Cara bermain:SP: 1.3.1, 1.3.2, 2.3.1, 2.3.2, 5.2.1, 5.2.2, 5.2.3, 5.2.4, 5.3.1Prinsip asas hantaran bolaKeberkesanan sesuatu hantaran bola oleh seseorang pemain dilihat berdasarkan sejauh mana hantaran itu memenuhi prinsip-prinsip asas yang berikut:• Pemasaan (timing) – Bilakah bola patut dilepaskan?• Ketepatan arah – Adakah bola ditujukan kepada sasarannya?• Kekuatan – Sejauh manakah kekuatan bola patut dibaling berdasarkan jarak dan kedudukan pemain?1.Murid-murid dibahagikan kepada dua kumpulan kecil berenam.2.Kedua-dua kumpulan boleh melakukan hantaran lantun.3.Kedua-dua kumpulan berusaha untuk menjatuhkan skitel kumpulan lawan menggunakan kemahiran hantaran yang telah dipelajari.4.Kumpulan yang berjaya menjatuhkan skitel terbanyak dikira pemenang.Sumber: IHF1.Lakukan senaman memanaskan badan sebelum memulakan setiap aktiviti dan menyejukkan badan selepas menamatkan setiap aktiviti.2.Pastikan kawasan permainan selamat.Peringatan:Guru boleh mempelbagaikan permainan dengan:1.Mengurangkan bilangan murid dalam setiap kumpulan.2.Membesar atau mengecilkan kawasan permainan.Pergelangan tangan saya disentap ke bawah diikuti jari-jari semasa menghantar bola.Kategori Serangan38

p. 47

Apakah tujuan tangan yang membaling dibawa ke hadapan setelah membuat balingan?Cuba gunakan hantaran lantun untuk membuat hantaran kepada rakan.Teknik lakuanSaya perlu menjatuhkan skitel kumpulan lawan.Hantaran lantun.123Kategori Serangan39

p. 48

Gagah TangkasKemahiran MengadangMengadang merupakan kemahiran mengawal pergerakan pemain lawan daripada menyerang atau menjaringkan gol. Melalui kemahiran mengadang, matlamat pihak lawan untuk menyerang dan menjaringkan gol mungkin tidak akan berhasil.Kemahiran MengacahMengacah merupakan lakuan gerakan mengelirukan pihak lawan. Kemahiran mengacah memerlukan fokus dan tahap kepantasan yang baik untuk mengubah arah bagi mengelirukan pihak lawan dan untuk menjaringkan gol.1.Murid-murid dibahagikan kepada dua kumpulan kecil berenam.2.Kumpulan A bertindak sebagai kumpulan penyerang manakala kumpulan B sebagai kumpulan bertahan.3.Lakukan permainan dengan menggunakan kemahiran mengadang dan mengacah mengikut situasi permainan.4.Pemenang dikira berdasarkan kumpulan yang melakukan jaringan terbanyak.Cara bermain:SP: 1.3.3, 1.3.4, 2.3.3, 2.3.4, 5.2.1, 5.2.2, 5.4.1, 5.4.2, 5.5.1, 5.5.2PengacahPengadangSaya mesti mengelak melepasi pengadang. Guru boleh mempelbagaikan permainan dengan:1.Menambah atau mengurangkan bilangan murid dalam setiap kumpulan.2.Membesar atau mengecilkan kawasan permainan.3.Menggantikan penjaga gol dengan skitel.Saya perlu bergerak ke kiri atau ke kanan untuk mengelirukan pengacah. 1.Lakukan senaman memanaskan badan sebelum memulakan setiap aktiviti dan menyejukkan badan selepas menamatkan setiap aktiviti.2.Pastikan kawasan permainan selamat.Peringatan:Kategori Serangan40

p. 49

Mengadang.Mengacah.Berikan justifikasi mengapa teknik mengacah penting dalam permainan bola baling.Murid perlu fokus kepada pengacah untuk mengadang. Gunakan ketangkasan untuk mengelak.Saya perlu bergerak ke kiri atau ke kanan untuk mengadang serta fokus kepada pengacah.Teknik lakuan321Kategori Serangan41

p. 50

SP: 1.3.5, 2.3.5, 5.1.1, 5.1.2, 5.2.1, 5.2.2, 5.2.4, 5.3.1, 5.4.1Bolos GawangKemahiran MenjaringKemahiran menjaring merupakan kemahiran yang amat penting bagi seseorang pemain bola baling untuk mendapatkan jaringan dan seterusnya mencapai kemenangan. Terdapat pelbagai cara yang boleh digunakan untuk menjaringkan gol. Antaranya jaringan atas kepala, jaringan lantun, jaringan junam dan jaringan sisi. Ketika membuat jaringan, daya diperlukan bagi menambah kelajuan bola, kekuatan balingan dan ketepatan sasaran. Prinsip utama dalam kemahiran menjaring ialah keyakinan diri, keseimbangan, penumpuan, menepati sasaran dan kecekapan mencari ruang kosong.Cara bermain:Murid boleh menggunakan pelbagai kemahiran menjaring.Guru boleh mempelbagaikan permainan dengan:1.Menambahkan tahap kesukaran jaringan dengan menggunakan gelung yang digantung pada gawang gol.2.Murid boleh menggunakan semua kemahiran bola baling semasa bermain.1.Murid-murid dibahagikan kepada dua kumpulan berenam.2.Murid boleh menggunakan semua kemahiran untuk menjaring dalam permainan bola baling.3.Semasa menjaringkan gol, murid tidak boleh melepasi kawasan D pasukan lawan.4.Kumpulan yang menjaringkan gol terbanyak dikira pemenang.1.Lakukan senaman memanaskan badan sebelum memulakan setiap aktiviti dan menyejukkan badan selepas menamatkan setiap aktiviti.2.Pastikan kawasan permainan selamat.Peringatan:Kategori Serangan42

p. 51

Jaringan atas kepala.Jaringan lantun.Jaringan junam.Apakah aspek kemahiran motor untuk mendapatkan ketepatan jaringan?Saya akan menggunakan hantaran lantun untuk membuat jaringan.Teknik lakuanSaya menggunakan jaringan atas kepala untuk menjaringkan gol.Gawang Tempat untuk menjaringkan gol.Kategori Serangan43

p. 52

1.Namakan jenis hantaran bola baling berdasarkan gambar di bawah:12342.Cari 11 perkataan berkaitan permainan bola baling dalam cari kata di bawah.BAWAHLENGANCDVHJCUAHCKITAYBACAHIKSTKLELGOBFZZEFHDIGLPEIMJLRWSUHGMJONQDAFNEANMLIGJLQPUARBBAGKIJKFSASRATCTSDNOPQAVYWWVTPNMOLANTUNXAFGODAECJBAGIHXYKEHPRKSVUADBNJCAZFKIQGWBTBRMZLKIBNMLJNAxAPLICTSADANGMAZORHCWNUGEDHKJOTNTSDUFIGVXFEYXABAUGWYQELatihan PengukuhanKategori Serangan44

p. 53

3.Analisis jenis jaringan dan kekerapan kemahiran menjaring yang digunakan oleh pemain dalam video di bawah. Lengkapkan borang yang disediakan.Borang AnalisisNama: …………………………………………………………………………..Tingkatan: ……………………………………………………………………………Tarikh: ……………………………………………………………………………Jenis JaringanKemahiranhttps://www.youtube.com/watch?v=IFhvnmX__aEKategori Serangan45

p. 54

• Melakukan kemahiran asas ragbi sentuh dengan lakuan yang betul.• Mengaplikasikan pengetahuan konsep pergerakan dan prinsip mekanik dalam kemahiran ragbi sentuh.• Mematuhi dan mengamalkan elemen pengurusan dan keselamatan.• Menunjukkan keyakinan dan tanggungjawab kendiri semasa melakukan aktiviti fizikal.• Berkomunikasi dalam pelbagai cara semasa melakukan aktiviti fizikal.• Membentuk kumpulan dan bekerjasama dalam kumpulan semasa melakukan aktiviti fizikal.• Memahami dan mengaplikasikan etika dalam sukan semasa melakukan aktiviti fizikal.RAGBISENTUHSTANDARD KANDUNGANRagbi sentuh melibatkan kemahiran menghantar, menangkap, berlari, mengacah dan try. Permainan ini tidak banyak perbezaannya berbanding permainan ragbi biasa. Hal ini demikian kerana permainan ini melibatkan sentuhan untuk mematikan pergerakan lawan. Jika pasukan penyerang disentuh sebanyak lima kali, bola tersebut akan jatuh ke tangan pasukan bertahan. Latihan yang dicadangkan dalam bab ini dapat meningkatkan kemahiran murid dalam permainan ragbi sentuh.46

p. 55

Bola ragbi.Kasut ragbi.5 meter5 meterGarisan tepiGarisan tepiKawasan in-goalGarisan golGarisan 10 mGarisan 10 mGarisan tengahGarisan golKawasan in-goalKotak pertukaran pemainKotak pertukaran pemain510 meter510 meter70 meter50 mGelanggang ragbi sentuh.47

p. 56

Lateral PassKemahiran MenghantarDalam permainan ragbi sentuh, melakukan kemahiran menghantar bertujuan agar bola mudah diterima oleh rakan sepasukan dalam keadaan yang sempurna dan boleh dilakukan secara berterusan. Hantaran yang betul ialah hantaran ke arah sisi atau ke belakang sahaja. Hantaran bola ke hadapan adalah salah. Pemain berpeluang menghantar bola ke ruang kosong supaya rakan sepasukan dapat menangkap bola dengan kemas.Kemahiran MenangkapPemain perlu menguasai kemahiran menangkap dalam pelbagai situasi permainan. Tangkapan bola yang baik dapat melancarkan pergerakan dan memudahkan strategi pasukan dilaksanakan. Pemain perlu bijak membuat keputusan untuk membantu rakan sepasukan. Pemain hendaklah menumpukan perhatian kepada rakan sepasukan di samping mencari ruang untuk membebaskan diri daripada pihak lawan supaya bola hantaran dapat ditangkap dengan baik.SP: 1.4.1, 1.4.2, 2.4.1, 2.4.2, 5.1.1, 5.1.2, 5.4.1, 5.4.2, 5.5.1, 5.5.21.Murid-murid dibahagikan kepada dua kumpulan bertiga.2.Murid menggunakan kemahiran menghantar dan menangkap bola.3.Murid membuat hantaran ke belakang.4.Murid yang menangkap bola perlu melepasi pihak lawan tanpa disentuh dan membawa bola ke garisan gol pihak lawan untuk melakukan try.5.Setiap try diberi lima mata.6.Jika disentuh atau bola yang dikawal terjatuh, kumpulan akan bertukar peranan.7.Kumpulan yang melakukan try terbanyak dikira pemenang.Cara bermain:Imbas kod ZapparSaya mesti berada di belakang penghantar bola.1.Lakukan senaman memanaskan badan sebelum memulakan setiap aktiviti dan menyejukkan badan selepas menamatkan setiap aktiviti.2.Pastikan kawasan permainan selamat.Peringatan:Kategori Serangan48

p. 57

Bagaimanakah bola hantaran dapat ditangkap dengan baik apabila diadang oleh pihak lawan?Menangkap.Guru boleh mempelbagaikan permainan dengan:1.Menggunakan pelbagai jenis hantaran.2.Menghantar dan menangkap bola pada pelbagai aras.Saya perlu memandang bola dan kembangkan jari untuk menangkap bola.Saya memegang bola dengan keduadua belah tangan untuk membuat hantaran.Bagaimanakah kamu melepaskan diri daripada pihak lawan?Menghantar.214321Teknik lakuanTeknik lakuanKategori Serangan49

p. 58

Try and TouchTryTry ialah lakuan dalam permainan ragbi untuk mendapatkan mata. Apabila try berjaya dilakukan, lima mata akan diberikan kepada kumpulan yang membawa bola melepasi pertahanan lawan dan meletakkan bola ke kawasan in-goal pihak lawan dengan tangan.1.Murid-murid dibahagikan kepada dua kumpulan bertiga.2.Pe r m a i n a n d i j a l a n k a n d e n g a n mengaplikasikan kemahiran yang telah dipelajari.3.Kumpulan yang berjaya mendapat skor terbanyak dikira sebagai pemenang.Cara bermain:SP: 1.4.3, 1.4.4, 2.4.3, 2.4.4, 5.2.1, 5.2.2, 5.2.3, 5.2.4, 5.3.1, 5.3.2Kemahiran MengacahKemahiran ini bertujuan mengelakkan diri dan menembusi benteng pasukan lawan yang paling hampir. Pemain yang melakukan kemahiran mengacah perlu menukar arah pergerakan apabila menghampiri pemain lawan dengan menggunakan pergerakan badan dan menukar langkah. Pergerakan ini dilakukan bagi mengelirukan pemain lawan. Pemain perlu bergerak ke arah ruang yang jauh daripada pihak lawan sambil meningkatkan kelajuan bagi mendapatkan kelebihan ruang untuk melakukan try.Saya mesti menukar arah dengan pantas untuk mengacah.Imbas kod ZapparBola mesti melepasi garisan gol dan disentuh ke tanah untuk try.1.Lakukan senaman memanaskan badan sebelum memulakan setiap aktiviti dan menyejukkan badan selepas menamatkan setiap aktiviti.2.Pastikan kawasan permainan selamat.Benteng Sesuatu yang digunakan untuk mempertahankan sesuatu yang lain.Peringatan:Kategori Serangan50

p. 59

Terangkan hubungan antara ketangkasan dengan perlakuan mengacah.Bounce Try• Sisi badan dijatuhkan bersama bola dan touch down ke kawasan in-goal. Dive• Melompat ke hadapan bersama bola dan touch down dalam kawasan in-goal. Try.Mengacah.Saya mesti menghalang dengan menyentuh kumpulan lawan untuk "mematikan" pergerakan mereka.Guru boleh mempelbagaikan permainan dengan:1.Menambah bilangan murid dalam setiap kumpulan.2.Membesar atau mengecilkan kawasan permainan.Try boleh dilakukan secara:1234123Teknik lakuanTeknik lakuanTouch Down• Membawa bola ke kawasan score line dengan membengkokkan lutut dan merendahkan badan.• Gunakan kedua-dua tangan bagi menyentuh bola ke kawasan in-goal.Sesuaikan jarak dengan kelajuan larian untuk mengacah. Kategori Serangan51

p. 60

1.Analisis dan nomborkan turutan lakuan yang betul bagi kemahiran menghantar dalam permainan ragbi di bawah.Latihan PengukuhanKategori Serangan52

p. 61

2.Berpandukan video di bawah, analisis jenis-jenis try dan kekerapan yang dilakukan oleh pemain.https://www.youtube.com/watch?v=ZtRfm46vgZU&feature=youtu.beBorang AnalisisTRYNama: …………………………………………………………………………..Tingkatan: ……………………………………………………………………………Tarikh: ……………………………………………………………………………KemahiranKekerapanKategori Serangan53

p. 62

• Melakukan kemahiran asas sepak takraw dengan lakuan yang betul.• Mengaplikasikan pengetahuan konsep pergerakan dan prinsip mekanik dalam kemahiran sepak takraw.• Mematuhi dan mengamalkan elemen pengurusan dan keselamatan.• Menunjukkan keyakinan dan tanggungjawab kendiri semasa melakukan aktiviti fizikal.• Berkomunikasi dalam pelbagai cara semasa melakukan aktiviti fizikal.• Membentuk kumpulan dan bekerjasama dalam kumpulan semasa melakukan aktiviti fizikal.• Memahami dan mengaplikasikan etika dalam sukan semasa melakukan aktiviti fizikal.STANDARD KANDUNGANSepak takraw dimainkan oleh tiga orang pemain atau reguantara dua kumpulan. Permainan ini merupakan permainan kategori jaring. Pada asalnya, permainan ini dikenali sebagai sepak raga bulatan. Sepak takraw melibatkan kemahiran servis dan menerima servis, menimang, mengumpan, melibas, menanduk dan mengadang. Kini, permainan ini telah mengalami pelbagai perubahan dari segi peraturan permainan dan juga boleh dimainkan oleh golongan wanita.PERMAINANKATEGORI JARING: SEPAKTAKRAWUnit 454

p. 63

Ukuran gelanggang sepak takraw.Kasut. Bola sintetik.Jaring.Bola rotan.6.1 m13.4 mRegu– Kumpulan.Servis– Teknik hantaran atau sepakan permulaan dalam permainan sepak takraw dan sebagainya. 3.05 m2.45 m4.25 mJejari 0.3 mBulatan servis55

p. 64

Servis Sepak SilaSP: 1.5.1, 1.5.2, 2.5.1, 2.5.2, 5.1.1, 5.1.2, 1.5.3, 2.5.3, 5.1.1, 5.2.1, 5.2.2, 5.4.1Kemahiran Melakukan ServisBagi memulakan permainan, bola mesti diservis oleh tekong ke dalam petak gelanggang lawan. Terdapat dua jenis servis dalam permainan sepak takraw, iaitu servis sepak sila dan servis sepak kuda. Perbezaan antara kedua-dua servis ini adalah dari segi bahagian kaki yang digunakan semasa melakukan servis. Servis sepak sila menggunakan bahagian dalam kaki sementara servis sepak kuda menggunakan bahagian kekura kaki.SP: 1.5.1, 2.5.1, 5.1.1, 5.2.1, 5.2.2, 5.2.3, 5.2.4, 5.3.3Saya akan menggunakan bahagian dalam kaki untuk servis sepak sila apabila tiba giliran saya nanti.Latih tubi servis sepak sila:1.Murid-murid dibahagikan kepada beberapa kumpulan bertiga.2.Kedua-dua kumpulan akan bermain dalam situasi permainan sebenar.3.Kumpulan yang melakukan servis sepak sila yang melepasi jaring ke gelanggang kumpulan lawan akan diberi satu mata.4.Tukar giliran murid untuk melakukan servis.5.Kumpulan yang berjaya mendapat mata terbanyak dikira pemenang.Jengketkan kaki untuk meningkatkan darjah ketinggian bagi menghasilkan servis yang lebih menjunam.1.Lakukan senaman memanaskan badan sebelum memulakan setiap aktiviti dan menyejukkan badan selepas menamatkan setiap aktiviti.2.Pastikan kawasan permainan selamat.Peringatan:Gelanggang– Lapangan tempat mengadakan sesuatu pertandingan.Kategori Jaring56

p. 65

Saya perlu memastikan ketinggian bola yang sesuai untuk diservis oleh tekong.Saya perlu servis tepat pada sasaran untuk mendapatkan mata.Servis Sepak Sila32Bahagian dalam kaki.Ikut lajak.Kontak bola menggunakan bahagian dalam kaki.Fokus pada bola.Berdiri sedia.Teknik lakuanGuru boleh mempelbagaikan permainan dengan:1.Mengubah suai masa permainan.2.Mengubah suai alatan permainan.14Kategori Jaring57

p. 66

Servis Sepak KudaSP: 1.5.1, 1.5.2, 2.5.1, 2.5.2, 5.1.1, 5.1.2, 1.5.3, 2.5.3, 5.1.1, 5.2.1, 5.2.2, 5.4.1SP: 1.5.1, 2.5.1, 5.1.1, 5.2.1, 5.2.2, 5.3.1, 5.3.21.Murid-murid dibahagikan kepada beberapa kumpulan bertiga.2.Kedua-dua kumpulan akan bermain dalam situasi permainan sebenar.3.Kumpulan yang melakukan servis sepak kuda dan melepasi jaring ke gelanggang kumpulan lawan akan diberi satu mata.4.Tukar giliran murid-murid untuk melakukan servis.5.Kumpulan yang berjaya mendapat mata terbanyak dikira pemenang.Saya akan menggunakan kekura kaki untuk servis sepak kuda apabila tiba giliran saya nanti.Latih tubi servis sepak kuda:Murid perlu bijak mencari ruang untuk mendapatkan mata yang tinggi.1.Lakukan senaman memanaskan badan sebelum memulakan setiap aktiviti dan menyejukkan badan selepas menamatkan setiap aktiviti.2.Pastikan kawasan permainan selamat.Guru boleh mempelbagaikan permainan dengan:1.Mengubah suai ketinggian jaring.2.Mengubah suai alatan permainan.3.Menetapkan masa permainan.Peringatan:Ikut lajak– Penyerapan daya atau menstabilkan pergerakan. Kategori Jaring58

p. 67

Servis Sepak Kuda34521Bahagian kekura kaki.https://www. youtube.com/watch?v= Bgkl5PxnucsServis sepak kuda dilakukan dengan aksi plantar fleksi kaki dan bahagian kekura kaki ketika fasa kontak bola–kaki. Bahagian anatomi kaki tersebut memberi permukaan kontak yang lebih luas berbanding permukaan kontak servis sepak sila. Secara teknikal, mekanik servis sepak kuda memberi kelebihan respons dalam aspek-aspek kestabilan kontak bola–kaki dan halaju bola pascakontak.Berdiri sedia.Fokus pada bola.Angkat kaki untuk melakukan kontak.Kontak bola menggunakan kekura kaki.Ikut lajak.Ketinggian bola yang sesuai akan membantu tekong melakukan servis yang baik.Saya perlu fokus pada bola untuk melakukan servis.Teknik lakuanKategori Jaring59

p. 68

Tiga Lawan TigaTerangkan kepentingan koordinasi mata dan kaki ketika menerima bola servis.Kemahiran Menerima ServisTerdapat tiga kemahiran menerima servis, iaitu menerima servis menggunakan bahagian kaki, paha dan kepala. Bahagian anggota badan yang digunakan bergantung kepada ketinggian kedudukan bola yang diterima.1.M u r i d - m u r i d d i b a h a g i k a n k e p a d a dua kumpulan kecil bertiga.2.Kedua-dua kumpulan akan bermain dalam situasi permainan sebenar.3.Kumpulan yang berjaya menerima servis bola dengan kaki, kepala atau paha akan menerima satu mata.4.Kumpulan yang berjaya mendapat mata terbanyak dikira sebagai pemenang.Cara bermain:SP: 1.5.2, 2.5.2, 5.1.1, 5.1.2, 5.2.1, 5.2.2, 5.2.3, 5.2.4, 5.3.2Saya perlu bersedia menerima bola dengan pelbagai cara.Murid boleh menerima bola dengan menggunakan kaki, paha dan kepala. 1.Lakukan senaman memanaskan badan sebelum memulakan setiap aktiviti dan menyejukkan badan selepas menamatkan setiap aktiviti.2.Pastikan kawasan permainan selamat.Peringatan:Kategori Jaring60

p. 69

Menerima servis menggunakan kepala.Menerima servis menggunakan kaki.Menerima servis menggunakan paha.Guru boleh mempelbagaikan permainan dengan:1.Mengubah suai ketinggian jaring.2.Mengubah suai alatan permainan.3.Menetapkan masa permainan.Teknik lakuan11123232Kategori Jaring61

p. 70

1.Murid-murid dibahagikan kepada kumpulan berempat. Buat satu bulatan.2.Gunakan sepak sila untuk menimang dan mengumpan bola. Mur id 1 membaling bola kepada murid 2 untuk memulakan permainan.3.Permainan dijalankan sebanyak tiga pusingan selama lima minit bagi setiap pusingan.4.Setiap sentuhan mendapat satu mata.5.Jika bola jatuh ke tanah, murid boleh memulakan kembali menimang bola jika tempoh lima minit belum tamat.6.Kumpulan yang mengumpul mata paling banyak ialah pemenang.Cara bermain:Bijak KawalKemahiran MenimangKemahiran menimang bola digunakan apabila pemain menerima servis yang dilakukan oleh tekong kumpulan penyerang. Kemahiran ini boleh dilakukan dengan menggunakan kaki, paha atau kepala. Pemilihan anggota badan yang digunakan untuk menimang bola bergantung kepada kedudukan hantaran bola. Kepala digunakan sekiranya kedudukan hantaran bola yang tinggi manakala bola yang rendah ditimang menggunakan paha atau kaki. Pemain boleh menggunakan bahagian dalam kaki atau kekura kaki untuk menimang bola.Kemahiran Mengumpan Bola yang ditimang akan diumpan kepada pemain lain untuk melakukan serangan. Umpanan yang baik akan memudahkan kumpulan untuk menyerang sama ada menggunakan kemahiran melibas atau menanduk. Permainan “Bijak Kawal” dapat melatih murid menimang dan mengumpan bola dalam permainan sepak takraw.SP: 1.5.3, 2.5.3, 5.1.1, 5.2.1, 5.2.2, 5.4.1Untuk menimang dan mengumpan bola, kamu mesti gunakan sepak sila. M41.Lakukan senaman memanaskan badan sebelum memulakan setiap aktiviti dan menyejukkan badan selepas menamatkan setiap aktiviti.2.Pastikan kawasan permainan selamat.Peringatan:Kategori Jaring62

p. 71

3 meterMenimang bola menggunakan paha.Menimang bola menggunakan bahagian dalam kaki.M2M3M1 = Murid 1M2 = Murid 2M3 = Murid 3M4 = Murid 4M1Saya perlu sentiasa memandang bola. Saya perlu menimang dan mengumpan bola tepat kepada rakan.123123Guru boleh mempelbagaikan permainan dengan:1.Mengubah suai masa permainan.2.Mengubah suai keluasan kawasan permainan.3.Menambah atau mengurangkan bilangan murid.Teknik lakuanTeknik lakuanKategori Jaring63

p. 72

Serang TepatKemahiran MenyerangStrategi menyerang dalam sepak takraw melibatkan kemahiran menimang, mengumpan, melibas dan menanduk. Servis yang diterima akan ditimang dan diumpan menggunakan kemahiran sepak sila, seterusnya akan dilibas menggunakan kaki. Pelbagai jenis teknik melibas boleh dilakukan seperti libas gunting, libas sisi dan libas menapak.1.Murid-murid dibahagikan kepada beberapa kumpulan bertiga.2.Murid 1 menimang bola dan menghantar kepada murid 2.3.Kemudian, murid 2 mengumpan kepada murid 3.4.Murid 3 akan menyerang dengan menggunakan kemahiran melibas ke arah petak markah pihak lawan dalam situasi permainan.5.Mata dikumpul mengikut bola yang jatuh pada petak markah.6.Kumpulan yang mendapat mata tertinggi dikira pemenang.Cara bermain:SP: 1.5.3, 2.5.3, 5.1.1, 5.2.1, 5.2.2, 5.4.1Saya perlu melompat dengan tinggi untuk libasan yang berkesan.M3Bagus! Kamu telah melakukan libasan yang baik.1.Lakukan senaman memanaskan badan sebelum memulakan setiap aktiviti dan menyejukkan badan selepas menamatkan setiap aktiviti.2.Pastikan kawasan permainan yang digunakan selamat.Peringatan:Guru boleh mempelbagaikan permainan dengan:1.Mengubah suai masa permainan.2.Mengubah suai mata pada kotak markah.3.Mengubah suai alatan permainan.Kategori Jaring64

p. 73

Bezakan dua jenis kemahiran melibas dalam permainan sepak takraw.Libas gunting.1234Saya gunakan bahagian dalam kaki untuk mengumpan.Saya perlu mengumpan bola tinggi untuk memudahkan rakan membuat libasan.Kontak bola.Melonjak.Fokus pada bola.Berdiri sedia.M1M2M1 = Murid 1M2 = Murid 2M3 = Murid 3Teknik lakuanKategori Jaring65

p. 74

Serangan MenandukKemahiran MenandukKemahiran menanduk boleh digunakan sebagai strategi menyerang dalam permainan sepak takraw. Oleh itu, pemain perlu menguasai kemahiran menanduk untuk memastikan bola jatuh ke dalam gelanggang lawan. 1.Murid-murid dibahagikan kepada kumpulan bertiga. 2.Setiap pasukan boleh membuat tiga sentuhan sahaja.3.Sentuhan ketiga perlu melepasi jaring kepada pihak lawan dengan melakukan kemahiran menanduk sahaja.4.Pemain boleh menggunakan semua kemahiran asas sepak takraw yang dipelajari.5.Mata dikira apabila pasukan dapat mematikan bola ke gelanggang lawan dengan menggunakan kemahiran menanduk.6.Kumpulan yang mendapat mata terbanyak dikira sebagai pemenang.Cara bermain:SP: 1.5.3, 2.5.3, 5.2.1, 5.2.3, 5.2.4Saya perlu melonjak tinggi untuk menanduk bola.1.Lakukan senaman memanaskan badan sebelum memulakan setiap aktiviti dan menyejukkan badan selepas menamatkan setiap aktiviti.2.Pastikan kawasan permainan selamat.Peringatan:Guru boleh mempelbagaikan permainan dengan:1.Mengubah suai masa permainan.2.Mengubah suai alatan permainan.Kategori Jaring66

p. 75

22Menanduk.Menanduk bola dengan bahagian hadapan dahi.• Sekiranya bola yang diumpan agak tinggi, kemahiran menanduk juga boleh digunakan untuk menyerang.• Sternocleidomastoid ialah otot utama yang terlibat ketika menanduk.Menanduk dengan sisi kepala.Otot sternocleidomastoid.Saya perlu mengumpan dengan tepat.Pada pendapat anda, apakah ciri-ciri seorang pemain sepak takraw yang dapat melakukan kemahiran menanduk dengan baik? 1Teknik lakuanKategori Jaring67

p. 76

Kemahiran BertahanMengadang bola ialah kemahiran yang digunakan bagi memastikan libasan yang dibuat oleh pihak lawan ditangkis atau dihalang daripada memasuki gelanggang sendiri. Mengadang bola boleh dilakukan dengan menggunakan kaki atau badan. Pastikan adangan kaki yang digunakan tepat mengadang bola yang direjam. Pemain tidak dibenarkan menggunakan tangan.Jom Bertahan1.Murid-murid dibahagikan kepada dua kumpulan bertiga.2.Kedua-dua kumpulan akan bermain sepak takraw.3.Kumpulan yang melakukan adangan bola dengan kaki atau badan akan mendapat satu mata.4.Kumpulan yang berjaya mendapat mata terbanyak dikira sebagai pemenang.Cara bermain:SP: 1.5.4, 2.5.4, 5.1.1, 5.1.2, 5.2.11.Lakukan senaman memanaskan badan sebelum memulakan setiap aktiviti dan menyejukkan badan selepas menamatkan setiap aktiviti.2.Pastikan kawasan permainan selamat.Peringatan:Guru boleh mempelbagaikan permainan dengan:1.Mengubah suai masa permainan.2.Mengubah suai alatan permainan.Kategori Jaring68

p. 77

Aras jaringJustifikasikan jenis kemahiran bertahan yang sesuai dalam situasi permainan sepak takraw.Saya menggunakan kaki atau badan untuk mengadang bola.Mengadang.Kamu boleh melonjak setinggi mungkin untuk melakukan adangan.Diri sedia.Lonjak dengan tinggi.Mendarat dengan selamat.Mengadang– Menghalang atau menyekat.Ditangkis Mematahkan suatu serangan atau menepis pukulan.Teknik lakuan12345Kategori Jaring69

p. 78

1.Namakan posisi pemain sepak takraw mengikut kedudukan yang betul.2.Nyatakan kemahiran-kemahiran yang terdapat dalam permainan sepak takraw berdasarkan gambar di bawah.123M3M1M2M3M2M1Latihan PengukuhanKategori Jaring70

p. 79

3.Berdasarkan situasi di bawah, nyatakan kemahiran yang digunakan dan jelaskan kenapa kemahiran tersebut digunakan dalam permainan sepak takraw.4.Berdasarkan gambar dan maklumat yang diberi, jelaskan kepentingan keselamatan ketika bermain sepak takraw.112342Pakaian sukan:Gelanggang yang rata:Teknik yang betul:Pemakaian barang kemas:Kategori Jaring71

p. 80

Unit 572• Melakukan kemahiran asas kriket dengan lakuan yang betul.• Mengaplikasikan pengetahuan konsep pergerakan dan prinsip mekanik dalam kemahiran asas kriket.• Mematuhi dan mengamalkan elemen pengurusan dan keselamatan.• Menunjukkan keyakinan dan tanggungjawab kendiri semasa melakukan aktiviti fizikal.• Berkomunikasi dalam pelbagai cara semasa melakukan aktiviti fizikal.• Membentuk kumpulan dan bekerjasama dalam kumpulan semasa melakukan aktiviti fizikal.• Memahami dan mengaplikasikan etika dalam sukan semasa melakukan aktiviti fizikal.STANDARD KANDUNGANKriket merupakan permainan dalam kategori memadang. Permainan kriket melibatkan kemahiran memukul bola, membuat larian, menahan bola, memadang, menjaga wiket dan melakukan kemahiran boling. Permainan ini dimainkan oleh dua kumpulan yang bertindak sebagai kumpulan pemukul dan pemadang.PERMAINANKATEGORIMEMADANG: KRIKETUnit 572

p. 81

Wiket.Bet kriket. Bola kriket.Helmet.Sarung tangan pemukul.73Peralatan Kriket Kancil.Bails.Gelanggang kriket: Stumps.73

p. 82

1.Murid-murid dibahagikan kepada dua kumpulan berlima.2.Kumpulan pertama sebagai pemukul dan kumpulan kedua sebagai pemadang.3.Seorang daripada murid akan melakukan kemahiran memboling.4.Pemukul memukul bola dan berlari ke arah marker. 5.Satu mata diberikan apabila pemukul berjaya sampai ke marker.6.Pemadang akan menghalang pemukul daripada mendapat mata dengan memadang bola (membaling dan menangkap) antara satu sama lain sehingga semua pemadang berjaya menangkap bola.7.Pemukul dianggap "mati" sekiranya bola pukulan ditangkap atau dihantar kepada penjaga wiket sebelum pemukul tiba di marker masing-masing.8.Apabila semua pemukul sudah mendapat giliran untuk memukul, kumpulan bertukar peranan.9.Kumpulan yang mengumpul larian terbanyak dikira pemenang.Cara bermain:Tepat SasaranKemahiran memukul dan menahan bolaKemahiran memukul bola penting bagi memastikan bola yang dipukul melepasi jarak yang mampu ditangkap oleh kumpulan lawan. Jarak pukulan bola yang jauh memberi peluang kepada pemain mendapatkan larian (skor). Terdapat beberapa kemahiran memukul bola dalam permainan kriket seperti kemahiran menahan, pukulan deras dan pukulan kilas.SP: 1.6.1, 2.6.1, 5.1.1, 5.1.2, 5.2.1, 5.2.4, 5.3.2, 5.4.1Saya perlu memukul dengan kuat dan terus membuat larian.Beri tumpuan pada bola yang datang untuk melakukan pukulan yang baik.1.Lakukan senaman memanaskan badan sebelum memulakan setiap aktiviti dan menyejukkan badan selepas menamatkan setiap aktiviti.2.Pastikan kawasan permainan selamat.Peringatan:Kategori Memadang74

p. 83

Saya bersedia untuk menangkap bola daripada rakan.Pukulan deras.Memukul bola.12345Pukulan kilas.Menahan bola.Guru boleh mempelbagaikan permainan dengan:1.Menambah bilangan murid dalam setiap kumpulan.2.Membesar atau mengecilkan kawasan permainan.Teknik lakuanKategori Memadang75

p. 84

PemukulKemahiran LarianLarian dilakukan setelah pemukul berjaya melakukan pukulan. Larian lengkap berlaku apabila pemukul berjaya membuat larian dari wiket ke wiket yang bertentangan. Rakan sekumpulan akan membuat pukulan dan melakukan larian berulang-alik bagi mendapatkan skor. Kesempurnaan larian antara wiket memerlukan konsentrasi, persefahaman dan kerjasama antara kedua-dua pemukul.Kembali ke Rumah1.Murid-murid dibahagikan kepada dua kumpulan berlima.2.Kumpulan A sebagai pemukul dan kumpulan B sebagai pemadang.3.Setiap ahli kumpulan akan memukul bola secara bergilir-gilir.4.Murid 1 memukul bola dan berlari ke zon selamat. 5.Murid 1 boleh kekal di zon selamat 2 atau berlari balik ke zon selamat 1 selagi pihak pemadang tidak memasukkan bola ke dalam gelung.6.Murid 1 sekiranya kekal di zon selamat 2 akan melakukan larian balik pada pukulan yang dilakukan oleh murid 2.7.Lima mata diberikan jika pemukul berjaya membuat larian ke zon selamat 1.8.Kumpulan pemadang perlu memasukkanbola ke dalam gelung untuk "mematikan" pihak lawan.9.Setiap murid diberi tiga cubaan memukul sebelum bertukar giliran.10.Kumpulan yang melakukan larian terbanyak dikira pemenang.Cara bermain:SP: 1.6.2, 2.6.2, 5.1.1, 5.1.2 Zon Selamat 1Saya perlu pukul dengan kuat dan berlari ke zon selamat.M1M2M4M3M51.Lakukan senaman memanaskan badan sebelum memulakan setiap aktiviti dan menyejukkan badan selepas menamatkan setiap aktiviti.2.Pastikan kawasan permainan selamat.Peringatan:M1 = Murid 1M2 = Murid 2M3 = Murid 3M4 = Murid 4M5 = Murid 5Kategori Memadang76

p. 85

Pemboling Zon Selamat 2Larian.4321567Imbas kod ZapparSaya mesti menangkap bola dan membalingnya ke dalam gelung.Guru boleh mempelbagaikan permainan dengan:1.Mengubah suai saiz gelung.2.Mengubah suai bilangan pemain.3.Mengubah suai bilangan percubaan memukul.4.Mengubah suai jarak larian.Teknik lakuanKategori Memadang77

p. 86

Tuju JunamKemahiran bolingTerdapat beberapa cara pegangan untuk melakukan kemahiran boling, iaitu pegangan asas, outswinger dan inswinger. Tiga fasa ketika melakukan kemahiran boling ialah fasa larian, pelepasan dan ikut lajak. Pelbagai kemahiran boling dilakukan dalam situasi permainan. Aspek yang perlu ditekankan ialah ketinggian sudut pelepasan bagi memastikan bola yang dilepaskan tepat kepada sasaran. 1.Murid-murid dibahagikan kepada kumpulan kecil berlima.2.Kedua-dua kumpulan akan berada di wiket yang bertentangan.3.Setiap pemain dalam kumpulan masingmasing akan melakukan kemahiran boling ke wiket mengikut giliran.4.Bola yang mengenai wiket akan diberi satu mata.5.Kumpulan yang mendapat jumlah mata terbanyak dikira sebagai pemenang.Cara bermain:SP: 1.6.3, 1.6.5, 1.6.6, 2.6.3, 2.6.5, 2.6.6, 5.1.1, 5.1.2, 5.2.1, 5.4.2, 5.5.1Pastikan mata kamu fokus pada sasaran.Jelaskan hubungan ketinggian sudut pelepasan dengan kelajuan bola.Saya perlu meluruskan tangan untuk mendapatkan sudut pelepasan bola yang tinggi.1.Lakukan senaman memanaskan badan sebelum memulakan setiap aktiviti dan menyejukkan badan selepas menamatkan setiap aktiviti.2.Pastikan kawasan permainan selamat.Peringatan:PembolingKategori Memadang78

p. 87

Teknik memegang bola ketika boling.Kemahiran boling.Imbas kod ZapparSaya perlu fokus pada sasaran ketika melakukan kemahiran boling.Guru boleh mempelbagaikan permainan dengan:1.Mengubah suai bilangan pemain.2.Mengubah suai bilangan percubaan boling.Teknik lakuan1234567Kategori Memadang79

p. 88

Lari Pantas, Tangkap SelamatKemahiran memadang melibatkan membaling dan menangkap bolaDalam permainan kriket, pemadang perlu menguasai kemahiran membaling dan menangkap bola. Antara tujuan membaling bola adalah untuk mengembalikan bola kepada penjaga wiket atau menjatuhkan wiket. Pemadang perlu mahir mengembalikan bola dengan membuat balingan yang pantas dan tepat untuk "mematikan" pemukul yang membuat larian. Pemadang boleh melakukan kemahiran memboling bola ke pelbagai aras dan arah seperti bahagian sisi, atas kepala dan melantun bola.Pemadang turut melakukan kemahiran menangkap bola dari pelbagai aras dan arah seperti menangkap bola pada aras buku lali, lutut, pinggang dan atas kepala.SP: 1.6.2, 1.6.4, 2.6.2, 2.6.4, 5.2.2, 5.2.3, 5.4.1, 5.4.2, 5.5.1, 5.5.2Saya perlu menangkap bola dan membuat laungan "Berhenti".PemukulPenjaga wiketBagaimanakah kamu dapat memastikan pukulan bola melepasi pemadang?1.Lakukan senaman memanaskan badan sebelum memulakan setiap aktiviti dan menyejukkan badan selepas menamatkan setiap aktiviti.2.Pastikan kawasan permainan selamat.Peringatan:1.Murid-murid dibahagikan kepada dua kumpulan berenam.2.Kumpulan pertama sebagai pemukul manakala kumpulan kedua pula ialah sebagai pemadang.3.M u r i d - m u r i d a k a n m e l a k u k a n kemahiran boling.4.Pemadang akan "mematikan" pemukul daripada mendapat larian dengan membaling bola kepada rakannya mengikut turutan sehingga ke penjaga wiket. Selepas itu, pemukul akan diganti mengikut giliran untuk melakukan pukulan semula.5.Pemukul perlu berlari dan menyentuh zon selamat dengan bet dan berlari semula ke tempat asal. Pemain boleh mengulangi larian sebelum penjaga wiket menangkap bola dan membuat laungan "Berhenti".6.Kumpulan yang berjaya mendapatkan larian terbanyak dikira pemenang.7.Kumpulan bertukar peranan setelah semua giliran pemain selesai.Cara bermain:Kategori Memadang80

p. 89

Saya perlu pandang bola untuk menangkap dengan betul.PembolingMenangkap bola.Saya perlu menangkap dan membaling bola ke arah penjaga wiket.Guru boleh mempelbagaikan permainan dengan:1.Mengubah suai jarak larian.2.Mengubah suai bilangan pemain.3.Mengubah jarak atau kawasan permainan.Teknik lakuan1234Kategori Memadang81

p. 90

2……………………….3……………………….4……………………….5……………………….1……………………….Kategori Memadang821.Labelkan alatan yang diguna pakai oleh seorang pemukul dalam permainan kriket.Latihan Pengukuhan

p. 91

Kategori Memadang832.Namakan jenis-jenis pukulan (batting) yang terdapat dalam permainan kriket.3.Bagaimanakah pemain yang membuat kemahiran boling dan penjaga wiket dapat "mematikan" pemukul dalam permainan kriket?y……………………………………………………………………………………………………………………………………………………………….y……………………………………………………………………………………………………………………………………………………………….y……………………………………………………………………………………………………………………………………………………………….y……………………………………………………………………………………………………………………………………………………………….y……………………………………………………………………………………………………………………………………………………………….y……………………………………………………………………………………………………………………………………………………………….123Peranan pemain yang melakukan kemahiran boling, penjaga wiket dan pemukul sangat penting dalam permainan kriket.

p. 92

• Melakukan kemahiran olahraga asas dengan lakuan yang betul.• Mengaplikasikan pengetahuan konsep pergerakan dan prinsip mekanik semasa melakukan kemahiran olahraga asas.• Mematuhi dan mengamalkan elemen pengurusan dan keselamatan.• Menunjukkan keyakinan dan tanggungjawab kendiri semasa melakukan aktiviti fizikal.• Berkomunikasi dalam pelbagai cara semasa melakukan aktiviti fizikal.• Membentuk kumpulan dan bekerjasama dalam kumpulan semasa melakukan aktiviti fizikal.• Memahami dan mengaplikasikan etika dalam sukan semasa melakukan aktiviti fizikal.STANDARD KANDUNGANAcara olahraga asas merangkumi kemahiran berlari, melompat, membaling, melontar, merejam dan berjalan kaki. Acara-acara olahraga boleh dikategorikan mengikut acara padang dan balapan. Unit ini akan menumpukan kepada kemahiran acara berjalan kaki, lompat jauh dan merejam lembing. Acara-acara tersebut melibatkan komponen kecergasan seperti kepantasan, kapasiti aerobik, daya tahan otot, kuasa dan kelenturan. OLAHRAGAASASUnit 684

p. 93

Lumba jalan kaki.Merejam lembing.Lompat jauh.85

p. 94

Lumba Jalan KakiLumba jalan kaki merupakan satu daripada acara olahraga dalam kategori perlumbaan jarak jauh. Acara lumba jalan kaki boleh dipertandingkan di jalan raya atau di trek. Peraturan lumba jalan kaki menetapkan sebelah kaki mesti berada dalam keadaan bersentuhan dengan trek atau jalan pada setiap masa perlumbaan. Kaki yang berada di hadapan hendaklah sentiasa lurus dari mula mencecah trek sehinggalah ke akhir perlakuan pergerakan. Jarak yang biasa dipertandingkan dalam acara lumba jalan kaki ialah 5 kilometer, 10 kilometer, 20 kilometer dan 50 kilometer. Acara ini turut dipertandingkan pada peringkat Sukan Olimpik, Sukan Komanwel, Sukan Asia, Sukan SEA, kejohanan kebangsaan serta Kejohanan Balapan dan Padang Majlis Sukan Sekolah Malaysia (MSSM).Kemahiran Lumba Jalan KakiLumba jalan kaki memerlukan peserta melakukan pergerakan dengan langkah yang berterusan supaya langkah tersebut sentiasa mencecah trek. Pembatalan boleh dilakukan oleh ketua hakim sekiranya peserta tidak mencecah trek atau berada dalam keadaan “terapung” semasa pertandingan setelah menerima tiga kali amaran daripada hakim yang berbeza. Kaki yang berada di hadapan sentiasa lurus dari mula mencecah trek sehinggalah benar-benar tegak ataupun kaki belakangnya melepasi badan.Kemahiran lumba jalan kaki terbahagi kepada fasa sokongan sebelah kaki dan fasa sokongan kedua-dua belah kaki. Fasa sokongan sebelah kaki pula terdiri daripada sokongan kaki hadapan dan sokongan kaki belakang. Teknik berjalan yang betul akan menghasilkan pergerakan yang efisien serta mematuhi peraturan yang telah ditetapkan. SP: 1.7.1, 2 .7.1, 5.1.2, 5.5.2Imbas kod ZapparOlahraga Asas86

p. 95

Teknik Jalan Kaki Lumba jalan kaki memerlukan teknik yang betul berdasarkan prinsip-prinsip latihan yang khusus. Latihan yang sistematik akan memastikan teknik perlakuan yang sah dari segi peraturan pertandingan. Perlakuan yang salah akan menyebabkan peserta boleh dibatalkan kerana melanggar peraturan pertandingan.Semasa melakukan kemahiran lumba jalan kaki, postur badan, ayunan tangan, kedudukan kaki dan rotasi pinggul memainkan peranan penting bagi memastikan teknik perlakuan yang betul.Postur badan1.Pandang ke hadapan pada aras mata.2.Kepala tegak, siku fleksi dankepala relaks.3.Postur badan tegak dan relaks dari mula hingga akhir langkah.Pergerakan tangan1.Ayunkan tangan selari dengan dada.2.Semasa ayunan ke belakang, lengan dirapatkan ke sisi pinggul.3.Tangan dan bahu bergerak serentak dengan pergerakan kaki dan pinggul. 4.Kekalkan imbangan badan ketika ayunan tangan.Postur badan Bentuk badan.Olahraga Asas87

p. 96

Rotasi pinggul1.Goyang pinggul dengan betul dapat menghasilkan pergerakan yangberkesan serta menambah kelajuan.2.Ketika melangkah, pastikan tapak kaki berada pada kedudukan yang betul dan panjang langkah adalahsecara maksimum.3.Daya yang dihasilkan akan membantu kaki untuk melangkah.4.Bagi mendapatkan rotasi pinggul yang efisien, lakukan latihan berjalan di atas garisan lurus. 5.Semasa melakukan latihan ini, luaskan langkah serta silang kaki kiri dan kaki kanan dengan memijak garisan secara berselang-seli. Kedudukan kaki dan tapak kaki1.Semasa melangkah, tumit kaki menyentuh tanah terlebih dahulu.2.Fleksi hujung jari kaki setinggiyang mungkin.3.Kaki perlu lurus semasa menyentuh permukaan trek.4.Buka langkah untuk menghasilkan jarak bukaan kaki yang luas.5.Kedudukan kaki yang sesuai adalah seperti berjalan di atas garisan lurus.6.Kekalkan daya dalam arah yang sama untuk meningkatkan kelajuan.7.Lutut dibengkokkan sedikit ketika tumit mencecah trek.Info KeselamatanAmbil perhatian tentang langkah-langkah berikut:• Pakaipakaianyangsesuai.• Tempatlatihanhendaklahselamat.• Lakukanaktivitimemanaskanbadansebelumberlatih atau bertanding.Rotasi pinggul untuk panjang langkah.Rotasi pinggul.SP: 2.7.2, 5.2.3, 5.2.4Trek Lorong untuk berlumba (balapan).Olahraga Asas88

p. 97

Peraturan Lumba Jalan KakiUndang-undang dan peraturan lumba jalan kaki adalah tertakluk kepada undang-undang dan peraturan yang telah ditetapkan oleh Persekutuan Olahraga Amatur Antarabangsa (IAAF) dan Kesatuan Olahraga Malaysia (KOM). Antara undang-undang dan peraturan lumba jalan kaki adalahseperti berikut:1.Perlumbaan yang berlangsung di trek akan diadili oleh enam orang hakim termasuk seorang ketua hakim.2.Kaki belakang tidak boleh meninggalkan trek sehingga tumit kaki depan menyentuh trek.3.Kaki yang menyokong mesti diluruskan dari titik sentuhan dengan trek dan kekal lurus sehingga badan peserta melepasi kaki yang menyokong.4.Amaran akan diberikan sekiranya teknik jalan kaki tidak mengikut peraturan.5.Tiga amaran akan diberi sebelum penyertaan seseorang peserta dibatalkan.6.Tanda kuning dengan simbol kesalahan akan ditunjukkan sebagai tanda amaran. 7.Tanda merah pula ditunjukkan sebagai penyertaan seseorang peserta dibatalkan.8.Penyertaan akan dibatalkan oleh ketua hakim apabila tiga hakim sependapat tentang cara berjalan peserta tidak mengikut definisi lumba jalan kaki. Sekiranya pertandingan diadakan di trek, peserta yang dibatalkan mesti segera meninggalkan balapan.Tiada kesalahan.Kesalahan jejak terapung (floating).Kesalahan membengkok lutut.Simbol-simbol kesalahan dalam lumba jalan kaki.Papan bet kesalahan membengkok lutut.Papan bet pembatalan penyertaan.Papan bet kesalahan jejak terapung (floating).Undang-undang Lumba Jalan KakiOlahraga Asas89

p. 98

1.Berikan maksud papan-papan bet yang ditunjukkan.2.Rotasi pinggul bermaksud menggerakkan pinggul ke hadapan dan ke belakang seiring dengan langkahan kaki. Terangkan kepentingan aksi rotasi pinggul dalam lumba jalan kaki.3.Kenal pasti teknik yang salah dan lakuan yang boleh membatalkan peserta lumba jalan kaki berdasarkan gambar di bawah.1324Badan condong ke belakangJarak langkah terlalu panjangBadan condong ke hadapanLutut bengkokLatihan PengukuhanOlahraga Asas90

p. 99

4.Nyatakan teknik pergerakan lumba jalan kaki berdasarkan gambar di bawah.1324Olahraga Asas91

p. 100

Lompat Jauh1Fasa lari landas1.Murid perlu berlari dengan kepantasan yang terkawal. 2.Jumlah langkah larian berbeza antara setiap individu. Faktor penting ialah jumlah langkah itu mesti membolehkan murid mencapai kepantasan yang maksimum untuk menghasilkan lonjakan yang berkesan.Fasa-fasa lompat jauhSP: 1.7.2, 2.7.3, 2.7.4, 5.2.1, 5.2.4• Pakaian yang bersesuaian.• Peralatan yang selamat.• Aktiviti dilakukan di kawasan yang telah disediakan. Trek larian mestilah rata dan selamat daripada objek yang boleh membahayakan aktiviti.Saya mesti berlari dengan pantas untuk mendapatkan jarak lompatan yang jauh.Lompat jauh merupakan acara yang memerlukan peserta untuk berlari, melonjak, melayang, melompat dan mendarat sejauh yang boleh di kawasan pendaratan. Dalam acara lompat jauh, otot-otot bahagian kaki perlu diperkuatkan bagi mendapatkan daya lompatan yang jauh. Terdapat tiga gaya dalam acara lompat jauh, iaitu gaya gantung, gaya layar dan gaya kayuh. Ketiga-tiga gaya ini melibatkan empat fasa lakuan, iaitu fasa lari landas, fasa lonjakan, fasa layangan dan fasa mendarat.Olahraga Asas92

p. 101

2Fasa lonjakan1.Tapak kaki memijak papan lonjakan dengan tepat. 2.Hujung kaki tidak melepasi lebar papan lonjakan. 3.Tolakan kaki hendaklah kuat dan diluruskan pada saat-saat akhir untuk membantu mencapai lonjakanyang maksimum. 4.Kaki yang bebas hendaklah diayun ke hadapan dengan bahagian lutut diangkat tinggi. 5.Kedua-dua belah tangan diayun ke hadapan dan ke atas untuk membantu mencapai lonjakan yang maksimum.Peraturan Asas Acara Lompat JauhPeserta hendaklah mematuhi undangundang lompat jauh yang ditetapkan. • Lompatan dikira gagal jika peserta didapati menyentuh kawasan hadapan papan lonjakan dan meninggalkan kesan ke atas plastisin.• Peserta dibenarkan melonjak sebelum tiba di papan lonjakan. • Jarak lompatan diukur berdasarkan kesan atau tanda yang terdapat di kawasan mendarat.• Ukuran dibuat mengikut jarak di antara papan lonjakan dengan kesan atau tanda yang paling hampir dengan papan lonjakan.Imbas kod ZapparSaya mesti pijak papan lonjakan dengan tepat.Kasut berpaku dan bertumit plastik digunakan dalam lompat jauh bagi memudahkan larian.Olahraga Asas93

p. 102

3Fasa layangan1.Gaya badan dan pergerakan murid pada fasa ini bergantung kepada gaya yang hendak digunakan.2.Tujuan utama adalah supaya murid dapat berada di fasa ini lebih lama untuk melambatkan pendaratannya.3.Selepas melonjak, murid melunjurkan kedua-dua belah tangan dan kaki ke hadapan dan badan turut dicondongkan ke hadapan.SP: 1.7.2, 2.7.4, 2.7.5, 5.2.1, 5.2.3, 5.3.3Saya mengangkat tangan untuk menambah daya lonjakan di udara.https://www.youtube.com/watch?v=pF0K_f6An3o&feature=youtu.beGaya GantungGaya KayuhGaya Layarhttps://www.youtube.com/watch?v=NJ6IflF3rO8&feature=youtu.behttps://www.youtube.com/watch?v=ZMUEMaaue8g&feature=youtu.beGaya layar.Olahraga Asas94

p. 103

4Fasa mendarat1.Ketika berada dalam fasa ini, murid mestilah memberi perhatian kepada imbangan badan dan pencapaian jarak. 2.Kaki dibawa ke hadapan dan mendarat dengan kedua-dua tumit kaki.3.Fleksi lutut untuk menyerap daya pendaratan.Peralatan dan Kawasan LompatanLorong LarianPanjang lorong larian tidak kurang daripada 40 meter serta sekurang-kurang selebar 1.22 meter. Lorong ini hendaklah bebas daripada segala halangan dan gangguan.Papan LonjakanSaiz papan lonjakan ialah 1.22 meter panjang dan 20 sentimeter lebar. Biasanya, papan ini berwarna putih serta senang dilihat.Kawasan PendaratanKawasan khas, iaitu tambak pasir untuk melakukan pendaratan dan diisi dengan pasir halus yang agak lembap. Saiz kawasan ini sekurang-kurangnya 9 meter panjang dan 2.75 meter lebar. Papan LonjakanKawasan PendaratanLorong LarianSaya perlu mencondongkan badan ke hadapan supaya dapat menggerakkan keseluruhan badan.1.22 m2.75 m (min)40 m (min)7-9 m (min)20 cm1 mOlahraga Asas95

p. 104

1.Namakan fasa-fasa lakuan yang terdapat dalam kemahiran lompat jauh berikut:123Latihan PengukuhanOlahraga Asas96

p. 105

2.Apakah faktor-faktor yang boleh mempengaruhi jarak lompatan seseorang?4Olahraga Asas97

p. 106

abcMerejam LembingGaya merejam lembing terdiri daripada empat fasa:Fasa persediaanFasa lari landasFasa rejamanFasa ikut lajakSP: 1.7.3, 2.7.6, 2.7.7, 5.1.1, 5.1.2, 5.2.3, 5.2.4Teknik Pegangan LembingTeknik pegangan lembing merupakan salah satu faktor yang boleh menentukan jarak yang baik dalam rejaman lembing. Terdapat tiga teknik pegangan, iaitu gaya Amerika, gaya Finnish dan gaya Fork. Gambar di bawah menunjukkan teknik-teknik pegangan lembing. Teknik pegangan lembing bergantung kepada keselesaan seseorang. Fasa ini memfokuskan aspek teknik pegangan dan kedudukan lembing sebelum rejaman dilakukan. Kedudukan lembing yang sesuai akan memberi kesan kepada jarak rejaman.Aspek-aspek yang perlu diberi perhatian semasa merejam:1.Pilih teknik pegangan yang sesuai serta selesa.2.Lembing perlu merentasi tapak tangan yang dominan.3.Tapak tangan menghadap ke atas.4.Siku tangan yang memegang lembing menghadap ke hadapan.5.Berdiri dalam kedudukan badan yang tegak dan selesa.6.Lembing dipegang pada paras atas bahu dalam kedudukan bersudut 40°.7.Bahagian hadapan lembing disasarkan ke arah kawasan rejaman.8.Pandang ke arah kawasan rejaman.Fasa persediaanGaya AmerikaGaya FinnishGaya ForkRejaman Balingan yang memerlukan momentum dan tenaga dipindahkan semasa larian.Olahraga Asas98

p. 107

Fasa lari landasFasa ini penting bagi menghasilkan kelajuan yang maksimum dan terkawal untuk melakukan rejaman. Fasa ini akan menghasilkan daya bagi mendapatkan jarak rejaman yang lebih jauh. Aspek-aspek penting yang perlu diberi tumpuan ketika merejam:1.Pegang lembing pada aras kepala selari dengan permukaan trek.2.Pandang ke arah kawasan rejaman serta mulakan larian secara terkawal.3.Tingkatkan kelajuan untuk menghasilkan daya.4.Tangan yang bebas dibengkokkan dan menyilang badan pada aras muka.5.Berlari secara lurus diikuti dengan langkah terakhir yang lebih panjang.6.Lentik badan ke belakang serta berat badan dipindahkan ke kaki belakang.7.Pada langkah terakhir, tumit kaki hadapan menekan ke trek diikuti dengan menyilang kaki (cross over).8.Pindahkan daya dari kaki ke tangan sebelum memasuki fasa rejaman.123Olahraga Asas99

p. 108

Fasa rejamanPemindahan daya berlaku dari bahagian kaki ke bahagian tangan. Hal ini akan menghasilkan kelajuan yang maksimum ketika rejaman lembing dilakukan. Sudut pelepasan yang sesuai juga turut memberi kesan terhadap jarak rejaman. Aspek-aspek yang perlu diberi tumpuan utama ketika melakukan rejaman:1.Lembing berada pada kedudukan bersudut 40°.2.Tumit kaki hadapan menekan ke trek serta badan dikilas ke sisi.3.Kilaskan badan ke sisi dan belakang dengan menggunakan tangan bebas dan daya rotasi pinggul.4.Lentik badan ke belakang untuk mendapatkan daya.5.Tolak lembing ke belakang serta tarik ke atas dan ke hadapan untuk melakukan rejaman.6.Pindahkan berat badan ke kaki hadapan.7.Lepaskan lembing pada kedudukan bersudut 40° – 45° dengan tangan yang lurus ke hadapan.12Olahraga Asas100

p. 109

Fasa ini penting bagi mengekalkan keseimbangan badan serta mengawal kelajuan selepas lembing direjam. Hal ini bagi mengekalkan kelajuan larian serta memastikan rejaman yang dilakukan tidak dibatalkan kerana memijak atau melepasi garisan kawasan lari landas. Antara aspek yang perlu diberi tumpuan ketika merejam:1.Sebaik sahaja lembing dilepaskan, langkah setapak ke hadapan dan mendarat dengan sebelah kaki.2.Imbangkan badan dengan kaki yang sebelah lagi.3.Rendahkan badan bagi mengimbang dan menstabilkan kedudukan badan.4.Kawal pergerakan supaya tidak melepasi garisan lengkung bulatan.5.Pandang pergerakan lembing.Fasa ikut lajak12Olahraga Asas101

p. 110

1.Murid berdiri hampir dengan garisan permulaan untuk memulakan aktiviti.2.Berlari ke arah garisan untuk merejam.3.Rejam alatan ubah suai ke kawasan rejaman.4.Jarak rejaman yang jauh memberikan mata yang lebih banyak.5.Mata diberik an mengikut garisan markah yang telah ditetapkan.Cara bermain:SP: 1.7.3, 2.7.6, 2.7.7, 5.1.2, 5.2.1, 5.3.2, 5.3.3Kemahiran Merejam LembingAktiviti merejam sasar dapat mengukuhkan kemahiran murid-murid dalam teknik merejam lembing. Murid-murid dapat dilatih supaya lebih fokus, berani dan tangkas dengan menggunakan pelbagai alatan untuk disasarkan pada kawasan sasaran. Batang mop, batang penyapu dan paip PVC boleh diubah suai bagi menggantikan lembing sebenar sebagai langkah keselamatan ketika mempelajari kemahiran merejam lembing. Manakala bola lisut dan bola tenis pula boleh digunakan sebagai alatan untuk latihan ansur maju sebelum menggunakan lembing ubah suai atau lembing sebenar. Alatan-alatan tersebut sesuai digunakan bagi mengelakkan berlaku kemalangan dan kecederaan.Larian saya perlu laju dan terkawal untuk menghasilkan daya yang besar.Rejaman Sah dan Batal• Pegang pada bahagian balutan semasa melakukan rejaman lembing.• Rejaman dibatalkan jika peserta menyentuh garis lengkung atau kawasan di hadapannya.• Peserta hanya boleh meninggalkan landasan larian setelah lembing mendarat.• Rejaman lembing mesti dilakukan melalui atas bahu. Pastikan sudut pelepasan alatan ubah suai tepat untuk jarak yang maksimum.Merejam Sasar1.Lakukan senaman memanaskan badan sebelum memulakan setiap aktiviti dan menyejukkan badan selepas menamatkan setiap aktiviti.2.Pastikan kawasan permainan selamat.Peringatan:Olahraga Asas102

p. 111

• Jangan berlari ketika membawa dan mengambil lembing.• Mata lembing hendaklah dihalakan ke bawah.• Pastikan tiada orang di hadapan semasa melakukan rejaman.• Lembing yang tidak digunakan perlu ditusuk ke tanah.• Berlatih di bawah pengawasan guru.• Pungut lembing setelah semua selesai merejam.Teknik lakuanImbas kod Zappar1234567Merejam lembing.Olahraga Asas103

p. 112

1.Senaraikan peralatan yang boleh diguna pakai sebagai lembing ubah suai……………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………….2.Jelaskan faktor-faktor yang boleh mempengaruhi jarak rejaman lembing……………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………….3.Terangkan aspek keselamatan yang perlu diberi perhatian semasa melakukan rejaman lembing……………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………….4.Terangkan kesan sudut pelepasan lembing terhadap jarak rejaman lembing………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………5.Lembing merupakan sejenis peralatan sukan yang berbahaya kerana bentuknya yang tajam boleh menyebabkan kecederaan. Anda dikehendaki menyediakan sebilah lembing ubah suai yang selamat untuk digunakan semasa latihan. Bentukkan kumpulan berempat untuk menyediakan lembing tersebut.Latihan PengukuhanOlahraga Asas104

p. 113

6.Namakan turutan lakuan yang betul semasa melakukan aktiviti merejam lembing. Isikan nombor di petak mengikut turutan yang betul.Olahraga Asas105

p. 114

• Melakukan aktiviti rekreasi dan kesenggangan.• Mengaplikasikan strategi dan idea kreatif dalam aktiviti rekreasi dan kesenggangan.• Mematuhi dan mengamalkan elemen pengurusan dan keselamatan.• Menunjukkan keyakinan dan tanggungjawab kendiri semasa melakukan aktiviti fizikal.• Berkomunikasi dalam pelbagai cara semasa melakukan aktiviti fizikal.• Membentuk kumpulan dan bekerjasama dalam kumpulan semasa melakukan aktiviti fizikal.• Memahami dan mengaplikasikan etika dalam sukan semasa melakukan aktiviti fizikal.REKREASI DANKESENGGANGANSTANDARD KANDUNGANUnit 7Rekreasi dan kesenggangan merupakan aktiviti terancang yang bertujuan memberi kepuasan, keseronokan serta ketenangan jiwa dan minda kepada individu yang terlibat. Aktiviti rekreasi yang boleh dilakukan adalah seperti perkhemahan, berkayak, mendaki gunung, berakit dan juga permainan tradisional. Penglibatan murid dalam aktiviti rekreasi dan kesenggangan ini mampu memelihara serta memupuk persefahaman, semangat kerjasama, mewujudkan suasana kemesraan dan mengeratkan perhubungan. Hal ini dapat menggalakkan perkembangan nilai-nilai hidup yang sihat dalam kalangan murid. Murid juga boleh mengaplikasikan jenis simpulan dan ikatan semasa membina khemah dan gajet. Topik ini juga merangkumi permainan tradisional, iaitu jengkek ligan dan bola tuju kaki. 106

p. 115

Simpulan buku sila.Berkhemah.Gajet.Bermain jengkek ligan.Bermain tuju kaki.Gajet– Alatan yang dibina ketika perkhemahan.107

p. 116

SP: 1.8.1, 1.8.2, 2.8.1, 2.8.2, 5.1.1, 5.1.2, 5.4.1, 5.4.2Pastikan semua peralatan sesuai dan selamat digunakan.Rak kasut ini menggunakan ikatan serong yang mengikat dua batang kayu yang melintang dan menegak.Jom BerkhemahSaya membuat ikatan simpul manuk untuk memulakan ikatan pada khemah.Saya membuat ikatan silang gunting untuk menyambung dua atau tiga batang kayu seperti gajet tripod yang telah saya bina.Rekreasi108

p. 117

• Pastikan tapak perkhemahan selamat dan bersih.• Pastikan alatan tajam disimpan di tempat yang sepatutnya.• Patuhi garis panduan langkah keselamatan.• Murid perlu sentiasa dalam pengawasan guru.• Murid perlu bergerak dalam kumpulan.• Pastikan kawasan perkhemahan tiada dahan dan ranting mati di atas pokok. Jelaskan kesan aktiviti perkhemahan dalam membentuk keyakinan diri murid.Apakah jenis ikatan yang digunakan?Gajet ampaian ini dihasilkan dengan menggunakan ikatan seraya untuk mengikat dua batang kayu yang bersilang.Saya membuat ikatan pengail bertujuan untuk mengikat tali pada pancang khemah.Rekreasi109

p. 118

Simpulan dan ikatan untuk berkhemahTeknik Ikatan Simpul Manuk• Mulakan simpulan pada kayu.• Kemudian, buat satu lagi simpulan di atas simpulan tadi. • Tarik hujung tali.123Ikatan Simpul Manuk• Ikatan simpul manuk biasanya digunakan sebagai permulaan ikatan ketika mula mengikat pada kayu atau tiang.• Ikatan ini tidak mudah terurai dan kayu dapat ditarik ke tempat yang dikehendaki dengan selamat.• Ikatan ini juga digunakan semasa memulakan dan mematikan ikatan seraya dan silang gunting.• Pada bahagian khemah, simpul manuk digunakan untuk mengikat tali pada tiang khemah.SP: 1.8.1, 1.8.2, 2.8.1, 2.8.2, 5.1.1, 5.1.2, 5.4.1Rekreasi110

p. 119

Teknik Ikatan Silang Gunting Ikatan Pengail• Digunakan untuk mengikat tali pada pancang khemah.• Ikatan ini kuat dan kukuh.• Selain sesuai digunakan untuk membina khemah, ikatan ini juga digunakan untuk mendaki bukit (abseiling dan rappelling).Ikatan Silang Gunting • Digunakan untuk mengikat tali jambatan, menara, gajet dan menyambung kayu. Sesuai untuk membuat tripod.• Ikatan ini kuat dan kukuh untuk mengikat dua atau tiga batang kayu supaya bercantum.Teknik Ikatan Pengail1123423Buat dua gelung tali, kemudian masukkan hujung tali.Mulakan ikatan simpul manuk pada mana-mana kayu.Lakukan dua lingkaran tali.Belitkan keduadua kayu sehingga ketat.Belitkan tali di celah kedua-dua kayu beberapa kali.Matikan ikatan dengan simpul manuk.Ikat pada hujung tali itu.Tripod Alatan berkaki tiga untuk menopang sesuatu.Rekreasi111

p. 120

Teknik Ikatan SerongIkatan Serong • Digunakan untuk mengikat tali pada kayu, pancang dan gelung besi.• Ikatan ini kuat dan kukuh.• Sesuai digunakan untuk membuat gajet meja, kerusi dan tempat memasak.12563Mulakan dengan ikatan simpul manuk.Kemudian, lilit secara menyerong.Mulakan melilit secara menyerong.Lilit sehingga kemas.Lilit beberapa kali.Matikan dengan ikatan simpul manuk.SP: 1.8.2, 2.8.2, 5.1.1, 5.1.2, 5.4.14Rekreasi112

p. 121

Teknik Ikatan SerayaIkatan Seraya • Digunakan untuk membuat jambatan, menara dan rakit.• Mulakan dengan simpulan manuk kemudian lilitkan dengan kemas.• Matikan dengan ikatan simpul manuk.14253Mulakan dengan ikatan simpul manuk.Lilit sehingga kemas dan ketat.Lilit tali beberapa kali dari atas ke bawah.Matikan dengan ikatan simpul manuk.Lilit tali beberapakali di celah kayu.Rekreasi113

p. 122

Jengkek LiganSP: 1.8.3, 2.8.3, 5.4.1, 5.4.2, 5.5.1, 5.5.2Jengkek ligan juga dikenali sebagai aci jengkek. Permainan ini dimainkan secara berpasukan. Dalam permainan ini, pemain pasukan yang menyerang akan mengejar pemain pasukan yang bertahan dengan cara berjengkek (ketingting). Pemain pasukan bertahan yang disentuh oleh pasukan penyerang akan tersingkir daripada permainan. Permainan diteruskan sehingga semua pemain pasukan bertahan telah berjaya disentuh oleh pemain pasukan penyerang. Permainan ini sering dimainkan oleh kanak-kanak berumur tujuh hingga 14 tahun. Permainan jengkek ligan dapat membina daya tahan otot, kapasiti aerobik dan ketangkasan. Secara keseluruhannya, objektif permainan ini adalah untuk menguji kebijaksanaan dan kesabaran para pemain. Permainan ini hendaklah dimainkan di kawasan halaman yang rata bagi mengelakkan kecederaan.Imbas kod ZapparRekreasi114

p. 123

Teknik Pasukan Bertahan1.Pasukan bertahan perlu lari dan mengelak.2.Bergerak bagi mencari ruang kosong.3.Bergerak dengan tangkas untuk mengubah kedudukan.4.Elak daripada disentuh penyerang.Teknik Pasukan Menyerang1.Fleksi lutut (sebelah kaki).2.Kawal keseimbangan badan.3.Bergerak berkumpulan untuk menyerang pasukan lawan.4.Sentuh pasukan lawan untuk mematikan pasukan bertahan.5.Mata memfokuskan kepada sasaran.Cara bermain:Saya perlu menyentuh pasukan lawan untuk mematikan pergerakan mereka.Kenal pasti latihan yang sesuai untuk meningkatkan keupayaan keseimbangan badan dan ketangkasan.SP: 1.8.3, 2.8.3, 5.1.1, 5.1.2, 5.2.2Saya mesti mencari ruang yang selamat untuk mengelak daripada disentuh.Kawasan permainan perlu dihadkan kepada kawasan yang minimum untuk mengelak kecederaan pada kaki semasa menjengkek.Penyerang mesti mengangkat sebelah kaki dan mengejar lawan.Rekreasi115

p. 124

Tuju Kaki1.Murid-murid dibahagikan kepada dua kumpulan, iaitu kumpulan penyerang dan bertahan.2.Kumpulan penyerang membentuk bulatan. Kumpulan bertahan berada dalam bulatan.3.Gunakan bola getah yang lembut dan ringan.4.Penyerang akan menuju bola ke arah kumpulan bertahan pada bahagian kaki (bawah lutut).5.Pemain yang terkena bola getah akan tersingkir.6.Permainan tamat selepas semua pemain yang bertahan terkena bola.7.Tukar peranan setelah habis satu pusingan.8.Pastikan kawasan permainan selamat. Gunakan kawasan yang lapangdan rata.9.Lakukan aktiviti pemanasan badan sebelum melakukan aktiviti bagi mengelakkan kecederaan otot.10.Pakai pakaian yang selamat.Kumpulan Penyerang1.Pegang bola menggunakan sebelah tangan dengan kemas.2.Mata pandang ke sasaran (bawah lutut).3.Sebelah kaki di hadapan.4.Baling bola ke arah sasaran.Kumpulan Bertahan1.Bergerak untuk mencari ruang.2.Berusaha untuk mengelak daripada terkena bola.3.Mata memandang penyerang dan bola.Cara bermain:Saya perlu bergerak pantas untuk mengelak daripada terkena balingan bola.SP: 1.8.3, 2.8.3, 5.2.1, 5.3.1, 5.4.1, 5.5.1, 5.5.2Saya perlu memandang dan fokus kepada sasaran.Guru boleh mempelbagaikan permainan dengan:1.Mengubah bilangan pemain.2.Mengubah suai keluasan kawasan permainan.Rekreasi116

p. 125

Fikirkan beberapa strategi untuk mengelak daripada terkena balingan bola.Permainan tuju kaki dapat meningkatkan tahap ketangkasan dan kepantasan.Balingan saya perlu laju dan tepat ke arah sasaran.Pastikan bola dibaling ke bahagian bawah lutut sahaja.Saya perlu sentiasa berhati-hati dan fokus kepada pergerakan bola.Rekreasi117

p. 126

1.Senaraikan strategi yang boleh digunakan bagi mematikan pihak lawan dalam permainan jengkek ligan dan bola tuju kaki.StrategimematikanpihaklawanJengkek LiganBola Tuju Kaki2.Kenal pasti turutan yang betul bagi menghasilkan simpulan atau ikatan berikut.Ikatan Simpul ManukaLatihan PengukuhanRekreasi118

p. 127

Ikatan Serong3.Tulis dan lakarkan teknik ikatan menggunakan jenis ikatan seperti di bawah.Teknik Ikatan PengailTeknik Ikatan SerayaTeknik Ikatan Silang Gunting132bRekreasi119

p. 128

Kecergasan120• Melakukan aktiviti meningkatkan kapasiti aerobik.• Melakukan senaman kelenturan dengan lakuan yang betul.• Melakukan senaman daya tahan dan kekuatan otot dengan lakuan yang betul.• Melakukan aktiviti yang melibatkan komposisi badan.• Mengukur tahap kecergasan fizikal murid berdasarkan kesihatan.• Mengaplikasikan pengetahuan prinsip kecergasan dan strategi bagi meningkatkan kapasiti aerobik.• Mengaplikasikan pengetahuan prinsip kecergasan dan strategi bagi meningkatkan kelenturan.• Mengaplikasikan pengetahuan prinsip kecergasan dan strategi bagi meningkatkan daya tahan dan kekuatan otot.• Mengaplikasikan pengetahuan kecergasan fizikal dan komposisi badan dengan kecergasan.• Mengaplikasikan konsep, prinsip dan strategi dalam pentaksiran kecergasan fizikal.• Mematuhi dan mengamalkan elemen pengurusan dan keselamatan.• Menunjukkan keyakinan dan tanggungjawab kendiri semasa melakukan aktiviti fizikal.• Berkomunikasi dalam pelbagai cara semasa melakukan aktiviti fizikal.• Membentuk kumpulan dan bekerjasama dalam kumpulan semasa melakukan aktiviti fizikal.• Memahami dan mengaplikasikan etika dalam sukan semasa melakukan aktiviti fizikal.KECERGASANSTANDARD KANDUNGANUnit 8Kecergasan fizikal merupakan kemampuan seseorang melakukan aktiviti tanpa berasa letih di samping mempunyai tenaga lebihan untuk melakukan aktiviti lain. Kecergasan fizikal terdiri daripada kecergasan fizikal berdasarkan perlakuan motor dan kecergasan fizikal berdasarkan kesihatan. Topik ini memerihalkan komponen kecergasan fizikal berdasarkan kesihatan yang terdiri daripada kapasiti aerobik, kelenturan, daya tahan otot, kekuatan otot dan komposisi badan.120

p. 129

Fleksi lutut - Menggerakkan tumit ke arah belakang paha (rentang 120˚–130˚).Peti lombol - Peti yang disusun bertingkat dan digunakan dalam sukan gimnastik.Kecergasan121Treadmill.Leg Bench.Dumbel.121Kapasiti aerobik– Kemampuan badan untuk melakukan pekerjaan yang bersifat aerobik yang melibatkan oksigen.Kelenturan–Fleksibiliti.Komposisi badan– Lemak badan dalam tubuh.

p. 130

Kapasiti AerobikSP: 3.1.1, 4.1.1, 5.1.1, 5.1.2Sistem aerobik merujuk kepada keupayaan seseorang melakukan aktiviti fizikal secara berterusan dalam jangka masa yang lama. Aktiviti ini akan melibatkan pertukaran gas oksigen dalam darah pada suatu darjah mengatasi sesuatu aktiviti seperti aktiviti berlari berbanding daya tahan kekuatan (American Academy of Pediatric, 2015).Kapasiti aerobik dikaitkan dengan pengambilan atau penggunaan oksigen yang tinggi ketika melakukan aktiviti fizikal. Contoh aktiviti untuk meningkatkan kapasiti aerobik adalah seperti berjalan, berlari, berenang, berbasikal, senamrobik dan lompat tali.Jadual di bawah menunjukkan tahap kapasiti aerobik:Tahap Kapasiti AerobikTahap Kapasiti AerobikDenyutan Nadi SeminitSangat cergasBawah 50Cergas51 – 69Sederhana70 – 79Tidak cergasLebih daripada 80Berbasikal dan lompat tali merupakan aktiviti yang memerlukan tahap kapasiti aerobik yang tinggi.Kecergasan122

p. 131

Kira kadar nadi latihan anda sekiranya intensiti latihan adalah 65% − 75%.KNL = KNM - KNR x Intensiti Latihan + KNRKNL = ( 206 - …….. ) x 65% + KNL = ( ……. x 65 ) + ……..100KNL = ( ……. ) + …….. )KNL = ……… denyutan seminitFormula KarvonenFormula Karvonen ialah formula yang dapat membantu anda menentukan zon latihan. Formula ini menggunakan kadar nadi maksimum dan kadar nadi rehat berserta intensiti latihan untuk mendapatkan kadar nadi latihan. Aktiviti berikut menunjukkan cara mengira kadar nadi latihan.KNL− Kadar Nadi LatihanKNM− Kadar Nadi Maksimum KNR− Kadar Nadi RehatKNL = ( 206 - …….. ) x 75% + ………KNL = ( ……. x 75 ) + ……..100KNL = ( ……. ) + …….. )KNL = ……… denyutan seminitFrequency(kekerapan)Frequency ialah kekerapan melakukan aktiviti fizikal atau senaman. Aktiviti fizikal ini perlulah dilakukan secara konsisten sekurang-kurangnya tiga hingga lima kali seminggu.Time (masa)Time merujuk kepada masa yang digunakan untuk melakukan sesuatu aktiviti fizikal. Masa yang disarankan untuk sesuatu aktiviti fizikal dilakukan adalah sekurangkurangnya 30 minit.Intensity (intensiti)Intensity ialah bebanan atau tahap kesukaran aktiviti yang dilakukan. Semakin tinggi tahap kesukaran sesuatu aktiviti, semakin tinggi juga degupan jantungnya.Type (jenis)Type merujuk kepada jenis aktiviti fizikal yang membantu meningkatkan tahap kecergasan berdasarkan komponen kecergasan. Aktiviti yang dilakukan boleh dipilih mengikut keupayaan dan minat.FiTTPrinsip FITTSaya berumur 14 tahun. Kadar nadi rehat saya ialah 62 denyutan seminit. Intensiti latihan yang perlu saya lakukan ialah 75%. Kirakan kadar nadi latihan saya.Saya berumur 14 tahun. Kadar nadi rehat saya ialah 62 denyutan seminit. Intensiti latihan yang perlu saya lakukan ialah 65%. Kirakan kadar nadi latihan saya.Kecergasan123

p. 132

2Berjalan1Lari pecutSP: 3.1.2, 4.1.2, 4.1.3, 5.1.1, 5.1.2, 5.2.1, 5.2.3, 5.4.1, 5.4.2Kekerapan:3 – 5 setIntensiti:65% hingga 85% daripada KNMJenis:AerobikRancangan Latihan Aerobik4BerjogingKecergasan124

p. 133

5 Senaman aerobik3StridingCara perlaksanaan:1.Murid-murid dibahagikan kepada beberapa kumpulan.2.Dari A ke B – berlari pecut, B ke C – berjalan, C ke D – striding (langkah luas) dan D ke A – berjoging.3.Lakukan aktiviti selama lima minit tanpa henti dan berehat selama seminit. Ulangi aktiviti sebanyak tiga kali.4.Selepas melakukan aktiviti di atas, murid-murid akan melakukan senaman aerobik selama 20 minit.Aktiviti boleh dilakukan di padang atau gelanggang permainan.Kecergasan125

p. 134

Proprioceptive Neuromuscular Facilitation (PNF)Proprioceptive Neuromuscular Facilitation (PNF) merupakan salah satu cara atau bentuk yang paling berkesan untuk mengoptimumkan julat pergerakan otot dan sendi (Rate of Movement/ROM). PNF merupakan cara atau teknik regangan yang paling berkesan dan cepat jika dibandingkan dengan teknik lain.PNF ialah teknik rehabilitasi yang telah diperkenalkan lebih 50 tahun yang lalu. Teknik ini digunakan sebagai rangsangan kepada sistem neuromuskular yang dapat merangsang proprioseptor (organ sensori) yang terdapat di dalam otot, tendon, tulang dan sendi untuk menghasilkan pergerakan.PNF merupakan kaedah terbaik bagi latihan fleksibiliti yang melibatkan regangan dan kontraksi otot tertentu. Antara aktiviti PNF yang boleh dilakukan adalah seperti regangan otot hamstrings, regangan otot oblique, regangan otot gluteus dan regangan otot latissimus dorsi.1 Pectoralis major3QuadricepsKecergasan1262 ObliqueJulat pergerakan– Lingkungan masa yang ditetapkan dalam sesuatu pergerakan.Kontraksi otot– Penguncupan otot ketika beraksi.

p. 135

Regangan yang dilakukan sebelum dan selepas aktiviti bersukan dapat mengelakkan berlakunya kecederaan seperti kekejangan otot.4Latissimus dorsi67 Gluteus maximus Semitendinosus SemimembranosusKecergasan1272 Longissimus1 Iliocostalis7Hamstrings3 Spinalis5 Erector spinae1 Biceps femoris23

p. 136

1.Pelaku dalam posisi berbaring.2.Angkat sebelah kaki lurus ke atas.3.Pembantu mengangkat sehingga ketinggian maksimum.4.Kekalkan posisi selama 15 saat.1.Pelaku dalam posisi duduk.2.Kaki dalam keadaan berlunjur.3.Pembantu menolak belakang sehingga maksimum.4.Tangan dan badan dibawa ke hadapan semaksimum mungkin dengan dibantu oleh rakan.5.Kekalkan posisi selama 15 saat.1.Pelaku dalam posisi berbaring.2.Depakan tangan.3.Fleksi lutut.4.Pembantu menolak kaki sehingga maksimum.5.Kekalkan posisi selama 15 saat.Regangan HamstringsRegangan Eractor SpinaeRegangan GluteusStesen 1Stesen 5Stesen 61.Bentukkan beberapa stesen.2.Murid akan melakukan aktiviti dengan bantuan daripada guru atau rakan.3.Aktiviti dilakukan selama 15 saat di setiap stesen.4.Bergerak ke setiap stesen secara berpasangan.5.Lakukan aktiviti memanaskan badan sebelum menjalankan aktiviti.6.Pakai pakaian yang sesuai.7.Pastikan kawasan selamat.SP: 3.2.1, 4.2.1, 4.2.2, 5.1.2, 5.2.3, 5.2.4, 5.3.3Cara perlaksanaan PNF:Kecergasan128

p. 137

1.Pelaku berdiri tegak.2.Buka kaki seluas bahu.3.Condongkan badan ke sisi kiri atau kanan.4.Pembantu menarik tangan sehingga ke tahap maksimum.5.Kekalkan posisi selama 15 saat.1.Pelaku meniarap dalam keadaan rehat.2.Bengkokkan lutut.3.Pembantu menolak kaki ke belakang sehingga maksimum.4.Kekalkan posisi selama 15 saat.1.Pelaku dalam situasi duduk.2.Kaki dalam keadaan berlunjur.3.Kedua-dua tangan diluruskan ke atas.4.Pembantu memegang dan menarik tangan pelaku.5.Pembantu memusingkan tangan dan bahu ke arah kiri dan kanan sehingga maksimum.6.Kekalkan posisi selama 15 saat.Regangan ObliqueRegangan QuadricepsRegangan Latissimus DorsiStesen 2Stesen 3Stesen 4Kecergasan129

p. 138

Daya Tahan OtotDaya tahan otot merupakan keupayaan otot berkontraksi mengatasi sesuatu rintangan untuk jangka masa yang lama atau melakukan aktiviti secara berulang-ulang. Contoh latihan daya tahan otot termasuklah lompat tali, tekan tubi, bangkit tubi dan burpee. Setiap murid yang melakukan latihan daya tahan otot akan memperoleh manfaat yang berguna seperti aktiviti harian dapat dilakukan dengan lebih efisien. Selain itu, latihan ini mampu meningkatkan prestasi seseorang atlet. Seterusnya, dapat mengurangkan risiko kecederaan otot ketika bekerja dan bersukan. Manfaat lainnya adalah dapat meningkatkan atau memperbaiki kebolehan dalam menghadapi situasi kecemasan.FaedahLatihan Daya Tahan OtotMembentuk postur yang baik.Kecergasan130

p. 139

Mengawal berat badan.Menguatkan otot sendi.Mengurangkan stres.Hipertrofi otot.Mengurangkan risiko kecederaan otot.Hipertrofi otot– Peningkatan ukuran sel-sel otot dan menjadikan otot lebih besar serta kuat.Kecergasan131

p. 140

Arahan Perlakuan Roda Sihat1.Lakukan aktiviti-aktiviti tersebut secara individu, berpasangan atau berkumpulan.2.Aktiviti perlu dilakukan dengan teknik yang betul.3.Lakukan aktiviti dengan cermat agar dapat mengelakkan risiko kecederaan.4.Mengambil bahagian dalam aktiviti secara aktif.5.Bertanggungjawab sebagai ahli kumpulan semasa melakukan aktiviti.1LungesLompat3Kuadran2Half SquatAktiviti Roda SihatSP: 3.3.1, 4.3.1, 5.1.2, 5.2.3, 5.2.4, 5.5.2Murid akan melakukan aktiviti Roda Sihat di dalam gimnasium. Guru akan memutarkan Roda Sihat. Apabila roda berhenti, murid perlu melakukan aktiviti yang ditunjukkan pada roda. Jika roda berhenti di tempat yang sama, guru perlu memutarkan roda sekali lagi bagi mengelakkan murid melakukan aktiviti yang sama berturut-turut. Lakukan aktiviti tersebut selama 30 saat.Roda Sihat.LungesHalf squatLompat KuadranCrunchesPush-upKilas pinggangBurpee Lontar bola ke dinding 123412341243Kecergasan132

p. 141

5Push-up4Crunches7Burpee8 Lontar bola ke dinding1236 Kilas pinggang113222Guru boleh mengubah suai aktiviti mengikut peralatan yang terdapat di sekolah dan mengikut kreativiti.112345Kecergasan133

p. 142

1.Guna ibu jari dan jari telunjuk untuk menarik atau mencubit kulit yang hendak diukur. Jarak antara dua jari ialah 2.5 cm.2.Buka rahang kaliper dan lepaskan rahang pada kulit yang dicubit 1.25 cm di bawah ibu jari dan jari telunjuk.3.Biar kaliper menutup rahang selama 23 saat sebelum mengambil bacaan pada kaliper.4.Ambil tiga kali bacaan dan ambil ukuran penengah.Cara mengukur peratusan lemak badan menggunakan kaliper pada bahagian trisep, abdominal atau gastroknemius.Komposisi BadanOtot trisepUkur lemak otot trisepUkur lemak abdominalUkur lemak gastroknemiusAbdominalGastroknemiusSP: 3.4.1, 4.4.1, 4.4.2, 4.4.3, 5.1.1, 5.4.1, 5.5.2111222BORANG PENGUKURAN PERATUSAN LEMAK (%)Nama Guru: ___________________________Tarikh: ____________Nama Murid: ___________________________Kelas: ____________CATATAN PENGUKURANUkuran 1Ukuran 2Ukuran 3Ukuran PenengahTrisep (mm)Abdominal (mm)Gastroknemius (mm)Jumlah Ukuran (mm)Lemak Badan (%)KategoriKecergasan134

p. 143

Cari maklumat mengenai fungsi lain penggunaan kaliper.JADUAL KATEGORI LEMAK BADANTerlalu RendahPinggiran(Borderline)SihatMarginalLebih LemakDi bawah tahap lemak perluTidak sihat untuk kebanyakan orangOptimum untuk kesihatan baikBerkait dengan sedikit masalah kesihatanBerisiko sangat tidak sihatLelaki≤ 5%6% – 9% – 20!% – 25%> 25%Perempuan≤ 10% – 16% – 28)% – 35%> 35%JADUAL PERATUS LEMAK BADAN FITNESSGRAMJumlah Ukuran Lipatan Kulit (mm)Lemak (%)Jumlah Ukuran Lipatan Kulit (mm)Lemak (%)8 – 1011 – 133.24.123 – 2526 – 2816.817.714 – 1617 – 195.06.029 – 3132 – 3418.519.420 – 2223 – 256.07.835 – 3738 – 4020.221.026 – 2829 – 318.79.741 – 4344 – 4621.922.732 – 3435 – 3710.611.547 – 4950 – 5223.524.438 – 4041 – 4312.513.453 – 5556 – 5825.226.144 – 4647 – 4914.315.259 – 6162 – 6426.927.750 – 5253 – 5516.217.165 – 6768 – 7028.629.456 – 5859 – 6118.018.971 – 7374 – 7630.231.162 – 6465 – 6719.920.877 – 7980 – 8231.932.768 – 7071 – 7321.722.683 – 8586 – 8833.634.474 – 7677 – 7923.624.589 – 9192 – 9435.536.180 – 8283 – 8525.426.495 – 9798 – 10036.937.886 – 8889 – 9127.328.2101 – 103104 – 10638.639.492 – 9495 – 9729.130.1107 – 109110 – 11240.341.198 – 100101 – 10331.031.9113 – 115116 – 11842.042.8104 – 106107 – 10932.833.8119 – 121122 – 12443.644.5110 – 112113 – 11534.735.6125 – 127128 – 13045.346.1116 – 118119 – 12136.637.5131 – 133134 – 13647.047.8122 – 124125 – 12738.439.3137 – 139140 – 14248.749.5Sumber: Corbin, C., Welk, G., Corbin, W., & Welk, K. (2011). Concept of fitness and wellness: A comprehensive lifestyle approach (10 ed.). NY: The McGraw-Hill Companies, Inc.Kecergasan135

p. 144

Ujian SEGAKHawariUjianPenggal 1 (Mac)Indeks Jisim Badan(BMI)Tinggi (m)BMI1.48Berat (kg)19.242UjianBil. Ulangan/ Masa/JarakSkorNaik Turun Bangku72 dsm5Tekan Tubi 325Ringkuk Tubi Separa245Jangkauan Melunjur475Jumlah Skor20Gred SkalaAStatus KecergasanSangat TinggiTajudinUjianPenggal 1 (Mac)Indeks Jisim Badan(BMI)Tinggi (m)BMI1.50Berat (kg)23.152UjianBil. Ulangan/ Masa/JarakSkorNaik Turun Bangku132 dsm2Tekan Tubi 162Ringkuk Tubi Separa103Jangkauan Melunjur182Jumlah Skor9Gred SkalaDStatus KecergasanLemahSenaman yang Boleh Meningkatkan Komponen KecergasanPanduan FITTLatihan aerobik• Joging• Berenang• Berbasikal• Senamrobik• Dilakukan tiga hingga enam sesi seminggu.• Setiap sesi dilakukan 30 hingga 45 minit.Kapasiti dan Daya • Intensiti 60 hingga 70.Tahan Otot• Tekantubi• Bangkittubi• MendaguKelenturan• Duduk dan menjangkauSP: 3.5.1, 3.5.2, 4.5.1, 4.5.2, 5.2.1, 5.2.3, 5.2.4Berdasarkan skor ujian SEGAK yang ditunjukkan dalam rajah di atas, skor ujian SEGAK Tajudin tidak memberangsangkan. Tajudin perlu meningkatkan prestasi fizikalnya.Setelah berbincang dengan guru Pendidikan Jasmani dan Pendidikan Kesihatan, Tajudin dinasihatkan untuk melakukan senaman-senaman berikut agar dapat meningkatkan tahap komponen kecergasannya.Kecergasan136

p. 145

1.Rancangkan satu program latihan bagi meningkatkan tahap kapasiti aerobik diri anda berdasarkan prinsip FITT yang telah dipelajari.HARIAKTIVITIPRINSIP FITTAHADISNINSELASARABUKHAMISJUMAATSABTULatihan PengukuhanKecergasan137

p. 146

2.Bincangkan kepentingan latihan PNF terhadap otot yang diregangkan.iiiiiiivvKecergasan138

p. 147

PENDIDIKAN KESIHATAN

p. 148

PEERS140PENDIDIKANKESIHATANREPRODUKTIF DANSOSIAL (PEERS)Unit 1Kesihatan diri dan reproduktif merangkumi kesejahteraan diri dan mental serta ketiadaan penyakit yang berkaitan proses, fungsi dan sistem reproduktif. Aspek ini meliputi keupayaan untuk menjalani kehidupan seksual yang betul dan selamat. Unit ini menekankan kemahiran kecekapan psikososial dalam mengenal pasti identiti dan orientasi seksual serta kepentingan menjaga kehormatan dan keselamatan diri. Di samping itu, banyak pihak yang harus memainkan peranan dalam memelihara kesihatan, kehormatan dan keselamatan individu sekeliling.standardpembelajaran1.0kesihatan diri dan reproduktif 140• Menghuraikan maksud identiti seksual iaitu setiap orang dilahirkan sama ada sebagai lelaki atau perempuan. • Menghuraikan maksud orientasi seksual iaitu keinginan seksual terhadap berlainan jantina atau sesama jantina atau kedua-duanya sekali. • Menjana idea cara untuk menangani kecelaruan identiti seksual dan orientasi seksual yang bertentangan dengan agama serta budaya dalam masyarakat Malaysia.• Menyatakan maksud kehormatan diri.• Menganalisis kepentingan menjaga kehormatan diri dengan mengamalkan kebersihan, keselamatan dan kesihatan.• Menilai kesan terhadap diri, keluarga dan masyarakat sekiranya tidak menjaga kehormatan diri.

p. 149

PEERS141

p. 150

Apakah perbezaan antara homoseksual, heteroseksual dan biseksual, cikgu?Identiti dan Orientasi Seksual SP: 1.1.1, 1.1.2Identiti seksual melibatkan aspek psikologi dan ciri-ciri tingkah laku berkaitan dengan seseorang individu sama ada lelaki atau perempuan. Identiti seksual biasanya merujuk kepada penerimaan tingkah laku, sikap dan personaliti yang diwarisi, yang boleh membezakan lelaki yang bersifat sasa dan perempuan yang berciri lemah lembut.Orientasi seksual pula merupakan kecenderungan identiti personal terhadap seksual tertentu yang akan mencerminkan diri individu sama ada terarah kepada heteroseksual, homoseksual atau biseksual.Cikgu, apakah yang dimaksudkan dengan orientasi seksual?PEERS142

p. 151

Setiap individu mempunyai orientasi seksual masing-masing. Biasanya, setiap individu akan tertarik secara seksual terhadap pasangan berlainan jantina. Seseorang remaja akan menyimpan perasaan terhadap seseorang dan mungkin bertindak mengikut perasaan tersebut. Orientasi seksual ialah tarikan seksual atau emosional kepada individu yang berlainan jantina, sesama jantina atau keduaduanya. Biasanya individu akan mengalami perasaan tertarik secara seksual kepada pasangan yang berlainan jantina.Heteroseksual ialah tarikan seksual terhadap pasangan yang berlainan jantina. Biseksual pula ialah tarikan seksual terhadap kedua-dua jantina. Manakala homoseksual merupakan tarikan seksual terhadap jantina yang sama.PEERS143

p. 152

Pada pandangan Profesor Doktor Aziah, apakah pula peranan keluarga dalam isu ini?Dari sudut agama, apakah yang Ustazah Maryam cadangkan dalam mencegah isu ini daripada berlaku?SP: 1.1.3Bolehkah Doktor Azman jelaskan langkah-langkah untuk menangani kecelaruan identiti dan orientasi seksual dalam kalangan remaja masa kini?Forum di bawah membincangkan kecelaruan identiti seksual. Mari kita teliti forum berikut:Kecelaruan Identiti Seksual PEERS144

p. 153

Terdapat beberapa cara bagi remaja menangani masalah ini, iaitu dengan mengelakkan cara hidup yang tidak baik seperti suka berfoya-foya. Selain itu, mereka juga perlu bergaul bersama rakan-rakan ke arah yang positif dan mengelakkan daripada terjebak dengan rakan-rakan yang tidak berakhlak. Mereka juga boleh mengelakkan daripada menggunakan media sosial untuk perkara-perkara yang negatif.Keluarga khususnya ibu bapa perlu memainkan peranan bagi menangani isu ini. Antaranya, memberi nasihat dan bimbingan yang secukupnya. Ibu bapa perlu mendidik anak-anak mereka untuk melakukan kebaikan serta mengamalkan budaya hidup yang sihat. Mereka perlu memantau pergaulan anak-anak, cuba mengenali rakan anak-anak serta memisahkan mereka ke persekitaran yang lebih selamat sekiranya anak-anak mereka terlibat dengan gejala ini.Berdasarkan perbincangan tadi, jelaslah menunjukkan bahawa semua pihak perlu bertanggungjawab dalam usaha menangani isu kecelaruan identiti dan orientasi seksual dalam kalangan remaja. Anakanak remaja perlu diberikan pendidikan agama yang mencukupi agar mereka tahu membezakan hukum halal dan haram sesuatu perbuatan yang dilakukan. Sememangnya semua agama sangat mementingkan perbuatan dan tingkah laku yang baik serta memberi panduan tentang cara hidup yang betul.PEERS145

p. 154

Kehormatan DiriKehormatan diri seseorang berkait rapat dengan aspek penjagaan serta amalan kebersihan, keselamatan dan kesihatan diri. Hal ini bertujuan memastikan kehidupan seseorang individu akan lebih selesa dan sempurna.Bagi menerangkan dengan lebih terperinci berkaitan aspek keselamatan diri ini, satu perbincangan forum dalam kelas telah diadakan. Mari kita cuba menguasai maklumat yang diberikan dalam setiap dialog yang digunakan.Betul. Selain itu, kebersihan diri dapat mewujudkan suasana yang harmoni dan selamat dalam keluarga dan masyarakat serta dapat meningkatkan maruah dan kehormatan diri.Kita juga perlu mengelakkan diri daripada berkongsi pakaian, tuala, sikat atau peralatan lain agar sentiasa terhindar daripada penyakit.Boleh. Salah satu aspek kehormatan diri ialah keselamatan diri. Oleh itu, kita hendaklah memakai pakaian yang bersih dan sesuai, tidak mencolok mata bagi mengelakkan diri daripada niat jahat orang terhadap kita.SP: 1.2.1, 1.2.2, 1.2.3Baiklah murid-murid, kamu boleh berbincang dengan mewujudkan suasana yang harmoni dan saling bekerjasama mencetuskan idea berdasarkan tugasan yang telah diberi.Terdapat tiga aspek dalam konsep kehormatan diri. Boleh kita bincangkan sekarang?PEERS146

p. 155

Betul. Selain itu, apabila kita menjaga kehormatan diri, pastilah diri kita akan disanjung dan dihormati.Kumpulan kita dikehendaki membincangkan kesan jika seseorang individu tidak menjaga kehormatan diri. Seseorang yang tidak menjaga kehormatan diri pasti akan berasa masa depan gelap dan menjejaskan pelajaran mereka. Mereka turut menanggung malu kerana maruah, imej diri dan nama baik tercemar.Kumpulan kita perlu berbincang tentang kepentingan menjaga kehormatan diri. Apakah kepentingan-kepentingan yang boleh kita bincangkan di sini?Akhirnya, mereka yang menjaga kehormatan diri pasti mampu mencapai kejayaan yang cemerlang dan berterusan.Kesan tidak menjaga kehormatan diri bukan sahaja melibatkan diri sendiri namun keluarga turut mendapat malu kerana maruah mereka tercemar dan terjejas.Mereka yang tidak menjaga kehormatan diri akan berasa kurang selesa atau tidak bergaul. Selain itu, mereka akan dipulau oleh masyarakat setempat atau sukar meminta bantuan. Mereka juga akan dipandang serong dan dianggap negatif. Kita perlu menjaga kehormatan diri agar tidak mudah terpengaruh dengan amalan atau gejala negatif.PEERS147

p. 156

  1. Tandakan () di petak yang berkenaan. Anda diminta untuk menjawab dengan sejujurnya.Terangkan berserta contohSoalanYaTidakAdakah anda mempunyai sikap yang berbeza apabila berada dalam kumpulan perempuan dan dalam kumpulan lelaki?Adakah anda fikir bahawa identiti bangsa dan budaya merupakan antara perkara penting dalam orientasi seksual anda?Adakah terdapat perkara yang anda ingin lakukan tetapi beranggapan bahawa menyalahi identiti seksual anda sebagai lelaki atau perempuan?Adakah anda pernah dimarahi kerana tidak mempunyai penampilan diri dengan jantina anda yang sepatutnya?Adakah anda pernah untuk tidak berkawan dengan seseorang kerana anda fikir dia mempunyai kecelaruan identiti seksual?Adakah anda pernah berdepan situasi menasihati rakan yang dilihat cenderung mempunyai kecelaruan orientasi seksual?Latihan PengukuhanPEERS148

p. 157

2.Sila nyatakan tindakan anda terhadap gambar situasi di bawah bagi menunjukkan nilai kehormatan diri.1234PEERS149

p. 158

PEERS150• Menghuraikan risiko penyalahgunaan bahan.• Mengaplikasikan kemahiran kecekapan p s i k o s o s i a l d a l a m m e n a n g a n i r i s i k o penyalahgunaan bahan.• Menilai faedah tidak melibatkan diri dalam penyalahgunaan bahan.150standardpembelajaranPenyalahgunaan bahan seperti dadah, arak dan gam boleh menyebabkan ketagihan. Bahan-bahan ini boleh memudaratkan kesihatan dan menyebabkan seseorang hilang pertimbangan. Perbuatan ini juga salah dari segi undang-undang negara dan agama. Perbuatan ini boleh membahayakan penagih, keluarga dan masyarakat.2.0PENYALAHGUNAAN BAHAN

p. 159

PEERS151

p. 160

Fizikal• Mempengaruhi sistem pernafasan, saraf, jantung, metabolisme dan otot-otot. • Fungsi otak terganggu sehingga menyebabkan sawan.• Mata akan kelihatan merah dan berair serta hidung berhingus. • Perut berasa sakit, kadangkala muntah dan cirit-birit sehingga menyebabkan berat badan terjejas. • Tubuh akan menggigil akibat penurunan kadar metabolisme dalam badan. • Penampilan diri tidak terurus dan tidak normal. Saraf• Merosakkansaraf-sarafyangterdapat di dalam tubuh badan.• Menyebabkankecenderunganmendapat pelbagai jenis penyakit seperti sindrom Wernicke Korsakoff dan kerosakan sel-sel otak yang seterusnya membawa kepada komplikasi psikiatri. SP: 2.1.1Penyalahgunaan bahan boleh menyebabkan seseorang individu berisiko dengan masalah kesihatan, kegiatan antisosial dan perbuatan jenayah. Bahan-bahan yang disalahgunakan boleh memudaratkan kesihatan dan menyebabkan seseorang individu yang terlibat mudah hilang pertimbangan dan melakukan perkara-perkara di luar jangkaan. Keadaan luar kawalan yang berlaku akan memberi ancaman kepada diri sendiri serta orang lain.Risiko Penyalahgunaan BahanRISIKO PENYALAHGUNAAN BAHAN TERHADAP DIRI SENDIRIJanin• Saiz kepala yang terlalu kecil berbanding tubuh. • Keadaan muka yang rata dan kelemahan pada sendi-sendi dan otot.• Mengalami kekurangan berat badan. • Mengalamikecacatan.PEERS152

p. 161

Sosial• Hilangminatdantidak mempedulikan tanggungjawab terhadap diri sendiri, keluarga serta masyarakat di sekeliling. • Prestasidandisiplinkerjaakanmerosot. Tingkah laku dan sikap akan berubah daripada apa yang biasa diamalkan sebelumnya. Contohnya, daripada seorang yang periang menjadi pendiam. • Tidakmenghiraukankesihatandiri.• Bersikappemarahsehinggaberlakuperpecahan, penderaan dan keganasan dalam keluarga. • Lebihsukahidupmenyendiri.• Disisih oleh keluarga dan masyarakat. Otak• Bahanterlarangakanmengawal minda dan merosakkan pemikiran. • Hilangrasamalu,fikiranbercelaru dan pergerakan menjadi tidak terkawal. • Sukarmenerimapelajaran,membentukidea spontan, menumpukan fikiran dan membuat pertimbangan dengan teliti.• Semakinbanyakbahanterlarangdalam badan, fungsi otak semakin tidak terkawal sehingga tidak sedarkan diri dan seterusnya boleh mengakibatkan kematian. Mentaldan Emosi• Dikenalisebagaikesanpsikologi.• Berasaseronok,terangsang,halusinasidankhayal (euphoria). • Hilangkawalandiridanpemikiran.Tidakberasa segan-silu untuk melakukan perkara di luar batasan di khalayak ramai. • Berasakeluh-kesah,giandanamatmenderitajika tidak mendapat bekalan bahan terlarang.• Bolehbertindakganasdanhilangkawalan emosi. • Mengalami gangguan mental dan menjadi tidak waras. Hati• Hatiakanmengalamikerosakanyang serius seperti sirosis hati yang boleh membawa maut. • Mengurangkankemampuan hati untuk berfungsi dengan lebih sempurna. Komplikasi psikiatri– Kecenderungan seseorang mengalami penyakit mental.Gangguan mental Kecelaruan mental.PEERS153

p. 162

Penyalahgunaaan bahan boleh mendorong seseorang terjebak dalam kegiatan antisosial dan perbuatan jenayah yang akhirnya memberi impak negatif terhadap diri, keluarga, masyarakat dan negara. Pembentukan generasi pemimpin turut terbantut malahan akan tercetusnya polemik dalam aspek ekonomi, politik dan sosial. Sehubungan itu, setiap individu bertanggungjawab mengaplikasikan kemahiran kecekapan psikososial dalam menangani risiko penyalahgunaan bahan. Antara kemahiran kecekapan psikososial yang boleh diaplikasikan adalah kemahiran membuat keputusan yang tepat, berkomunikasi dengan jelas serta berkebolehan menyelesaikan masalah dengan berkesan. Aplikasi Kemahiran Kecekapan Psikososialdalammenanganirisiko PenyalahgunaanBahan• Kesedarandirimerupakanaspekpentinguntukmengelakkandiridaripadaterjebak dengan aktiviti penyalahgunaan bahan.• Pentinguntukmembentukmindayangpositifagarsentiasadapatmembuatkeputusan dengan pemikiran yang rasional. • Pendidikanpenyalahgunaanbahandisekolahmerupakanlangkahawalbagimembendung masalah penyalahgunaan bahan dalam kalangan murid.• Pendidikanpenyalahgunaanbahanpadadasarnyabertujuanmendidik,memberi maklumat dan membendung masalah ini daripada mengancam dan menggugat institusi kekeluargaan, masyarakat dan negara.• Hubungankekeluargaandaninterpersonal memainkan peranan penting dalam memastik an ahli keluarga tidak terjebak dalam masalah penyalahgunaan bahan. • Sikapmengambilberat,bertanggungjawabdanpenyayangsertakomunikasiyang baik dalam kalangan ahli keluarga mampu mengelakkan diri daripada risiko penyalahgunaan bahan. • Pihakkerajaandanbadanbukankerajaanbolehmemainkanperanandalamusaha mengurangkan masalah penyalahgunaan bahan melalui program, kempen kesedaran, motivasi serta hebahan media cetak dan sosial.1324Kemahiran Kecekapan PsikososialSP: 2.1.2Interpersonal Hubungan sesama manusia.PEERS154

p. 163

Kita akan sihat dari segi mental dan emosi serta penampilan diri lebih kemas dan menarik.Prestasi akademik juga akan lebih baik serta hubungan sosial dengan rakan dan masyarakat lebih mesra.Prospek pekerjaan juga lebih baik serta dapat menyumbang dan berjasa kepada masyarakat dan negara. Kita dapat mengelakkan diri daripada melanggar undang-undang yang mungkin akan menyebabkan kita dipenjarakan.Status kewangan juga akan stabil serta dapat mengelakkan perpecahan keluarga.Berdasarkan poster yang anda lihat ini, jelaskan faedah tidak terlibat dalam gejala penyalahgunaan bahan. Guru membawa murid-murid ke Pameran Pendidikan Penyalahgunaan Bahan.SP: 2.1.3Faedah Tidak Melibatkan Diri dalam Penyalahgunaan BahanPEERS155

p. 164

Setiap tindakan yang dipilih mempunyai kesan dan akibatnya sama ada positif atau negatif. Baca situasi di bawah dan bincangkan kesan dan akibat yang mungkin timbul.1.Azman telah meninggalkan separuh daripada puntung rokok yang dihisapnya di bekas abu rokok apabila menjawab panggilan telefon. Adiknya yang melihat keadaan itu boleh sama ada mengambil bahagian puntung rokok tersebut untuk mencuba atau meninggalkannya. Apakah kesan dan akibatnya daripada setiap pilihan tersebut? PilihanKesanAkibatMencubaTidak mencuba2.Ketika Sufian sedang berjalan pulang ke rumah, dia telah terlihat sekumpulan rakannya sedang menghisap dadah dan menawarkan kepada Sufian untuk mencubanya dengan mengatakan bahawa dadah boleh membawa ketenangan. Sufian terus berfikir untuk menerima atau menolak ajakan tersebut. Apakah kesan dan akibatnya daripada setiap pilihan tersebut? PilihanKesanAkibatMenerimaMenolakLatihan PengukuhanPEERS156

p. 165

3.Rakan Simon mengunjungi rumahnya dengan membawa dua tin minuman arak. Dia mempelawa Simon untuk cuba meminumnya dan merasai kenikmatan minuman tersebut. Simon berfikir sebelum membuat keputusan untuk menerima atau menolaknya. Apakah kesan dan akibatnya daripada setiap pilihan tersebut? PilihanKesanAkibatMenerimaMenolakPEERS157

p. 166

PEERS158Saya ingin memohon maaf daripada awak atas apa yang telah saya lakukan tempoh hari.• Menyatakan pelbagai situasi konflik dan situasi stres.• Mengaplikasi cara mengurus konflik dan mengurus stres.• Menilai kesan konflik dan kesan stres terhadap kesihatan diri dan keluarga.158standardpembelajaranKonflik dan stres merupakan situasi yang sering dialami oleh remaja. Mereka yang dilanda konflik dan stres sukar untuk mengawal diri dan berkemungkinan cenderung untuk mengambil tindakan negatif yang akhirnya boleh membinasakan diri sendiri. Individu yang sihat mental dan emosi berupaya mengekalkan hubungan yang harmoni dengan orang lain, aktif dalam aktiviti kemasyarakatan dan boleh memberi sumbangan kepada masyarakat.3.0PENGURUSAN MENTAL DANEMOSI

p. 167

PEERS159Baiklah, saya maafkan awak. Kita perlu saling memaafkan dan mengelakkan emosi yang negatif.

p. 168

Pengurusan KonflikSP: 3.1.1Konflik merupakan situasi seseorang yang mempunyai persepsi atau pandangan bahawa terdapat pihak lain cuba untuk menentang dan melakukan perbuatan atau tindakan yang merosakkan pihak lain. Dalam keadaan biasa, konflik bermaksud perselisihan namun boleh juga dimaksudkan sebagai pertelingkahan atau pertikaian. Konflik sering kali dilabelkan sebagai tindakan yang negatif dalam keadaan tertentu namun mampu membawa hasil yang baik bergantung kepada keadaan.Stres merupakan keadaan wujudnya ketidaksesuaian antara situasi yang diinginkan dengan keadaan dan keseimbangan psikologi, biologi atau sistem sosial individu yang terlibat. Stres juga membawa maksud keadaan fizikal atau ketegangan mental yang menyebabkan perubahan pada sistem tubuh badan serta menghasilkan perasaan risau terhadap sesuatu perkara.Sengaja mencederakan diri sendiri dan terlibat dalam penyalahgunaan bahan merupakan cara yang salah dalam mengurus konflik dan stres.Ada cikgu, saya berbeza pendapat dengan ibu bapa saya.Saya pula sering dipandang serong oleh jiran kerana bermain futsal.Adakah kamu pernah mengalami stres?Pernah, saya stres kerana sering dibuli oleh Haikal.PEERS160

p. 169

caramenanganikonflikMerujuk masalah kepada kaunselor, guru atau ibu bapa.Langkah-langkahmenanganistresBerehat dengan secukupnya.Mempunyai hobi yang mendatangkan ketenangan.Mendapatkan rawatan pakar.Melakukan aktiviti sukan dan riadah sekurang-kurangnya tiga kali seminggu.Kesan konflik dan stres terhadap kesihatan diri• Emosimenjaditidakstabildantidakmampu menyelesaikan masalah.• Kecewasertacepatnaikdarahdan marah.• Rasaletihsepanjangmasa.• Sukarfokusterhadappekerjaanyang dilakukan.• Mudahrisauwalaupunterhadapperkara kecil.• Seringberasacemas.• Seringberimaginasiperkara-perkaraburuk yang akan berlaku.Kesan konflik dan stres terhadap keluarga• Hubungankekeluargaanakanmenjadi renggang.• Berasatersisihdantidakdisayangi.• Kurangberlakukomunikasiyangmesra dan tiada gurau senda dalam keluarga.• Mudahmerajuk,bermasammukadaniri hati antara adik-beradik.• Tingkahlakuanak-anakyangliar,suka bergaduh dan mempunyai masalah disiplin.Berbincang dengan ibu bapa, guru, sahabat karib atau kaunselor.Berbincang untuk menyelesaikan masalah.Bersikap toleransi terhadap sesuatu isu.Banyakkan bersabar.Didik diri untuk sentiasa menerima hakikat terhadap sesuatu kejadian yang berlaku.13245SP: 3.1.2, 3.1.3PEERS161

p. 170

Pengurusan Konflik dan StresSengaja mencederakan diriDeliberate Self Harm (Dsh)Contoh: Mencederakan tangan atau badan, menghantuk kepala dan sebagainya.Terlibat dalam penyalahgunaan bahanContoh: Arak, dadah, gam dan sebagainya.Mengambil ubat tanpa preskripsi pegawai perubatan bertauliahContoh: Mengambil parasetamol secara berlebihan.213cara yang salahPreskripsi– Arahan doktor tentang ubat yang harus disediakan untuk pesakit dan cara pengambilannya.PEERS162

p. 171

Latihan PengukuhanBincangkan perkara-perkara berikut. Berikan justifikasi anda berserta contoh-contoh yang sesuai.1.Stres di sekolahAlam persekolahan menyediakan anda kepada kehidupan yang sebenar. Namun begitu, adakalanya situasi alam persekolahan memberikan banyak tekanan kepada diri seseorang murid. Bagaimanakah anda menangani isu ini?2.Stres dalam keluargaKeluarga merupakan sebuah institusi yang amat penting. Hormat-menghormati dan bertolak ansur merupakan elemen yang penting dalam menangani tekanan yang boleh membawa kepada stres. Bincangkan peranan anda dalam mengurangkan perkara yang boleh mendatangkan stres dalam keluarga.3.KonflikKonflik akan memberi kesan kepada kesihatan mental dan fizikal termasuklah kesukaran untuk tidur. Bagi mendapatkan ketenangan, anda perlu mengakui kekurangan dan kesilapan yang mungkin anda lakukan. Bincangkan cara yang sesuai dalam menangani konflik yang pernah anda hadapi.PEERS163

p. 172

PEERS164standardpembelajaran• Menyatakan maksud jurang generasi.• Menganalisis jurang generasi dalam keluarga.• Menilai kepentingan merapatkan jurang generasi dalam keluarga.• Menjana idea cara merapatkan jurang generasi dalam keluarga.164Keluarga merupakan satu kumpulan manusia yang hidup bersama sebagai satu unit kecil dalam masyarakat. Ahli-ahli dalam keluarga selalunya mempunyai ikatan kekeluargaan, hubungan darah serta biasanya tinggal bersama. Unit ini memberi informasi tentang jurang generasi dalam aspek kekeluargaan dan kelakuan yang sewajarnya yang boleh diambil bagi merapatkan jurang generasi. Hal ini bertujuan mewujudkan keluarga yang saling memahami dan harmoni.4.0KEKELUARGAAN

p. 173

PEERS165

p. 174

SP: 4.1.1, 4.1.2Jurang GenerasiJurang Generasi dalam Keluarga Keluarga merupakan hubungan yang wujud antara seseorang melalui pertalian darah, perkahwinan ataupun pengambilan anak angkat mengikut undang-undang. Hubungan kekeluargaan merupakan aspek terbesar dan penting dalam proses pendidikan dan kehidupan seseorang. Biasanya, tingkah laku dan cara seseorang individu mencerminkan sesebuah institusi kekeluargaan. Kepincangan atau kegagalan dalam keluarga memberikan implikasi negatif terhadap sahsiah dan corak kehidupan seseorang individu. Generasi terdahulu berada dalam lingkungan zaman d a n p e r s e k i t a r a n y a n g berbeza, sementara generasi kini berada dalam zaman d a n l i n g k u n g a n y a n g serba kompleks.J u r a n g a n t a r a g e n e r a s i a m a t ketara dalam hal yang melibatkan cara berkomunikasi dan berpakaian.Jurang generasi berlaku dari aspek pengalaman, pengetahuan, pemikiran dan juga persepsi.Jurang generasi bermaksud perbezaan antara generasi lama dengan generasi terkini.Istilah generasi B a b y Boomers, X , Y, Z d a n Alpha digunakan untuk merujuk kepada kelompok generasi dalam kumpulan umur tertentu.Generasi dikategorikan mengikut tahun kelahiran:Baby BoomersXYZAlpha2011 hingga 20251995 hingga 20101981 hingga 19941965 hingga 1980Sebelum tahun 1965PEERS166

p. 175

KEPENTINGAN MERAPATKAN JURANG GENERASIMengeratkan hubungan.Memudahkan komunikasi.Mengekalkan hubungan yang baik.Mewujudkan keluarga bahagia.1234Faktor Wujudnya Jurang GenerasiMempengaruhi gaya hidup. Contoh: Generasi dahulu melakukan sendiri kerja rumah. Generasi sekarang boleh mendapatkan khidmat orang gaji.Mempengaruhi corak pemikiran. Contoh: Pemikiran generasi awal kemerdekaan ringkas dan pendedahan terhadap dunia luar terhad berbanding pemikiran generasi pada masa ini yang lebih terbuka dan kompleks.Mempengaruhi komunikasi. Contoh: Generasi dahulu tidak memahami bahasa generasi sekarang yang banyak menggunakan bahasa slanga.Semakin canggih. Contoh: Generasi dahulu kurang pendedahan tentang alatan komunikasi seperti telefon bimbit, tablet dan komputer riba berbanding generasi masa ini.Latar belakang kehidupan Pengalaman hidup Jurang generasi Jarak umurPerkembangan teknologi SP: 4.1.35Mengukuhkan institusi kekeluargaan.PEERS167

p. 176

SP: 4.1.4Siew Fong merupakan seorang murid tingkatan dua di Sekolah Menengah Kebangsaan Seri Perkasa. Bapanya merupakan seorang guru manakala ibunya bertugas sebagai jururawat. Selain itu, Siew Fong mempunyai seorang abang dan dua orang adik. Bapa Siew Fong sering menasihatinya dan adik-beradiknya untuk sentiasa hormat-menghormati sesama ahli keluarga. Bagi mengeratkan hubungan antara ahli keluarga, Siew Fong telah mencadangkan kepada bapanya untuk menjemput datuk dan nenek mereka makan malam di rumahnya. Bagi Siew Fong, makan malam merupakan satu cara yang dapat merapatkan jurang generasi dalam keluarga. Bapa Siew Fong bersetuju dengan cadangan itu dan telah menjemput datuk dan nenek Siew Fong untuk makan malam bersama-sama. Jemputlah makan, datuk dan nenek.Terima kasih, Siew Fong.Saya setuju. Lepas ini, kita boleh adakan majlis seperti ini di luar sambil melancong.Kita boleh jadikan majlis makan malam seperti ini sebagai aktiviti merapatkan hubungan kekeluargaan.Begini caranya untuk merapatkan hubungan dalam keluarga.Sedapnya masakan ibu. Selain makan malam bersama seperti yang dicadangkan oleh Siew Fong, senaraikan aktiviti lain yang anda fikirkan sesuai untuk merapatkan jurang generasi dalam keluarga. PEERS168

p. 177

Adakah anda merasai dan mengalami wujudnya jurang antara generasi dalam keluarga anda?Adakah wujud perbezaan pendapat di tempat anda? Nyatakan contoh dan cara anda menanganinya.Adakah anda mempunyai cadangan bagi menyelesaikan masalah jurang generasi?Bagaimanakah anda menangani masalah jurang generasi bersama orang di sekeliling anda sama ada tua atau muda?Apakah nasihat yang boleh anda berikan kepada golongan tua dan muda untuk merapatkan jurang generasi?12435Lakonkan dialog berikut dalam kumpulan kecil bertiga.Datuk :Kalau kamu ingin tahu, zaman datuk dengan zaman kamu sekarang sangat jauh bezanya. Cucu 1:Apakah bezanya, datuk?Datuk: Anak-anak zaman dahulu, terutamanya anak perempuan, tidak ramai yang dapat melanjutkan pelajaran ke peringkat yang tinggi. Sekarang, begitu banyak peluang untuk belajar sehingga orang perempuan sudah boleh menjadi ketua dalam sesuatu bidang.Cucu 2:Oh, benarkah begitu? Apakah lagi bezanya dulu dengan sekarang, datuk?Datuk : Orang dulu menggosok baju menggunakan seterika arang, membasuh baju dengan tangan, tiada televisyen dan pergi ke sekolah berjalan kaki berbatu-batu. Beza, kan?Cucu 1:Yalah, berbeza sungguh. Datuk, dulu ada telefon bimbit tak? Ada Internet? WhatsApp?Datuk: Mana ada. Telefon besar letak di rumah tu sajalah yang ada. Mana ada telefon canggih-canggih macam kamu sekarang. Apatah lagi Internet atau WhatsApp.Cucu 2: Jadi, bagaimanakah datuk berhubung dengan kawan-kawan yang jauh? Datuk:Guna suratlah. Tulis surat dan poskan. Kamu harus manfaatkan segala kemudahan yang ada sekarang dengan sebaik-baiknya.Latihan PengukuhanPEERS169

p. 178

standardpembelajaran• Membincangkan nilai dalam perhubungan dan batas perhubungan yang sihat.• Menganalisis cara menjalin hubungan dan mengekalkan batas perhubungan yang sihat.• Menilai kebaikan mengamalkan batas perhubungan yang sihat dalam kehidupan harian.Perhubungan yang sihat melibatkan komunikasi yang berkesan. Selain itu, perhubungan yang sihat juga melibatkan nilai dan batas perhubungan dalam kehidupan seharian. Nilai dan batas perhubungan yang sihat merupakan tuntutan agama dan budaya semua kaum di Malaysia. Nilai dan batas perhubungan juga mencerminkan keperibadian seseorang.5.0PERHUBUNGANPEERS170

p. 179

PEERS171

p. 180

SP: 5.1.1Batas PerhubunganTerdapat pelbagai jenis perhubungan yang wujud pada peringkat remaja. Contohnya, hubungan dengan ibu bapa, adik-beradik, sanak saudara, kawan karib, guru dan masyarakat. Perhubungan juga dapat diistilahkan sebagai ikatan persaudaraan, pertalian darah atau perkahwinan, urusan yang berkaitan perasaan dan hubungan emosi atau seksual. Hubungan yang sihat akan memberikan penghormatan dan kebebasan sesama individu dan berkemungkinan akan terus erat. Sebaliknya jika dikongkong, hubungan ini berkemungkinan renggang dan akhirnya lenyap.Batas PerhubunganKesaksamaanMemberi dan menerima seadanya. Tidak bersikap mementingkan diri sendiri dan adil.RasahormatHormat antara satu sama lain. Tidak melebihi had dan batas yang tidak disukai pasangan.SokonganPerlu dalam apa juga situasi sama ada senang atau susah. Bersedia memberi dan menerima galakan yang mendatangkan kebaikan.Tulis esei mengenai peranan teknologi dalam mengekalkan perhubungan yang sihat.KepercayaanAmat penting dalam sesuatu hubungan sebagai tanda percaya dan mempercayai tanpa ada syak wasangka.Komunikasi berkesanBerkomunikasi secara telus, bahasa yang lembut, suara yang jelas, tidak mengikut emosi, berfikir sebelum bercakap dan tidak memaksa pasangan melakukan sesuatu di luar batasan.KompromiTolak ansur diperlukan ketika mendapatkan persetujuan atau penyelesaian masalah.KejujuranSeiring dengan kepercayaan. Tidak menipu dan bersikap jujur walaupun dalam apa juga situasi.Batas Perhubunganyang SihatPEERS172

p. 181

SP: 5.1.2Berkongsi masalahTidak merahsiakan masalah. Sentiasa berkongsi dengan guru atau rakan.Bersalaman dengan rakanMenjaga hubungan yang mesra dengan rakan-rakan.Pergaulan antara lelaki dengan perempuanMenjaga batas pergaulan dan tidak bebas bergaul antara berlainan jantina.Menghormati privasiTidak menceroboh atau mengganggu hak peribadi orang lain.Pergaulan antara guru dengan muridMenjaga adab ketika berhadapan dengan guru.Jalan menunduk di hadapan orang tuaSentiasa menghormati orang yang lebih dewasa atau tua.Mengekalkan Perhubungan dan Pergaulan yang SihatPEERS173

p. 182

Hubungan yang sihat membolehkan seseorang untuk bekerjasama dan berganding bahu sehingga mencapai matlamat yang ditetapkan.Mewujudkan suasana harmoni dan gembira dengan rakan dan keluarga.Mendapat tempat dan perhatian dalam masyarakat serta sentiasa selesa menjadi diri sendiri.Menilaikebaikanmengamalkanperhubunganyangsihat12435SP: 5.1.3Kebaikan Mengamalkan Batas Perhubungan yang SihatBagi mengasah bakat dalam penulisan, Insyirah sangat aktif dalam menulis blog. Setiap dua hari, dia akan berkongsi maklumat di blognya. Hari ini, Insyirah telah berkongsi maklumat mengenai "Menilai Kebaikan Mengamalkan Perhubungan yang Sihat" di blognya. Mari kita lihat maklumat tersebut.Hubungan yang sihat dapat menggalakkan perkembangan diri dan mampu mencorak serta mewarnai kehidupan. Di samping itu, akan mewujudkan situasi pasangan yang sentiasa menyokong kejayaan rakannya tanpa prejudis.Hubungan yang sihat wujud bukan sahaja ketika waktu senang tetapi juga sentiasa berada di sisi ketika waktu sukar.PEERS174

p. 183

Latihan PengukuhanLatihan ini bertujuan membantu anda melihat perbezaan beberapa aspek dalam perhubungan. Anda diminta untuk fokus kepada hubungan antara rakan atau ahli keluarga sahaja.Saya menilai hubungan saya dengan:Nama: Hubungan:Berikan lima perkara yang anda suka terhadap penama di atas.Adakah penama di atas memberi galakan atau tidak memberi galakan kepada anda untuk mempunyai rakan lain?Bolehkah anda namakan tiga aktiviti yang anda lakukan tanpa penyertaan penama di atas?Berikan lima perkara yang anda tidak suka terhadap penama di atas.Bolehkah anda namakan tiga perkara tentang diri anda yang disukai oleh penama di atas?13524PEERS175

p. 184

standardpembelajaran• Membincangkan penyakit tidak berjangkit iaitu diabetes, hipertensi, penyakit kardiovaskular dan penyakit respiratori kronik.• Mengaplikasi cara mencegah diabetes, hipertensi, penyakit kardiovaskular dan penyakitrespiratori kronik.• Menilai akibat jika tidak mengamalkangaya hidup sihat.Penyakit merupakan keadaan tidak normal yang menyebabkan penghidapnya tidak dapat memberi tumpuan dalam menjalani kehidupan seharian. Penyakit boleh diklasifikasikan kepada penyakit berjangkit dan penyakit tidak berjangkit. Unit ini memberi penekanan kepada penyakit tidak berjangkit seperti hipertensi, diabetes, penyakit kardiovaskular dan respiratori kronik.6.0PENYAKITPEERS176

p. 185

Respiratori kronikKesukaran bernafas.PEERS177

p. 186

PenyakitSP: 6.1.1, 6.1.2 PenyakitBerjangkitTidak BerjangkitPenyakit respiratori kronikBerlaku apabila terdapat penyempitan dan keradangan pada saluran pernafasan.Tidak merebak. Merupakan penyakit kronik yang tidak boleh disebarkan kepada orang lain.Boleh merebak daripada seorang individu kepada individu yang lain.Penyakit kardiovaskularBerlaku apabila otot jantung tidak mendapat bekalan darah yang mencukupi disebabkan oleh saluran darah yang sempit atau tersumbat.HipertensiBerlaku apabila tekanan darah melebihi bacaan 140/90 mmHg.DiabetesBerlaku apabila paras gula tinggi di dalam darah. Pengeluaran hormon insulin oleh pankreas tidak mencukupi untuk menampung kandungan gula dalam darah. PEERS178

p. 187

GejalaGejalaGejalaGejalaCara Mencegah Penyakit Tidak BerjangkitKerap berasa dahaga, cepat letih, berat badan susut, kerap membuang air kecil, mudah terkena jangkitan kulit, luka lambat sembuh, penglihatan kabur, otot lemah, dan gatal-gatal di bahagian kemaluan.Kerap sakit pada bahagian dada, kerap berdebar-debar, mudah berasa cemas, hilang selera makan, mudah berpeluh dengan banyak, kerap lelah dan sesak nafas.Sakit kepala dan berdenyut-denyut di bahagian belakang kepala, kerap berasa kebas di leher, mudah marah, sukar tidur, cepat lelah dan sesak nafas serta sering gelisah.Batuk berkahak yang berpanjangan, nafas berbunyi, sesak nafas terutama pada waktu pagi, sesak nafas ketika melakukan aktiviti, simptom kegagalan paru-paru berfungsi, jantung bengkak dan kaki bengkak.Bersenam sekurang-kurangnya tiga kali seminggu melebihi 30 minit setiap sesi.Tidak merokok dan mengambil alkohol.Elakkan stres.Periksa paras gula dan kolesterol dalam darah.Kekalkan berat badan unggul.Mengamalkan pemakanan seimbang.Lakukan pemeriksaan kesihatan secara berkala.PEERS179

p. 188

Bacaan tekanan darah kamu tinggi daripada paras normal. Kamu berisiko mendapat hipertensi dan penyakit kardiovaskular.Jadi, mulai hari ini saya perlu mengamalkan gaya hidup yang lebih sihat.Berat badan kamu ideal, tetapi itu tidak semestinya kamu tidak berisiko mendapat penyakit tidak berjangkit.Kempen KesihatanPanitia Pendidikan Jasmani dan Pendidikan Kesihatan sekolah Liew telah mengadakan kempen kesihatan bagi meningkatkan kesedaran murid tentang penyakit tidak berjangkit. Murid-murid sangat digalakkan menjaga kesihatan diri dan mengamalkan gaya hidup sihat.PEERS180

p. 189

Bagaimanakah cara membuat ujian saringan diabetes?Anda boleh membuat ujian pemeriksaan glukosa darah rawak dengan cara mengambil sedikit darah di hujung jari. Ia boleh dilakukan bila-bila masa sahaja mengikut keselesaan anda.Adakah saya menghidap diabetes?Sekiranya pemeriksaan glukosa darah ialah >6 mmol/l, ujian darah selanjutnya diperlukan.Di manakah saya boleh membuat ujian untuk diabetes?Hospital, klinik kerajaan atau swasta dan makmal perubatan atau patologi swasta.Apakah yang harus saya buat jika paras glukosa darah saya tinggi?Anda perlu merujuk doktor, atau pergi ke klinik kerajaan atau swasta yang berhampiran, ujian pengesahan seterusnya akan dijalankan.Sumber: Portal MyHealth, Kementerian Kesihatan MalaysiaMerokok boleh menyebabkan kamu berisiko menghidap penyakit respiratori kronik.Terima kasih atas nasihat yang diberikan.PEERS181

p. 190

Anda juga boleh menghidap diabetes tanpa sebarang gejala. Oleh itu, jangan bergantung kepada gejala sahaja untuk mengetahui anda ialah penghidap diabetes. Sebaliknya, jalankan ujian di klinik kesihatan berdekatan untuk memastikannya.SP: 6.1.3 LAKUKAN PEMERIKSAAN KESIHATAN SEKIRANYA ANDA:Mempunyai tekanan darah yang tinggi, iaitu 140/90 mmHg atau lebih.Berlebihan berat badan atau obes.Mempunyai sejarah keluarga yang menghidap diabetes.Tidak aktif atau tidak melakukan aktiviti fizikal.Mempunyai tahap kolesterol yang tinggi.Luka yang sukar sembuh, kerap dahaga, sering membuang air kecil pada waktu malam, gatal atau mendapat jangkitan kuman pada kemaluan.Amalan Gaya Hidup SihatJika tidak mengamalkan gaya hidup sihat, kita akan terdedah kepada pelbagai masalah kesihatan. Kita berisiko menghidap penyakit tidak berjangkit.Apakah akibat jika kita tidak mengamalkan gaya hidup sihat?PEERS182

p. 191

CaraMencegahPenyakit TidakBerjangkitSecara berkumpulan, bincangkan punca-punca serta cara-cara mengelakkan penyakit tidak berjangkit. Huraikan kelebihan mengamalkan gaya hidup sihat dalam mencegah penyakit tidak berjangkit.Nyatakan perbezaan antara penyakit berjangkit dengan penyakit tidak berjangkit.Lengkapkan peta pemikiran di bawah. 1324Latihan PengukuhanPEERS183

p. 192

standardpembelajaran• Membincangkan tentang gangguan seksual dan penderaan seksual.• Mengaplikasi kemahiran berkata TIDAK kepada gangguan seksual dan penderaan seksual.• Menjana idea cara menangani gangguan seksual dan penderaan seksual.Keselamatan melindungi diri merupakan aspek yang amat penting dan perlu diberikan perhatian khususnya dalam kalangan remaja. Pendedahan mengenai keselamatan bertujuan melindungi diri daripada jenayah seksual yang semakin membimbangkan. Kemahiran kecekapan sosial perlu diterapkan untuk menjaga keselamatan diri. Unit ini akan menerangkan gangguan seksual dan penderaan seksual serta langkah-langkah menghindar daripada kejadian tersebut.7.0KESELAMATANIngat pesan ibu, dalam perjalanan pergi dan pulang dari sekolah, berhati-hatilah dengan sesiapa yang tidak dikenali. Katakan tidakkepada mereka yang cuba mengganggu kamu.PEERS184

p. 193

Baiklah, ibu. Saya akan berhati-hati dengan sesiapa sahaja yang tidak dikenali.PEERS185

p. 194

SP: 7.1.1Gangguan seksual merupakan tingkah laku yang tidak dapat diterima oleh masyarakat. Tingkah laku berunsur lucah ini tidak diminta, tidak diundang serta tidak ditawarkan oleh mana-mana individu yang terlibat sama ada secara langsung atau sebaliknya. Gangguan seksual ialah perlakuan tidak bermoral yang seharusnya dielakkan kerana meliputi gangguan mental dan emosi seseorang. Antara jenis gangguan seksual ialah secara verbal dan bukan verbal termasuk sentuhan tidak selamat. Salah laku ini memberikan impak yang besar terhadap diri mangsa, keluarga, agama, bangsa dan negara.Secara umumnya, gangguan seksual ialah sebarang tingkah laku berunsur seksual yang tidak diingini dan memberi kesan negatif terhadap psikologi dan fizikal individu yang terbabit.Gangguan SeksualPenderaan SeksualPenderaan seksual merujuk kepada sebarang perlakuan individu (pelaku) yang memaksa, memperdaya atau mengugut mangsa serta mendorong berlakunya hubungan seksual antara mereka semata-mata untuk memuaskan nafsu seksual si pelaku. Penderaan seksual terhadap kanak-kanak biasanya dilakukan oleh:123Seseorang yang jauh lebih dewasa.Seseorang dalam kedudukan berkuasa.Seseorang yang dikenali dan dipercayai oleh kanak-kanak.PEERS186

p. 195

Bagaimanakahgangguanseksualberlaku?Gangguan seksual melalui lisanContoh: Teguran, komen, jenaka, membuat bunyi dan soalan berbentuk lucah.Gangguan seksual melalui visualContoh: Gambar atau video lucah.Gangguan seksual melalui fizikalContoh: Sentuhan yang berniat untuk mengganggu.Gangguan seksual melalui psikologiContoh: Meluahkan perasaan atau hasrat yang berbentuk mendesak.125Gangguan seksual melalui isyaratContoh: Isyarat berbentuk lucah seperti bermain mata, tangan, alat sulit dan lidah.43Mangsa akan cenderung melakukan tindakan yang boleh merugikan diri seperti mengasingkan diri dan murung. Sekiranya tidak dibendung, mangsa berkecenderungan untuk membunuh diri.Tahukah kamu, apakah kesan yang boleh terjadi kepada mangsa gangguan seksual?PEERS187

p. 196

Suatu petang di hentian bas hadapan sekolah.Apakah yang perlu kamu lakukan jika mengalami kejadian gangguan seksual?SP: 7.1.2Gangguan SeksualPenderaan 12SeksualBerkata TIDAKKepada …Wah, peluang baik ni!Jom, ikut saya menonton wayang. Nanti saya hantar awak balik.Jomlah, sekejap sahaja. Banyak cerita menarik di pawagam sekarang. Selepas menonton nanti, saya belanja awak makan.Maaf, saya tidak boleh ikut orang yang tidak dikenali. Saya tidak mahu. Jangan ganggu saya.PEERS188

p. 197

CaramenanganigangguanseksualdanpenderaanseksualBuat laporan gangguan kepada ibu bapa, guru dan kanselor.Tidak merahsiakanmasalah gangguan dan penderaan seksual.Berpakaian sopan.Berkawan secara sihat.Tidak bebas bersentuhan.Berani berkata "Tidak".SP: 7.1.3Bagi meningkatkan kesedaran murid mengenai cara menangani gangguan seksual dan penderaan seksual, guru Pendidikan Jasmani dan Pendidikan Kesihatan sekolah Afiq telah mengadakan aktiviti "pin-up". Mari kita lihat hasilnya. PEERS189

p. 198

Latihan PengukuhanNyatakan perbezaan antara gangguan seksual dengan penderaan seksual.Apakah tindakan yang boleh diambil bagi mengelakkan diri daripada menjadi mangsa gangguan seksual?123Pada pendapat anda, mengapakah kemahiran berkata TIDAK penting kepada seseorang murid? Bilakah pula kemahiran ini perlu diaplikasikan? Sama ada kita sedar atau tidak, kanak-kanak sering terdedah kepada pelbagai bahaya seperti gangguan seksual, penderaan seksual, penderaan fizikal, kemalangan, penculikan dan emosi serta kekejaman seksual. Berbanding jenis penderaan lain, jenayah seksual terhadap kanak-kanak adalah bentuk kekejaman yang paling teruk kerana mampu memberi kesan jangka pendek dan panjang.Kes melibatkan seorang warga Britain memberi kesedaran kepada kita mengenai ancaman serius gangguan seksual dan penderaan seksual yang boleh dilakukan oleh seorang pedofilia. Namun, kita mampu menarik nafas lega apabila dia dikenakan hukuman penjara seumur hidup di negaranya, apabila didapati bersalah melakukan penderaan seksual terhadap kanak-kanak di Malaysia dan Kemboja.Dipetik dan diubah suai dari http://www.utusan.com.my/rencana/utama/bersama-tanganipenderaan-seksual-kanak-kanak-1.442340#ixzz4p2mhldCh1. Berdasarkan petikan akhbar di atas, jawab soalan-soalan berikut.PEERS190

p. 199

  1. Melalui pelbagai sumber rujukan, berikan contoh bagi setiap gangguan seksual di bawah.LisanPsikologikalIsyaratVisualFizikalNota: Murid boleh menggunakan bahan rujukan seperti surat khabar, majalah, risalah, Internet dan sebagainya. PEERS191

p. 200

192PemakananPEMAKANANUnit 2• Membincangkan tentang keselamatan makanan dan kualiti makanan.• Mengaplikasikan cara memilih makanan yang selamat dan berkualiti untuk mengelak keracunan dalam pemakanan harian.• Menilai makanan yang diambil berdasarkan keselamatan makanan dan kualiti makanan.standardpembelajaran192Pemakanan sihat ialah proses pengambilan makanan yang berkualiti untuk mengekalkan kesihatan dan mengelakkan daripada sebarang penyakit. Makanan yang sihat ialah makanan yang berkualiti, seimbang, selamat, bersih dan segar untuk dimakan. Unit ini memfokuskan aspek keselamatan dan kualiti makanan.

p. 201

193PemakananAmalkan pengambilan buah-buahan.Kawal diet anda.Pastikan tempat memasak bersih.Ruang makan yang selesa.

p. 202

MemilihMenyimpanMenyediaMemasakMenghidangSP: 8.1.1Keselamatan makanan bermaksud makanan yang bersih dan bebas daripada bahan yang boleh mengancam kesihatan seperti kuman dan racun. Makanan yang selamat boleh mengelakkan kita daripada mengalami gejala keracunan makanan akibat daripada makanan yang tercemar dengan bakteria. Kementerian Kesihatan Malaysia telah menetapkan lima proses dalam pengendalian makanan bagi memastikan makanan yang selamat merangkumi makanan yang belum atau sudah dimasak. Keselamatan Makanan dan Kualiti MakananPROSESPENGENDALIANMAKANANKualiti makanan pula ialah makanan yang mampu memberikan kesan yang baik kepada pengguna seperti makanan yang segar, bersih dan memberi nutrien yang berkhasiat. Pengambilan makan yang berkualiti akan memastikan kita mendapat nutrien yang diperlukan oleh tubuh badan. Pihak pengguna dan pengusaha harus memainkan peranan masing-masing bagi menjamin kualiti makanan. Sebagai pengguna, kita seharusnya mengetahui dan bijak memilih makanan yang berkualiti. Sementara itu, pihak pengeluar, pengilang dan penyedia makanan pula perlu mematuhi standard kualiti makanan seperti yang telah ditetapkan oleh pihak berkuasa. Makanan yang terdedah adalah berisiko dan tidak selamat untuk dimakan.Sebagai pengguna yang bijak, kita perlu memilih makanan yang berkualiti bagi membekalkan nutrien kepada tubuh.194Pemakanan

p. 203

MemilihMakananatauMinumanselamatmeLihatkeadaanluar bungkusanElak membeli makanan atau minuman di dalam bungkusan yang telah koyak, kembung, bocor, retak, pecah, kemik, karat atau penutup terbuka dan bungkusan yang telah berubah warna.BacatarikhluputJangan membeli makanan yang telah tamat tarikh luput.1234tempatpenyimpananyangsesuaiMengelakkan penyimpanan makanan atau minuman di tempat yang panas atau terdedah kepada cahaya atau persekitaran.GunakanderiaLihat, bau dan rasa semasa memilih makanan atau minuman.panduan1panduan3panduan2panduan4Nyatakan langkahlangkah yang perlu dilakukan jika anda telah membeli barangan yang rosak atau telah luput tarikh.SP: 8.1.2195Pemakanan

p. 204

Membeli makanan di dalam tin di pasar raya.Ibu, makanan dalam tin ini telah luput tarikhnya.Jika begitu, makanan ini sudah tidak selamat dan tidak berkualiti untuk dimakan.Ibu, bagaimanakah untuk memilih makanan yang sihat dan berkualiti?Pastikan makanan tersebut tidak luput tarikh, mempunyai logo halal dan keadaan tin tidak kemik serta keadaan pembungkusannya masih elok.Bagaimanakah pula untuk menilai makanan itu masih selamat?Kita boleh melihat pada maklumat yang dilekatkan di luar tin makanan.Oh, sekarang barulah saya tahu cara yang selamat untuk membeli makanan di dalam tin.Pada suatu hari, Nurul Ain menemani ibunya membeli barangan keperluan dapur di sebuah pasar raya. Ketika berada di rak makanan bertin, Nurul Ain terpandang satu tin yang telah tamat tarikh luputnya. Ikuti perbualan Nurul Ain dengan ibunya.196Pemakanan

p. 205

Murid-murid, sila cari maklumat dalam laman web berkaitan cara penyimpanan makanan dan minuman yang sihat.Cara penyimpanan makanan yang sihatSimpan makanan yang mudah rosak di dalam peti sejuk.Pastikan makanan mentah tidak diletak dan dibiarkan di atas lantai.Pastikan menyimpan makanan dan minuman pada suhu di bawah 4˚C jika telah dibuka.Pastikan makanan yang telah dimasak tidak terdedah melebihi empat jam pada suhu bilik.Cara penyimpanan makanan dan minuman yang selamat.SP: 8.1.3197Pemakanan

p. 206

Latihan Pengukuhan1.Lengkapkan silang kata di bawah.Melintang1.Pastikan tin makanan tidak ____ ketika membeli makanan di dalam tin.2.Makanan yang tarikh sudah tidak berkhasiat lagi untuk dimakan.3.Kebanyakan __ adalah tidak berbahaya, tetapi sebahagian lagi boleh menyebabkan keracunan dan makanan menjadi basi. Menegak1.Sakit perut, loya, sakit kepala dan _ merupakan tanda-tanda seseorang yang mengalami keracunan makanan.2.Kita boleh memeriksa kandungan makanan yang bercetak di bahagian pembungkus makanan.3.Penting bagi kita untuk merujuk __ makanan sebagai panduan untuk mempelbagaikan makanan harian mengikut jumlah sajian yang disarankan.4.Kebersihan dan ___ makanan penting bagi kita untuk kekal sihat dan terhindar daripada keracunan makanan.123134198Pemakanan

p. 207

2.Kementerian Kesihatan Malaysia sering melakukan pemeriksaan terhadap premis makanan bagi memastikan makanan yang disediakan mematuhi garis panduan yang telah ditetapkan. Tindakan akan diambil terhadap pengusaha premis makanan yang tidak mematuhi peraturan penyediaan makanan.Sejauh manakah anda bersetuju dengan tindakan ini? 3.Sekolah anda akan menjayakan Kempen Keselamatan Makanan anjuran Panitia Pendidikan Jasmani dan Pendidikan Kesihatan. Antara aktiviti yang dianjurkan ialah pertandingan menulis esei.Tulis sebuah esei bertajuk “Cara-cara Memilih Makanan yang Selamat dan Berkualiti untuk Mengelak Keracunan Makanan”. 4.Ketika menyimpan makanan keperluan harian di rumah, aspek keselamatan dan kualiti makanan perlu diberikan perhatian.Lengkapkan peta pemikiran di bawah dengan pernyataan yang sesuai.Caramengekalkankeselamatandankualitimakanan199Pemakanan

p. 208

200Pertolongan CemasPERTOLONGANCEMASUnit 3Pertolongan cemas atau bantuan permulaan merupakan prinsip dan prosedur yang digunakan untuk individu yang masih dalam keadaan sedar atau tidak sedar. Di samping itu, unit ini memfokuskan kepada prinsip dan prosedur T.O.T.A.P.S. serta tindakan yang bersesuaian mengikut situasi kecemasan. Di samping itu, terdapat beberapa jenis pengurusan kecederaan seperti R.I.C.E. dan D.R.A.B.C. yang dapat membantu mengenal pasti panduan untuk mengaplikasi dan mengurus kecederaan. • Menerangkan prinsip dan prosedur T.O.T.A.P.S.• Mengaplikasikan prinsip dan prosedur T.O.T.A.P.S.• Menilai tindakan yang diambil semasa melaksanakan prosedur T.O.T.A.P.S.standardpembelajaran200

p. 209

201Pertolongan Cemas

p. 210

Prosedur T.O.T.A.P.S.Prinsip pertolongan cemas ini diaplikasikan kepada individu yang mengalami kecederaan dan mangsa berada dalam keadaan sedar. Prosedur ini khusus untuk memastikan kita mengikut langkah demi langkah dalam mengurus atlet atau pemain yang mengalami kecederaan.TTOouchalkbserve-Bercakap dengan mangsa.-Tanya mangsa mengenai kecederaan yang dialaminya.-Perhatikan dan periksa tempat kecederaan mangsa.-Pastikan tahap kecederaan mangsa.-Jika kecederaan yang berlaku agak serius, prosedur seterusnya tidak perlu dilakukan. Mangsa perlu dirujuk ke hospital atau pakar perubatan. -Sentuh bahagian yang disyaki mengalami kecederaan dengan berhati-hati.-Maklumkan kepada mangsa terlebih dahulu untuk mengelakkan daripada mangsa terkejut dengan sentuhan yang akan dilakukan.SP: 9.1.1123202Pertolongan Cemas

p. 211

Active movementPassiveSkill test-Minta mangsa melakukan pergerakan aktif bagi mengesan tempat dan tahap kecederaan.-Jika pergerakan terhad dan sakit, mangsa perlu diberikan rawatan.-Bantu menggerakkan anggota mangsa yang mengalami kecederaan. -Jika mangsa menunjukkan rasa sakit, mangsa perlu dirujuk kepada pakar perubatan. Minta mangsa berdiri dan melakukan ujian kemahiran seperti melompat atau berlari.Sekiranya mangsa berasa sakit, bawa ke hospital atau klinik untuk mendapatkan rawatan.Jika mangsa tidak mengadu kesakitan, maka boleh meneruskan semula aktivitinya.456Melakukan aktiviti memanaskan badan (warm-up) dengan teratur dan mencukupi merupakan langkah awal yang dapat membantu mengelakkan kecederaan kepada kita.movementhttps://www.youtube.com/watch?v=KD6zVs7J1_w&feature=youtu.be203Pertolongan Cemas

p. 212

Kelab Rekreasi sekolah Amar telah mengadakan perkhemahan selama dua hari di Air Terjun Sungai Rengit. Pada hari pertama perkhemahan, Amar dan rakan-rakan telah diberi tunjuk ajar cara mendirikan khemah, belajar memasak dan pada sebelah malam pula, mereka diberi pendedahan tentang pertolongan cemas, iaitu T.O.T.A.P.S. Pada keesokan harinya, mereka menyertai aktiviti kembara hutan yang agak mencabar dan sangat meletihkan. Ketika dalam perjalanan pulang ke tapak perkhemahan, Amar telah tergelincir dan terjatuh ke bawah bukit. Melakukan T.O.T.A.P.S.SP: 9.1.2, 9.1.3Aduh, tolong, tolong!Amar, bagaimana keadaan kamu?Saya berasa sakit di bahagian lutut dan buku lali.Lutut dan buku lali Amar sakit, cikgu.Chia, bahagian manakah yang cedera?204Pertolongan Cemas

p. 213

Kenal pasti prosedur T.O.T.A.P.S. yang diaplikasikan dalam situasi tersebut.Chia, cuba lihat bahagian yang sakit itu.Buku lali Amar bengkak dan lututnya sakit, cikgu.Sakit, Chia.Sakitkah bila saya sentuh, Amar?Jangan risau Amar, saya akan membantu kamu.Amar, bolehkah kamu gerakkan lutut dan buku lali?Kalau tanpa bantuan, tak boleh, cikgu.Hati-hati, Amar.Terima kasih, kawan-kawan.Sama-sama.Kalau begitu, Samy dan Chia bantu papah Amar ke tapak perkhemahan untuk rawatan lanjut.205Pertolongan Cemas

p. 214

Senaraikan prosedur T.O.T.A.P.S. Bezakan antara prosedur T.O.T.A.P.S. dengan D.R.A.B.C.Susun semula prosedur T.O.T.A.P.S. di bawah mengikut turutan.Apakah yang perlu dilakukan sewaktu prosedur OBSERVE? Jawab soalan-soalan berikut. Sertakan contoh-contoh yang sesuai bagi menjelaskan jawapan anda.1234Latihan Pengukuhan206Pertolongan Cemas

p. 215

Bahagian Keselamatan & Kualiti Makanan. (2012). Garis Panduan Skim Pensijilan Makanan Selamat Tanggungjawab Industri (MeSTI). Diakses pada 23 Julai 2017 daripada http://fsq.moh.gov.my/v5/ms/garis-panduan-makanan-selamat-tanggungjawab-industri-mesti-3.Bahagian Perkembangan Kurikulum. (2004). Buku Sumber Sains Sukan Tingkatan 5. Kuala Lumpur: Kementerian Pendidikan Malaysia.Bompa, T., & Buzzichelli, C. (2015). Periodization Training for Sports 3rd Edition. Champaign IL: Human Kinetics Inc.Buku Panduan Standard Kecergasan Fizikal Kebangsaan. (t.t.) Diakses pada 17 April 2017 daripada https://www.academia.edu/9369539/BUKU_PANDUAN_STANDARD_KECERGASAN_FIZIKAL_KEBANGSAAN_SEGAK.Choy, L. C. (2006). Siri Sukan Popular Fajar Bakti: Bola Baling. Shah Alam: Fajar Bakti Sdn. Bhd.Clanton, R. E. & Dwight, M. P. (1997). Team Handball Step to Success. Champaign IL: Human Kinetics Inc. Corbin, C. B., Welk, G. J., & Corbin, W. R. (2008). Concepts of Fitness and Wellness. New York: McGraw-Hill.David, W. (2014). Touch Rugby: Everything You Need to Play and Coach. London: Bloomsbury Publishing.Ean, P. K. (2003). Pemakanan. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.Grog's Basic Knots. (t.t.) Diakses pada 26 Mei 2017 daripada http://www.animatedknots.com/indexbasics.php.Howton, A. (2010). Making Connections: Improving Movement Skills by Integrating Knowledge from Dance Disciplines. Journal of Physical Education, Recreation & Dance, 81(6), 9.Junaidy Mohamad Hashim. (t.t.) Kecergasan Fizikal. Diakses pada 15 April 2017 daripada https://www.academia.edu/6384099/KECERGASAN_FIZIKAL.Kementerian Pendidikan Malaysia. (t.t.) Pendidikan Kesihatan Keluarga/Seksualiti Aspek Gender. Diakses pada 24 Jun 2017 daripada https://www.scribd.com/doc/169093036/Modul-3-Pendidikan-Kesihatan-Keluarga-Seksualiti-Aspek-Gender.Lee Lam Thye. (2017, 9 Feb). Bersama Tangani Penderaan Seksual Kanak-kanak. Utusan Online. Diakses pada 7 Ogos 2017 daripada http://www.utusan.com.my/rencana/utama/bersamatangani-penderaan-seksual-kanak-kanak-1.442340#ixzz 4p2mhldCh.Mancia, G., et al. (2007). ESH-ESC Task Force on The Management of Arterial Hypertension. J Hypertens, 25(9), 1751 – 1762.Martin, J., et al. (1993). Asking About Child Sexual Abuse: Methodological Implications of a TwoStage Survey. Child Abuse and Neglect Journal, 17, 383 – 392.Mazuki Mohd Yasim, Md Amin Md Taff, Jaffry Zakaria, Azlizam Aziz, & Salwani Hassan. (t.t.) Ritma dan Pergerakan. Diakses pada 6 Mei 2017 daripada https://www.scribd.com/doc/128097666/20130227120227Modul-Pergerakan-Ritma.SENARAI RUJUKAN207Senarai Rujukan

p. 216

Mazuki Mohd Yasim, Md Amin Md Taff, Jaffry Zakaria, Azlizam Aziz, & Salwani Hassan. (t.t.) Ritma dan Pergerakan. Diakses pada 6 Mei 2017 daripada https://www.scribd.com/doc/128097666/20130227120227Modul-Pergerakan-Ritma.Mitchell, D., Davis, B., & Lopez, R. (2002). Teaching Fundamental Gymnastics Skills. Champaign IL: Human Kinetics Inc.Mohd Hamim Rajikin. (2005). Pemakanan Bermulanya Kesihatan. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka. Mohd Razali Salleh. (2010). Pengendalian Stres dan Kebimbangan: Penilaian Kognitif dan Tingkah Laku. Pulau Pinang: Universiti Sains Malaysia. Mohd Taib Harun & Norlena Salamuddin. (2007). Kecergasan Fizikal. Selangor: Open University Malaysia.Mohd Taib Harun, Junaidy Mohamad Hashim, & Norlena Salamuddin. (2014) Physical Fitness of Rugby Umpires Based on Prudential Fitnessgram. Asian Social Science, 10(5), 146 151.Morrow Jr, J. R., Mood, D., Disch, J., & Kang, M. (2015). Measurement and Evaluation 5th Edition. Champaign IL: Human Kinetics Inc.Nooryesmin Pawan Jalaluddin. (2015). Jurang Antara Generasi. Diakses pada 8 Ogos 2017 daripada http://www. sinarharian.com.my/karya/pendapat/jurang-antaragenerasi-1.446496.Play Touch Rugby League. (t.t.) Diakses pada 6 Julai 2017 daripada http://www.playtouchrugbyleague.co.uk/what_is_touch/how_to_play.Portal Rasmi Kementerian Pendidikan Malaysia. (t.t.) Diakses pada 6 Mei 2017 daripada http://www.moe.gov.my/index.php/my/dasar/1-murid-1-sukan/115-modul-latihan-sukan-untukguru-penasihat-kelab-sukan-sekolah.Prentice, W.E. (1997). Fitness for College and Life. St Louis, Missouri: Mosby Year Book. Prentice, W.E. (1998). Fitness and Wellness for Life 6th Edition. New York: McGraw-Hill.Race Walking Technique. (t.t.) Diakses pada 24 Jun 2017 daripada www.racewalk.com/howTo/raceWalkingTechnique.php.Readhead, L. (2011). Gymnastics Skills Techniques-Training Crowood Sports Guides. Singapura: The Crowood Press Ltd.Taspcott, D. (2008). Grown Up Digital: How The Next Generation Is Changing Your World. New York: McGraw-Hill.Watanabe, M. (1997). Technical Vault: Front Handspring. USA Gymnastics Online: Technique, 17(2), 1 6.World Rugby Leisure Rugby Laws Touch Rugby. (t.t.) Diakses pada 8 Mei 2017 daripada http://laws.worldrugby.org/downloads/modified_forms/Touch_Rugby_EN.pdf.Yusof Ismail. (1994). Gimnastik. Shah Alam: Penerbitan Fajar Bakti Sdn. Bhd.208Senarai Rujukan

p. 217

IndeksAaerobik 120, 122, 124, 137Bbola baling 32–34, 36–39, 41–42, 44biseksual 142–43Ddiabetes 176, 178, 181–82FFITT 123 Formula Karvonen 123 Ggajet 106–09, 111–12gangguan seksual 184, 186–87, 18990Hhipertensi 178, 180, 176heteroseksual 14243homoseksual 142–43Iidentiti seksual 140, 142, 144, 148inswinger 79 Jjengkek ligan 106–07, 114, 118 Kkardiovaskular 130, 176, 180khemah 109–11 konflik 158, 16063Llombol kangkang 10–11, 16, 18 lombol tegak lalu 12–13, 16, 18 lombol sisi 14, 1718 lompat jauh 8485, 9293, 96 Mmengacah 32, 4041, 46, 5051 mengadang 32, 40–41 menghambur 6, 8melibas 54, 64–65, 68menanduk 54, 64, 6668 Oorientasi seksual 128, 130–31, 133–34, 180outswinger 7879 Rrespiratori 128, 164, 180rotasi pinggul 87–88, 100 Sservis kuda 56, 59 servis sila 56–57, 59–60 stres 158, 160–63Ttarian inang 21, 26, 30 tekong 48, 50 T.O.T.A.P.S. 200, 204206try 46, 48, 50–51, 53Wwiket 72–73, 76, 78, 80 209Indeks

p. 218