Buku Teks Pendidikan Jasmani dan Kesihatan Tingkatan 1 KSSM

Mencari Buku Teks Pendidikan Jasmani dan Kesihatan Tingkatan 1? Layari semua buku PDFs flipbook hanya di BukuFlip online. Adakah anda suka membaca Buku Teks PJPK Tingkatan 1? Baca, kongsi dan muat turun Buku Teks PJPK Tingkatan 1 secara percuma. Muat naik PDF anda di BukuFlip untuk dijadikan Flipbook PDF seperti Buku Teks PJPK Tingkatan 1.

All | p. 1 | p. 2 | p. 3 | p. 4 | p. 5 | p. 6 | p. 7 | p. 8 | p. 9 | p. 10 | p. 11 | p. 12 | p. 13 | p. 14 | p. 15 | p. 16 | p. 17 | p. 18 | p. 19 | p. 20 | p. 21 | p. 22 | p. 23 | p. 24 | p. 25 | p. 26 | p. 27 | p. 28 | p. 29 | p. 30 | p. 31 | p. 32 | p. 33 | p. 34 | p. 35 | p. 36 | p. 37 | p. 38 | p. 39 | p. 40 | p. 41 | p. 42 | p. 43 | p. 44 | p. 45 | p. 46 | p. 47 | p. 48 | p. 49 | p. 50 | p. 51 | p. 52 | p. 53 | p. 54 | p. 55 | p. 56 | p. 57 | p. 58 | p. 59 | p. 60 | p. 61 | p. 62 | p. 63 | p. 64 | p. 65 | p. 66 | p. 67 | p. 68 | p. 69 | p. 70 | p. 71 | p. 72 | p. 73 | p. 74 | p. 75 | p. 76 | p. 77 | p. 78 | p. 79 | p. 80 | p. 81 | p. 82 | p. 83 | p. 84 | p. 85 | p. 86 | p. 87 | p. 88 | p. 89 | p. 90 | p. 91 | p. 92 | p. 93 | p. 94 | p. 95 | p. 96 | p. 97 | p. 98 | p. 99 | p. 100 | p. 101 | p. 102 | p. 103 | p. 104 | p. 105 | p. 106 | p. 107 | p. 108 | p. 109 | p. 110 | p. 111 | p. 112 | p. 113 | p. 114 | p. 115 | p. 116 | p. 117 | p. 118 | p. 119 | p. 120 | p. 121 | p. 122 | p. 123 | p. 124 | p. 125 | p. 126 | p. 127 | p. 128 | p. 129 | p. 130 | p. 131 | p. 132 | p. 133 | p. 134 | p. 135 | p. 136 | p. 137 | p. 138 | p. 139 | p. 140 | p. 141 | p. 142 | p. 143 | p. 144 | p. 145 | p. 146 | p. 147 | p. 148 | p. 149 | p. 150 | p. 151 | p. 152 | p. 153 | p. 154 | p. 155 | p. 156 | p. 157 | p. 158 | p. 159 | p. 160 | p. 161 | p. 162 | p. 163 | p. 164 | p. 165 | p. 166 | p. 167 | p. 168 | p. 169 | p. 170 | p. 171 | p. 172 | p. 173 | p. 174 | p. 175 | p. 176 | p. 177 | p. 178 | p. 179 | p. 180 | p. 181 | p. 182 | p. 183 | p. 184 | p. 185 | p. 186 | p. 187 | p. 188 | p. 189 | p. 190 | p. 191 | p. 192 | p. 193 | p. 194 | p. 195 | p. 196 | p. 197 | p. 198 | p. 199 | p. 200 | p. 201 | p. 202 | p. 203 | p. 204

p. 1

RM7.45FT1210431ISBN 9789670520681

p. 2

11PENDIDIKAN JASMANIDANPENDIDIKANKESIHATAN

p. 3

RUKUN NEGARABahawasanya Negara Kita Malaysiamendukung cita-cita hendak;Mencapai perpaduan yang lebih erat dalam kalangan seluruh masyarakatnya;Memelihara satu cara hidup demokrasi;Mencipta satu masyarakat yang adil di manakemakmuran negara akan dapat dinikmati bersamasecara adil dan saksama;Menjamin satu cara yang liberal terhadap tradisi-tradisikebudayaannya yang kaya dan pelbagai corak;Membina satu masyarakat progresif yang akan menggunakan sains dan teknologi moden;MAKA KAMI, rakyat Malaysia, berikrarakan menumpukan seluruh tenaga dan usaha kamiuntuk mencapai cita-cita tersebut berdasarkanprinsip-prinsip yang berikut:KEPERCAYAAN KEPADA TUHANKESETIAAN KEPADA RAJA DAN NEGARAKELUHURAN PERLEMBAGAANKEDAULATAN UNDANG-UNDANGKESOPANAN DAN KESUSILAAN(Sumber: Jabatan Penerangan, Kementerian Komunikasi dan Multimedia Malaysia)

p. 4

PENDIDIKAN JASMANI DAN PENDIDIKAN KESIHATANPenulisKhairul Anuar bin IsmailFatimah binti MustaffaGopal a/l RamanKok Mong LinNor Azlizah binti AbasRabiatul Adawiyah binti Ahmad TaufixMeor Mohd. Shukor bin Muhamad SuhaimiAqilah binti ZainuddinPereka GrafikEditorIlustratorKURIKULUM STANDARD SEKOLAH MENENGAH11i20162016

p. 5

PENGHARGAANKPM2016 ISBN 978-967-0520-68-1Cetakan Pertama 2016© Kementerian Pendidikan MalaysiaHak Cipta Terpelihara. Mana-mana bahan dalam buku ini, tidak dibenarkan diterbitkan semula, disimpan dalam cara yang boleh dipergunakan lagi, ataupun dipindahkan dalam sebarang bentuk atau cara, baik dengan elektronik, mekanik, penggambaran semula mahupun dengan cara perakaman tanpa kebenaran terlebih dahulu daripada Ketua Pengarah Pelajaran Malaysia, Kementerian Pendidikan Malaysia. Perundingan tertakhluk kepada perkiraan royalti atau honorarium.Diterbitkan untuk Kementerian Pendidikan Malaysia oleh:Aras Mega (M) Sdn. Bhd (164242-W),18, Jalan Damai 2, Taman Desa Damai, Sg. Merab,43000 Kajang, Selangor Darul Ehsan.Tel: 03-8925 8975Faks: 03-8925 8985Laman Web: www.arasmega.comE-mel: amsb@arasmega.comReka Letak dan Atur Huruf:Aras Mega (M) Sdn. Bhd.Muka Taip Teks: GeorgiaSaiz Muka Taip Teks: 12 poinDicetak oleh:Percetakan Surya Sdn. Bhd.(328268-V)Plot 29, Jalan IKS BK 2,Taman IKS Bukit Katil.75450 Bukit Katil, Melaka.Tel: 06-2324475/4479 Faks: 06-2324960No Siri Buku : 0062Kami merakamkan penghargaan dan setinggitinggi ucapan terima kasih kepada semua pihak yang telah memberi sumbangan tenaga dan buah fikiran dalam usaha menerbitkan buku ini secara langsung atau tidak langsung.Penghargaan yang khusus kami tujukan kepada:• PenyelarasProjekPendidikanJasmaniPendidikanKesihatanTingkatan1,BahagianBukuTeks,KementerianPendidikanMalaysia.• JawatankuasaPenilaianTeknikal,BahagianBukuTeks,KementerianPendidikanMalaysia.• UnitPendidikanJasmanidanSainsBahagianPembangunanKementerianPendidikanMalaysia.• UnitPendidikanKesihatan,BahagianPembangunanKurikulum,KementerianPendidikanMalaysia.• InstitutPendidikanGuruMalaysia(IPGM)KampusPerempuanMelayu,Melaka.• SekolahSukanNegeriSMKSriKotaMelaka• SMKPuchongPermai,Selangor.• StarJumpGymnasticCenter.• JawatankuasaPeningkatanMutu,ArasMega(M)Sdn.Bhd.

p. 6

Pendahuluan vPengenalan Ikon viPENDIDIKAN JASMANIKandungan2176104PERGERAKAN BERIRAMAKATEGORI SERANGANOLAHRAGA ASASKECERGASAN FIZIKALKATEGORI JARING REKREASI DAN KESENGGANGANUNIT 1UNIT 2UNIT 3UNIT 5UNIT 7UNIT 6UNIT 4GIMNASTIK ASAS2 Bola Tampar Badminton2240 Bola Sepak Bola Jaringiii

p. 7

PENDIDIKAN KESIHATAN Kesihatan Diri dan Reproduktif Penyalahgunaan Bahan Kemahiran Pengurusan Mental dan Emosi Kekeluargaan Perhubungan Penyakit Keselamatan126140148154160166172178184PEMAKANANPERTOLONGAN CEMASUNIT 1UNIT 2UNIT 3PENDIDIKAN KESIHATAN REPRODUKTIF DAN SOSIAL (PEERS)125193RUJUKANINDEKS192iv

p. 8

PendahuluanBuku teks Pendidikan Jasmani dan Pendidikan Kesihatan Tingkatan 1 ini dihasilkan berteraskan Dokumen Standard Kurikulum dan Pentaksiran (DSKP). Buku ini mengandungi tujuh unit bagi Pendidikan Jasmani dan tiga unit bagi Pendidikan Kesihatan. Buku teks ini mencakupi tiga domain utama iaitu domain psikomotor, domain kognitif dan domain afektif dalam persembahan kandungannya bagi Pendidikan Jasmani. Selain penerapan unsur Kemahiran Berfikir Aras Tinggi (KBAT), buku ini juga mengandungi elemen Kemahiran Abad Ke-21 dan juga Elemen Merentas Kurikulum.Mata pelajaran Pendidikan Jasmani, lebih menekankan strategi pengajaran dan pembelajaran yang berpusatkan pembelajaran berasaskan inkuiri dan berasaskan projek. Selain itu, pendekatan Teaching Games for Understanding (TGfU) turut dipraktikkan untuk meningkatkan tahap keaktifan murid, penglibatan dalam aktiviti, motivasi dan keseronokan.Bagi mata pelajaran Pendidikan Jasmani standard kandungan diletakkan pada setiap unit yang mencakupi ketiga-tiga domain. Ini adalah bagi memudahkan para guru dan murid lebih memahami standard kandungan yang ingin dicapai dalam setiap unit.Mata pelajaran Pendidikan Kesihatan pula berbeza daripada mata pelajaran Pendidikan Jasmani kerana mengandungi standard pembelajaran pada setiap halaman rangsangan untuk setiap unit. Hal ini kerana, Pendidikan Kesihatan tidak mengandungi domain penekanan pembelajaran yang khusus. Penekanan pembelajaran Pendidikan Kesihatan adalah bertujuan untuk melahirkan murid yang bukan sahaja sihat dari aspek fizikal, malah dari aspek mental, emosi, sosial dan rohani. Akhirnya, diharapkan agar buku ini dapat dimanfaatkan sebaik mungkin oleh guru-guru dan murid-murid. Semoga buku ini dapat mencapai kehendak Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) untuk mencapai hasrat Kurikulum Standard Sekolah Menengah (KSSM).v

p. 9

viPengenalan IkonIkon yang merujuk kepada informasi tambahan tentang sesuatu topik.Nadi Ilmu Ikon yang merujuk kepada makna sesuatu perkataan atau istilah.PengukuhanMengandungi latihan berkaitan unit yang dipelajari.Ikon yang merujuk kepada aspek keselamatan.Tip SelamatIkon Kemahiran Berfikir Aras Tinggi (KBAT) turut disediakan untuk menguji pemahaman dan kemahiran berfikir murid.KBATIkon yang merujuk kepada aktiviti atau latihan yang melibatkan penggunaan Internet.QR CODECelik SiberIkon yang merujuk kepada keperluan informasi Internet.Ikon yang merujuk kepada aktiviti untuk murid bagi menjana minda dengan lebih kreatif.AR CODE (Augmented Reality), teknologi yang menggabungkan dunia maya dan nyata dalam bentuk 2D atau 3D. Untuk mengimbas kod ini pengguna perlu memuat turun aplikasi pengimbas ‘Zappar’.LATIHAN PENGUKGlosariLayari laman sesawang www.arasmega.com untuk mendapatkan aplikasi dan memuat turun Augmented Reality (AR). Layari laman sesawang www.arasmega.com untuk mendapatkan aplikasi dan memuat turun Quick Response (QR) CODE.AKTIVITI

p. 10

PENDIDIKANJASMANI1

p. 11

Standard KandunganTrampolin adalah salah satu alat yang digunakan dalam gimnastik untuk membolehkan murid membuat lantunan pelbagai bentuk badan dan layangan di udara. Seorang gimnas boleh melakukan pelbagai aksi akrobatik dengan menggunakan trampolin semasa berada di udara. Kemahiran trampolin dapat membina pemasaan, koordinasi, imbangan dan kawalan badan semasa di udara. Aktiviti lantunan dan layangan di atas trampolin melibatkan bahagian kaki berbanding dengan kemahiran gimnastik lain yang memerlukan kekuatan bahagian tangan. Murid yang tidak mempunyai kekuatan tangan atau mempunyai berat badan berlebihan juga dapat melibatkan diri serta mendapat keseronokan daripada aktiviti ini. Tahukah anda bahawa trampolin juga boleh digunakan sebagai alat latihan untuk kemahiran lain dalam gimnastik, sukan terjun dan sukan meluncur? UNIT1Menggunakan pengetahuan konsep pergerakan dan prinsip mekanik semasa melakukan lantunan dan layangan di atas trampolin.Mematuhi dan mengamalkan elemen pengurusan dan keselamatan.Melakukan kemahiran lantunan dan layangan di atas trampolin.Menunjukkan keyakinan dan tanggungjawab kendiri semasa melakukan aktiviti fizikal.2

p. 12

Layari laman sesawang www.arasmega.com untuk mendapatkan aplikasi dan memuat turun Augmented Reality (AR). Layari laman sesawang www.arasmega.com untuk mendapatkan aplikasi dan memuat turun Quick Response (QR) CODE.3

p. 13

1.Seat-drop•Berdiri tegak dan tangan luruske atas.•Lutut difleksi.•Pindah berat badan ke belakang.•Jatuhkan badan dalam posisi duduk.•Tangan di sisi badan dengan jari ke hadapan.•Kembali ke posisi asal.2.Back-drop•Berdiri tegak di atas trampolin.•Lutut difleksi.•Jatuhkan bahagian belakang badan ke atas trampolin.•Tangan dan kaki dilurus serentak ke hadapan.•Kembali ke posisi asal.1.Apakah langkah keselamatan yang perlu diambil semasa melakukan lantunan?2.Bahagian anggota manakah yang sesuai dan selamat digunakan untuk melakukan lantunan?Kunci kepada lantunan yang baik adalah dengan mewujudkan sesuatu ritma dengan trampolin melalui lantunan. Ikuti kemahiran asas lantunan di bawah.Seat-dropImbas SayaBack-dropImbas SayaKemahiran Asas LantunanGimnastik Asas14

p. 14

Celik Siber4.Front-drop•Berdiri tegak di atas trampolin.•Siku difleksi lebih kurang 90°.•Lutut difleksi.•Jatuhkan badan dalam keadaan meniarap selari dengan trampolin.•Tangan berada di bawah dagu dengan jari menghala ke dalam.•Mata memandang tangan.•Kembali ke posisi asal.3.Hands and Knees-drop•Berdiri tegak di atas trampolin.•Jatuhkan kedua-dua lutut dan tangan serentak ke atas trampolin.•Lutut dan jari menghadapke hadapan.•Kembali ke posisi asal.•Sentiasa berada di tengah-tengah trampolin.•Hanya seorang murid sahaja dibenarkan berada di atas trampolin pada satu-satu masa.•Jangan cuba melompat terlalu tinggi.Taipkan kata kunci “Basic Landing Positions in Trampoline” untuk menonton video yang berkaitan.Front-dropImbas SayaHands and Knees-dropImbas SayaTip Selamat5

p. 15

Terdapat pelbagai jenis bentuk badan yang boleh dilakukan semasa layangan di atas trampolin antaranya ialah posisi tuck, pike dan straddle. Berikut adalah butiran lakuannya.1.1.1, 2.1.1, 2.1.2, 2.1.3, 5.1.31.Lompatan Tuck•Berdiri tegak di atas trampolin dengan kaki dirapatkan.•Mengenjut beberapa kali untuk mendapatkan momentum.•Lompat berulang kali.•Pada ketinggian layangan yang sesuai, fleksi lutut dan rapatkan ke dada.•Tangan memegang bahagian bawah lutut.•Kembali ke posisi asal.3.Lompatan Straddle•Berdiri tegak di atas trampolin dengan kaki dirapatkan.•Mengenjut beberapa kali untuk mendapatkan momentum.•Lompat berulang kali.•Pada ketinggian layangan yang sesuai, kaki dikangkangkan.•Kembali ke posisi asal.1.Bincangkan cara anda mengekalkan kawalan badan semasa layangan?2.Jelaskan cara menghasilkan lantunan yang tinggi?3.Mengapakah ketinggian layangan perlu untuk melakukan bentuk badan yang berbeza?4.Huraikan langkah-langkah untuk menghentikan layangan?2.Lompatan Pike•Berdiri tegak di atas trampolin dengan kaki dirapatkan.•Mengenjut beberapa kali untuk mendapatkan momentum.•Lompat berulang kali.•Pada ketinggian layangan yang sesuai, fleksi pinggul dengan kaki diluruskan.•Kembali ke posisi asal.LompatanBentuk Badan Semasa LayanganGimnastik Asas16

p. 16

90°360°180°111234523231.Putaran 90°•Berdiri tegak di atas trampolin dengan tangan dilurus ke atas.•Mengenjut beberapa kali untuk mendapatkan momentum.•Lompat dan buat putaran 90° mengikut arah jam atau lawan jam semasa di udara.•Fleksi lutut dan turunkan tangan semasa mendarat.Semasa anda di sekolah rendah, anda telah mempelajari beberapa putaran ketika melakukan layangan di atas trampolin. Mari kita sama-sama ulang kaji kemahiran tersebut.2.Putaran 180°•Berdiri tegak di atas trampolin dengan tangan dilurus ke atas.•Mengenjut beberapa kali untuk mendapatkan momentum.•Lompat dan buat putaran 180°mengikut arah jam atau lawan jam semasa di udara.•Fleksi lutut dan turunkan tangan semasa mendarat.3.Putaran 360°•Berdiri tegak di atas trampolin dengan tangan dilurus ke atas.•Mengenjut beberapa kali untuk mendapatkan momentum.•Lompat dan buat putaran 360°mengikut arah jam atau lawan jam semasa di udara.•Fleksi lutut dan turunkantangan semasa mendarat.Putaran1.1.2, 2.1.1, 2.1.3, 5.1.37

p. 17

Lompat Tegak2Lompatan Tuck3Lompatan Pike1Lompat Tegak4Lompat TegakPutaran 180°Berhenti5678Hands and knees-drop180°1234Setelah mempelajari kemahiran lantunan dan lompatan dengan bentuk badan posisi tuck, pike dan straddle dan pelbagai putaran di atas trampolin, mari kita cuba pula rutin pergerakan yang melibatkan semua kemahiran di bawah:Rutin 1Rutin Pergerakan atas TrampolinGimnastik Asas18

p. 18

Rutin 21467358Lompat TegakLompatan StraddlePutaran 180°Seat-dropLompat TegakLompat TegakLompat TegakBerhentiSila imbas di sini1.1.3, 1.1.4, 2.1.4, 5.1.3, 5.2.1180°123429

p. 19

Refleksi dan cadangan penambahbaikan: _______________________________________________________________________________Nama penilai: ____________________Borang PenilaianNama:Kelas: Tarikh:KemahiranYa(Nyatakan)Tidak(Nyatakan)Melakukan jenis bentuk badan•Tuck / Pike / StraddleMelakukan satu jenis lantunan• Seat-drop/ Back-drop/ Hands and knees-drop/ Front-dropMelakukan jenis putaran• 90°/ 180°/ 360°Tandakan (P)Ketinggian layanganT(Tinggi)S(Sederhana)R(Rendah)Kawalan badanB(Baik)S(Sederhana)L(Lemah)Sekarang sampai giliran anda untuk mereka cipta satu rutin pergerakan yang mengandungi sekurang-kurangnya satu jenis bentuk badan, satu jenis lantunan dan satu jenis putaran. Persembahkan rutin yang telah anda reka cipta. Rakan anda akan menilai persembahan anda menggunakan borang penilaian berikut:Gimnastik Asas110

p. 20

1.Namakan jenis bentuk badan yang dilakukan semasa membuat layangan di atas trampolin berdasarkan gambar berikut.2.Bagaimanakah anda mengekalkan kawalan badan semasa melakukan layangan di atas trampolin?3.Apakah lakuan yang harus dilakukan untuk menghasilkan lantunan yang tinggi?4.Bagaimanakah anda mengawal keseimbangan badan semasa mendarat?5.Berdasarkan rutin pergerakan yang anda lakukan, senaraikan masalah yang dihadapi. Apakah cara untuk mengatasi masalah tersebut?LATIHAN PENGUKUHAN(a)(b)(c)11

p. 21

Standard KandunganUNIT2Menggunakan pengetahuan konsep pergerakan dan prinsip mekanik semasa melakukan lantunan dan layangan di atas trampolin.Mematuhi dan mengamalkan elemen pengurusan dan keselamatan.Melakukan kemahiran lantunan dan layangan di atas trampolin.Menunjukkan keyakinan dan tanggungjawab kendiri semasa melakukan aktiviti fizikal.UNITMenggunakan pengetahuan konsep pergerakan bagi pergerakan berirama.Menunjukkan keyakinan dan tanggungjawab kendiri semasa melakukan aktiviti fizikal.Melakukan pelbagai corak pergerakan mengikut muzik yang didengar.Membentuk kumpulan dan bekerjasama dalam kumpulan semasa melakukan aktiviti fizikal.Pergerakan berirama membolehkan murid untuk berkomunikasi serta menyatakan perasaan melalui pergerakan secara simbolik dengan mengikut tempo lagu. Pergerakan berirama juga mampu meningkatkan personaliti murid-murid di samping meningkatkan sifat-sifat seni. Pergerakan lokomotor, bukan lokomotor dan langkah lurus merupakan elemen penting dalam pergerakan berirama. Tahukah anda apakah perbezaan antara pergerakan lokomotor dan bukan lokomotor? Bincangkan bersama guru.Layari laman sesawang www.arasmega.com untuk mendapatkan aplikasi dan memuat turun Augmented Reality (AR). Layari laman sesawang www.arasmega.com untuk mendapatkan aplikasi dan memuat turun Quick Response (QR) CODE.12

p. 22

GlosariLokomotor - Pergerakan yang menyebabkan perubahan kedudukan tubuh badan. Contohnya berlari, mencoklang dan melompat.Bukan Lokomotor - Pergerakan yang tidak menyebabkan berlakunya perubahan kedudukan tubuh badan. Contohnya mengilas dan memusing.Langkah Lurus - Tarian yang biasanya dilakukan dengan berbaris dan menari mengikut langkah lurus yang telah dikoreografi. Contoh langkah lurus ialah grapevine, kick ball change dan jazz box.Konsep Pergerakan - Melibatkan kesedaran tubuh badan, kesedaran ruang, kualiti pergerakan dan hubungan. 13

p. 23

Malaysia dipilih menjadi tuan rumah sukan SEA di Kuala Lumpur pada tahun 2017. Bagi meraikan temasya tersebut, guru anda telah menyediakan satu persembahan pergerakan kreatif berdasarkan tema sukan SEA, iaitu “Bangkit Bersama”. Mari kita lakukan empat rangkaian pergerakan kreatif tersebut mengikut lagu “Kuasa Juara” secara berturutan. Dapatkah anda mengenal pasti kemahiran lokomotor, bukan lokomotor, dan langkah lurus yang terlibat? 1.2.1, 2.1.1, 5.2.3, 5.4.2Murid bersedia dan berdiri di dalam gelung.1.Apabila muzik bermula, murid akan melakukan empat aksi sukan (contoh aksi lontar peluru, bola jaring, badminton dan memanah).•Ulang aksi sebanyak lapan kali.2.Bergerak keluar dari gelung mengikut arah lawan jam.3.Lakukan dua pergerakan lokomotor dan dua langkah lurus.4.Berada dalam gelung seterusnya. Lakukan aksi seperti mengilas dan memusing.•Ulang sebanyak lapan kali mengikut tempo lagu.1.Murid bergerak keluar dari gelung.2.Murid bebas melakukan pelbagai aksi sukan. Contoh aksi lari berganti-ganti, badminton, bola sepak dan bola jaring.•Murid boleh lakukan aksi secara berpasangan.3.Ulang aksi sebanyak lapan kali mengikut tempo lagu.12Bangkit BersamaPergerakan Berirama214

p. 24

1.Apakah kemahiran lokomotor, bukan lokomotor, dan langkah lurus yang digunakan dalam rangkaian pergerakan kreatif yang direka cipta oleh kumpulan anda?2.Bagaimanakah pergerakan kreatif dapat meningkatkan tahap kecergasan anda? Dalam kumpulan kecil, reka cipta pergerakan kreatif mengikut muzik dan tema tertentu. Pergerakan kreatif kumpulan anda harus mengandungi sekurang-kurangnya empat kemahiran lokomotor, tiga kemahiran bukan lokomotor, dan tiga jenis langkah lurus.1.Akhiri pergerakan dengan murid membawa gelung ke tengah dan membentuk logo sukan SEA.2.Sebelum tempo lagu tamat, murid melakukan salah satu aksi sukan untuk ‘‘pose’’ terakhir. 1.Murid kembali semula ke dalam gelung.2.Ulang aksi pada gambar 1 dan gambar 2.Imbas SayaLagu Kuasa Juara4315

p. 25

Tarian Joget merupakan sejenis tarian Melayu tradisional. Joget merupakan satu tarian tradisional yang popular dan ditarikan oleh pelbagai kaum di Malaysia. Tarian ini biasanya dipersembahkan secara berpasangan oleh penari lelaki dan perempuan dengan gerak-geri pantas yang disulami pelbagai usikan. Joget juga dikenali sebagai ronggeng.•Membuat pergerakan setempat. •Hujung kaki kanan dan kaki kiri menyentuh lantai secara berselang-seli. •Kedua-dua tangan murid lelaki dibuka ke sisi manakala murid perempuan siku dirapatkan.•Murid melakukan langkah seperti pergerakan setempat.•Maju beberapa langkah kecil ke hadapan kemudian undur beberapa langkah kecil ke belakang mengikut kiraan.1.2.2, 2.1.2, 5.4.312Asas Tarian JogetJoget dan SumazauSetempatMaju dan UndurPergerakan Berirama16

p. 26

•Murid lelaki bersedia dengan kedua-dua belah tangan di pinggang kiri.•Murid perempuan bersedia dengan tangan kanan di bahu dan tangan kiri di pinggang.•Kaki kanan dibuka ke sisi dengan tumit menyentuh lantai. Tarik kaki kanan ke hadapan kaki kiri dengan hujung kaki kanan menyentuh lantai.•Letak kaki kanan ke sisi semula dengan tumit menyentuh lantai dan kembali ke posisi asal.•Lakukan aktiviti yang sama untuk kaki kiri. •Murid lelaki bersedia dengan kedua-kedua belah tangan di pinggang kiri. •Murid perempuan bersedia dengan tangan kanan di bahu dan tangan kiri di pinggang.•Kedua-dua penari bergerak ke kanan dengan kaki kiri disilang ke belakang.•Berpusing di atas kaki kanan dan kaki kanan disilang ke belakang.•Ulangi beberapa langkah dengan gerakan yang sama. Kenal pasti dan bincangkan pergerakan lokomotor, bukan lokomotor dan konsep pergerakan dalam tarian Joget. Ragam Kunang-kunang Mabuk34Senam seni 1Malaysia (SS1M) merupakan program senaman yang menggabungkan elemen tarian dan seni pertahanan diri dalam kalangan masyarakat Malaysia. SS1M merupakan gerak asas senamrobik dengan diiringi alunan lagu rakyat atau muzik Irama Malaysia.Sila imbas di siniTerancang SetempatNadi Ilmu17

p. 27

•Enjut di atas bebola kaki kanan. •Hujung kaki diangkat dan diturunkan secara berulang kali.•Enjut di atas bebola kaki kanan. •Hujung kaki di angkat dan diturunkan secara berulang kali sambil maju ke hadapan.•Enjut di atas bebola kaki kanan. •Hujung kaki diangkat dan diturunkan secara berulang kali sambil mengundur ke belakang.1.2.2, 1.2.3, 2.1.2, 2.1.3, 5.4.2 Enjut Setempat Maju dan Undur12Tarian Sumazau merupakan tarian bagi suku kaum Kadazandusun yang paling popular. Tarian ini biasanya dipersembahkan ketika perayaan Pesta Menuai yang disambut pada bulan Mei di negeri Sabah.Asas Tarian SumazauKenal pasti dan bincangkan pergerakan lokomotor, bukan lokomotor dan konsep pergerakan dalam tarian Sumazau.Pergerakan Berirama18

p. 28

•Kaki kiri dienjut dan diturunkan berulang kali sambil bergerak ke arah kiri. •Kaki kanan dienjut dan diturunkan berulang kali sambil bergerak ke arah kanan.Reka cipta satu pergerakan tarian menggunakan tempo lagu “Senam Seni 1Malaysia”. Pergerakan yang dicipta haruslah mengandungi konsep pergerakan yang boleh digunakan dalam pelbagai situasi dan mempunyai nilai estetik yang baik dan menyeluruh. Gerak ke Kiri Gerak ke Kanan34GlosariNilai estetik - Nilai yang berkait rapat dengan seni atau kecantikan.19Sila imbas di sini

p. 29

LATIHAN PENGUKUHAN1.Cadangkan tiga tema yang sesuai digunakan untuk pergerakan kreatif.3.Kenal pasti kemahiran lokomotor, bukan lokomotor dan konsep pergerakan 4.Apakah perkaitan antara konsep pergerakan dengan nilai estetik berdasarkan rutin pergerakan tarian yang direka cipta?Pergerakan KreatifLangkah Lurus2.Nyatakan tiga langkah lurus yang digunakan dalam pergerakan kreatif anda.KemahiranJogetSumazauLokomotor1.2.3.1.2.3.Bukan lokomotor1.2.3.1.2.3.Konsep pergerakan1.2.3.1.2.3.Pergerakan Berirama20

p. 30

UNIT3Permainan kategori serangan seperti bola sepak dan bola jaring ialah permainan yang dimainkan oleh dua pasukan yang sama bilangan pemain. Tujuan permainan kategori ini adalah untuk membawa bola ke kawasan lawan dan membuat jaringan gol. Pasukan yang menjaringkan gol terbanyak ialah pemenang. Namakan permainan lain dalam kategori serangan yang anda tahu.21

p. 31

Bola sepak merupakan sejenis permainan yang dimainkan oleh dua pasukan yang mengandungi 11 orang pemain bagi setiap pasukan. Tujuan permainan ini adalah untuk memasukkan bola ke dalam gawang lawan (menjaring gol). Satu perlawanan biasanya dibahagikan kepada dua separuh masa, iaitu separuh masa pertama dan separuh masa kedua. Peruntukan bagi setiap separuh masa ialah sebanyak 45 minit. Pasukan yang menjaringkan bilangan gol yang paling banyak ialah pemenang. Jika tidak ada gol yang dijaringkan ataupun bilangan gol yang dijaring oleh kedua-dua pasukan adalah sama, keputusan permainan tersebut adalah seri. Permainan bola sepak merupakan permainan yang paling popular di dunia. Persatuan Bola Sepak Antarabangsa (FIFA) menguruskan permainan bola sepak peringkat antarabangsa. FIFA juga menganjurkan pertandingan Piala Dunia untuk lelaki dan perempuan empat tahun sekali. Di Malaysia, badan induk yang menguruskan permainan bola sepak ialah Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM). Melakukan kemahiran asas bola sepak dengan lakuan yang betul.Menggunakan pengetahuan konsep pergerakan dan prinsip mekanik dalam kemahiran asas bola sepak.Standard KandunganMematuhi dan mengamalkan elemen pengurusan dan keselamatan.Menunjukkan keyakinan dan tanggungjawab kendiri semasa melakukan aktiviti fizikal.Membentuk kumpulan dan bekerjasama dalam kumpulan semasa melakukan aktiviti fizikal.Mengaplikasi etika dalam sukan semasa melakukan aktiviti fizikal.3.1BOLA SEPAK22

p. 32

Layari laman sesawang dengan menaip kata kunci “FIFA World Cup” untuk mendapat maklumat tentang sejarah Piala Dunia Bola Sepak dan juga senarai nama negara-negara yang pernah menjuarainya. Bila dan di manakah Kejohanan Piala Dunia Bola Sepak yang seterusnya akan diadakan?Nadi Ilmu90 - 120 m40.3 m16.5 m9.5 m11 m45 mKotak penaltiTanda penaltiKotak DBulatantengahD - Pertahanan M - Pemain TengahF - Penyerang G - Penjaga GolDDDDMMMMFFG68 cmBerat:410 g - 450 g23

p. 33

• Murid dibahagikan kepada kumpulan kecil.• Letakkan sebuah gelung dan sebuah kon sebagai pin di tengah kawasan bermain setiap kumpulan.• Seorang murid dipilih sebagai Penjaga Pin. Penjaga Pin memastikan bahawa bola tidak terkena pada pin. Penjaga Pin tidak boleh masuk ke dalam kawasan gelung.• Murid lain berada dalam kawasan yang ditetapkan. Mereka perlu menghantar bola secara hantaran leret sesama sendiri dan cuba mencari peluang untuk menendang bola bagi menjatuhkan pin.Saya perlu gerak ke ruang yang sesuai untuk rakan menghantar bola.Saya mesti berada di belakang bola dan menyerap daya semasa menyerkap bola.Dalam permainan bola sepak, bola boleh dihantar kepada rakan dengan pelbagai cara. Salah satu caranya ialah hantaran leret. Hantaran leret biasanya digunakan untuk menghantar bola kepada rakan yang berada pada jarak yang dekat. Hantaran jenis ini dapat menghantar bola kepada rakan dengan pantas dan tepat. Rakan yang menerima bola perlu menyerkap bola dan bertindak dengan pantas untuk mengelak bola daripada dirampas oleh pihak lawan. Tingkatkan kemahiran menghantar bola secara leret dan menyerkap bola melalui permainan serang pin di bawah.CaraBermainCaraBermainCaraBermainCaraBermainCaraBermainCaraBermainCaraBermainBahagian kaki yang manakah sesuai untuk membuat hantaran leret?Layari laman sesawang untuk menonton video berkaitan hantaran leret dan cara menyerkap bola leret.Celik SiberSerang Pin24Kategori Serangan3

p. 34

• Apabila bola terkena pin ataupun pin tidak dijatuhkan selepas enam hantaran, Penjaga Pin akan ditukar dengan murid lain.• Murid-murid akan bergilir-gilir untuk menjaga pin.• Hanya hantaran leret dibenarkan.• Murid yang menerima bola mesti menyerkap bola sebelum menghantar kepada rakan lain.Variasi: Ubah suai saiz padang, bilangan pemain dan jenis bola mengikut kebolehan murid.1.3.1, 1.3.2, 2.3.1, 2.3.2, 5.4.1Hantaran LeretSaya mesti bergerak pantas untuk mengelak bola daripada menjatuhkan pin.1.Bagaimanakah anda dapat membuat hantaran yang tepat kepada rakan?2.Bagaimanakah anda dapat mengelirukan Penjaga Pin?3.Bagaimanakah anda memintas bola yang ditendang ke arah pin?4.Bagaimanakah anda dapat meningkatkan daya semasa membuat hantaran leret kepada rakan yang berada pada jarak yang jauh?Sekarang giliran saya untuk menjaga pin.25

p. 35

• Murid dibahagikan kepada kumpulan kecil.• Seutas tali diikat pada tiang di kedua-dua bahagian padang sebagai gol.• Kawasan permainan dibahagikan kepada zon menendang dan zon bermain seperti dalam gambar rajah.• Seorang murid akan melakukan hantaran secara lambung kepada rakannya yang berada dalam zon bermain.• Murid yang menerima bola akan cuba menyerkap bola dengan menggunakan mana-mana bahagian badan yang dibenarkan.• Setelah menyerkap bola, murid tersebut boleh menghantar bola kepada rakannya. • Pihak lawan boleh memintas atau melakukan takel untuk mendapatkan bola. Kedua-dua pasukan akan bermain sehingga mendapat peluang untuk menjaringkan gol.Zon MenendangKemahiran menghantar bola secara lambung ialah kemahiran yang sering digunakan untuk menghantar bola kepada rakan yang berada pada jarak yang jauh. Kemahiran ini juga digunakan untuk menghantar bola kepada rakan yang dihalang oleh pemain lawan. Selain itu, kemahiran ini juga boleh digunakan untuk menjaringkan gol dari jarak jauh. Pemain yang menerima bola tinggi boleh menyerkap bola dengan menggunakan bahagian-bahagian tubuh badan mengikut ketinggian bola dan kedudukan pihak lawan. Permainan serangan udara ini dapat membantu pemain meningkatkan kemahiran membuat hantaran bola secara lambung dan menyerkap bola tinggi.CaraBermainCaraBermainCaraBermainCaraBermainCaraBermainCaraBermainCaraBermainSaya akan cuba dapatkan bola. Kamu berdua jaga pihak lawan.Bahagian badan manakah kamu boleh gunakan untuk menyerkap bola?Semasa melakukan hantaran lambung, kaki sokongan diletakkan bersebelahan dengan bola dan badan dicondongkan ke belakang. Kontak bola di bahagian bawah selepas menendang bola, kaki yang menendang perlu mengikut lajak. Titik kontak dan ikut lajak akan menentukan ketinggian bola yang ditendang.Nadi IlmuSerangan UdaraSaya mesti tendang dengan kuat dari arah bawah bola.26Kategori Serangan3

p. 36

Zon BermainZon Menendang• Gol hanya boleh dijaringkan dengan membuat tendangan lambung melepasi tali.• Selepas percubaan ke atas gol dilakukan, permainan akan dimulakan semula.• Permainan akan dimulakan semula jika bola terkeluar dari zon bermain atau percubaan ke atas gol.• Murid-murid akan bergilir-gilir melakukan tendangan dari zon menendang.• Pasukan yang menjaringkan gol terbanyak adalah pemenang.Variasi: Ubah suai saiz padang, bilangan pemain, ketinggian tali dan jenis bola mengikut kebolehan murid.1.3.1, 1.3.2, 2.3.1, 2.3.2, 5.2.41.Jelaskan situasi di mana tendangan lambung sesuai digunakan dalam permainan.2.Bagaimanakah anda dapat menyerkap bola secara kemas?3.Jelaskan kedudukan badan anda semasa melakukan tendangan lambung?4.Bagaimanakah anda dapat meningkatkan daya supaya tendangan anda bergerak lebih jauh?Hantaran Lambung27

p. 37

Kemahiran menanduk boleh digunakan untuk menjaringkan gol. Selain itu, kemahiran ini boleh digunakan semasa menahan bola lambung daripada pihak lawan terutamanya semasa tendangan percuma atau tendangan sudut. Kemahiran ini juga boleh digunakan untuk menghantar bola kepada rakan sepasukan. Bolehkah anda menjelaskan situasi-situasi di mana kemahiran menanduk digunakan dalam permainan bola sepak? Statistik di Amerika Syarikat melaporkan bahawa pada tahun 2010, sebanyak 50 000 kes konkusi (kecederaan kepala) dikaitkan dengan permainan bola sepak di sekolah menengah. Oleh itu, pada tahun 2015, peraturan baharu telah dibuat supaya kanak-kanak di bawah 10 tahun dilarang daripada menanduk bola semasa latihan dan juga semasa pertandingan permainan bola sepak. Kanak-kanak di antara 11 hingga 13 tahun pula dihadkan bilangan tandukan yang boleh dilakukan semasa latihan. Pada pendapat anda, perlukah peraturan sedemikian dikuatkuasakan di Malaysia?• Murid dibahagikan kepada kumpulan kecil.• Kawasan permainan dibahagikan kepada ‘‘zon gol’’ dan ‘‘zon bermain’’ seperti dalam gambar rajah.• Bahagikan bilangan murid yang sama di setiap zon. • Permainan dimulakan dengan seorang murid melakukan tendangan lambung dari ‘‘zon gol’’ ke arah rakannya yang berada di dalam ‘‘zon bermain’’.• Murid bagi kedua-dua pasukan yang berada di dalam ‘‘zon bermain’’ akan cuba mendapatkan bola dengan cara menanduk kepada rakannya. Bola boleh dihantar kepada rakan yang berada di ‘‘zon bermain’’ atau ‘‘zon gol’’ pihak lawan.Zon GolCaraBermainCaraBermainCaraBermainCaraBermainCaraBermainCaraBermainCaraBermainSaya mesti menanduk bola ke arah rakan saya.Pandang bola semasa menanduk.Imbas SayaKonkusiNadi IlmuTandukan Berpadu28Kategori Serangan3

p. 38

1.Jelaskan bagaimana tandukan bola dilakukan dalam permainan bola sepak.2.Jelaskan situasi di mana menanduk bola sesuai digunakan dalam permainan.3.Bahagian manakah pada kepala yang sesuai untuk melakukan tandukan? Mengapa?4.Bagaimanakah anda dapat meningkatkan daya supaya tandukan anda lebih laju?5.Cadangkan langkah-langkah keselamatan untuk mengelak kecederaan akibat menanduk.• Bola boleh dihantar sesama rakan yang berada di ‘‘zon bermain’’ atau ‘‘zon gol’’lawan sehingga mendapat peluang untuk menjaring. Bola hanya boleh dijaring dengan menanduk bola.• Apabila gol dijaringkan atau percubaan menjaring gol gagal, permainan akan dimulakan dengan pasukan lawan akan mengambil tendangan.• Murid dibenarkan untuk mengadang dan melakukan takel. • Pasukan yang menjaringkan gol terbanyak ialah pemenang.Variasi: Ubah suai saiz padang, bilangan pemain dan jenis bola mengikut kebolehan murid.Zon BermainZon GolKonkusi - Tidak sedarkan diri dalam jangka masa pendek akibat kecederaan pada kepala.1.3.1, 2.3.1, 5.1.3Saya perlu berhati-hati supaya kepala tidak tercedera.Lompat dengan tinggi supaya bola dicapai sebelum pihak lawan.GlosariMenanduk29

p. 39

Mengelecek bola adalah suatu kemahiran yang sangat penting dalam permainan bola sepak. Mengelecek bermaksud bergerak dengan bola sambil mengelak daripada ditakel oleh pihak lawan. Kemahiran ini boleh digunakan dalam pelbagai situasi. Bolehkah anda jelaskan situasi di mana kemahiran mengelecek boleh digunakan semasa permainan bola sepak? Anda mesti berusaha untuk menggunakan kedua-dua kaki semasa mengelecek. Anda boleh menggunakan semua bahagian kaki untuk mengelecek bola. Seorang pemain yang mahir akan memandang kawasan sekelilingnya semasa mengelecek dan bukan menumpukan pandangan kepada bola sahaja. Semasa mengelecek, bola digerakkan dengan sentuhan yang perlahan supaya sentiasa dalam kawalan. Selain menggunakan kaki untuk mengelecek bola, anda juga perlu menggunakan pergerakan badan untuk mengacah dan mengelirukan lawan. • Murid dibahagikan kepada kumpulan kecil.• Sediakan beberapa kawasan permainan. Setiap kawasan permainan mengandungi beberapa gawangyang berukuran satu meter. • Bahagikan dua pasukan kepada setiap kawasan permainan. Satu pasukan menyerang dan satu pasukan bertahan. • Permainan dimulakan dengan semua murid pasukan menyerang membawa bola masuk ke kawasan permainan dari garisan tepi.• Pasukan menyerang akan cuba mengelecek bola ke dalam gawang. Sekiranya berjaya, 1 mata akan diberi. Murid tidak dibenarkan menendang bola masuk ke dalam gawang.Saya akan gunakan pergerakan badan untuk mengacah lawan.Taip ‘‘changing direction when dribbling in soccer’’ dalam enjin carian yang sesuai untuk mengetahui cara-cara menukar arah semasa mengelecek bola.CaraBermainCaraBermainCaraBermainCaraBermainCaraBermainCaraBermainCaraBermainGunakan semua bahagian kaki kamu untuk mengelecek.Celik SiberJaguh Kelecek30Kategori Serangan3

p. 40

1.Jelaskan situasi di mana kemahiran mengelecek boleh digunakan.2.Cadangkan cara-cara untuk mengekalkan kawalan bola semasa mengelecek.3.Mengapakah anda perlu melihat kawasan sekeliling semasa mengelecek dan bukan memandang bola?4.Bagaimanakah anda dapat mengekalkan keseimbangan semasa mengelecek bola?1.3.3, 2.3.3, 5.2.2Saya mesti merendahkan badan untuk mengekalkan keseimbangan saya.Saya akanberusaha untuk mengelecek melalui sekurang-kurangnya tiga gawang.Mengelecek• Sekiranya pemain pertahanan berjaya merampas bola, dia akan berperanan sebagai pemain penyerang dan akan memulakan serangannya dari garisan tepi.• Permainan diteruskan sehingga masa yang diperuntukkan oleh guru tamat. • Murid diminta mencatat bilangan gol masingmasing dalam kad skor.• Kumpulan yang dapat mengelecek melalui bilangan gawang yang terbanyak ialah juara kumpulan. Manakala murid yang berjaya mengelecek melalui bilangan gawang terbanyak digelar jaguh kelecek.Variasi: Ubah suai saiz padang, saiz gawang, bilangan pemain dan jenis bola mengikut kebolehan murid.31

p. 41

• Murid dibahagikan kepada kumpulan kecil.• Satu pasukan akan bertindak sebagai pasukan menyerang dan satu lagi sebagai pasukan bertahan.• Pasukan menyerang akan berada di kawasan bermain. Pasukan bertahan akan berada di belakang garisan mula. Penjaga gol akan berada di gawang.• Apabila isyarat mula diberikan, pasukan bertahan akan berlari dan cuba melakukan takel sisi. Manakala pasukan menyerang akan menghantar bola sesama sendiri dan mencari peluang untuk menjaringkan gol. • Hantaran hanya boleh dilakukan setelah penyerang mengelecek dan melepasi sekurang-kurangnya satu pemain pertahanan.Semua pemain bola sepak, termasuk penjaga gol, perlu menguasai kemahiran takel. Selain merampas kembali bola daripada pihak lawan, kemahiran takel yang baik akan meningkatkan keyakinan seseorang pemain. Tujuan utama pemain pertahanan adalah untuk mengurangkan peluang menjaring oleh pihak lawan. Pemain seharusnya merapatkan diri dengan pihak lawan, membayanginya dan menunggu pemasaan yang sesuai untuk melakukan takel. Pemain penyerang perlu memberikan tekanan kepada pemain pertahanan yangmenguasai bola dan melakukan takel secepat mungkin sebelum pemain tersebut berjaya menghantar bola kepada rakannya. Pemain perlu berusaha melakukan takel tanpa menjatuhkan badan. Takel hadapan dan takel sisi ialah antara jenis takel dalam permainan bola sepak.Takel secara menggelungsur adalah bahaya dan perlu dielakkan kecuali dalam keadaan terdesak.Saya tidak boleh melakukan takel dari belakang.Jangan jatuhkan badan semasa melakukan takel.CaraBermainCaraBermainCaraBermainCaraBermainCaraBermainCaraBermainCaraBermainTaip “block tackle” dalam enjin pencarian yang sesuai untuk menonton video berkaitan takel hadapan.Imbas SayaTakel HadapanCelik SiberJitu Bertahan32Kategori Serangan3

p. 42

• Jika gol dijaringkan atau takel berjaya dilakukan, permainan akan dimulakan semula oleh pasukan penyerang yang sama.• Ulang permainan sehingga masa yang diperuntukkan tamat.• Kedua-dua pasukan bertukar peranan dan permainan dimainkan semula.• Setiap gol yang dijaringkan dan setiap takel yang sempurna diberikan satu mata. Pasukan yang memperoleh mata yang lebih banyak ialah pemenang. Variasi: Ubah suai saiz padang, bilangan pemain dan jenis bola mengikut kebolehan murid.1.Bilakah pemasaan yang sesuai untuk melakukan takel?2.Mengapakah kemahiran takel dari belakang adalah bahaya?3.Seorang pemain mesti elak daripada menjatuhkan diri semasa melakukan takel. Jelaskan kenyataan ini.4.Nyatakan situasi yang sesuai untuk melakukan takel hadapan dan takel sisi.Takel Hadapan1.3.4, 2.3.4, 5.5.1, 5.5.2Saya tidak boleh menggunakan bahagian tapak kasut saya untuk melakukan takel kerana ini boleh mencederakan pemain lawan.33

p. 43

Nadi Ilmu• Murid dibahagikan kepadakumpulan kecil.• Kawasan padang dibahagikan seperti dalam gambar rajah. Hanya pemain penyerang dan penjaga gol dibenarkan berada di dalam zon gol.• Permainan dimulakan dengan salah satu pasukan melakukan sepak mula dari tengah padang.• Pemain akan menggunakan semua kemahiran seperti menghantar, menanduk, mengelecek dan takel untuk membawa bola ke dalam zon gol lawan.• Pemain pertahanan tidak dibenarkan memasuki zon gol.Pada setiap pertandingan bola sepak, penjaring gol terbanyak akan diberikan Anugerah Kasut Emas. Anugerah berprestij ini akan menaikkan nilai pemain bola sepak. Tujuan utama semua permainan kategori serangan ialah untuk memasuki kawasan pihak lawan dan melakukan jaringan. Dalam permainan bola sepak, pasukan yang menjaringkan lebih banyak gol ialah pemenang. Gol boleh dijaringkan dengan menggunakan semua bahagian anggota badan kecuali tangan. Seorang penyerang perlu peka kepada kedudukan penjaga gol pihak lawan. Percubaan membolosi gawang seharusnya dilakukan jauh dari penjaga gol. Seorang penyerang mesti bergerak dengan pantas agar dapat melepasi pemain pertahanan dan mendapat peluang untuk membuat percubaan ke arah gawang. Kebolehan mencari ruang yang sesuai bagi menerima hantaran daripada rakan juga akan membantu seorang pemain untuk menjaringkan gol.Cantik hantaran kamu.Zon GolCaraBermainCaraBermainCaraBermainCaraBermainCaraBermainBolosi Gawang34Kategori Serangan3

p. 44

1.Bincangkan cara-cara untuk menjaringkan gol.2.Terangkan situasi-situasi di mana terdapat peluang untuk menjaringkan gol.3.Senaraikan ciri-ciri seorang penjaring gol yang baik.4.Terangkan pemasaan yang sesuai untuk melakukan jaringan gol.1.3.5, 2.3.5, 5.3.2Saya mesti menendang bola jauh daripada penjaga gol.Menjaringkan GolZon Gol• Pemain penyerang mesti melakukan percubaan ke arah gol dalam masa tiga saat selepas memasuki zon gol. Sekiranya gol berjaya dijaringkan, pasukan bertahan akan memulakan permainan dari tengah padang. Jika gol tidak dijaringkan, penjaga gol akan melakukan tendangan dari zon gol. • Permainan diteruskan sehingga masa yang diperuntukkan tamat. • Pasukan yang menjaringkan gol terbanyak adalah pemenang. Variasi: Ubah suai saiz padang, saiz gawang, saiz zon gol, bilangan pemain dan jenis bola mengikut kebolehan murid.35

p. 45

• Murid dibahagikan kepada kumpulan kecil.• Kawasan padang dibahagikan seperti dalam gambar rajah. Dua pemain penyerang dan dua pemain pertahanan dalam setiap petak. Salah seorang pemain pertahanan akan berperanan sebagai penjaga gol.• Pemain penyerang akan berusaha untuk menjaringkan gol dengan menggunakan semua kemahiran yang telah dipelajari.• Pemain pertahanan akan cuba merampas bola daripada pemain penyerang.• Satu mata diperoleh jika pasukan penyerang berjaya menjaringkan gol. • Pasukan pertahanan akan mendapat 2 mata jika penjaga gol dapat menyelamatkan bola daripada membolosi gawang.Tugas utama seorang penjaga gol ialah memastikan bola tidak membolosi gawangnya. Hanya penjaga gol sahaja dibenarkan menggunakan tangan dalam kawasan gol semasa permainan berlangsung. Bolehkah anda menamakan keadaan di mana pemain lain boleh menggunakan tangan semasa permainan? Seorang penjaga gol ialah benteng pertahanan yang terakhir. Penjaga gol perlu bertindak secara tangkas untuk menghalang bola daripada membolosi gawang dengan menangkap, menepis atau menendang bola tersebut. Seorang penjaga gol juga perlu melakukan tendangan gol. Selain itu, penjaga gol perlu berkomunikasi dengan rakannya terutama pemain pertahanan. Seorang penjaga gol perlu memakai pakaian yang mempunyai ciri-ciri keselamatan.Penjaga gol juga perlu memakai sarung tangan untuk menangkap bola. Dia perlu memakai jersi yang berlainan warna daripada pemain pasukan sendiri dan pasukan lawan. CaraBermainCaraBermainCaraBermainCaraBermainCaraBermainSaya mesti menyerap daya semasa menangkap bola dan mendakap bola selepas ditangkap.Badan saya perlu dalam keadaan seimbang dan menangkap bola dengan segera.Kamu mesti berada di antara gawang dan pemain yang membuat percubaan.Nadi IlmuTangkas Bertindak36Kategori Serangan3

p. 46

• Mata tidak diberikan sekiranya bola terkeluar tanpa diselamatkan oleh penjaga gol.• Permainan diteruskan sehingga masa yang diperuntukkan tamat. Semua pasukan menyerang akan bergerak ke petak seterusnya mengikut arah putaran jam. • Pasukan menyerang yang memasuki petak baharu akan berperanan sebagai pasukan bertahan. • Permainan diteruskan sehingga seorang murid dapat menjaga gawang sebanyak dua kali. • Pasukan yang mendapat mata tertinggi adalah pemenang.1.3.6, 2.3.6, 5.3.1, 5.3.3Jaga Gawang Bola ditangkap di hadapan badan.1.Bincangkan ciri-ciri fizikal seorang penjaga gol yang baik. 2.Sebagai seorang penjaga gol, bagaimanakah anda memintas bola tinggi?3.Bincangkan peranan seorang penjaga gol dalam menguruskan pemain pertahanan pasukannya.4.Mengapakah penjaga gol perlu berkomunikasi dengan pemain pertahanannya?Cepat bergerak dan kawal pemain lawan.37

p. 47

38Kategori SeranganNyatakan situasi di mana jenis tandukan di bawah sesuai digunakan.v(a) (b) (c) (d) LATIHAN PENGUKUHAN(a) (b) (c) 1.Namakan jenis takel yang sesuai digunakan dalam situasi di bawah.

p. 48

JumlahSTSJumlahSTS393.Bahagikan kelas anda kepada tiga pasukan. Setiap pasukan akan menentukan kedudukan pemain-pemainnya serta merancang strategi untuk menyerang dan bertahan. Pilih hari dan masa yang sesuai untuk mengadakan pertandingan tiga penjuru. Rakaman video perlu dibuat semasa permainan berlangsung.4.Berdasarkan video daripada latihan 3 di atas, pilih lima orang rakan dalam pasukan anda dan tandakan (P) pada prestasi mereka sama ada Sesuai (S) atau Tidak Sesuai (TS) berdasarkan kemahiran permainan seperti di bawah.NamaKemahiran PermainanJumlahJumlah(S+TS)Hantaran LeretHantaran LambungTandukanSerkap BolaTakelMenjaringMenjaga GawangSTSSTSSTSSTSSTSSTSSTSSTSSkor penglibatan permainan = Jumlah S + Jumlah TS

p. 49

Bola jaring ialah satu permainan yang diubah suai daripada permainan bola keranjang pada tahun 1897. Permainan ini dimainkan oleh dua pasukan yang mengandungi tujuh orang pemain bagi setiap pasukan, dengan peranan yang berbeza. Setiap pemain hanya boleh bergerak di gelanggang dalam kawasan tertentu. Tujuan permainan ini adalah untuk menjaringkan gol sebanyak yang boleh oleh penjaring gol yang dibenarkan dalam bulatan gol menyerang. Satu perlawanan biasanya berlangsung sebanyak empat suku. Setiap suku mengambil masa selama 15 minit. Pemenang ialah pasukan yang dapat menjaringkan gol yang paling banyak. Permainan bola jaring dimainkan dalam kalangan wanita dan amat popular di negara-negara Komanwel. Kebelakangan ini, bola jaring juga dimainkan oleh pasukan yang terdiri daripada campuran pemain lelaki dan perempuan (mixed netball), serta mendapat sambutan daripada kaum lelaki (men’s netball). Persatuan Bola Jaring Malaysia (PBJM) bertanggungjawab untuk mengembang dan mempromosikan permainan bola jaring di Malaysia. Manakala di peringkat antarabangsa, permainan bola jaring diuruskan oleh Persekutuan Antarabangsa Persatuan Bola Jaring (International Federation of Netball Associations, IFNA). Seperti permainan bola sepak, IFNA juga menganjurkan kejohanan Piala Dunia empat tahun sekali. Tahukah anda bilakah Piala Dunia seterusnya diadakan dan di mana?40Standard KandunganMelakukan kemahiran asas bola jaring dengan lakuan yang betul.Menunjukkan keyakinan dan tanggungjawab kendiri semasa melakukan aktiviti fizikal.Membentuk kumpulan dan bekerjasama dalam kumpulan semasa melakukan aktiviti fizikal.Mengaplikasikan etika dalam sukan semasa melakukan aktiviti fizikal.Menggunakan pengetahuan konsep pergerakan dan prinsip mekanik dalam kemahiran asas bola jaring.3.2BOLA JARING

p. 50

40.3 m16.5 m9.5 m11 mKotak DBulatantengahKawasan GolKawasan TengahKawasan Gol4.9 mZon 1Zon 2Zon 3Zon 4Zon 515.25 mBulatanGolBulatantengah30.5 mC - Center/ pemain tengah (zon 2, 3, 4)GS - Goal Shooter /penjaring gol (zon 1, 2)GA - Goal Attack /penyerang gol (zon 1, 2, 3)Kedudukan dan kawasan pemainWA - Wing Attack / Penyerang tepi (zon 2, 3)WD - Wing Defence / Pengadang tepi (zon 3, 4)GK - Goal Keeper / Penjaga gol (zon 4, 5)GD - Goal Defence / Pengadang gol (zon 3, 4, 5)GSGKGKGS WDWAWAWDGDGAGAGDCCUkuran Tiang Gol3.05 m (10 kaki)Diameter Tiang Gol(65-100 mm) Saiz 541

p. 51

• Murid dibahagikan kepada kumpulan kecil bertujuh.• Setiap kumpulan diberikan tiga biji bola.• Apabila wisel dibunyikan, murid yang mempunyai bola perlu menghantar bola kepada rakan sepasukan yang berada di pelbagai arah. Pada masa yang sama, murid yang tiada bola perlu memintas hantaran bola daripada pihak lawan.• Mereka perlu bekerjasama dalam kumpulan untuk mendapatkan bola sebanyak yang mungkin dengan menggunakan pelbagai kemahiran menghantar dan menerima bola. Mereka tidak dibenarkan memegang bola melebihi dari 3 saat, berlari dengan bola, atau merampas bola daripada tangan pihak lawan. Permainan bola jaring memerlukan kemahiran menghantar bola dan menerima bola dari pelbagai arah dan aras. Pelbagai jenis hantaran boleh dilakukan agar bola dapat diterima oleh rakan dengan tepat dan selamat. Jenis hantaran bergantung kepada kedudukan rakan yang akan menerima bola. Pemain harus belajar bila dan ke mana untuk menghantar bola serta jenis hantaran yang sesuai digunakan. Antara jenis hantaran yang boleh dilakukan ialah hantaran aras dada, hantaran aras bahu, hantaran atas kepala, hantaran lantun, dan hantaran sisi. Kemahiran menerima bola memerlukan koordinasi mata dan tangan. Dalam situasi permainan, bola akan datang dari pelbagai arah dan aras. Bola boleh diterima dengan menggunakan kedua-dua belah tangan atau sebelah tangan. Kemahiran menerima yang tidak berkesan boleh menyebabkan ritma serangan tergendala dan pihak lawan berpeluang memiliki bola semula. Kemahiran menerima bola:•Semasa menerima bola, mata berfokus pada bola.•Tangan dihulurkan ke hadapan.•Rapatkan tangan ke dada setelah menerima bola.Bilakah anda menerima bola dengan kedua-dua belah tangan atau sebelah tangan? Bagaimanakah anda menentukannya?CaraBermainCaraBermainCaraBermainCaraBermainCaraBermainTOUCHDOWNSaya harus fokus dan mencari ruang kosong untuk menerima bola dari pelbagai arah dan aras.Simpan Saya42Kategori Serangan31.4.1, 1.4.2, 2.4.1, 2.4.2, 5.4.1Nadi Ilmu

p. 52

• Guru meniup wisel selepas satu minit untuk menghentikan permainan.• Guru mengira bilangan bola yang dipegang tinggi oleh murid dan mencatat skor. 1 mata untuk setiap biji bola yang berjaya dimiliki oleh setiap kumpulan.• Kumpulan yang mendapat 10 mata akan menjadi pemenang.Variasi: Ubah suai saiz padang, masa permainan, bilangan murid dan jenis bola mengikut kebolehan murid.Saya perlu menggunakan hantaran aras dada agar rakan dapat menerima bola dengan cepat dan tepat.1.Apakah yang perlu dilakukan agar hantaran bola tidak dipintas oleh pihak lawan?2.Bagaimanakah anda menentukan jenis hantaran yang sesuai digunakan dalam situasi permainan tersebut?3.Bagaimanakah rakan membantu anda ketika menghantar dan menerima bola?4.Bincangkan perkaitan antara daya dengan jarak hantaran?Bersedia Menerima BolaHantaran Aras Dada43

p. 53

• Murid dibahagikan kepada dua kumpulan kecil dengan sebiji bola. • Kumpulan menentukan siapa memulakan permainan dahulu melalui lambungan duit syiling.• Kumpulan yang memiliki bola akan cuba menghantar bola kepada rakan sambil melakukan gerak kaki yang dibenarkan bagi setiap hantaran dalam tempoh dua minit.• 1 mata diberikan bagi setiap gerak kaki yang dilakukan dengan betul dan 1 mata bonus diberikan jika pemain melakukan pivot. Di manakah arah pusingan yang harus anda lakukan semasa pivot?Kemahiran gerak kaki dalam bola jaring adalah penting semasa pemain menerima bola sebelum dihantar cepat kepada rakan, sebelum menjaringkan gol, atau semasa mendarat selepas menangkap bola di udara. Gerak kaki yang betul juga dapat membolehkan pemain menukar arah dengan pantas agar dapat menghantar bola dengan cepat ke rakan sebelum pihak lawan dapat mengadang dengan berkesan. Gerak kaki yang melanggar undang-undang permainan boleh menyebabkan satu hantaran percuma diberikan kepada pihak lawan. Kemahiran gerak kaki boleh dilakukan dengan mendarat menggunakan kedua-dua belah kaki, sebelah kaki, atau satu setengah langkah setelah menangkap bola. Pemain digalakkan melakukan pivot untuk menghala ke arah hantaran yang sesuai, di samping dapat mewujudkan lebih ruang yang selamat daripada pengadang. Tingkatkan kemahiran gerak kaki anda melalui permainan ‘Watch Your Step’.Pivot - Pergerakan ini perlu apabila pemain yang menerima bola ingin berpusing dan bersedia untuk melakukan hantaran. Pivot bolehdilakukan dengan berpusing di atas bebola kaki untuk menjauhi pengadang.CaraBermainCaraBermainCaraBermainCaraBermainCaraBermainTOUCHDOWNWatch Your Step!Saya perlu tahu kaki mana yang mendarat dahulu semasa menerima bola.44Kategori Serangan3Glosari

p. 54

• Jika pemain melakukan gerak kaki yang salah atau bola berjaya dipintas oleh pihak lawan, pemain tersebut akan dikeluarkan dan dikehendaki berdiri di luar kawasan permainan.• Pemain ini dibenarkan bermain semula selepas kumpulannya berjaya melakukan lima gerak kaki yang dibenarkan secara berturut-turut. • Tukar kepada kumpulan lain selepas dua minit atau apabila tiga orang pemain dikeluarkan. • Kumpulan yang berjaya mendapat mata yang terbanyak dalam tempoh masa yang ditetapkan ialah pemenang.Variasi: Ubah suai saiz padang, masa permainan, bilangan murid dan jenis bola mengikut kebolehan murid.Saya perlu membuat pivot dengan kaki yang mendarat.1.4.3, 2.4.3, 2.4.4, 5.5.11.Mengapakah anda perlu mencari ruang kosong semasa bermain?2.Mengapakah kemahiran gerak kaki penting dalam situasi permainan?3.Apakah yang akan berlaku jika pemain lambat bertindak semasa menghantar bola?Mendarat Kedua-dua Belah KakiGerakan Pivot45

p. 55

• Murid dibahagikan kepada dua kumpulan kecil berempat.• Bola dimulakan dari kawasan yang ditetapkan oleh pasukan penyerang.• Pasukan menyerang hanya dibenarkan menjaring selepas tiga hantaran kepada rakan sepasukannya. • Sekiranya bola berjaya dimiliki oleh pihak lawan, bola tersebut hendaklah dimulakan semula di kawasan permulaan tadi oleh kumpulan menyerang.Kemenangan sesuatu pasukan dalam permainan bola jaring ditentukan oleh jumlah gol yang dijaringkan. Oleh itu, pemain haruslah menguasai kemahiran menjaringdari pelbagai jarak dalam bulatan gol. Hanya pemain yang berperanan sebagai penjaring gol (GS) dan penyerang gol (GA) dibenarkan menjaringkan gol dalam bulatan gol kawasan menyerang. Pada pandangan anda, apakah ciri-ciri yang harus ada pada pemain GS dan GA agar pasukannya mempunyai lebih peluang untuk menang? Tahukah anda bahawa pemain remaja Fadzlun Abas telah dinobatkan sebagai ‘The Best Shooter’ di World Junior Netball Championships pada tahun 2000 dan 2001? Faktor-faktor seperti cara menangkap bola oleh penjaring, kedudukan penjaring dan pengadang, percubaan menjaring boleh dilakukan dari mana-mana tempat dalam bulatan gol dengan menggunakan kedua-dua belah tangan atau sebelah tangan secara statik atau gerak selangkah dari pelbagai jarak. Mari kita sama-sama tingkatkan kemahiran menjaring melalui permainan ‘Sedia, Jaring, Gol!’ di bawah.1.Bilakah situasi anda menggunakan kemahiran menjaring statik dan menjaring gerak selangkah?2.Mengapakah menjaring bertambah sukar apabila diadang?Saya perlu mengambil selangkah ke belakang untuk menjauhi pengadang sebelum menjaring.CaraBermainCaraBermainCaraBermainCaraBermainCaraBermainTOUCHDOWNApakah yang harus anda lakukan sekiranya bola gagal dijaringkan?Sedia, Jaring, Gol!46Kategori Serangan3

p. 56

Saya harus jaringkan sekurang-kurangnya tiga gol.1.4.4, 2.4.5, 5.2.2, 5.2.4Menjaring Dua Belah Kaki• Hanya dua orang pemain penyerang dibenarkan menjaringkan gol, dan seorang pemain pihak lawan dibenarkan mengadang dalam bulatan gol. • Selepas tiga minit permainan, kedua-dua kumpulan bertukar peranan.• Pemenang adalah pasukan yang dapat menjaringkan bilangan gol yang terbanyak.Variasi: Ubah suai saiz kawasan, bilangan murid, masa permainan murid dan ketinggian gol.Saya yakin boleh menjaring secara statik.Imbas SayaTeknik Menjaring3.Apakah perbezaan antara menjaring menggunakan satu tangan dengan menjaring menggunakan dua tangan?4.Di manakah anda harus berada semasa rakan sepasukan anda membuat jaringan?47

p. 57

• Murid dibahagikan kepada dua kumpulan kecil berenam.• Permainan bermula di zon 2 (tengah) oleh pasukan penyerang A.• Pasukan A menghantar bola melepasi zon 3 dan touch down di belakang garisan gol.• Pasukan B mengadang bola daripada melepasi zon 3 dengan menggunakan adangan dari posisi belakang, posisi sisi, atau posisi hadapan.Saya perlu mengadang dari sisi kiri mengikut arah bola.Saya perlu dodgeke belakang untuk mewujudkan ruang yang selamat bagi menerima bola.Mengadang ialah asas pertahanan dalam permainan bola jaring. Tujuan mengadang adalah untuk menghalang hantaran penerimaan dan jaringan bola. Kedudukan pengadang yang baik dapat mengehadkan sudut hantaran, ruang dan kelajuan bola yang ingin dihantar oleh pihak penyerang. Semasa mengadang, pemain perlu berada berhampiran dengan pihak lawan. Kemahiran mengacah dan dodge merupakan pergerakan pantas dan tangkas yang membolehkan pemain membebaskan diri daripada pengadang untuk menerima hantaran. Kemahiran ini boleh digunakan untuk menukar arah dengan cepat bagi mewujudkan ruang. Mari kita tingkatkan kemahiran mengadang dan mengacah melalui permainan “Touch Down!”.Bagaimanakah pengadang lain dapat membantu rakan yang sedang mengadang penyerang yang memiliki bola?CaraBermainCaraBermainCaraBermainCaraBermainTOUCHDOWNTouch down ialah perbuatan mendarat di atas tanah. Simpulan bahasa ini mula diperkenalkan pada tahun 1935. Touch down juga turut digunakan dalam permainan ragbi iaitu apabila pemain meletakkan bola di atas tanah di belakang garisan gol. Istilah ini juga digunakan dalam permainan American Football iaitu pemain akan mendapat 6 mata sekiranya bola dapat dibawa melepasi garisan gol pihak lawan. Nadi IlmuTouch Down48Kategori Serangan3

p. 58

Saya perlu bermain mengikut peraturan.1.4.5, 1.4.6, 2.4.6, 2.4.7, 5.4.2, 5.5.2Mengadang HadapanMengadang Sisi1. Pada pendapat anda, kemahiran mengadang yang mana sesuai digunakan semasa bermain Touch Down?2.Bagaimanakah anda melakukan kemahiran mengacah yang sesuai dalam permainan tersebut?3.Mengapakah adangan memainkan peranan penting dalam permainan bola jaring?4.Apakah perbezaan antara kemahiran mengadang dengan kemahiran mengacah?• Sekiranya pasukan B berjaya memintas bola, pasukan B akan membuat serangan melepasi zon 1 untuk melakukan touch downdi belakang garisan gol di zon 1. • Setiap bola yang ditouch down akan mendapat 2 mata.• Permainan dimulakan semula di zon 2 secara bergilir-gilir.Variasi: Ubah suai saiz padang, bilangan murid, masa permainan dan jenis bola mengikut kebolehan murid.0.9 m (3 kaki)49

p. 59

50Kategori Serangan1.Berdasarkan gambar situasi permainan di bawah, kenal pasti kemahiran menghantar yang sesuai digunakan oleh pemain yang berkenaan.Jenis hantaran yang sesuai bagi: (a)Situasi A: _ sebab __(b)Situasi B: _ sebab __(c)Situasi C: __ sebab _____________2.Jelaskan peranan pivot dalam kemahiran gerak kaki.3.Berdasarkan gambar situasi permainan di bawah, kenal pasti kemahiran mengadang yang sesuai digunakan oleh pemain yang berkenaan. Nyatakan alasan anda.Situasi ASituasi BSituasi CMengadang pemain yang memiliki bola.Posisi mengadang yang sesuai:Mengadang pemain Center (C).Posisi mengadang yang sesuai:(a)(b)LATIHAN PENGUKUHAN

p. 60

UNIT4Dalam permainan kategori jaring, pemain atau pasukan perlu memukul bola atau bulu tangkis ke dalam gelanggang lawan supaya pihak lawan tidak dapat memulangkan bola atau bulu tangkis tersebut. Senaraikan permainan-permainan dalam kategori jaring yang anda tahu. 51

p. 61

Melakukan kemahiran asas bola tampar dengan lakuan yang betul.Menggunakan pengetahuan konsep pergerakan dan mekanik dalam kemahiran asas bola tampar.Menunjukkan keyakinan dan tanggungjawab kendiri semasa melakukan aktiviti fizikal.Berkomunikasi dalam pelbagai cara semasa melakukan aktiviti fizikal.Membentuk kumpulan dan bekerjasama dalam kumpulan semasa melakukan aktiviti fizikal.Standard KandunganBola tampar adalah sejenis permainan kategori jaring yang dimainkan oleh dua pasukan dengan enam orang pemain bagi setiap pasukan. Setiap pasukan akan berusaha mendapatkan mata dengan mematikan bola ke dalam gelanggang lawan. Mata juga diperoleh jika pihak lawan melakukan kesalahan mengikut peraturan permainan ataupun memukul bola keluar dari gelanggang. Permainan dimulakan dengan seorang pemain melakukan servis dari luar garisan belakang. Pasukan yang menerima servis boleh memainkan bola dengan menggunakan mana-mana bahagian badan dan akan membuat percubaan untuk mengembalikan bola ke gelanggang lawan. Setiap pasukan dibenarkan melakukan tidak lebih daripada tiga sentuhan bola untuk membuat hantaran. Seorang pemain tidak boleh menyentuh bola dua kali berturut-turut. Pasukan yang memperoleh mata akan melakukan servis seterusnya. Permainan diteruskan sehingga salah satu pasukan memperoleh 25 mata dengan perbezaan dua mata. Salah satu keistimewaan tentang permainan bola tampar adalah rotasi pemain apabila servis bertukar pasukan. Bolehkah anda menerangkan bagaimana rotasi pemain dilakukan? 4.1BOLA TAMPAR52

p. 62

18 m9 m3 m - 8 m6 mZon BelakangZon ServisZon HadapanZon Pengganti3 mDKr - Pemain Hadapan KiriDKn - Pemain Hadapan KananDT - Pemain Hadapan TengahBKr - Pemain Belakang KiriBKn - Pemain Belakang KananBT - Pemain Belakang TengahBKnBTBKrDKnDTDKrPermainan bola tampar diperkenalkan oleh William G. Morgan pada 9 Februari 1895 di Holyoke, Massachusetts (USA). Permainan ini mula dipertandingkan di Sukan Olimpik pada tahun 1964. Salah satu variasi permainan bola tampar adalah bola tampar pantai. Apakah persamaan dan perbezaan di antara permainan bola tampar dan permainan bola tampar pantai?Nadi IlmuBola saiz 4Imbas SayaBola Tampar53

p. 63

• Murid dibahagikan kepada kumpulan kecil.• Pemain di kawasan X akan melakukan servis dari mana-mana tempat di bahagian belakang garisan servis.• Pasukan di kawasan Y akan menyangga bola tidak melebihi tiga kali. Pada sanggaan ketiga, bola mesti melepasi jaring ke bahagian gelanggang pasukan X.• Jika servis tidak berjaya, pasukan Y akan mendapat satu mata.• Pasukan Y akan mendapat satu mata jika berjaya mengembalikan bola selepas sekali menyangga. 2 mata akan diberikan jika bola dikembalikan selepas dua kali menyangga. 3 mata diberikan selepas tiga kali menyangga.• Jika pasukan Y tidak berjaya mengembalikan bola atau menyentuh bola melebihi tiga kali, pasukan X akan mendapat 1 mata dan peluang untuk melakukan servis.Kemahiran menyangga ialah kemahiran paling penting dalam permainan bola tampar. Semasa menyangga, mata hendaklah berfokus kepada bola dengan kedua-dua tangan dirapatkan dan lutut difleksikan untuk menerima bola daripada pihak lawan. Seorang pemain perlu bergerak pantas ke posisi yang sesuai untuk melakukan kemahiran menyangga. Apabila bola kena pada bahagian lengan, lutut dan siku diekstensikan untuk menghantar bola kepada rakan sepasukan. Ketinggian bola yang baik akan membolehkan rakan sepasukan melakukan kemahiran umpanan atau rejaman. Kawasan XGarisan Servis654321Apakah yang harus anda lakukan untuk memindahkan daya semasa menyangga?Kemahiran menyangga boleh digunakan dalam pelbagai situasi. Selain membuat hantaran kepada rakan untuk melakukan kemahiran mengumpan, kemahiran menyangga boleh digunakan untuk menerima servis, menerima bola rejaman yang terlepas dari adangan rakan, membuat umpanan dan mengambil bola yang dipukul ke luar gelanggang oleh rakan sepasukan. Apabila bola berada jauh daripada badan di bahagian kiri atau kanan, kemahiran menyangga dengan satu tangan boleh digunakan.CaraBermainCaraBermainCaraBermainCaraBermainCaraBermainRALIMENGUMPANSERANGKAPALSELAMREJAMANHEBATJANGANMASUKNadi IlmuJuara SanggaKategori Jaring454

p. 64

• Jika bola berjaya dikembalikan, rali akan diteruskan dengan pemberian mata mengikut bilangan lakuan menyangga.• Apabila servis berpindah, semua pemain pasukan yang akan melakukan servis akan beralih kedudukan mengikut arah pusingan jam. Pemain yang berada pada posisi nombor 1 selepas rotasi akan melakukan servis.• Pasukan yang mendapat 25 mata akan menjadi pemenang.• Jika murid tidak dapat melakukan servis, murid dibenarkan untuk membuat lambungan melepasi jaring.• Mata hanya akan diberikan kepada pemain yang menggunakan kemahiran menyangga sahaja.Variasi: Ubah suai saiz gelanggang, bilangan pemain, ketinggian jaring, dan jenis bola mengikut kebolehan murid.1.Bahagian tangan manakah yang digunakan untuk menyangga bola?2.Bagaimanakah anda memindahkan berat badan semasa melakukan kemahiran menyangga?3.Anda tidak boleh memukul bola dengan kuat semasa menyangga. Bincangkan penyataan tersebut.1.5.1, 2.5.1, 2.5.2, 5.3.1Kawasan YSaya harus menyangga bola di hadapan badan.Saya mesti ekstensi lutut dan siku semasa menyangga.645321Imbas SayaPantas bergerak ke posisi yang sesuai untuk menyangga bola.MenyanggaMenyangga55

p. 65

• Murid dibahagikan kepada kumpulan kecil.• Kawasan bermain dibahagi seperti dalam gambar rajah.• Pemain yang berada di kedudukan paling kiri di bahagian belakang gelanggang akan memulakan permainan dengan melakukan servis.• Pasukan yang menerima bola dikehendaki melakukan tidak lebih daripada tiga kali sentuhan sebelum menghantar bola ke gelanggang lawan.• Murid boleh menggunakan semua kemahiran semasa permainan.• Pasukan yang memenangi rali akan mendapat 1 mata.• 1 mata bonus diberi setiap kali kemahiran mengumpan digunakan.CaraBermainCaraBermainCaraBermainCaraBermainCaraBermainRALIMENGUMPANSERANGKAPALSELAMREJAMANHEBATJANGANMASUKMengumpan dalam permainan bola tampar adalah sentuhan kedua sesuatu pasukan. Kemahiran ini adalah lakuan menghantar bola kepada rakan supaya dia dapat membuat rejaman. Bola perlu dihantar pada ketinggian yang sesuai supaya rakan dapat melakukan rejaman yang baik. Umpanan boleh dilakukan di arah hadapan, belakang, kiri atau kanan. Semasa mengumpan, kepala didongakkan dengan kedua-dua tapak tangan melebihi paras dahi. Tapak tangan dirapatkan seperti hendak menangkap bola di atas dahi. Lutut dan siku difleksi. Apabila bola menyentuh pada jari, lutut dan siku diekstensi untuk menggerakkan bola ke arah dan ketinggian yang diingini. Bola hanya bersentuhan dengan jari dan bukan tapak tangan. Jika anda ingin mengumpan ke paras yang lebih tinggi, anda boleh melompat semasa melakukan umpanan. Marilah berlatih kemahiran mengumpan dalam permainan rali mengumpan.1.5.2, 2.5.1, 2.5.2, 5.2.2, 5.4.2Saya perlu ekstensi siku dan lutut semasa mengumpan.Saya mesti mengumpan semasa bola berada di atas dahi saya.Pemain yang mengumpan biasanya berada di bahagian tengah hadapan gelanggang. Dia perlu bergerak supaya bola akan sampai di atas dahinya. Kesalahan yang biasa dilakukan oleh seorang pengumpan adalah tidak merapatkan telapak tangan, telapak tangan berada dalam keadaan rata, menangkap bola sebelum membuat umpanan serta bola terkena pada telapak tangan. Jika bola terlalu rendah, umpanan boleh dilakukan dengan menggunakan kemahiran menyangga.Nadi IlmuRali MengumpanKategori Jaring456

p. 66

• Servis dibuat secara bergilir-gilir selepas setiap rali.• Pasukan yang akan membuat servis perlu melakukan rotasi mengikut arah pusingan jam.• Pasukan yang berjaya memungut 25 mata adalah pemenang.• Gantikan servis dengan melambung jika murid tidak dapat melakukan servis.Variasi: Ubah suai saiz gelanggang, bilangan pemain, ketinggian jaring dan jenis bola mengikut kebolehan murid.1.Apakah yang akan berlaku sekiranya tapak tangan anda diratakan semasa melakukan kemahiran mengumpan?2.Apakah tindakan yang dapat membantu untuk menambah daya semasa melakukan kemahiran mengumpan?3.Seorang ‘‘pengumpan’’ adalah pemain paling penting dalam pasukan bola tampar. Bincangkan.MengumpanKita perlu berusaha untuk melakukan tiga kali umpanan untuk mendapat 3 mata bonus.Bola yang diumpan mesti melebihi paras kepala rakan.Imbas SayaMengumpan57

p. 67

Nadi Ilmu• Murid dibahagikan kepada kumpulan kecil.• Kawasan permainan dibahagi seperti dalam gambar rajah. • Pasukan yang melakukan servis berada di dalam gelanggang seperti dalam gambar rajah. Semua pemain pasukan lawan akan berada di belakang garisan belakang. • Permainan dimulakan dengan pemain nombor satu melakukan servis. Jenis servis bergantung pada gelanggang yang digunakan.• Tujuan servis ialah untuk melepasi jaring dan kena pada ‘‘kapal selam’’ (gelung) pihak lawan. Jika servis berjaya, pasukan tersebut akan mendapat 1 mata dan jika bola terkena pada ‘‘kapal selam’’ satu mata tambahan akan diberi. CaraBermainCaraBermainCaraBermainCaraBermainCaraBermainRALIMENGUMPANSERANGKAPALSELAMREJAMANHEBATJANGANMASUKKemahiran servis dalam bola tampar digunakan untuk memulakan permainan. Servis ialah senjata serangan pertama sesuatu pasukan untuk mendapatkan mata. Jika dilakukan dengan baik, pasukan itu dapat memungut mata dengan mudah. Terdapat pelbagai cara untuk melakukan kemahiran servis dalam permainan bola tampar, antaranya servis bawah dan servis atas. Servis bawah boleh dilakukan dengan melambung bola pada paras pinggang dengan menggunakan tangan bukan dominan dan memukul bola dengan tangan dominan. Servis atas pula dilakukan dengan melambung bola ke atas kepala dengan menggunakan tangan bukan dominan, dan memukulnya dengan tangan dominan. Bola yang dipukul mesti melepasi jaring dan memasuki gelanggang lawan. Jika bola tidak melepasi jaring atau terkeluar dari gelanggang, pihak lawan akan mendapat satu mata dan akan melakukan servis.1.5.3, 2.5.1, 2.5.2, 2.5.3, 5.3.2Saya mesti ikut lajak selepas memukul bola.Terdapat pelbagai cara melakukan servis. Di peringkat antarabangsa, servis lompat sering digunakan. Servis ini dilakukan dengan melambung bola tinggi di hadapan pemain, berlari ke arah bola, melompat dan memukul bola dengan daya yang tinggi. Bola akan bergerak secara menjunam ke dalam gelanggang lawan. Serang Kapal SelamServis BawahKategori Jaring458

p. 68

• Jika servis tidak berjaya, semua pemain akan bergerak setempat mengikut arah pusingan jam. Pemain nombor dua akan melakukan servis. Permainan diteruskan sehingga semua pemain tamat giliran servisnya. Kedua-dua pasukan akan bertukar peranan.• Pasukan yang memungut mata terbanyak adalah pemenang.Variasi: Ubah suai saiz gelanggang, bilangan pemain, ketinggian jaring dan jenis bola mengikut kebolehan murid.1.Mengapakah anda menggunakan tangan bukan dominan untuk melambung bola sebelum memukulnya?2.Terangkan pemindahan daya semasa melakukan servis bawah dan servis atas.3.Nyatakan perkara-perkara yang anda perlu pertimbangkan untuk membuat pilihan jenis servis yang hendak dilakukan.Servis BawahDi manakah titik kontak dengan bola semasa melakukan servis?Kamu mesti lambungbola tinggi dan memukulnya semasa berada di atas paras kepala.Terima kasih atas nasihat kamu.Servis Atas59

p. 69

Nadi Ilmu• Murid dibahagikan kepada kumpulan kecil.• Kawasan bermain dibahagi seperti dalam gambar rajah.• Permainan dimulakan dengan pemain yang berada pada kedudukan di bahagian belakang gelanggang melambung bola kepada rakan yang berada di kedudukan tengah pada bahagian hadapan.• Pemain yang menerima bola akan mengumpan bola kepada rakan yang berada di bahagian hadapan gelanggang.• Pemain yang menerima umpanan akan merejam bola ke dalam gelanggang lawan.Kunci utama untuk merejam ialah stabilkan kedudukan kaki, tangan diangkat ke atas dan ayun tangan selaju mungkin.(Sumber: Volleyball: Step to Success (2005))CaraBermainCaraBermainCaraBermainCaraBermainCaraBermainRALIMENGUMPANSERANGKAPALSELAMREJAMANHEBATJANGANMASUKKemahiran merejam dilakukan bertujuan untuk mematikan bola ke gelanggang pihak lawan. Kemahiran merejam memerlukan koordinasi mata, tangan dan kaki. Di samping itu, kuasa lompatan juga diperlukan dalam menguasai kemahiran ini. Rejaman yang baik dilakukan apabila bola menjunam ke gelanggang pihak lawan tanpa terkena jaring.1.5.4, 2.5.1, 2.5.2, 2.5.4, 5.3.1Saya mesti kontak bola seberapa tinggi yang boleh.Imbas SayaUmpan pada ketinggian yang sesuai supaya rakan boleh merejam bola.Rejaman HebatKategori Jaring4Merejam60

p. 70

• Setiap rali yang dimenangi akan diberikan 1 mata.• Rejaman yang melepasi jaring gelanggang lawan akan diberikan 3 mata.• Pasukan yang memenangi rali akan memulakan rali berikutnya.• Pasukan yang mendapat 25 mata akan menjadi pemenang.Variasi: Ubah suai saiz padang, bilangan pemain dan jenis bolamengikut kebolehan murid.Analisis dan bincangkan di dalam kelas faktor dan strategi lain yang boleh membantu rejaman yang berkesan. Bentangkan dalam bentuk peta pemikiran yang menarik.MerejamJangan tersentuh jaring.61

p. 71

165234Hebat adangan kamu.Perhatikan kedudukan bola sebelum melompat untuk mengadang.• Murid dibahagikan kepada kumpulan kecil.• Kawasan bermain dibahagikan seperti dalam gambar rajah.• Satu pasukan akan memulakan rali dengan membuat lambungan bola kepada pemain bahagian hadapan untuk melakukan rejaman.• Pemain pasukan lawan yang berhampiran dengan bola yang dilambung akan membuat lompatan untuk mengadang bola.• Jika pemain berjaya mengadang dan bola memasuki gelanggang lawan, pasukan tersebut akan diberi 3 mata. Jika bola diadang masuk ke gelanggang sendiri akan diberi 1 mata.• Pasukan yang memenangi rali akan mendapat 1 mata dan akan memulakan rali seterusnya. • Pasukan yang mendapat 25 mata ialah pemenang.Variasi: Ubah suai saiz gelanggang, bilangan pemain, ketinggian jaring, dan jenis bola mengikut kebolehan murid.CaraBermainCaraBermainCaraBermainCaraBermainCaraBermainRALIMENGUMPANSERANGKAPALSELAMREJAMANHEBATJANGANMASUK1.Pemain manakah yang dibenarkan untuk membuat adangan?2.Bahagian tangan manakah yang digunakan untuk melakukan adangan?3.Jelaskan pemasaan yang sesuai untuk melonjak semasa mengadang. Semasa mengadang dalam permainan bola tampar, seorang pengadang yang baik perlu berada dalam keadaan yang seimbang dan mempunyai pengamatan yang tinggi tentang strategi menyerang pihak lawan. Pemain pengadang boleh memaksa perejam menukar cara dan arah rejamannya. Mereka juga boleh menyalurkan bola ke arah pemain pertahanan mereka yang lebih handal.1.5.5, 2.5.5, 5.3.2Pemasaan yang sesuai sangat penting semasa mengadang.Jangan MasukKategori Jaring62

p. 72

1.Bilakah rotasi pemain kedudukan dilakukan dalam permainan bola tampar?2.Bahagikan kelas kamu kepada beberapa pasukan bola tampar. Setiap pasukan mesti mempunyai sekurang-kurangnya enam orang pemain. Setiap pasukan merancang strategi menyerang dan bertahan masing-masing. Adakan satu pertandingan bola tampar di antara pasukan-pasukan di atas dengan menggunakan sistem kalah mati. Rakaman video perlu dibuat semasa permainan.3.Berdasarkan video dari latihan-latihan di atas, pilih lima orang rakan dalam pasukan anda dan tandakan(√) prestasi mereka sama ada Sesuai (S) atau Tidak Sesuai (TS) berdasarkan kemahiran permainan seperti di bawah.NAMAKEMAHIRAN PERMAINANJumlah Servis (S+TS)bawahServis atasMenyanggaMengumpanMerejamMengadangSTSSTSSTSSTSSTSSTSSkor penglibatan permainan = Jumlah S + Jumlah TSLATIHAN PENGUKUHAN63

p. 73

Dato’ Lee Chong Wei merupakan jaguh badminton Malaysia. Beliau telah berada di kedudukan nombor satu dunia selama 199 minggu berturut-turut dari 21 Ogos 2008 hingga 14 Jun 2012. Gunakan enjin pencarian sesawang untuk mendapat maklumat tambahan tentang Dato’ Lee Chong Wei dan lain-lain jaguh badminton Malaysia.Melakukan kemahiran asas badminton dengan lakuan yang betul.Menggunakan pengetahuan konsep pergerakan dan prinsip mekanik dalam kemahiran asas badminton.Menunjukkan keyakinan dan tanggungjawab kendiri semasa melakukan aktiviti fizikal.Membentuk kumpulan dan bekerjasama dalam kumpulan semasa melakukan aktiviti fizikal.Permainan badminton adalah sejenis permainan kategori jaring yang menggunakan raket dan bulu tangkis. Permainan ini biasanya dimainkan secara perseorangan atau berpasangan (dikenali sebagai beregu). Permainan dimulakan dengan seorang pemain melakukan servis ke gelanggang lawan. Pemain yang menerima servis mesti mengembalikan bulu tangkis dengan satu pukulan sahaja. Mata diperoleh apabila bulu tangkis jatuh di dalam gelanggang lawan atau jika pihak lawan memukul bulu tangkis keluar gelanggang. Mata juga diperoleh apabila pihak lawan melakukan kesalahan mengikut peraturan permainan. Bolehkah anda jelaskan situasi-situasi di mana anda boleh memperoleh mata dalam permainan badminton? Perlawanan badminton mengandungi tiga set dan pemain atau pasukan yang memenangi dua set adalah pemenang. Bagi satu set dalam permainan badminton, perlawanan akan diteruskan sehingga pemain perseorangan atau beregu memperoleh 21 mata. Permainan badminton mula dipertandingkan dalam Sukan Olimpik pada tahun 1992. Malaysia telah memenangi sebelas pingat (8 perak dan 3 gangsa) dalam Sukan Olimpik sehingga tahun 2016. Sukan badminton telah menyumbang lapan daripada sebelas pingat tersebut. Namakan pemain yang memenangi pingat bagi acara sukan badminton.Standard KandunganNadi Ilmu4.2BADMINTON64

p. 74

7.1 m1.55 m6.1 m15 m13.4 mGelanggangservis kananJaringTiang JaringGelanggangservis kananGelanggangservis kiriGelanggangservis kiriGarisan tengahGarisanGarisan tengahservispendekJaringBulu TangkisKasut BadmintonRaket65

p. 75

• Murid dibahagikan secara berpasangan.• Kawasan permainan dibahagi seperti dalam gambar rajah.• Permainan dimulakan dengan seorang murid melakukan servis pendek atau servis tinggi bergantung pada kawasan permainan.• Jika servis yang dilakukan tidak dapat dikembalikan, murid yang melakukan servis akan mendapat 2 mata.Pemain yang membuat servis tidak dibenarkan memijak garisan gelanggang. Sementara pemain yang menerima servis tidak boleh bergerak sebelum servis dibuat.(Sumber : Modul Latihan Sukan, Bahagian Sukan, Kementerian Pendidikan Malaysia)CaraBermainCaraBermainCaraBermainCaraBermainCaraBermainSERVISCEKAPKIRI KANANKIRI KANANTUJUBULANLAWANKELIRUPUKULANMAUTKemahiran servis digunakan untuk memulakan permainan. Seorang pemain yang mahir melakukan servis mempunyai kelebihan untuk menyerang lawannya serta-merta untuk menamatkan rali dan memenangi mata. Terdapat beberapa jenis servis, antaranya ialah servis tinggi dan servis pendek. Jenis servis yang digunakan bergantung kepada beberapa faktor. Bolehkah anda jelaskan faktor-faktor yang perlu dipertimbangkan sebelum memilih jenis servis yang akan dilakukan?Servis pendek dilakukan dengan pukulan hadapan atau pukulan kilas. Manakala servis tinggi dilakukan dengan pukulan hadapan. 1.6.1, 2.6.1,5.4.1Kilas tangan kamu semasa memukul bulu tangkis.Gelanggang Servis PendekGelanggang Servis TinggiServis CekapKategori Jaring4Nadi Ilmu66

p. 76

• Jika servis dapat dikembalikan, rali akan berterusan sehingga bulu tangkis dipukul keluar atau terjatuh di dalam gelanggang. Pasangan yang memenangi rali akan mendapat 1 mata dan akan melakukan servis.• Pasangan yang mendapat 21 mata adalah pemenang.Variasi: • Ubah suai saiz gelanggang, masa permainan dan ketinggian jaring mengikut kebolehan murid. • Kurangkan bilangan mata kemenangan jika permainan ini mengambil masa yang terlalu lama.1.Apakah perbezaan antara servis pendek dengan servis tinggi?2.Bagaimanakah anda menentukan jenis servis yang hendak digunakan?3.Terangkan layangan bulu tangkis semasa servis pendek dan servis tinggi.Saya perlu rendahkan layangan bulu tangkis supaya tidak diserang oleh pihak lawan.Pastikan kedudukan kaki kamu betul.Gelanggang Servis TinggiGelanggang Servis PendekServis TinggiBulu tangkis perlu dipukul tinggi ke belakang gelanggang supaya tidak dipintas oleh pihak lawan.67

p. 77

• Murid dibahagikan secara berpasangan.• Kawasan permainan dibahagikan seperti dalam gambar rajah. • Satu pasukan akan memulakan servis rendah dari belakang garisan servis. Pasukan lawan akan menunggu di belakang garisan belakang.• Servis yang dilakukan mesti melepasi penanda di gelanggang lawan.• Pasangan yang menunggu servis akan bergerak ke arah bulu tangkis dan melakukan pukulan hadapan atau pukulan kilas mengikut jenis pukulan yang ditetapkan. 1.Terangkan keadaan di mana anda perlu melakukan pukulan hadapan dan pukulan kilas.2.Mengapakah cara memegang raket untuk pukulan hadapan berbeza dengan cara memegang raket untuk pukulan kilas?CaraBermainCaraBermainCaraBermainCaraBermainCaraBermainSERVISCEKAPKIRI KANANKIRI KANANTUJUBULANLAWANKELIRUPUKULANMAUTPukulan hadapan dan pukulan kilas akan digunakan bagi bulu tangkis yang dipukul rendah ke dalam gelanggang. Pukulan hadapan dilakukan seperti memukul bulu tangkis dengan telapak tangan, manakala pukulan kilas dilakukan seperti memukul bulu tangkis dengan bahagian belakang telapak tangan. Semasa melakukan pukulan hadapan atau pukulan kilas, kaki dominan bergerak ke arah bulu tangkis dan raket diayun dari belakang untuk menghantar bulu tangkis kembali ke gelanggang lawan. Bulu tangkis biasanya dipukul ke arah garisan sisi tanpa menyilang gelanggang. Layangan bulu tangkis adalah mendatar dan laju. Cara memegang raket semasa melakukan kedua-dua kemahiran di atas adalah berbeza. Bolehkah anda terangkan perbezaan di antara kedua-dua cara pegangan raket tersebut?1.6.2, 2.6.2, 5.3.1Pukul bulu tangkis sepanjang garisan sisi.Kaki manakah bergerak ke arah bulu tangkis?Saya mesti mengubah cara memegang raket.Gelanggang Pukulan KilasGelanggang Pukulan HadapanGarisan BelakangKiri Kanan, Kiri KananKategori Jaring468

p. 78

Pukulan Kilas• Jika jenis pukulan yang digunakan adalah sama seperti yang ditetapkan pasangan yang melakukan pukulan tersebut akan mendapat 2 mata. • Rali diteruskan sehingga bulu tangkis dipukul keluar atau terjatuh di dalam gelanggang. Pasangan yang memenangi rali akan mendapat 1 mata dan akan melakukan servis.• Pasukan yang mendapat 21 mata adalah pemenang.Variasi: • Ubah suai saiz gelanggang, masa permainan dan ketinggian jaring mengikut kebolehan murid. • Kurangkan bilangan mata kemenangan jika permainan ini mengambil masa yang terlalu lama.3.Di manakah kawasan yang sesuai untuk menghantar bulu tangkis semasa melakukan pukulan kilas dan pukulan hadapan?4.Pada pendapat anda, adakah kedua-dua kemahiran ini kemahiran menyerang atau kemahiran bertahan. Mengapa?Gelanggang Pukulan KilasGarisan BelakangGelanggang Pukulan Hadapan69

p. 79

• Murid dibahagikan secara berpasangan.• Kawasan permainan dibahagi seperti dalam gambar rajah. • Permainan akan dimulakan dengan satu pasukan melakukan servis tinggi dari kawasan tengah gelanggang mereka. Pasukan lawan akan menunggu di antara empat kon di gelanggang mereka.• Servis mesti melepasi penanda di belakang gelanggang lawan.• Pasangan yang menunggu servis akan bergerak ke arah bulu tangkis dan melakukan pukulan lob hadapan atau pukulan lob kilas mengikut jenis pukulan yang ditetapkan. • Jika jenis pukulan yang digunakan adalah sama seperti yang ditetapkan. Pasangan yang melakukan pukulan tersebut akan mendapat 2 mata. 1. Ke arah manakah anda perlu bergerak selepas anda melakukan pukulan lob ke gelanggang lawan?2. Bincangkan cara pukulan bulu tangkis yang dilobkan ke arah garisan belakang gelanggang anda.CaraBermainCaraBermainCaraBermainCaraBermainCaraBermainSERVISCEKAPKIRI KANANKIRI KANANTUJUBULANLAWANKELIRUPUKULANMAUTLob dalam permainan badminton adalah pukulan yang dilakukan untuk menghantar bulu tangkis ke garisan belakang gelanggang lawan. Layangan bulu tangkis adalah tinggi dan jatuh menjunam ke garisan belakang di gelanggang lawan. Pukulan lob memberi masa kepada pemain yang melakukannya untuk bergerak ke kawasan tengah dalam gelanggangnya dan bersedia untuk menerima pukulan lawan. Pukulan lob biasanya dilakukan sebagai pukulan bertahan dari garisan belakang gelanggang atau kawasan berhampiran dengan jaring. Pukulan lob boleh dilakukan dengan pukulan hadapan dan pukulan kilas bergantung pada kedudukan bulu tangkis. 1.6.3, 2.6.3, 5.2.1Saya mesti kontak bulu tangkis dari bawah.Gelanggang Pukulan Lob KilasGelanggang Pukulan Lob HadapanTuju BulanKategori Jaring470

p. 80

• Jika bulu tangkis tidak melepasi penanda belakang di gelanggang lawan, mata bonus tidak diberi.• Setelah melakukan pukulan lob, murid mesti kembali ke kawasan di antara empat penanda.• Rali diteruskan sehingga bulu tangkis dipukul keluar atau terjatuh di dalam gelanggang. Pasangan yang memenangi rali akan mendapat 1 mata dan akan melakukan servis.• Pasukan yang mendapat 21 mata akan menjadi pemenang.Variasi: • Ubah suai saiz gelanggang, masa permainan dan ketinggian jaring mengikut kebolehan murid. • Kurangkan bilangan mata kemenangan jika permainan ini mengambil masa yang terlalu lama.3. Pada pendapat anda, antara pukulan lob hadapan dengan pukulan lob kilas, mana satukah kemahiran bertahan?4.Bagaimanakah anda memilih jenis kemahiran lob yang dilakukan semasa menerima servis?Pergerakan ke arah bulu tangkis didahului oleh kaki dominan.Saya mesti kilas pergelangan tangan semasa melakukan lob.Semasa melakukan lob hadapan dari bahagian belakang gelanggang, raket dipegang atas paras kepala sambil bergerak ke arah bulu tangkis. Raket diayun ke belakang dan bulu tangkis dipukul semasa berada pada posisi tinggi di atas kepala. Lob kilas dari bahagian belakang gelanggang pula dilakukan dengan raket dipegang di atas paras bahu bukan dominan semasa bergerak dan memukul bulu tangkis pada posisi tinggi di atas kepala. Semasa melakukan lob hadapan dan lob kilas di kawasan berhampiran dengan jaring, raket dipegang di bahagian hadapan badan dengan kepala raket lebih rendah daripada pergelangan tangan. Bulu tangkis dipukul dari arah bawah dengan kilasan pergelangan tangan semasa kontak dengan bulu tangkis. Pada pendapat anda, kemahiran lob jenis apakah paling sukar dilakukan. Mengapa?Seronoknya permainan ini.Gelanggang Pukulan Lob KilasGelanggang Pukulan Lob Hadapan71

p. 81

• Bahagikan murid secara berpasangan.• Kawasan permainan dibahagikan seperti dalam gambar rajah. • Satu pasukan akan mula dengan melakukan servis tinggi dari belakang garisan. Pasukan lawan akan menunggu di tengah gelanggang.• Servis mesti melepasi penanda kedua gelanggang lawan.• Pasangan yang menunggu servis akan bergerak ke arah bulu tangkis dan cuba mengembalikannya ke gelanggang lawan dengan menggunakan jenis pukulan yang sesuai dengan kedudukan bulu tangkis. CaraBermainCaraBermainCaraBermainCaraBermainCaraBermainSERVISCEKAPKIRI KANANKIRI KANANTUJUBULANLAWANKELIRUPUKULANMAUTPukulan junam atau drop shot merupakan salah satu pukulan yang boleh mengelirukan pihak lawan dalam permainan badminton. Tujuan utama pukulan ini adalah untuk mengelirukan pihak lawan. Apabila anda melakukan pukulan junam, bulu tangkis akan mendarat berhampiran dengan jaring. Pihak lawan akan hilang keseimbangan kerana terkeliru dengan pukulan yang dilakukan.Ini akan memberi peluang untuk anda menyerang bahagian tengah atau bahagian belakang gelanggang.1.6.4, 2.6.4, 2.6.6, 5.3.3Kamu jaga bahagian hadapan.Pukulan junam sering digunakan dalam kedua-dua permainan perseorangan dan beregu. Pada asasnya, pukulan ini adalah pukulan menyerang. Pukulan junam biasanya dimulakan dengan seakan-akan membuat pukulan smesy atau lob. Pihak lawan akan bergerak ke bahagian belakang atau tengah gelanggang. Pukulan junam yang baik akan melambatkan pergerakan pihak lawan dan ini mengakibatkan pukulan kembali yang lemah dan mudah diserang.Nadi IlmuLawan KeliruKategori Jaring472

p. 82

Pukulan Junam• Jika jenis pukulan yang digunakan adalah pukulan junam yang berjaya memasuki gelanggang lawan, pasangan yang melakukan pukulan tersebut akan mendapat 3 mata. • Rali diteruskan sehingga bulu tangkis dipukul keluar atau terjatuh di dalam gelanggang. Pasangan yang memenangi rali akan mendapat 1 mata dan akan melakukan servis.• Pasukan yang mendapat 21 mata adalah pemenang.Variasi: • Ubah suai saiz gelanggang, masa permainan dan ketinggian jaring mengikut kebolehan murid. • Kurangkan bilangan mata kemenangan jika permainan ini mengambil masa yang terlalu lama.1. Apakah situasi yang sesuai untuk melakukan pukulan junam? Mengapa?2. Apakah perbezaan di antara pukulan lob hadapan dengan pukulan junam?3. Pada pendapat anda, adakah pukulan junam kemahiran menyerang atau kemahiran bertahan? Mengapa?Saya perlu gerakkan raket saya seperti melakukan smesy.73

p. 83

• Murid dibahagikan secara berpasangan.• Kawasan permainan dibahagi seperti dalam gambar rajah. • Permainan akan dimainkan seperti permainan badminton biasa.• Jika ada pemain yang berjaya melakukan smesymemasuki gelanggang lawan, pasukannya akan diberi 3 mata bonus.• Rali diteruskan sehingga buku tangkis dipukul keluar atau terjatuh di dalam gelanggang. Pasangan yang memenangi rali akan mendapat 1 mata dan akan melakukan servis.• Pasukan yang mendapat 21 mata akan menjadi pemenang.Variasi: • Ubah suai saiz gelanggang, masa permainan dan ketinggian jaring mengikut kebolehan murid. • Kurangkan bilangan mata kemenangan jika permainan ini mengambil masa yang terlalu lama.Smesy1. Apakah situasi sesuai untuk melakukan pukulan smesy? Mengapa?2. Bandingkan lakuan pukulan lob hadapan, pukulan junam dan pukulan smesy?3. Perlukah kamu smesy semua bola tanggung di tengah gelanggang? Mengapa?Pukulan smesyadalah sejenis pukulan serangan yang sangat berkesan untuk mematikan suatu rali. Pukulan smesy boleh juga digunakan sebagai pukulan serangan untuk memaksa pihak lawan membuat hantaran balik yang lemah. Smesy dilakukan dengan laju dan daya yang tinggi. Bulu tangkis akan melayang laju dan menjunam ke dalam gelanggang lawan. Ini akan menyukarkan pihak lawan untuk mengembalikan bulu tangkis. Pergerakan raket semasa melakukan smesy adalah sama seperti pukulan junam dan lob dari bahagian belakang gelanggang. Perbezaannya ialah daripada segi titik kontak dengan bulu tangkis dan jumlah daya yang digunakan.1.6.5, 2.6.5, 5.2.1CaraBermainCaraBermainCaraBermainCaraBermainCaraBermainSERVISCEKAPKIRI KANANKIRI KANANTUJUBULANLAWANKELIRUPUKULANMAUTSaya mesti memukul bulu tangkis sedikit di hadapan kepala saya.Pukulan MautGerakkan tangan kamu dengan pantas.Kategori Jaring474

p. 84

Skor penglibatan permainan = Jumlah (S) + Jumlah (TS)1.Pada jadual di bawah kenal pasti kemahiran menyerang dan kemahiran bertahan dalam permainan badminton. 2.Tonton video permainan badminton yang ditayang oleh guru anda. Pilih seorang pemain dan tandakan () pada prestasi sama ada sesuai (S) atau tidak sesuai (TS) berdasarkan kemahiran permainan seperti di bawah. NAMAKEMAHIRAN PERMAINANJumlahJumlah(S+TS)ServisPukulan hadapanPukulan lobPukulan JunamPukulan KilasSmesySTSSTSSTSSTSSTSSTSSTSLATIHAN PENGUKUHANKemahiran MenyerangKemahiran Bertahan1122334455667788ServisPukulan Lob KilasPukulan HadapanPukulan Junam HadapanPukulan KilasPukulan Junam KilasPukulan Lob HadapanPukulan Smesy75

p. 85

Standard KandunganUNIT5Melakukan kemahiran olahraga asas dengan lakuan yang betul.Menggunakan pengetahuan konsep pergerakan dan prinsip mekanik semasa melakukan kemahiran olahraga asas.Mematuhi dan mengamalkan elemen pengurusan dan keselamatan.Membentuk kumpulan dan bekerjasama dalam kumpulan semasa melakukan aktiviti fizikal.Acara balapan dan padang harus diperkenalkan kepada murid. Untuk menjadi atlet yang baik, seseorang itu harus mengaplikasikan elemen kesukanan yang bersih. Lari pecut, lari berganti-ganti, lontar peluru dan lompat tinggi adalah antara acara-acara olahraga asas yang perlu dipelajari oleh murid-murid. Namakan kemahiran olahraga asas berdasarkan gambar.Menunjukkan keyakinan dan tanggungjawab kendiri semasa melakukan aktiviti fizikal.PeluruBlok PermulaanBatonLayari laman sesawang www.arasmega.com untuk mendapatkan aplikasi dan memuat turun Augmented Reality (AR). Layari laman sesawang www.arasmega.com untuk mendapatkan aplikasi dan memuat turun Quick Response (QR) CODE.76

p. 86

Tilam Lompat TinggiBalapanPermulaan 10 000 mGarisan PenamatPermulaan1 500 mPermulaan200 mPermulaan 3 000 m dan 5 000 mPermulaan100 mGarisan PembahagiPapan PenahanKawasanMelontar(Konkrit)75 cm5 cm2.135 m40°Luas sektor 34.92 m2Sektor Lontar Peluru77

p. 87

Olahraga merupakan salah satu sukan tertua di dunia. Pada tahun 776 Sebelum Masihi, Sukan Olimpik Kuno telah dilangsungkan di Greece Kuno. Acara pertama yang dipertandingkan dalam kejohanan tersebut adalah lompat jauh. Sukan olahraga terus mendapat tempat apabila menjadi acara wajib dalam Sukan Olimpik Moden. Pada tahun 1956, Malaysia atau pada ketika itu dikenali sebagai Malaya telah menghantar kontinjen untuk menyertai Sukan Olimpik buat pertama kali di Melbourne, Australia.Pada tahun 1906,Perak Athletics Association (PAA) buat pertama kalinya telah menganjurkan pertandingan olahraga di Ipoh, Perak secara formal dan teratur. Menerusi pertandingan-pertandingan olahraga yang dianjurkan oleh persatuanpersatuan negeri, Malaya telah mempunyai barisan atlet dan telah mengorak langkah dengan menghantar pasukan olahraga untuk menyertai pertandingan Empire’s Games di Cardiff, Great Britian, kemudiannya dikenali sebagai Sukan Komanwel. Seterusnya pada tahun 1962, Malaysia telah menghantar pasukan olahraga untuk menyertai Kejohanan Sukan Asia kali ke-4 di Jakarta. Pada tahun 1998, Malaysia telah menjadi tuan rumah kejohanan sukan yang berprestij iaitu Sukan Komanwel yang melibatkan ramai jaguh antarabangsa bertanding.Di peringkat sekolah di Malaysia, kejohanan olahraga dianjurkan oleh Majlis Sukan Sekolah-Sekolah Malaysia (MSSM). MSSM ditubuhkan pada tahun 1958 dan telah menganjurkan kejohanan olahraga yang pertama pada tahun tersebut. Semenjak itu, kejohanan olahraga MSSM diadakan pada setiap tahun secara bergilir-gilir antara semua negeri di Malaysia dan menjadi medan untuk para atlet sekolah dari seluruh negeri untuk bertanding.Lari pecut merujuk kepada larian terpantas yang memerlukan kelajuan yang tinggi dan menggunakan sistem tenaga anaerobik. Acara 100 meter, 200 meter dan 400 meter di dikategorikan sebagai acara lari pecut.Acara-acara olahraga yang dipertandingkan di SUKMA untuk acara balapan adalah 100 meter 200 meter, 400 meter, 800 meter, 1 500 meter, 5 000 meter, 10 000 meter, 110 meter lari berpagar (lelaki), 100 meter lari berpagar (perempuan), 400 meter lari berpagar, 3 000 meter lari berhalangan, 5 000 meter lumba jalan kaki (perempuan), 10 000 meter lumba jalan kaki, 20 000 meter lumba jalan kaki (lelaki), 4 ×100 meter lari berganti, 4 ×400 meter lari berganti, Dekatlon (lelaki) dan Heptatlon (perempuan). Acara padang adalah lompat tinggi, lompat jauh, lompat kijang, lompat bergalah, lontar peluru, lempar cakera, rejam lembing dan baling tukul besi.Nadi IlmuSejarah OlahragaOlahraga Asas578

p. 88

1.Pakai pakaian yang sesuai.2.Gunakan kasut khas yang sesuai dengan permukaan balapan.3.Lakukan aktiviti memanaskan badan dengan berjoging dan melakukan regangan.4.Pastikan kawasan tempat berlari luas dan bebas daripada objek atau benda yang berbahaya.Mengapakah lutut perlu ditinggikan semasa berlari?Saya perlu memastikan leher dan bahu dalam Tangan saya keadaan selesa. perlu diayun dengan pantas.Kaki belakang saya perlu diluruskan setiap kali mengakhiri tolakan yang dibuat oleh kaki tersebut.Saya berlari di atas bebola kaki. Bukan di atas tapak kaki.Tip Selamat79

p. 89

1.7.1, 2.7.1, 5.1.1Penggunaan blok permulaan adalah diwajibkan dalam acara lari pecut. Blok permulaan membantu pelari untuk mendapatkan kuasa eksplosif semasa memulakan larian. Tolakan kaki ke belakang pada blok permulaan akan menghasilkan satu daya aksi dan reaksi. Semakin kuat kaki menolak blok permulaan, semakin kuat daya eksplosif akan terhasil. Blok permulaan diletakkan satu atau satu setengah tapak kaki ke belakang garisan permulaan mengikut kesesuaian.Mereka cipta blok permulaan menggunakan bahan kitar semula.Blok PermulaanJarak antara kedua-dua belah tangan dibuka seluas bahu.Kaki dominan berada di hadapan. Lutut kaki belakang menyentuh trek larian.Rekod dunia dalam acara 100 meter dipegang oleh pelari Jamaica iaitu Usain Bolt dengan catatan masa 9.58 saat. Rekod acara 100 meter Malaysia pula dipegang oleh Khairul Hafiz bin Jantan dengan catatan masa 10.18 saat yang dilakukan di SUKMASarawak 2016. 01Kedudukan “Ke Garisan”01EMKNadi IlmuLari PecutKepala selari dengan kedudukan badan. Mata memandang ke garisan permulaan.Olahraga Asas80

p. 90

Nadi Ilmu01Berlepas dari Blok Permulaan0101011.Apakah yang berlaku jika punggung dinaikkan melebihi paras bahu?2.Mengapakah tangan perlu diayun dengan kuat semasa berlepas dari blok permulaan?3.Bincangkan perbezaan kedudukan pusat graviti semasa dalam kedudukan “ke garisan’’ dan kedudukan “sedia’’.Naikkan punggung melebihi paras bahu.Gerakkan bahu ke hadapan. Pusat graviti dan berat badan dipindahkan ke bahagian bahu. Mata memandang ke garisan permulaan.Tolak kedua-dua kaki dari blok permulaan dengan pantas dan kuat.Apabila mendengar isyarat ‘‘mula’’ tindak balas eksplosif diperlukan untuk berlepas dari blok permulaan. Kedudukan “Sedia”Larian dimulakan setelah tembakan dilepaskan oleh pelepas. Peserta akan disingkirkan daripada perlumbaan sekiranya melakukan kesalahan permulaan.81

p. 91

Gaya Pertukaran BatonSelain acara pecut 100 meter dan 200 meter, murid juga boleh menyertai acara lari berganti-ganti iaitu 4 × 100 meter dan 4 × 400 meter. Dalam acara ini, murid perlu menguasai gaya pertukaran baton dalam acara lari berganti-ganti kerana teknik untuk kedua-dua acara tersebut adalah berbeza. Gaya ini sesuai digunakan dalam acara larian berganti-ganti 4 × 100 meter.01Pertukaran Baton Gaya Tanpa Visual01Baton perlu diletakkan betul-betul di tapak tangan pelari penerima baton. Pelari pembawa baton harus kekal berada di lorongnya selepas selesai memberi baton.Sambil memecut pelari penerima baton akan menghulurkan tangan tanpa memandang ke belakang apabila mendengar arahan daripada pelari pembawa baton. Pertukaran baton mesti berlaku dalam zon pertukaran baton. Ukuran zon pertukaran baton adalah 20 meter.Pelari penerima baton akan memulakan larian apabila pelari pembawa baton melintasi tandaan. Pelari penerima baton boleh berada dalam kawasan 10 meter ke belakang dari zon pertukaran baton. Kawasan ini dikenali sebagai zon pecutan.Pemberi baton perlu berada di lorong sendiri selepas memberi baton untuk mengelakkan perlanggaran dengan pelari lain.1.Pelari pertama perlu mempunyai permulaan yang baik dan berkebolehan untuk berlari di selekoh. Biasanya pelari pertama adalah pelari kedua terpantas dalam pasukan.2.Pelari kedua berkebolehan untuk berlari lurus dengan baik dan berkeupayaan untuk menerima baton dengan tangan kiri.3.Pelari ketiga perlulah berkebolehan untuk berlari di selekoh dengan baik.4.Pelari keempat biasanya adalah pelari yang terpantas dalam pasukan.Mengapakah penerima baton perlu berlari sebelum pelari pembawa baton tiba?1.7.2, 2.7.2, 5.1.3, 5.3.1ABCLari Berganti-gantiTip SelamatNadi IlmuOlahraga Asas82

p. 92

Nadi Ilmu01Pertukaran Baton Gaya Visual01Bagi acara 4 × 400 meter, gaya ini memerlukan pelari berada dalam zon pertukaran baton ketika pertukaran baton berlaku. Penerima baton akan menoleh ke belakang dan memerhatikan pembawa baton. Pembawa baton bertanggungjawab menyerahkan baton ke dalam tangan penerima dengan sebaik mungkin.Pelari penerima baton akan menunggudi garisan awal zon pertukaran baton dengan menghulurkan dan membuka tapak tangan semasa menerima baton.Pertukaran baton perlu berlaku dalam zon pertukaran tanpa mengganggu pelari-pelari pasukan lain. Menerima Baton• Sentiasa berada dalam keadaan bersedia. • Toleh sambil melihat pelari yang sedang membawa baton.• Segera hulurkan tangan ke arah pembawa baton dan pastikan penerimaan baton berlaku dalam zon pertukaran. • Pastikan baton dipegang dengan kemas.(a)Pelari pertama akan berlari di lorong yang ditetapkan sehingga tamat.(b)Pelari ke-2 akan berlari di lorong yang ditetapkan sehingga ke garisan memotong masuk untuk masuk ke lorong 1.(c)Pelari ke-3 dan ke-4 berlari di lorong pertama.Cara Memberi Baton• Kepantasan larian terus dikekalkan semasa menerima baton. • Beri isyarat kepada penerima. • Hulurkan tangan secara lurus semasa penyerahan baton. • Perhatikan tangan penerima dan letakkan baton tepat pada tapak tangannya.ABPermainan Pony EkspressCara bermain:•Bahagikan murid kepada empat pasukan.•Murid berlari membawa utusan dan memberi kepada rakan untuk menyampaikan utusan tersebut kepada panglima tentera.•Murid bertukar-tukar utusan untuk serahan ke penamat.•Pasukan yang sampai dahulu dikira pemenang.Aktiviti83

p. 93

Nadi IlmuGaya ini diperkenalkan oleh Dick Fosbury pada tahun 1965. Pada Sukan Olimpik 1968, beliau telah menggondol pingat emas dalam acara lompat tinggi dengan mengaplikasikan gaya ini. Gaya ini memerlukan murid melepasi palang dengan menggunakan bahagian belakang bahu terlebih dahulu, diikuti dengan fasa pendaratan yang menggunakan belakang badan.Larian Landas ‘J’ Bermula dengan 5 langkah lari lurus dengan lutut diangkat separas pinggang.Lima langkah larian melengkung sebelum melompat.12345687910Fasa 1PeralihanLengkungTitik mulaMulakan larian dengan perlahan sambil lutut diangkat tinggi dan tingkatkan kelajuan apabila menghampiri palang.1.7.3, 2.7.3, 5.2.3Lari landas ‘J’ bertujuan untuk menambah kelajuan yang optimum bagi memindahkan daya mendatar kepada daya menegak. Gabungan kedua-dua daya ini dikenali sebagai daya sentrifugal yang berupaya membantu murid menaikkan badannya melepasi palang.Sila imbas di siniSentrifugal -Daya yang terhasil dari pergerakan lengkungan.GlosariLompat Tinggi Gaya Fosbury FlopOlahraga Asas84

p. 94

Latihan Ansur Maju Lari Landas Lompat Tinggi01Ansur Maju 1Bermula dengan 5 langkah lari lurus dengan lutut diangkat separas pinggang.Diikuti dengan lari 5 langkah secara melengkung dengan lutut diangkat separas pinggang.•Ulang beberapa kali.•Jika perlu, lari mengikut nombor lapan.Seperti dalam ansur maju 1, murid melonjak ke atas dengan serta-merta apabila melangkah tandaan di hujung lengkungan.Mendarat sambil membengkokkan lutut untuk menyerap daya.Sambil siku dibengkokkan, kedua-dua tangan diayunkan ke atas untuk melompat dan badan dipusingkan semasa di udara membelakangkan kawasan mendarat. Lutut kaki yang bebas diangkat separas pinggang.1.Lari secara zig-zag melalui kon atau lari membentuk nombor 8 mengelilingi kon.2.Lari laju tetapi terkawal.3.Tingkatkan kelajuan apabila menghampiri selekoh.4.Kepelbagian: Lutut diangkat tinggi separas pinggang atau lari membuka langkah panjang.5.Objektif: Untuk mendapatkan ritma larian sentrifugal.Nadi Ilmu85

p. 95

Nadi IlmuTip Selamat1.Tilam setebal 1.0 - 1.5 meter seharusnya digunakan. Tilam yang lebih tebal dapat menyerap impak murid semasa mendarat.2.Sediakan tilam yang lebar dan panjang agar murid dapat mendarat dengan selamat.3.Guna palang yang dibuat daripada tiub getah untuk menjaga keselamatan pelompat.Jaga Kristal•Lompat palang menggunakan teknik fosbury flop.•Jaga belon (kristal) yang dilekatkan di dada supaya tidak meletup.•Sekiranya mendarat menggunakan bahagian belakang badan, belon tersebut akan terselamat.Untuk melakukan lompatan berkesan:•Kelajuan larian landas hendaklah terkawal.•Gunakan tandaan supaya langkah-langkah larian menjadi sama atau seragam.•Melonjak dengan daya eksplosif dan mengangkat kedua-dua belah tangan ke atas.•Kaki bebas diangkat dan melintangi badan sebaik-baik sahaja pelompat melonjak.AktivitiSeperti dalam ansur maju 2, murid melonjak tinggi ke atas sambil sebelah tangan dihulurkan untuk menyentuh bola yang tergantung.Murid berlari 5 hingga 7 langkah dan melompat pada tandaan yang ditetapkan.Latihan ini perlu dilakukan pada suatu ketinggian dengan lakuan yang betul.Lutut kaki bebas diangkat dan kilas kaki melintangi badan sebaik sahaja pelompat melonjak. Lentikkan badan semasa melepasi palang.Olahraga Asas586

p. 96

Gaya lontaran ini diperkenalkan oleh William Patrick (Parry) O’Brien pada tahun 1950-an di Sukan Olimpik. Gaya ini juga dikenali sebagai gaya gelongsoran. Gelongsoran berfungsi untuk menghasilkan daya eksplosif pada ‘‘kedudukan kuasa’’ (power position) sebelum melontar peluru ke kawasan lontaran. 01Ansur Maju 11.Lakukan secara berpasangan dengan menghadap antara satu sama lain.2.Kedua-dua tangan murid A memegang tangan murid B. 3.Murid A menarik murid B ke belakang untuk mendapatkan gaya gelongsoran.Power position-Posisi tubuh yang dapat menghasilkan kuasa ketika membuat lontaran peluru.Latihan Ansur Maju Gelongsoran dalam Lontar PeluruGlosariLontar Peluru Gaya Parry O’Brien87

p. 97

Aktiviti1.7.4, 2.7.4, 5.2.201Ansur Maju 301Ansur Maju 2Permainan Undur Gelongsor•Lakukan permainan ini secara berkumpulan.•Masukkan bola segar ke dalam beg bertali untuk dijadikan sebagai beban. Ikatkan beban pada kaki dominan.•Tarik beban dengan bergerak gaya gelongsoran sejauh 5 meter.•Serah beban apabila sampai kepada rakan sekumpulan. •Ulang pergerakan sehingga semua rakan selesai melakukannya.•Kumpulan yang selesai menamatkan permainan dahulu dikira pemenang.1.Lakukan gelongsoran sepanjang garisan.2.Berhenti pada kedudukan ‘‘power position’’.3.Ulang perlakuan beberapa kali.1.Lakukan secara berpasangan dengan menghadap antara satu sama lain.2.Tangan dominan murid A memegang peluru. Tangan yang bukan dominan memegang tangan murid B.3.Murid A menarik murid B ke belakang untuk mendapatkan gaya gelongsoran.ABOlahraga Asas88

p. 98

1.7.4, 2.7.4, 5.2.2Fasa Persediaan• Murid membelakangkan kawasan balingan.• Siku kanan difleksi dan diangkat 90o daripada badan.• Bongkokkan badan. Tangan kanan memegang peluru rapat menyentuh leher di bawah telinga.• Rendahkan dan seimbangkan badan menggunakan kaki kanan.• Pusat graviti tertumpu pada kaki kanan.Fasa Gelongsoran• Kaki kiri ditolak ke belakang untuk memindahkan daya ke bahagian tengah badan.• Apabila kaki kiri mencecah pada permukaan, kaki kanan digelongsorkan ke belakang untuk mengumpul daya. Pada ketika ini, bebola dan lutut kaki kanan berkedudukan selari dengan kedudukan kuasa (power position).• Tangan sokongan kiri dinaikkan separas bahu untuk mengumpul daya. Fasa Lontaran• Peluru dilontar serentak dengan lutut diekstensi dan pinggang dikilas.• Tegakkan badan ke hadapan dan lontar peluru ke arah sektor lontaran. Pastikan tangan kanan diekstensi pada sudut pelepasan 45o. Tangan kiri digerakkan untuk mengimbangi badan.• Berat badan dipindahkan pada kaki kanan.Fasa Lontaran dalam Lontar Peluru1234Jika murid kidal, tukar tangan dan kaki untuk melakukan lontaran. 589

p. 99

Fasa Pemulihan• Berat badan dipindahkan serta merta.• Turunkan tangan dan rendahkan badan.• Fleksi kaki dengan membengkokkan lutut.• Rendahkan badan.• Ayun kaki kiri ke belakang.Kawasan lontaran1 mata1 m2 m3 m2 mata3 mata6AktivitiPermainan Lontar Musuh•Bahagikan murid kepada kumpulan kecil dan seorang pencatat mata.•Kawasan permainan dibahagikan kepada kawasan musuh dan kawasan lontaran.•Setiap balingan lontaran yang dilakukan ke kawasan musuh tidak akan diberi mata.•Semakin jauh lontaran peluru, semakin banyak mata diberikan.•Pastikan tiada sesiapa berada dalam kawasan lontaran dan kawasan musuh.•Kumpulan yang mengumpul mata terbanyak dikira pemenang.Kawasan musuhOlahraga Asas90

p. 100

1.Semasa berada pada kedudukan ‘‘sedia’’ dalam acara 100 meter, kekuatan tangan dan kaki mempengaruhi kestabilan badan di atas blok permulaan. Apakah latihan yang sesuai untuk meningkatkan kekuatan otot pada bahagian tangan dan kaki?2.Nyatakan dan berikan justifikasi tangan yang sesuai memegang baton bagi setiap pelari pada acara 4 × 100 meter dalam jadual di bawah. 3.Jason menggunakan kaki kirinya untuk melonjak dalam acara lompat tinggi gaya Fosbury Flop. Pada bahagian sisi manakah Jason harus memulakan larian landasnya?4.Pada sudut manakah peluru harus dilepaskan untuk mendapat jarak yang paling jauh?Pelari 4 x 100 meterTangan memegang batonPelari 1Pelari 2Pelari 3Pelari 4LATIHAN PENGUKUHANBCD91

p. 101

Menjana idea kreativiti dalam aktiviti rekreasi dan kesenggangan.Melakukan aktiviti rekreasi dan kesenggangan.Berkomunikasi dalam pelbagai cara semasa melakukan aktiviti fizikal. Membentuk kumpulan dan bekerjasama dalam kumpulan semasa melakukan aktiviti fizikal. RekreasiRekreasi dilakukan bagi memenuhi masa lapang dengan melaksanakan aktiviti-aktiviti terancang. Tujuan rekreasi adalah untuk memperoleh keseronokan, ketenangan minda dan merehatkan badan tetapi bukan bertujuan untuk pertandingan. Aktiviti rekreasi boleh dilakukan di dalam rumah dan di luar rumah. Rekreasi boleh dilakukan bersama keluarga dan rakan-rakan.KesengganganKesenggangan dilakukan ketika kita mempunyai masa terluang bagi melakukan aktiviti yang menyeronokkan serta memberi kepuasan. Kesenggangan dilakukan mengikut keadaan, kemudahan dan bilangan individu yang terlibat ketika melakukan sesuatu aktiviti. Bagi melaksanakan aktiviti kesenggangan ini, individu bebas memilih aktiviti yang disukai tanpa halangan. Standard KandunganUNIT692

p. 102

93

p. 103

1Spider-Web1.8.1, 2.8.1, 5.1.3, 5.2.3, 5.3.3Motivasi yang tinggi dan semangat yang kuat perlu bagi mencapai sesuatu kejayaan. Oleh yang demikian, Cikgu Amir telah merancang satu kem bina semangat untuk murid-muridnya bagi menguatkan jati diri dan membina semangat berpasukan. Kem bina semangat yang akan dilaksanakan itu berkonsepkan rekreasi dan kesenggangan. Kem ini terbahagi kepada dua sesi, iaitu sesi pagi dan sesi petang.Murid-murid dibahagikan kepada beberapa kumpulan. Setiap kumpulan akan melakukan aktiviti low element course (kemahiran tali aras rendah) iaitu spider-web, alligator swamp dan giant finger. Aktiviti seperti ini dapat membina motivasi dan semangat juang yang tinggi serta memupuk nilai tolong-menolong dalam kumpulan.Panduan GuruCara Pelaksanaan1.Terangkan kepada setiap kumpulan bahawa mereka sedang meneroka sebuah gua untuk mencari sebentuk cincin gergasi di suatu bahagian dunia yang terpencil. 2.Terdapat beberapa halangan untuk mencapai misi mencari cincin gergasi. 3.Halangan pertama berupa spider-web, seekor labah-labah gergasi telah membuat jalinan sarang yang mengandungi racun di pintu masuk ke gua. Setiap kumpulan perlu membantu antara satu sama lain untuk melepasi jaringan sarang tanpa menyentuhnya. 4.Seluruh ahli kumpulan perlu melepasi halangan jaringan sarang labah-labah itu. Ini kerana setiap ahli kumpulan, memiliki cebisan peta yang diperlukan untuk menjadikannya suatu peta yang lengkap. Cebisan peta tidak boleh diberikan kepada ahli kumpulan lain. Aktiviti Sesi PagiABKem MotivasiRekreasi & Kesenggangan94

p. 104

3Giant FingerAlligator Swamp21.8.1, 2.8.1, 5.1.3, 5.2.3, 5.3.3AktivitiSesi Pagi5.Selepas semua ahli melepasi halangan jaringan sarang labah-labah, mereka dikehendaki mencantumkan peta yang dibawa untuk menentukan arah seterusnya. 6.Halangan ke-2 ialah alligator swamp. Setiap ahli dalam kumpulan perlu memikirkan cara untuk melepasi buaya tersebut dengan menggunakan dua keping papan. 7.Halangan yang terakhir ialah giant finger. Ahli dalam kumpulan perlu bekerjasama untuk mengeluarkan gelung cincin dari tiang A dan memasukkan gelung cincin tersebut ke tiang B yang disediakan. 8.Apabila cincin terletak pada jari gergasi tersebut, bermakna matlamat kumpulan tersebut telah selesai dan mencapai kejayaan. TiangTiangAAB95

p. 105

1.Matlamat aktiviti ini adalah untuk melepaskan semua ahli kumpulan dari poin A ke poin B tanpa menyentuh tali atau halangan dalam jangka waktu yang ditetapkan. 2.Semua ahli kumpulan perlu melalui halangan berbentuk sarang labah-labah.3.Sekiranya salah seorang ahli kumpulan tersentuh sarang labah-labah, seluruh anggota kumpulan itu perlu kembali ke poin A untuk memulakannya semula.4.Lubang pada sarang labah-labah yang telah dilalui perlu ditandakan dan tidak boleh digunakan semula.5.Strategi perlu dirancang dan dilaksanakan dengan teliti.Alatan1.Jalinan tali berbentuk sarang labah-labah.2.Sepasang tiang untuk memasang sarang labah-labah.3.Kad penanda.1.Matlamat aktiviti ini adalah untuk membolehkan semua ahli pasukan menyeberang dari poin A ke poin B tanpa menyentuh paya yang mengandungi buaya. 2.Pemain hanya boleh melalui zon paya dengan menggunakan dua keping papan sebagai jambatan. Jika pemain terjatuh dari jambatan dan masuk ke dalam paya seluruh anggota kumpulan perlu kembali ke poin A untuk memulakannya semula. 3.Setiap pasukan perlu tampil dengan strategi tentang cara untuk membawa semua ahli pasukannya menyeberang ke poin B dengan selamat.Alatan1.Dua keping papan sebagai jambatan.2.Empat buah kon.3.Tali.1.Pakai pakaian yang sesuai.2.Lakukan aktiviti dengan pengawasan guru.3.Pastikan kawasan aktiviti selamat.4.Buat pemeriksaan alatan.01Spider-Web0101Alligator Swamp01ABRekreasi & Kesenggangan6Tip Selamat96

p. 106

1.Matlamat aktiviti ini adalah untuk mengeluarkan cincin gergasi dari tiang A dan seterusnya menyarungkan cincin gergasi tersebut ke tiang B yang berketinggian 8 hingga 10 kaki. 2.Tiang berketinggian 8 hingga 10 kaki ini dikenali sebagai Jari Gergasi (Giant Finger). 3.Keupayaan mengalihkan cincin gergasi dari tiang A ke tiang B memerlukan kerjasama, kepantasan dan kreativiti kumpulan.4.Perancangan yang betul dan penumpuan yang teliti perlu dilaksanakan untuk memastikan kejayaan.5.Aspek keselamatan perlu diutamakan.Kepentingan rekreasi dan kesenggangan1.Pembentukan personaliti•Menggalakkan perkembangan nilai-nilai hidup yang positif dalam diri murid.2.Kepimpinan•Melatih rasa tanggungjawab dan prihatin terhadap keselamatan orang lain.3.Dinamika kumpulan•Memelihara dan memupuk persefahaman, semangat kerjasama, mewujudkan suasana mesra dan mengeratkan hubungan mesra antara satu sama lain.4.Meningkatkan kecergasan•Aktiviti bercorak fizikal dan mental adalah bertujuan supaya murid dapat menilai kepentingan kecergasan terhadap nilai hidup sambil berseronok.5.Sosialisasi•Memberi peluang kepada murid untuk mengenali rakan-rakan yang turut serta dalam aktiviti berkenaan serta dapat pengalaman baharu dan berkongsi pendapat dengan orang lain yang mempunyai minat yang sama.6.Pembangunan insan•Dapat melahirkan insan yang bersedia untuk berhadapan dengan risiko dalam kehidupan peribadi dan kerjaya melalui pembinaan emosi yang baik.1.8.1, 2.8.1, 5.1.2, 5.2.1, 5.3.101Giant Finger01TiangATiangBAlatan1.Dua batang tiang berukuran 8 hingga 10 kaki untuk satu pasukan.2.Satu tiub tayar untuk satu pasukan.3.Topi keselamatan.97

p. 107

Pada peringkat permulaan, frisbee dimainkan hanya dengan menggunakan piring pai yang kosong oleh para pelajar kolej di New England. Nama frisbee berasal dari kilang roti yang membekalkan pai iaitu The Frisbee Company yang ditubuhkan pada tahun 1871 oleh William Russell Frisbee. Seterusnya pada tahun 1948, Walter Frederick Morrison dan Warren Franscioni mencipta cakera frisbee dengan menggunakan bahan plastik. Cakera frisbee ciptaan mereka berupaya terbang lebih jauh dan tepat berbanding frisbee asal.1.Lemparan Hadapan (Forehand)•Genggam cakera di antara ibu jari dan jari telunjuk. Ibu jari berada di bahagian luar cakera manakala jari telunjuk dan jari tengah berada di bahagian dalam cakera.•Berdiri tegak dengan kaki dibuka seluas bahu.•Cakera dipegang pada paras bahu.•Tarik tangan yang memegang cakera ke belakang dan kaki bertentangan melangkah ke hadapan.•Ikut lajak semasa melempar cakera.Pada sesi petang, murid-murid bermain permainan frisbee dan sepak raga ratus. Permainan ini boleh dimainkan di dalam dewan (indoor) ataupun di luar dewan (outdoor). Permainan ini boleh dimainkan bersama-sama murid lelaki dan murid perempuan kerana permainan ini adalah ‘‘non-contact sport’’. Teknik Melempar Cakera dalam Permainan 1.Berhati-hati ketika melempar cakera kepada rakan.2.Semasa menangkap cakera mata hendaklah memandang tepat ke arah cakera.3.Serap daya semasa menangkap cakera tersebut.AktivitiSesiPetangAktiviti Sesi Petang01Frisbee011.8.2, 2.8.2, 5.1.2, 5.2.1, 5.4.1Rekreasi & KesengganganTip Selamat98

p. 108

2.Lemparan Kilas (Backhand)•Genggam cakera dengan jari telunjuk berada di sisi dalam dan ibu jari berada di atas cakera manakala jari yang lain berada di bahagian dalam cakera.•Kaki dibuka seluas bahu.•Kilas bahagian badan dengan bahu yang memegang cakera menghadap ke arah sasaran.•Ayun tangan ke arah sasaran sambil kaki melangkah ke hadapan (kaki kanan tangan kanan melangkah ke hadapan) semasa melempar cakera.•Sentap pergelangan tangan semasa melepaskan cakera pada sasaran untuk menghasilkan lebih banyak daya putaran. Lakukan seperti aksi menyentap tuala.1.Menangkap Cakera pada Paras PinggangBoleh ditangkap dari arah hadapan atau sisi, dengan kedua-dua belah tangan atau sebelah tangan ketika cakera berada di paras pinggang.Teknik Menangkap CakeraTerdapat dua teknik cakera iaitu dengan menggunakan sebelah tangan atau kedua-dua belah tangan. Koordinasi mata dan lengan adalah penting. Mata perlu memandang ke arah cakera semasa menangkap. Pastikan tangan diekstensi ketika menangkap cakera. Serap daya dengan lengan difleksi rapat ke dada bersama dengan cakera.Fleksi tangan bersedia untuk menangkap.Arah sisiBArah hadapanA99

p. 109

2.Menangkap Cakera pada Paras Atas KepalaBoleh ditangkap menggunakan satu tangan dengan melompat untuk mencapai cakera.Piring TerbangPengelolaan KelasBahagikan murid kepada dua kumpulan kecil yang terdiri daripada murid-murid lelaki dan perempuan.Cara permainanDalam permainan ini, murid akan cuba melempar cakera ke arah pintu gol untuk mendapatkan 2 mata dari luar kawasan separa bulatan atau 1 markah dari dalam kawasan separa bulatan.PeraturanPastikan murid-murid memahami peraturan-peraturan di bawah sebelum memulakan permainan.1.Murid tidak boleh berlari atau berjalan sambil membawa cakera.2.Gunakan kemahiran yang telah dipelajari untuk melempar atau menangkap cakera.3.Sekiranya murid tidak melempar atau melempar cakera kepada rakan dalam masa 5 saat, pihak lawan akan mendapat giliran.4.Tiada penjaga gol. Murid tidak dibenarkan berdiri di antara kon dalam kawasan separa bulatan.5.Permainan ini adalah “non-contact sport”, oleh yang demikian tiada sentuhan pemain dibenarkan semasa permainan. Sekiranya berlaku kekasaran, lemparan percuma diberikan.Dengan menggunakan cakerafrisbee, cipta satu permainan berkumpulan menggunakan gelanggang atau padang. Terangkan kepada rakan anda cara-cara, peraturan dan undang-undang asas permainan. Ultimate FrisbeeImbas Saya1.8.2, 2.8.2, 5.3.3Rekreasi & KesengganganAktiviti100

p. 110

Permainan sepak raga wujud sejak 600 tahun lalu. Pada zaman Kesultanan Melayu Melaka, selain dimainkan oleh golongan bangsawan, rakyat jelata juga menggemari permainan ini.Sepak raga ratus merupakan sejenis permainan laman. Pemain perlu melakukan hantaran kepada pemain lain tanpa terjatuh. Permainan dilaksanakan dengan cara menimbang bola menggunakan anggota badan seperti kaki, paha, lutut dan kepala. Pasukan yang berjaya menimbang bola dengan kiraan paling banyak dikira sebagai pemenang.Cara Permainan1.Murid boleh menggunakan semua anggota badan kecuali tangan atau lengan semasa menerima atau menghantar bola. 2.Permainan dimulakan dengan salah seorang murid melambung bola kepada rakan melintasi kawasan bulatan 2 m.3.Rakannya mestilah menimbang dan menghantar bola kepada rakan lain kecuali murid yang melambungkan bola tadi.4.Setiap murid hanya dibenarkan menimbang bola tidak melebihi daripada tiga sentuhan berturut-turut dan pada sentuhan ke tiga bola tersebut hendaklah dihantar kepada rakan yang lain.5.Hantaran bola mestilah melintasi bulatan 2 meter.6.Murid-murid dalam pasukan mestilah bergilir-gilir menimbang bola itu dan mengawalnya supaya tidak jatuh.7.Jika bola terjatuh, permainan dalam pusingan tersebut ditamatkan.Bulatan 6 mBulatan 2 mCara Lakuan Menimbang Bola1.Mata berfokus pada bola.2.Kawal bola dengan menggunakan bahagian dalam kaki.3.Kaki yang menyokong difleksikan sedikit.4.Pastikan bola berada di tengah dan hampir dengan badan semasa menimbang bola. 5.Kedua-dua tangan dibuka untuk mengimbangkan badan.01Sepak Raga Ratus01Bola sepak raga diperbuat daripada bilah-bilah rotan yang dianyam bulat.1.8.3, 2.8.3, 5.2.1101

p. 111

Sepak Raga RatusGelanggangBola ragaPemain/ permainanPakaianPusinganMasaMataPerkara-perkara Membatalkan Permainan(Sumber:http:www.maksak.gov.my/ktml/pekeliling2.html)Berbentuk bulat dan mempunyai diameter 6 m, dikenali sebagai bulatan 6 meter. Pada tengah bulatan tersebut terdapat satu lagi bulatan berdiameter 2 m. Lebar semua garisan tidak melebihi 4 cm. •Berukur lilit antara 40 mm-45 mm. •Berat 160-190 g.Setiap pusingan ialah 10 minit.Terdiri daripada 6 orang pemain dan 2 orang pemain gantian. Gantian boleh dilakukan sepanjang masa dalam suatu pusingan apabila bola raga di luar permainan.•Tidak menyepak bola yang dilambung oleh pemain pertama sewaktu memulakan permainan.•Hantaran bola tidak melalui kawasan bulatan 2 m.•Menyentuh bola lebih dari 3 sentuhan berturut-turut.•Sebarang anggota badan menyentuh lantai di luar kawasan bulatan 6 m atau di dalam kawasan bulatan 2 m.•Bola jatuh ke atas lantai.•Bola melurut pada mana-mana anggota badan.Pakaian adalah baju sukan bernombor dari 1 hingga 8 (nombor 7 dan 8 dikhaskan untuk pemain gantian) dan berkasut getah.•1 mata diberi kepada setiap sepakan dan sentuhan.•Mana-mana pasukan yang memperoleh mata paling tinggi hasil daripada tiga pusingan akan dikira menang.•Jika mata kemenangan diperoleh sama, maka pasukan yang jumlah masa permainannya lebih lama akan dikira sebagai pemenang.•Jika masih tidak dapat ditentukan pemenang, pasukan-pasukan berkenaan akan berpeluang bermain sekali lagi dengan masa 5 minit setiap kumpulan.Setiap pasukan akan bermain dalam 3 pusingan dan satu lontaran atau lambungan sahaja dibenarkan bagi setiap pusingan.01Peraturan01Sepak Raga Ratus1.8.3, 2.8.3Pertandingan Sepak RagaImbas SayaRekreasi & Kesenggangan102

p. 112

1.Bagaimanakah aktiviti low element course (kemahiran tali aras rendah) seperti spider-web, alligator swamp dan giant finger dapat meningkatkan kerjasama berkumpulan dan tahap keyakinan diri seseorang?2.Apakah aspek keselamatan yang perlu diambil kira semasa bermain permainan frisbee?3.Dengan menggunakan permainan sepak raga ratus, rancangkan satu pertandingan kalah mati yang melibatkan beberapa kumpulan dalam kalangan rakan anda. Pasukan yang dibentuk perlulah melibatkan keduadua jantina dan pelbagai kaum. Ayuh mainkannya!4.Sukan rekreasi mampu membina nilai-nilai murni dalam kalangan rakyat Malaysia. Bincangkan bersama-sama rakan anda. 5.Secara berkumpulan, anda diminta merancang satu program rekreasi yang melibatkan tiga aktiviti kemahiran tali aras rendah (low element coursedi padang sekolah. Semasa merancang program, ciri-ciri keselamatan, kerjasama dalam kumpulan, perpaduan antara kaum dan kepimpinan perlu diterapkan. Bentangkan hasil kerja anda di hadapan kelas.6.Namakan dan nomborkan kedudukan pemain dan pemain gantian di dalam gelanggang sepak raga ratus.LATIHAN PENGUKUHAN103

p. 113

KecergasanMenurut Corbin dan Lindsey (2006), kecergasan fizikal adalah keupayaan sistem tubuh badan untuk bekerja dengan efisien bagi membolehkan seseorang itu menjadi sihat serta dapat melaksanakan aktiviti dalam kehidupan seharian. Komponen kecergasan berasaskan kesihatan terdiri daripada kapasiti aerobik, daya tahan otot, kekuatan otot, fleksibiliti dan komposisi badan.(Sumber: C.B. & Lindsey, R. (2006). Fitness for Life 5th Edition, Human Kinetics.)Melakukan senaman kelenturan.Melakukan senaman meningkatkan kapasiti aerobik.Melakukan senaman daya tahan dan kekuatan otot.Melakukan aktiviti yang melibatkan komposisi badan.Mengukur tahap kecergasan fizikal berasaskan kesihatan.Mematuhi dan mengamalkan elemen pengurusan dan keselamatan.Berkomunikasi dalam pelbagai cara semasa melakukan aktiviti fizikal.Standard KandunganUNIT7104

p. 114

Kekuatan dan Daya Tahan OtotKomposisi BadanFrequency bermaksud kekerapan melakukan latihan. Anda digalakkan bersenam sekurang-kurangnya lima kali seminggu seperti berjalan laju, berjoging, berenang dan senamrobik.Intensiti bermaksud tahap kesukaran melakukan aktiviti fizikal. Semakin tinggi intensiti latihan, semakin tinggi denyutan nadi atau degupan jantung.Masa yang anda peruntukkan untuk aktiviti fizikal. Lakukan aktiviti fizikal sekurang-kurangnya 30 hingga 60 minit.Jenis-jenis aktiviti fizikal yang berbeza memberi kesan terhadap komponen kecergasan yang berbeza.FFrequency (Kekerapan)Intensity (Tahap Intensiti)ITTime (Masa)TType (Jenis)Kapasiti AerobikKelenturan Prinsip FITT105

p. 115

Nadi IlmuKapasiti aerobik ialah keupayaan individu untuk kekal melakukan suatu aktiviti yang menggunakan tenaga aerobik dalam suatu tempoh masa. Individu yang mempunyai tahap kapasiti aerobik yang baik mampu melakukan aktiviti fizikal untuk tempoh yang lama sebelum lesu. Antara aktiviti yang dapat membantu meningkatkan kapasiti aerobik ialah berjoging dan senamrobik.Sebelum memulakan senaman untuk meningkatkan kapasiti aerobik, kita perlu mengira kadar nadi rehat dan kadar nadi maksimum untuk mendapatkan kadar nadi latihan. Formula Karvonen boleh digunakan untuk mengira kadar nadi latihan.Untuk mendapatkan bacaan Kadar Nadi Rehat(KNR) yang tepat, ambil denyutan nadi pada waktu pagi, sewaktu bangun daripada tidur. Dapatkan bacaan untuk beberapa hari secara berturut-turut selama 60 saat pada tiap-tiap bacaan. Kadar Nadi MaksimumContoh pengiraan kadar nadi maksimum bagi murid Tingkatan 1 (13 tahun).Kadar Nadi Maksimum = 220 – umur= 220 – 13= 207 dsmCara mengira Kadar Nadi Latihan (KNL) KNL = KNM – KNR × Intensiti Latihan + KNRCatatan:KNM= Kadar Nadi MaksimumKNR = Kadar Nadi RehatDSM= Denyutan SeminitKecergasan7106 Kapasiti Aerobik

p. 116

Zon Latihan Mengikut IntensitiIntensiti Sangat TinggiKNL pada kadar 90% hingga 100% daripada KNM. Hanya sesuai untuk latihan para atlet berprestasi tinggi. Intensiti TinggiKNL pada kadar 80% hingga 90% daripada KNM. Meningkatkan kapasiti prestasi maksimum.Intensiti SederhanaKNL pada kadar 70% hingga 80% daripada KNM bertujuan untuk meningkatkan tahap kecergasan aerobik.Intensiti RendahLatihan ringkas bertujuan untuk pengurusan berat badan dan pemulihan. KNL yang sesuai adalah pada kadar 60% hingga 70% daripada KNM.Intensiti Sangat RendahBagi individu yang baru melakukan latihan fizikal KNL yang sesuai adalah pada kadar 50% hingga 60% daripada KNM.Kira kadar nadi latihan anda sekiranya intensiti latihan adalah 70%.KNL = KNM - KNR x Intensiti Latihan + KNRBagaimana untuk mengira Kadar Nadi Latihan?Saya berumur 13 tahun. Kadar nadi rehat saya ialah 62 denyutan seminit. Intensiti latihan yang perlu saya lakukan ialah 70%. Kirakan kadar nadi latihan untuk saya.(Sumber: Owen Barder. (2003). Running For Fitness. Guilford : The Lyons Press.)KNL = (207 - ) × 70% + KNL = ( × ) + KNL = ( ) + KNL = denyutan seminit70100Tingkatkan tahap keupayaan aerobik anda dengan kaedah yang berbeza.Imbas SayaAktiviti1073.1.1, 4.1.1, 5.1.3

p. 117

Rancangan Latihan AerobikFrekuensi SenamanTiga hingga enam kali semingguIntensiti SenamanZon 60% hingga 70% daripada Kadar Nadi MaksimumMasa Senaman30 hingga 40 minitJenis SenamanLatihan aerobik• Aktivitidilaksanakansecaraserentakolehsemuamurid.• MuridbolehmemilihgelanggangA(saizbesar),gelanggangB(saizsederhana)ataugelanggangC(saizkecil)mengikutkemampuan.Ketiga-tigagelangganginiditempatkandalampadangyangsama.• Disetiappenjuruterdapatkonyangmewakilisatuaktivitidanmuridakanmelakukanaktivitiberdasarkankadarahandisetiapkon.• DarikonAkekonB,muridberlarisecaraperlahan.CaraBermainApakah yang perlu anda lakukan sekiranya kawan anda pitam?Kon AJumping Jack(10 ulangan)Gelanggang BABDCDGelanggang AAKecergasan7108Jantungku Sayang

p. 118

1.Lakukan aktiviti memanaskan badan dan regangan terlebih dahulu sebelum melakukan aktiviti fizikal.2.Jangan bersenam ketika cuaca panas yang melampau dan berada di bawah sinaran matahari.3.Dehidrasi boleh dielakkan dengan minum air masak atau air yang sudah ditapis dengan kuantiti yang banyak. Skipping(10 ulangan)Naik dan turun bangku(10 ulangan)Kon CKon D• DarikonBkekonC,muridberlariskip.• DarikonCkekonD,muridberjalansecarapantas.• DarikonDkekonA,muridberlaripecut.• Objektifutamalatihaniniadalahbagimeningkatkankapasitiaerobik.Tip SelamatKon BBurpee(5 ulangan)Gelanggang CADCBBCVariasi: Ubah suai jenis aktiviti, bilangan set, bilangan aktiviti dan saiz kawasan aktiviti mengikut kemampuan murid.3.1.2109

p. 119

Contoh program latihan bagi meningkatkan kapasiti aerobik untuk seminggu.CATATANBersiar-siar di taman permainan.BerjogingMasa aktiviti latihan fartlek selama 45 minit.Senaman ringan bermain bersama dengan rakan-rakan, contohnya berbasikal dan frisbee.ISNINAktiviti1.Memanaskan badan (10 minit).2.Regangan statik dan dinamik (10 minit).3.Berjoging (30 minit).4.Menyejukkan badan (10 minit).Objektif1.Meningkatkan kapasiti aerobik.SELASAAktiviti1.Rehat aktif.RABUAktiviti1.Memanaskan badan (10 minit).2.Regangan statik dan dinamik (10 minit).3.Latihan fartlek (masa bergantung pada lakuan).a.Lari secara perlahan.b.Larian bergradien (naik bukit dan turun bukit).c.Striding.d.Lari pecut.e.Berjalan pantas.f.Bounding.Objektif1.Meningkatkan kapasiti aerobik.2.Meningkatkan daya tahan otot.KHAMISAktiviti1.Rehat aktif.Kecergasan7110

p. 120

Sila layari laman sesawang untuk mendapatkan maklumat tentang rehat aktif dan rehat pasif. JUMAATAktiviti1.Memanaskan badan (10 minit).2.Regangan statik dan dinamik (10 minit).3.Latihan LSD (masa bergantung pada lakuan).a.Berlari secara perlahan (slow jogging).b.Lari mengikut laluan trek yang disediakan.4.Menyejukkan badan (10 minit).Objektif1.Meningkatkan kapasiti aerobik.2.Meningkatkan daya tahan otot.3.Mengurangkan peratusan lemak dalam badan.4.Mempercepatkan proses pemulihan kecederaan.5.Merendahkan kadar nadi.SABTUAktiviti1.Rehat aktif.AHADAktiviti1.Rehat pasif.Membantu keluarga mengemas rumah dan kawasan sekitar rumah.Masa aktiviti latihan LSD selama 60 minit.Menonton wayang bersama keluarga.CATATANApakah aktiviti lain yang boleh meningkatkan kapasiti aerobik?Celik Siber1113.1.1, 3.1.2, 4.1.2, 5.2.2

p. 121

Nadi IlmuKelenturan bermaksud keupayaan otot, tendon dan ligamen untuk membenarkan sendi anggota badan bergerak pada julat pergerakan yang maksimum. Peningkatan dalam kelenturan berlaku apabila seseorang itu mempunyai otot yang anjal dan sendi yang bebas untuk bergerak sepenuhnya. Kelenturan dapat ditingkatkan melalui aktiviti regangan yang dilakukan dengan meregangkan otot semaksimum yang boleh tanpa rasa sakit dan bertahan selama 30 hingga 60 saat. Aktiviti kelenturan perlu dilakukan pada bahagian otot spesifik. Tahap kelenturan yang baik dapat memberikan kebaikan kepada seseorang individu jika latihan dilakukan mengikut kaedah yang betul dan berterusan.FaedahMemilikiKelenturan yang Baik•Meningkatkan prestasi dalam sukan.•Mengurangkan risiko mendapat kecederaan.•Mewujudkan rasa selamat dan selesa semasa melakukan aktiviti.•Mengurangkan rasa sakit dan tidak selesa semasa melakukan kerja.1.Apakah kepentingan mempunyai kelenturan yang baik dalam kehidupan seharian?2.Apakah yang akan berlaku sekiranya pengumpulan asid laktik dalam otot?3.Nyatakan kepentingan melakukan aktiviti memanaskan badan sebelum bersenam dan aktiviti menyejukkan badan selepas bersenam. Senaman Kelenturan112

p. 122

AktivitiCara Pelaksanaan•Senaman ini berbentuk stesen. Setiap stesen menyediakan satu jenis senaman kelenturan. •Bahagikan murid kepada kumpulan kecil berenam.•Murid akan bergerak secara berkumpulan dari stesen ke stesen untuk melakukan senaman berdasarkan kad arahan yang terdapat di stesen tersebut.•Setiap senaman regangan perlu dilakukan sekurang-kurangnya 2 set.Lentur dan SihatStesen 1Reganganpectoralis•Berdiri tegak.•Tangan diluruskan ke belakang.•Jalinkan jari-jari tangan kanan dan tangan kiri. Tolak ke atas.•Kekalkan posisi selama 30 saat.Stesen 2Regangan belakang badan•Berdiri tegak, jalinkan jari-jari tangan kanan dan tangan kiri.•Tangan diluruskan ke hadapan pada paras bahu.•Luruskan kedua-dua lengan ke hadapan.•Kekalkan posisi selama 30 saat.Stesen 3Regangan pinggang(duduk)•Sambil duduk, kaki kanan diluruskan. Bengkokkan kaki kiri dan silangkan di atas kaki kanan.•Kilas badan ke kiri sambil dibantu oleh tangan kanan.•Kekalkan posisi ini selama 30 saat.•Ulang perlakuan sebelah kanan.Stesen 4Jangkauan melunjur•Duduk melunjur, luruskan dan rapatkan kedua-dua belah kaki.•Kedua-dua belah tangan menyentuh hujung tapak kaki.•Kekalkan posisi ini selama 30 saat dan ulang.Stesen 5Regangan groin•Duduk sambil keduadua tapak kaki bertemu.•Kedua-dua tangan memegang hujung kaki.•Tarik kedua-dua hujung kaki rapat ke groin (paha).•Rendahkan bahagian paha ke bawah.•Kekalkan posisi ini selama 30 saat.Stesen 6Meniarap sambil mengangkat kaki dan tangan berselang-seli•Meniarap sambil luruskan kedua-dua tangan dan kaki.•Angkat serentak tangan kanan dan kaki kiri serentak.•Kekalkan posisi ini selama 30 saat.•Ulang untuk tangan kiri dan kaki kanan.Stesen 7Kilas badan•Duduk melunjur dan kaki dibuka seluas bahu serta luruskan kaki.•Jangkau tangan kanan sejauh yang mungkin ke belakang.•Kekalkan posisi ini selama 30 saat.•Ulang perlakuan untuk tangan kiri.Stesen 8Regangan quadrisep•Berdiri tegak dan kaki dibuka seluas bahu.•Fleksikan kaki kanan ke belakang.•Tangan kanan menahan kaki kanan yang difleksikan.•Imbangi badan anda, kekalkan posisi ini selama 30 saat.•Ulang perlakuan untuk kaki kiri.3.2.1, 4.2.1, 4.2.2, 5.2.3113

p. 123

Nadi IlmuSemasa melakukan aktiviti ini, beberapa aspek keselamatan perlu diberi perhatian bagi mengelakkan kecederaan dan kemalangan.Meregang otot sehingga ke tahap maksimum tanpa rasa sakit.Semasa membuat regangan PNF pada rakan, buat secara perlahan-lahan dan dapatkan maklum balas daripada rakan.Elakkan membuat regangan pada sendi dan otot yang cedera.Lakukan aktiviti memanaskan badan sebelum membuat regangan.Bernafas seperti biasa semasa membuat regangan.Anda perlu mengelakkan daripada melakukan senaman-senaman yang boleh mencederakan diri. Contohnya, melakukan kelenturan hiperekstensi untuk tulang belakang. Senaman kelenturan seharusnya dilakukan mengikut fungsi dan julat pergerakan sesuatu anggota badan.14523Apa itu PNF?Imbas SayaPanduan Semasa Melakukan Senaman ReganganKecergasan114

p. 124

Daya tahan otot bermaksud kemampuan otot untuk bekerja dan melakukan aktiviti secara berulang-ulang dan berterusan tanpa berasa cepat letih dan lesu. Sebagai contoh, berenang adalah aktiviti yang menggunakan otot tertentu secara berulang-ulang. Daya tahan otot dapat ditingkatkan melalui intensiti latihan yang rendah pada ulangan yang banyak. Kekuatan otot pula bermaksud kemampuan otot atau sekumpulan otot menghasilkan daya dengan kuasa maksimum bagi mengatasi rintangan. Rintangan wujud semasa menarik, menolak atau mengangkat sesuatu beban. Latihan untuk meningkatkan kekuatan otot melibatkan ulangan yang sedikit dengan bebanan yang berat. Otot teras adalah otot yang terdapat pada bahagian tengah badan. Otot teras yang kuat akan melancarkan pergerakan semasa melakukan aktiviti selain memberi postur yang baik. Contohnya otot teras adalah rectus abdominis, internal oblique, external oblique, transverse abdominis, erector spinae, dan multifidus.ErectorspineMultifidus(Sumber: brentbrookbash.com)External obliqueTransverseabdominisInternal obliqueRectus abdominisSenaman Daya Tahan dan Kekuatan Otot11501Otot Teras01

p. 125

AktivitiKembara CergasPermainan ini berkonsepkan kembara kad warna. Murid-murid akan melakukan aktiviti senaman. Pada setiap laluan berwarna akan terdapat kad arahan yang perlu dipatuhi oleh murid-murid. Murid dibahagikan mengikut kumpulan dan akan melakukan senaman berasaskan daya tahan dan kekuatan otot teras.1163.3.1, 3.3.2, 4.3.3, 5.1.3

p. 126

Cara PelaksanaanPermainan dimulakan dengan balingan buah dadu. Setiap petak berwarna mempunyai kad arahan. Ikut kad arahan yang telah ditetapkan. Kad Arahan 1Senaman Kucing•1 set•Rehat: 1 minit (antara set)•Ulangan: 10 ulangan•Bersedia dalam keadaan merangkak statik.•Pada kiraan 1, lengkungkan badan dan hembus nafas.•Pada kiraan 2, lentikkan badan dan tarik nafas.•Ulang perlakuan.Kad Arahan 2Senaman Bangkit Tubi•1 set•Ulangan: 10 ulangan•Berbaring dengan kedua tangan silang di dada. Lutut difleksi 90o.•Fleksi badan ke atas.•Ulang perlakuan.Kad Arahan 3Senaman Kilas Bersama Bola•1 set•Ulangan: 10 ulangan setiap sisi•Bersedia dalam keadaan half squad sambil kedua-dua tangan memegang bola segar di sisi bawah pinggang.•Ayun bola segar ke arah sisi bertentangan paras atas bahu.•Lakukan secara berselang-seli kiri dan kanan.Kad Arahan 4Senaman Superman•1 set•Ulangan: 10 ulanganKad Arahan 5Senaman Plank•1 set•Rehat: 1 minit (antara set)•Masa aktiviti: 10 saat setiap kaki•Bersedia dalam keadaan badan disokong oleh lengan, siku serta hujung jari kaki.•Pada kiraan 1, angkat kaki kiri ke atas sambil tahan nafas selama 10 saat setiap kaki.•Ulang perlakuan untuk kaki kanan pula.Kad Arahan 6Senaman Bangkit Silang•1 set•Rehat: 1 minit (antara set)•Ulangan: 10 ulangan setiap kaki•Berbaring dengan kaki diluruskan dan dirapatkan sambil kedua-dua tapak tangan di sisi telinga.•Pada kiraan 1, fleksikan badan sambil menyentuh siku kiri dengan lutut kanan.•Pada kiraan 2, kembali ke keadaan asal.•Pada kiraan 3, fleksikan badan sambil menyentuh siku kanan dengan lutut kiri.•Ulang perlakuan.•Bersedia dalam keadaan meniarap sambil kedua-dua tangan didepakan lurus.Rapatkan kedua-dua kaki secara lurus.•Pada kiraan 1, angkat kedua-dua tangan, kepala dan kaki.•Pada kiraan 2, kekalkan kedudukan bawa tangan lurus ke hadapan.•Ulang perlakuan.3.3.1, 3.3.2, 4.3.3, 5.1.3117

p. 127

Celik SiberKomposisi tubuh badan boleh diukur dengan menggunakan kaliper. Kaliper ialah sejenis alat penyukat ketebalan kulit badan. Komposisi badan ialah peratusan lemak dalam tubuh badan berbanding otot dan tulang. Individu yang mempunyai komposisi badan yang baik berupaya menghindarkan diri daripada menghidap penyakit hipokinetik seperti sakit jantung, hipertensi dan kegemukan.Teknik Mengira Komposisi Badan dengan Menggunakan Kaedah Lipatan Kulit1.Dapatkan min tiga bacaan bagi lipatan kulit di bahagian sisi dalam gastroknemius.2.Dapatkan min tiga bacaan bagi lipatan kulit trisep.3.Jumlahkan min lipatan kulit trisep dan lipatan kulit sisi dalam gastroknemius.4.Bandingkan jumlah min lipatan (trisep dan sisi dalam gastroknemius) berpandukan carta lipatan kulit untuk mengetahui peratusan lemak badan.5.Gunakan pembaris untuk mendapatkan bacaan peratusan lemak.6.Dapatkan kategori lemak badan.7.Semua ukuran mesti dilakukan pada bahagian anggota badan yang dominan.Prosedur Pengukuran Lipatan Kulit Trisep1.Murid yang hendak diuji hendaklah berdiri tegak dengan kedua-dua tangan di sisi.2.Pengukuran lipatan kulit trisep dilakukan pada bahagian belakang lengan kanan otot trisep titik pertengahan di antara siku dengan cuaran akromian skapula.3.Lengan dalam keadaan rehat dengan telapak tangan menghadap ke hadapan (supinated). 4.Cubit lipatan kulit dengan menggunakan ibu jari dan jari telunjuk secara menegak, selari dengan paksi panjang lengan, dibuat pada bahagian yang telah ditanda. 5.Ketipkan kaliper 1 cm di atas atau di bawah tempat yang dicubit. Ambil bacaan pada 0.5 mm terhampir. 6.Ulang pengukuran sebanyak tiga kali. Jika perbezaan melebihi 2 mm, ulang semua prosedur pengukuran. 7.Rekodkan semua bacaan pada borang yang disediakan. 8.Cari min bagi ketiga-tiga bacaan.Layari laman sesawang untuk mencari maksud Ectomorph, Mesomorph dan Endomorph.Komposisi BadanKecergasan1183.4.1, 4.4.1, 5.3.2

p. 128

Prosedur Pengukuran Lipatan Kulit Gastroknemius1.Bagi mengukur lipatan kulit di bahagian sisi dalam gastroknemius pula, murid yang diuji berdiri tegak dengan satu kaki diletakkan di atas bangku sambil lutut difleksikan.2.Buat tandaan pada titik pertengahan antara bahagian tepi patela dan buku lali.3.Cubit lipatan kulit dengan menggunakan ibu jari dan jari telunjuk secara menegak, dibuat pada bahagian gastroknemius yang telah ditanda. 4.Ketipkan kaliper 1 cm di atas atau di bawah tempat yang dicubit. Ambil bacaan pada 0.5 mm terhampir. 5.Ulang pengukuran sebanyak tiga kali. Jika perbezaan melebihi 2 mm, ulang semua prosedur pengukuran. 6.Rekodkan semua bacaan pada borang yang disediakan. 7.Cari min bagi ketiga-tiga bacaan.8.Pengukuran lipatan kulit gastroknemius dilakukan pada bahagian dalam kaki kanan diparas lilitan maksimum gastroknemius.9.Kaki kanan menapak di atas bangku dengan lutut difleksi pada sudut 90°10.Cubit lipatan di atas lilitan maksimum dan pengukuran dibuat di bawahnya.Contoh beberapa jenis kaliper untuk mengukur lipatan kulit adalah seperti di bawah:LangeAccu-MeasureHarpendenSlim Guide4.1.1119

p. 129

BulanUkuran Lipatan KulitTrisepSisi betisMin (mm)Lemak (%)KlasifikasiCatatanPenggal 1Penggal 2Nama murid: Umur: Tingkatan: Jantina: Lipatan KulitRekod Lipatan KulitBacaan 1 (mm)Bacaan 2 (mm)MinTrisepSisi betisJumlah minPeratusan lemak badan: Kategori lemak badan: Rekodkan komposisi tubuh anda.Rekodkan komposisi tubuh bulanan anda.Merekod perkembangan komposisi badan secara konsisten membantu seseorang mengawal berat badan yang ideal bagi menjaga tahap kecergasan dan kesihatan mereka. Berikut adalah cara-cara merekod:a.Sediakan borang rekod perkembangan komposisi tubuh badan seperti dalam jadual di atas.b.Rekodkan perkembangan komposisi tubuh badan dua kali setahun.c.Buat catatan ringkas dalam jadual jika berlaku peningkatan atau penurunan dalam komposisi badan.Carta lipatan kulit trisep dan sisi gastroknemius bagi murid lelaki dan bagi murid perempuan.(Sumber: Franks B.D. & Howley E.T. 1998. Fitness Leader’s Handbook)Imbas SayaMerekod Perkembangan Komposisi Tubuh BadanKecergasan120

p. 130

SEGAK merupakan singkatan bagi Standard Kecergasan Fizikal Kebangsaan untuk Murid Sekolah Malaysia. SEGAK adalah satu bateri ujian standard kecergasan fizikal bagi mengukur tahap kecergasan fizikal murid berdasarkan kesihatan. Ujian SEGAK dilaksanakan dua kali setahun iaitu pada bulan Mac dan Ogos dalam Pendidikan Jasmani atau di luar waktu Pendidikan Jasmani. SEGAKIndeks Jisim BadanNaik Turun Bangku3 MinitRingkuk Tubi SeparaJangkauan MelunjurBateri Ujian SEGAKPelaksanaan Ujian SEGAKTekan Tubi(untuk lelaki)atauTurutanTurutan Ujian SEGAKTekan TubiIndeks Jisim BadanNaik Turun Bangku3 MinitTekan Tubi Ubah Suai (untuk perempuan)Ringkuk Tubi SeparaJangkauan MelunjurSEGAK123451213.4.1, 4.4.2, 4.4.3, 5.4.1

p. 131

StatusSusut berat badanBerat badan normalBerlebihan berat badanObesBMI< 14.814.9 – 20.820.9 – 24.8> 24.8Ujian/Skor54321Naik Turun Bangku 3 minit (Denyutan seminit)76 danke bawah77 – 9899 – 121122 – 143144 danke atasTekan Tubi (Ulangan)25 danke atas21 – 2415 – 2011 – 1410 danke bawah Ringkuk Tubi Separa (Ulangan)21 danke atas17 – 2013 – 169 – 128 danke bawahJangkauan Melunjur (cm)42 danke atas34 – 4125 – 3316 – 2415 danke bawahStatusSusut berat badanBerat badan normalBerlebihan berat badanObesBMI< 14.814.9 – 21.821.9 – 26.2> 26.2Ujian/Skor54321Naik Turun Bangku 3 minit (Denyutan seminit)82 dan ke bawah83 – 106107 – 130131 – 154155 dan ke atasTekan Tubi (Ulangan)22 dan ke atas18 – 21 13 – 17 9 - 128 dan ke bawah Ringkuk Tubi Separa (Ulangan)19 dan ke atas16 – 18 11 – 15 8 – 10 7 dan ke bawahJangkauan Melunjur (cm)39 dan ke atas33 – 3826 – 3220 – 25 19 dan ke bawahJadual Norma SEGAK Lelaki 13 TahunJadual Norma SEGAK Perempuan 13 Tahun BilJumlah Skor KeseluruhanGredPencapaianStatus Kecergasan118 – 20 markahA5 bintangKecergasan sangat tinggi215 – 17 markahB4 bintangKecergasan tinggi312 – 14 markahC3 bintangCergas48 – 11 markahD2 bintangKurang cergas54 – 7 markahE1 bintangTidak cergas6Tiada skorFTiada bintangTidak melengkapkan ujian SEGAKKeputusan KeseluruhanKenal pasti senaman yang sesuai untuk meningkatkan kekuatan otot bahagian atas badan.Kecergasan1223.4.1, 4.4.2, 4.4.3, 5.4.1

p. 132

Tip SelamatUjianPenggal 1 (Mac)Indeks Jisim BadanTinggi (cm)BMI16026.56Berat (kg)68UjianBil. Ulangan/Masa/JarakSkorNaik Turun bangku814Tekan Tubi Ubah suai203Ringkuk Tubi Separa112Jangkauan Melunjur232Jumlah Skor11Gred SkalaDSaya berumur 13 tahun. Berikut adalah keputusan ujian SEGAK saya. Bolehkah anda membantu untuk membina jadual latihan selama sebulan agar saya dapat memperbaiki tahap kecergasan fizikal? Bincang bersama rakan anda dan bentangkannya di hadapan kelas!Aktiviti di atas ialah cadangan bagi meningkatkan kecergasan anda. Buat perbincangan bersama rakan dengan bimbingan guru bagi merancang aktiviti senaman yang bersesuaian untuk dilaksanakan sebagai rutin senaman anda. Tetapkan matlamat anda. Selamat mencuba!Latihan berasaskan daya tahan kardiovaskular seperti berjoging, berenang dan berbasikal.• Dilakukan 3 hingga 6 sesi seminggu. • Satu sesi 30 hingga 45 minit.Cadangan Aktiviti Naik Turun Bangku (SEGAK)Panduan F.I.T.T1.Berjalan pantas2.Joging3.Naik tangga4.Senamrobik5.Berbasikal 6.Berenang7.Lompat tali8.Mendaki bukit atau gunung9.Berkayak10.Bermain bola keranjang/ bola sepak/ badminton• Dilakukan tiga hingga enam sesi seminggu. • Satu sesi 30 hingga 45 minit. 3.5.1, 4.5.1, 4.5.2, 5.3.1123

p. 133

1.Hazim berada di Tingkatan 3 Anggerik, kadar nadi rehatnya ialah 60 denyutan seminit dan intensiti latihan yang ingin dilakukan ialah sebanyak 70%.a.Berapakah kadar nadi maksimum untuk Hazim?b.Kirakan kadar nadi latihan untuk Hazim.2.Teka silang kata kecergasan. 1.Ujian Naik Turun Bangku digunakan untuk menguji tahap keupayaan .2.Ukuran lipatan kulit pada dua bahagian tubuh badan akan diambil bagi menguji komposisi tubuh iaitu pada bahagian gastroknemius dan .3.Ujian Lari Ulang Alik digunakan untuk menguji tahap .4.Ujian Lompat Jauh Berdiri digunakan untuk menguji kekuatan otot .5.Ujian Bangkit Tubi Variasi digunakan untuk menguji tahap kekuatan otot .6. ____mengepam darah ke seluruh tubuh badan.7.Ujian digunakan untuk menguji daya tahan otot lengan. 8.Ujian Lari Pecut 30 meter digunakan untuk menguji komponen .9.Ujian badan digunakan untuk mengetahui kandungan lemak bawahlipatan kulit.10.FITT, F merujuk kepada kekerapan .LATIHAN PENGUKUHANMenegakMelintang12759103864Kecergasan124

p. 134

PENDIDIKANKESIHATAN125

p. 135

Pada peringkat awal remaja, setiap remaja perlu tahu cara untuk mengurus dan membuat keputusan dalam menyesuaikan diri dengan pertumbuhan yang berlaku pada aspek fizikalnya. Remaja kebiasaannya obses dengan perubahan tubuh badannya. Mereka juga akan membandingkan dirinya dengan rakan sebaya. Remaja perlu berkomunikasi secara berkesan. Komunikasi berkesan dan perhubungan yang baik dengan orang di sekeliling dapat membantu mengurus perkembangan seksual sekunder dari aspek fizikal. Apakah yang dapat kamu kaitkan antara gambar dengan tajuk pembelajaran? Bincangkan.Mengaplikasikan cara mengurus perkembangan seksual sekunder dari aspek fizikal. Mengaplikasikan kemahiran membuat keputusan dalam menangani perubahan emosi semasa perkembangan seksual sekunder.Menilai perubahan emosi semasa perkembangan seksual sekunder.Mengetahui maksud perkembangan seksual sekunder dari aspek fizikal.126Standard PembelajaranUNIT11.0KESIHATAN DIRI DAN REPRODUKTIF: PERKEMBANGAN SEKSUAL SEKUNDER

p. 136

127

p. 137

1.1.1, 1.1.2, 1.1.4Minta murid untuk hasilkan “Diari Diriku”.Cikgu, apakah maksud perkembangan seksual sekunder?Seksual sekunder ialah perubahan pada tubuh yang terjadi pada permulaan akil baligh yang melibatkan perkembangan dan perubahan aspek fizikal dan emosi. Murid perlu pandai mengurus perkembangan seksual sekunder dari aspek fizikal dan berkemahiran membuat keputusan dalam menangani perubahan emosi.Setelah membaca dialog di bawah murid diminta mengenal pasti dan menilai lain-lain perubahan emosi semasa perkembangan seksual sekunder dari aspek fizikal pada diri seorang remaja.Bagi murid lelaki berlaku perubahan fizikal seperti suara bertambah garau, ketinggian meningkat, misai dan janggut mula tumbuh, saiz otot membesar dan tekstur kulit menjadi kasar. Bagi murid perempuan pula, pinggul dan payu dara mereka mula membesar, jerawat mula tumbuh di muka dan suara semakin lunak.Apakah perubahan fizikal yang berlaku, cikgu?Cikgu, bagaimana pula dengan perubahan emosi?AktivitiApabila perubahan emosi berlaku murid mudah berasa sensitif seperti cepat berasa tersinggung, marah, merajuk dan sedih. Oleh itu, murid perlu pandai mengurus dan menangani perubahan emosi. PEERS1128Kenali Perkembangan Sekunder daripada Aspek Fizikal

p. 138

Nadi Ilmu1.1.21.Analisis perubahan yang berlaku kepada kedua-dua remaja lelaki dan perempuan berdasarkan perkembangan seksual sekunder.2.Cadangkan cara lain untuk menguruskan pakaian dalam untuk murid lelaki dan pakaian dalam murid perempuan semasa haid dengan betul.Kebersihan anggota badan hendaklah sentiasa dijaga dalam kehidupan seharian. Anggota badan yang bersih akan menampilkan diri yang kemas dan bersih. Bersihkan bulu-bulu yang terdapat pada anggota badan. Contohnya membersihkan bulu ketiak dengan mengikut langkah-langkah di bawah.Bersihkan dahulu ketiak dengan sabun dan air untuk menghilangkan sisa deodoran, minyak dan benda asing.Lap bahagian ketiak dengan tuala bersih supaya bakteria tidak mudah membiak.Mulakan mencabut atau menggunting pendek bulu ketiak.Setelah selesai menggunting, bersihkan kembali ketiak dengan air. Lap semula ketiak sehingga kering.Elakkan mencukur bulu ketiak. Ini boleh menyebabkan iritasi iaitu kulit ketiak boleh melecet dan terjadi infeksi di kawasan ketiak seperti luka kecil. 129Bijak Mengurus Diri

p. 139

CoretanZulaikaholeh Saidah Zulaikah Syafinaz1.1.3, 1.1.4Remajakah Saya?Alam remaja yang saya tunggu akhirnya tiba… Oh, saya sudah remaja! Mak… Mak… Kenapa buah dada saya menonjol? Malunya saya. Pergi sekolah asyik diperhatikan oleh kawan-kawan lelaki yang nakal. Saya mengasingkan diri daripada rakan-rakan. Bertambah teruk apabila muka saya ditumbuhi jerawat. Saya terus menyendiri dan malu untuk keluar rumah seperti biasa. Keadaan ini berlarutan selama beberapa minggu.Kakak perasan perubahan saya dan cuba menyelami perasaan saya. Saya berkongsi masalah dengan kakak. Dia membawa saya berjumpa rakannya yang kebetulan seorang kaunselor. Beliau menyatakan ini adalah perubahan emosi yang biasa berlaku semasa perkembangan seksual sekunder. Beliau menegaskan bahawa saya perlu memahami perubahan emosi ini untuk memupuk keyakinan, meningkatkan penampilan, bekerjasama dengan ibu bapa dan rakan, menguatkan jati diri, meningkatkan daya tahan diri dan menguruskan stres.Bermula dari situ, saya mengambil usaha sendiri untuk menangani perubahan emosi ini. Saya menjalinkan hubungan baik dengan kedua ibu bapa, guru, kaunselor, dan rakan-rakan bagi membuang jauh-jauh perasaan rendah diri saya. Akhirnya, saya dapat merasai dan lebih menghargai kasih sayang ibu bapa, kakak, guru dan rakanrakan. Hidup saya lebih ceria dan bermakna.Bincangkan bagaimana berkomunikasi secara berkesan dengan orang lain dapat menangani masalah yang dialami semasa perkembangan seksual sekunder. Bentangkan dalam bentuk peta pemikiran.Senarai BacaanSasaran Hidup“Majalah siswa“Majalah celik“Amalan hidup sihat“Remaja cemerlang“Cergas bersama saya“Bukan bibir berbicara“Menjadi anak yang baik“Menjadi pelajar contoh“Menjadi orang yang berguna kepada masyarakat“Menjadi pebimbing rakan sebaya“Memiliki segulung ijazah sebagai hadiah buat ibu dan ayahPEERS1130Aku Sudah Remaja?

p. 140

Kawan-kawan, berikut adalah panduan dan cara saya menangani perubahan emosi akibat masalah jerawat. Bagaimana pula cara kawan-kawan menangani perubahan emosi? Kongsikan di ruangan komen, ya!Insan pemaluSaya selalu diejek oleh kawankawan lelaki kerana payu dara saya besar. Apa yang perlu saya buat, ya?Miss HaniTerima kasih sudi berkongsi tip penjagaan muka.1.Sebagai doktor muda, syorkan kepada rakan sebaya di sekolah anda cara-cara menangani perubahan emosi semasa perkembangan seksual sekunder. 2.Bincangkan jawapan berdasarkan proses-proses membuat keputusan menggunakan peta pemikiran yang sesuai.Guna alat penjagaan muka yang betulPastikan wajah sentiasa bersihDapatkan rawatan doktorAmalkan gaya hidup sihatMakan makanan seimbangElakkan memicit jerawatTips penjagaan muka berjerawatHantarPreviewTinggalkan komen anda di sini.Log masuk:Log keluarLATIHAN PENGUKUHAN131

p. 141

2.0PENGARUH MULTIMEDIA KEPADA TINGKAH LAKU SEKSUAL BERISIKOStandard PembelajaranMedia massa memainkan peranan penting dalam dunia hari ini. Media massa merujuk kepada pelbagai teknologi yang digunakan untuk berkomunikasi yang kadang-kadang dikenali sebagai multimedia.Murid mudah terpengaruh dengan kecanggihan multimedia, namun murid haruslah menggunakan multimedia dengan cara yang bijak dan berhemah. Namakan jenis-jenis multimedia yang anda tahu?Menjana idea cara menangani tingkah laku seksual berisiko dan kepentingan penahanan diri daripada seks.Memahami pengaruh negatif multimedia kepada tingkah laku seksual berisiko.Mengaplikasikan kemahiran menangani pengaruh negatif multimedia terhadap tingkah laku seksual berisiko.Menganalisis pengaruh negatif multimedia kepada tingkah laku seksual berisiko.132

p. 142

133

p. 143

2.1.1, 2.1.2, 2.1.3Kesan negatif multimedia kepada tingkah laku seksual berisiko mempengaruhi minda dan akhlak remaja terutama yang menampilkan perlakuan seks bebas. Informasi seksual daripada media cetak dan media elektronik membawa pengaruh yang negatif kepada tingkah laku seksual. Bahan pornografi daripada majalah, VCD, DVD dan telefon pintar boleh mempengaruhi pemikiran dan tingkah laku remaja.Seorang perempuan yang hamil tanpa berkahwin telah melakukan perkara yang menyimpangdaripada norma hidup dan agama. Perubahan fizikal yang berlaku semasa mengandung menyebabkan dia berasa malu. Dia akan menghadapi tekanan daripada keluarga, rakan dan masyarakat. Perkara ini akan mengganggu pemikiran dan emosinya. Keadaan ini mungkin menyebabkan dia bertindak melulu sehingga memudaratkan dirinya sendiri seperti menggugurkan kandungan, lari dari rumah atau membunuh diri. Sebahagian besar kes pembuangan bayi berpunca daripada kehamilan sebelum nikah.Seks sebelum nikah juga memberi kesan buruk kepada lelaki. Lelaki yang terlibat dengan seks sebelum nikah mungkin akan menjadi semakin tidak terkawal lalu mengamalkan seks bebas. Lelaki yang mengamalkan seks bebas akan terdedah kepada penyakit jangkitan seks seperti AIDS dan sifilis. Tingkah laku ini akan merugikan negara kerana remaja adalah aset negara yang berharga.Perlakuan seks sebelum nikah ialah perbuatan yang mencemarkan nama baik keluarga danmerosakkan masa depan remaja, di samping meningkatkan risiko penyakit jangkitan seks. Perlakuan seks sebelum nikah tidak digalakkan kerana perbuatan ini mencerminkan tahap keruntuhan moral yang serius dan dilarang oleh semua agama. Jika masalah ini dibiarkan berterusan, masa depan generasi muda negara kita akan dicemari oleh perkara-perkara negatif dan di luar sifat kemanusiaan. Seterusnya masalah ini akan juga merosakkan sistem institusi kekeluargaan.Pengaruh negatif multimedia banyak menyumbang kepada tingkah laku seksual berisiko.Justeru, remaja perlu mempunyai pegangan agama yang kuat. Hargai institusi keluarga yang dimiliki, melibatkan diri dalam aktiviti kokurikulum untuk mengisi masa lapang dan mengelakkan diri daripada terlibat dalam aktiviti negatif. Setiap individu remaja bertanggungjawab untuk menjaga maruah demi masa depan yang sempurna.Aktiviti mencari maklumat•Baca petikan di atas dan analisis kesan negatif multimedia kepada tingkah laku seksual berisiko dan bincangkan dalam kumpulan.AIDS - Acquired immune deficiency syndromeSifilis - Penyakit kelamin disebabkan oleh jangkitan bakteria.Asertif verbal - Menolak sesuatu ajakan dengan kata-kata berhemah.Asertif bukan verbal - Menolak sesuatu ajakan menggunakan perlakuan atau isyarat dengan berhemah. BULETINPEERS1134AktivitiGlosari

p. 144

2.1.2, 2.1.3, 2.1.4Fahami dan tangani situasi yang menjurus kepada tingkah laku berisiko dengan bijak.Lakonkan situasi tingkah laku seksual berisiko. Tunjukkan aksi ajakan dan penolakan secara berhemah dalam kumpulan kecil. Gunakan kemahiran asertif secara verbal atau bukan verbal.Semasa Raja sedang melayari Internet untuk mencari bahan bagi menyelesaikan tugasan yang diberi oleh guru, secara tiba-tiba terpapar gambar-gambar lucah. Apakah tindakan yang perlu dilakukan oleh Raja?Semasa berkunjung ke rumah jiran, jiran anda sedang melihat-lihat majalah lucah. Jiran mengajak anda sama-sama untuk melihat majalah tersebut. Apakah tindakan anda?Syazwan memujuk Aliah berjumpa di tempat yang sunyi berdua-duaan. Apakah tindakan yang perlu Aliah lakukan?Situasi3Situasi2Situasi1Bijak Bertindak, Jauhi Terjebak135

p. 145

2.1.4Lydia telah berkenalan dengan seorang lelaki melalui media sosial. Lelaki tersebut meminta untuk bertemu dan berkenalan dengan lebih mesra tetapi ditolak oleh Lydia. Namun, lelaki itu mendesaknya berkali-kali. Lydia berasa keliru dan bertemu dengan Cikgu Arifa, kaunselor sekolah untuk meminta nasihat. Berikut adalah maklumat berkaitan risiko seks sebelum nikah yang diperolehi olehnya.Sekiranya anda kaunselor kepada Lydia, apakah cara-cara yang boleh disarankan untuk menangani tingkah laku seksual berisiko?Menggugurkan kandungan •Sebab malu, cuba gugurkan kandungan. Ini boleh menjejaskan kesihatan bayi dan diri sendiri.Anak tidak sah taraf•Tidak diterima keluarga dan masyarakat.•Berasa rendah diri.Bercanggah dengan agama dan norma masyarakat•Perbuatan yang keji dan hina pada pandangan masyarakat.Kemerosotan pelajaran•Hilang tumpuan pada pelajaran dan gagal dalam peperiksaan.Hamil sebelum nikah•Individu belum bersedia memikul tanggungjawab.Mencemarkan maruah diri•Akan dicemuh dan disingkir masyarakat.Mencemarkan maruah keluarga•Dipandang serong oleh masyarakat.Sebarkan Maklumat dan Perangi Tingkah Laku Seksual BerisikoRisiko Seks Sebelum NikahSeks rambang•Perlakuan seks kerap bertukar pasangan penyebab jangkitan seksual.PEERS1136

p. 146

Tingkah laku seksual berisiko disebabkan oleh pelbagai faktor. Antaranya seperti pengaruh rakan sebaya, masalah kesihatan mental dan kecelaruan personaliti. Jauhi masalah tingkah laku seksual berisiko dalam kehidupan seharian. Cari dan sediakan maklumat bertemakan tingkah laku seksual berisiko untuk dimasukkan ke dalam buletin majalah sekolah anda. Murid diminta mencari maklumat mengenai risiko seks sebelum nikah dan kepentingan menahan diri daripada seks.Murid diminta menghubungkaitkan kemahiran mengurus naluri syahwat dengan tingkah laku seksual berisiko.Murid diminta menyediakan bahan cetak (risalah dan poster). Edarkan bahan cetak kepada rakan-rakan, guru, keluarga dan jiran.123Syahwat- Keinginan untuk melakukan persetubuhan.Kenal pasti satu situasi tingkah laku berisiko yang pernah anda baca atau lihat. Nyatakan cara anda menangani situasi tersebut.Aktiviti137Glosari

p. 147

Aina dan adiknya, Irfan sering leka melayari dan bermain permainan Internet. Perbuatan ini telah menyebabkan mereka sering gagal menyiapkan kerja sekolah dan pelajaran mereka semakin merosot. Pada suatu hari ketika mereka sedang leka melayari Internet, tiba-tiba terpapar gambar pornografi pada skrin komputer. Mereka tergamam dan tidak tahu apa yang harus dilakukan. Kejadian ini telah disedari oleh ibu bapa mereka. Mengapakah mereka dimarahi? Bincangkan cara menangani tingkah laku seksual berisiko dan penahanan diri daripada seks.2.1.3, 2.1.4???Maafkan kami ayah, ibu. Kami tidak sengaja. Gambar itu tiba-tiba muncul.Aina, Irfan! Apa yang kamu cuba tengok?Maafkan Kami!Mulai hari ini, ayah akan pantau penggunaan Internet yang kamu layari.Ibu pula akan buat jadual aktiviti yang bermanfaat untuk kamu berdua supaya kamu berdua lebih bertanggungjawab.Apakah yang akan berlaku seterusnya? Bincangkan.138

p. 148

PermulaanKlimaksPeleraian1.Bina papan cerita persembahan menggunakan aplikasi multimedia sempena kempen sebarkan maklumat dan perangi tingkah laku seksual berisiko. Anda boleh memilih tajuk dan maklumat yang sesuai. 2.Tayangkan hasil persembahan multimedia anda di dalam kelas. LifeCameraAction3.Tuliskan kesan negatif jangka pendek dan kesan negatif jangka panjang multimedia kepada tingkah laku seksual berisiko.LATIHAN PENGUKUHAN139

p. 149

Rokok, alkohol dan dadah ialah bahan yang boleh mengkhayalkan dan memabukkan. Rokok, alkohol dan dadah akan menyebabkan gangguan kesihatan seperti hilang pertimbangan, cepat marah, bertindak agresif dan mungkin hilang kewarasan akal. Amalan gaya hidup sihat tanpa rokok, alkohol dan dadah dapat menghindarkan diri daripada penyakit berbahaya. Hargai serta sayangi diri. Elakkan diri daripada pengaruh rokok, alkohol dan dadah. Jalani hidup seharian dengan aktiviti bermakna dan berfaedah seperti beriadah bersama keluarga dan menyertai aktiviti kemasyarakatan. Bincangkan dalam kumpulan mengenai gambar.Menilai taraf kesihatan individu yang terlibat dalam kegiatan merokok, pengambilan alkohol dan dadah.3.0PENYALAHGUNAAN BAHAN: PENGARUH ROKOK, ALKOHOL DAN DADAHStandard PembelajaranMemahami pengaruh rokok, alkohol dan dadah kepada diri, keluarga serta masyarakat.Mengaplikasikan kemahiran mengelak diri daripada pengaruh rokok, alkohol dan dadah.Menganalisis kesan bahaya asap rokok kepada perokok pasif.140

p. 150

141

p. 151

PEERS1142Pengaruh penyalahgunaan bahan ini boleh menjejaskan sistem tubuh badan. Selain itu, bahan ini juga memberi kesan kepada keluarga dan masyarakat. Contohnya berlaku pembaziran wang, meningkatkan risiko kepada masalah sosial seperti jangkitan HIV dan pelbagai penyakit berbahaya. Kerajaan juga perlu mengeluarkan perbelanjaan yang besar untuk kos rawatan dan pemulihan kepada perokok, pemabuk dan penagih. Pihak sekolah mengadakan kempen hidup sihat tanpa rokok, alkohol dan dadah. Satu aktiviti sumbang saran dijalankan dengan murid mengenai pengaruh rokok, alkohol dan dadah kepada diri, keluarga serta masyarakat. Seorang murid dilantik sebagai guru muda untuk mengetuai aktiviti.3.1.1, 3.1.2Siapa boleh menjelaskan kesan penyalahgunaan bahan?Bagus! Jawapan yang tepat dan jelas. Apakah pula kemahiran yang kita perlu kuasai untuk menjauhi bahan yang berbahaya ini?Pertama, kita perlu tetapkan pendirian dengan menolak jika ditawarkan bahan ini. Kedua, kita harus gunakan kaedah komunikasi berkesan seperti menghadiri kempen dan ceramah mengenai penyalahgunaan bahan. Ketiga, kita juga perlu tahu memilih aktiviti dan rakan yang baik. Melalui kemahiran ini, kita dapat mengelak daripada terlibat dengan perbuatan merokok, penagihan alkohol dan dadah.Kempen Hidup Sihat Tanpa Rokok, Alkohol dan Dadah

p. 152

143Setahu saya, dadah perlu dijauhi sebab kesannya buruk terhadap individu, masyarakat dan negara. Antaranya menyebabkan keruntuhan akhlak, kegagalan dalam pelajaran, prestasi kerja terjejas, tersisih daripada masyarakat, keruntuhan institusi kekeluargaan, dan boleh menjejaskan tahap kesihatan.Rakan-rakan, bagaimanakah pula dengan pengaruh dadah?Bincangkan kesan lain penyalahgunaan bahan kepada diri, masyarakat, dan keluarga.

p. 153

Kesan Ketagihan Dadah(Sumber: www.infosihat.gov.my)(Sumber: www.aadksabah.wordpress.com)Psikologi-Insomnia-Kelakuan Agresif-Paranoia-Perbuatan tidak berhenti-henti-Kurang selera makan-Euforia-Mudah marah-Pertuturan tidak jelas-Pening kepala-Kekeliruan-Halusinasi-Tingkah laku keterlaluan-Tekanan emosi-Sering merasa panikHati-Kerosakan hati-Pergerakan tersekat-sekat-Kehilangan koordinasiBuah Pinggang-RosakJantung-Sakit dada-Jantung berdegup -Serangan jantung-Berpeluh-Kulit kebasMulut -Masalah gigi berketapMata-Anak mata membesarPernafasan-Sesak nafasPeredaran Darah-Tekanan darah tinggi-Menjejaskan saluran darah ke otak -StrokSistemik-Hipertermia-Malnutrisi -Menjejaskan sistem imunDiterbitkan oleh:Bahagian Pendidikan Kesihatan Kementerian Kesihatan Malaysia www.infosihat.gov.my • www.myhealth.gov.myBUT. 13,KKM (CETAK/PTB) 238/2008, BM/BI 70, 000 KEMENTERIANKESIHATAN MALAYSIAThe Smoker sBodyTubuh SeorangPerokokHair lossKeguguran rambutCataractsKatarakCancer (nose)Kanser (hidung)WrinklingKulit berkedutTooth decayPereputan gigiHearing lossPekakCancer (tongue)Kanser (lidah)Skin cancerKanser KulitEmphysemaEmfisemaOsteoporosisOsteoporosisCancer (lung)Kanser (paru-paru)Heart diseaseSakit jantungCancer (breast)Kanser (payu dara)PsoriasisPsoriasisCancer (kidney)Kanser (ginjal)Cancer (pancreas)Kanser (pankreas)Discoloured fingersKekuningan di jariStomach ulcersUlser PerutBuerger’s diseasePenyakit BuergerBuerger’s diseasePenyakit BuergerErectile DysfunctionMati PucukUterine cancerand miscarriageKanser uterusdan keguguranDeformed spermsKecacatan spermaErectile DysfunctionMati PucukBuerger’s diseasePenyakit BuergerPsoriasisPsoriasisBuerger’s diseasePenyakit Buergerr Smokers Body-20"30":Layout 1 12/22/08 9:36 PM Page 1Diterbitkan oleh:Bahagian Pendidikan Kesihatan Kementerian Kesihatan Malaysia www.infosihat.gov.my • www.myhealth.gov.myBUT. 13,KKM (CETAK/PTB) 238/2008, BM/BI 70, 000 KEMENTERIANKESIHATAN MALAYSIAThe Smoker sBodyTubuh SeorangPerokokHair lossKeguguran rambutCataractsKatarakCancer (nose)Kanser (hidung)WrinklingKulit berkedutTooth decayPereputan gigiHearing lossPekakCancer (tongue)Kanser (lidah)Skin cancerKanser KulitEmphysemaEmfisemaOsteoporosisOsteoporosisCancer (lung)Kanser (paru-paru)Heart diseaseSakit jantungCancer (breast)Kanser (payu dara)PsoriasisPsoriasisCancer (kidney)Kanser (ginjal)Cancer (pancreas)Kanser (pankreas)Discoloured fingersKekuningan di jariStomach ulcersUlser PerutBuerger’s diseasePenyakit BuergerBuerger’s diseasePenyakit BuergerErectile DysfunctionMati PucukUterine cancerand miscarriageKanser uterusdan keguguranDeformed spermsKecacatan spermaErectile DysfunctionMati PucukBuerger’s diseasePenyakit BuergerPsoriasisPsoriasisBuerger’s diseasePenyakit BuergerPoster Smokers Body-20"30":Layout 1 12/22/08 9:36 PM Page 1Diterbitkan oleh:Bahagian Pendidikan Kesihatan Kementerian Kesihatan Malaysia www.infosihat.gov.my • www.myhealth.gov.myBUT. 13,KKM (CETAK/PTB) 238/2008, BM/BI 70, 000 KEMENTERIANKESIHATAN MALAYSIAe Smoker sdyTubuh SeorangPerokokran rambutCataractsKataraknose)hidung)WrinklingKulit berkedutecayan gigiHearing lossPekaktongue)idah)Skin cancerKanser KulitemamaOsteoporosisOsteoporosislung)paru-paru)Heart diseaseSakit jantungbreast)payu dara)PsoriasisPsoriasiskidney)ginjal)Cancer (pancreas)Kanser (pankreas)ured fingersgan di jariStomach ulcersUlser Perut’s diseaset BuergerBuerger’s diseasePenyakit BuergerDysfunctioncukUterine cancerand miscarriageKanser uterusdan keguguraned spermsan spermaErectile DysfunctionMati Pucuk’s diseaset BuergerPsoriasisPsoriasisBuerger’s diseasePenyakit BuergerPEERS1144Kesan Ketagihan MerokokBegitu Rupanya!

p. 154

Kesan Bahaya Asap Rokok kepada Perokok Pasif• Perokok pasif ialah mereka yang tidak merokok tetapi terdedah kepada asap rokok sekurang-kurangnya 15 minit dalam masa dua hari untuk tempoh seminggu (WHO).• Asap rokok pasif ialah gabungan asap rokok aliran sisi (dari bahagian yang menyala) dan asap rokok aliran utama yang dihembus keluar oleh perokok.• Kajian menunjukkan perokok pasif mempunyai risiko 30% lebih tinggi untuk mendapat kanser paru-paru dan 25% lebih tinggi untuk mendapat sakit jantung.• Asap rokok pasif akan terkumpul lebih cepat di kawasan tempat kerja yang tertutup seperti di pejabat, hotel, restoran dan di dalam pengangkutan awam.3.1.3, 3.1.4(Sumber: www.prn.usm.my)(Sumber: www.infosihat.gov.my)145GlosariKesan Ketagihan AlkoholAnalisis dan bincangkan kesan penyalahgunaan bahan kepada individu berdasarkan gambar. WHO (World Health Organization) - Pertubuhan Kesihatan Sedunia ialah sebuah agensi khusus di bawah Bangsa-bangsa Bersatu (PBB) berkenaan dengan kesihatan awam antarabangsa.

p. 155

3.1.4Apakah tindakan yang perlu anda lakukan untuk menyampaikan maklumat kepada keluarga dan warga sekolah? Kumpulkan maklumat daripada pelbagai sumber seperti Internet, surat khabar, majalah dan risalah berkaitan bahaya dan kemahiran mengelakkan diri daripada pengaruh rokok, alkohol dan dadah.Gunting maklumat yang terdapat dalam bahan bercetak. Tampal maklumat tersebut dalam buku skrap mengikut kreativiti masing-masing.Bahan yang telah anda sediakan boleh juga dimuat naik dalam media sosial. Murid boleh menggunakan makmal komputer sekolah untuk menyebar luas maklumat ini.PEERS1146Langkah 3Langkah 2Langkah 1Sebarkan Maklumat, Semua Harus Tahu

p. 156

Berdasarkan situasi di bawah, namakan perlakuan negatif yang dilakukan dan nyatakan langkah-langkah mengatasi.147Perlakuan NegatifLangkah MengatasiLATIHAN PENGUKUHAN

p. 157

Emosi merupakan sesuatu perasaan atau jiwa yang kuat terbit daripada dalam diri seseorang. Emosi boleh melahirkan perasaan sayang, gembira, seronok, benci, takut dan cemburu. Emosi memberi kesan terhadap psikologi (mental). Murid yang memiliki emosi yang positif dapat mengawal perasaan dan tindakan kendiri, mempunyai daya ketahanan dalam pencapaian matlamat berfikiran positif dan mempunyai hubungan interpersonal yang baik. Tahukah anda jika kita selalu berfikiran positif, kita akan berasa gembira, hati akan berasa lebih tenang dan hidup lebih ceria.4.0PENGURUSAN MENTAL DAN EMOSI: PEMIKIRAN POSITIFStandard PembelajaranHebatnya, ayah! Kami bangga dengan ayah!Mengetahui maksud dan ciri-ciri pemikiran positif.Memahami faedah pemikiran positif dalam mengurus mental dan emosi.Mengaplikasikan cara mengurus pemikiran emosi dan tingkah laku dalam kehidupan harian.Menganalisis hubungan antara pemikiran, emosi dan tingkah laku dalam kehidupan harian.148

p. 158

Kita patut contohi semangat ayah. Jangan cepat berputus asa. 149

p. 159

Aktiviti4.1.1Pemikiran positif bermaksud kebolehan berfikir dan bertindak secara rasional dalam menghadapi sebarang situasi. Untuk memupuk pemikiran positif, langkah pertama adalah dengan berusaha mengamalkan pemikiran positif dalam kehidupan seharian.Jangkakan kejayaanUbah penampilan diriSaranan diri positifLakonkan watak orang cemerlangBerkawan dengan orang yang berjayaFokus kepada apa yang anda mahukanKejayaan silam pembakar semangatDapatkan model ikutanCiri-ciri Membina Sikap Positif(Sumber: Ciri-ciri Membina Sikap Positif. Dr. Tengku Asmadi bin Tengku Mohamad, Ph.D (2009)) Pemikiran NegatifApabila anda berkata:Maksud ayat di atas sama tetapi menunjukkan pemikiran yang berbeza. Bincangkan.Pemikiran PositifMengubah ucapan anda seperti berikut:Mulai hari ini saya tidak akan malas lagi.Mulai hari ini saya akan menjadi seorang yang rajin.Saya tidak mahu bermain-main di dalam kelas lagi.Saya akan tumpukan perhatian di dalam kelas.Saya tidak mahu melawan cakap guru lagi.Saya akan ikut cakap guru.Mulai tahun ini saya tidak mahu lewat ke sekolah lagi.Mulai tahun ini saya hadir awal ke sekolah.Dalami ilmu kecemerlanganSoal diri dengan soalan positifPemikiran Positif150

p. 160

Nadi Ilmu4.1.1, 4.1.2Pemikiran positif adalah kemahiran yang perlu dikuasai oleh murid-murid untuk mengurus mental dan emosi dalam kehidupan seharian ke arah hidup yang lebih berjaya. Jom jadi positif! SituasiPemikiran NegatifPemikiran PositifFaedah Pemikiran Positif•Pada setiap hari Selasa, anda telah ditugaskan untuk membantu rakan anda yang lemah dalam mata pelajaran Matematik.•Mengapakah saya yang dipilih?•Saya ada hal lain yang lebih penting.•Letihnya buat aktiviti kecergasan.•Kalau saya berlatih bersungguh-sungguh, belum tentu dapat mencapai tahap kecergasan yang baik.•Tak guna! Apa salah saya?•Dia tidak patut buat saya begini.•Tidak mengapa. Saya akan berusaha.•Setiap hari saya akan berlatih dan membuat latihan aktiviti kecergasan. •Aktiviti kecergasan fizikal menjamin tubuh badan yang sihat dan cergas.•Latihan yang berterusan akan menghasilkan kejayaan.•Setiap individu saling memerlukan antara satu sama lain.•Persahabatan amat penting dalam kehidupan seharian.•Sudah tentu saya akan lebih memahami mata pelajaran Matematik apabila saya menerangkan dan mengajarnya kepada orang lain.•Pengetahuan dalam mata pelajaran Matematik akan lebih mantap.•Membantu orang lain ialah perkara murni yang amat digalakkan.•Sahabat karib anda tidak memberi perhatian apabila anda cuba berbual dengannya pagi ini.•Sahabat saya ada masalah. Saya harus siasat apa masalahnya dan cuba memberikan pertolongan.•Anda lemah dalam aktiviti kecergasan fizikal.Dengan memiliki emosi yang baik, murid akan:•Berupaya mengawal dan menguasai fikiran, perasaan dan tingkah laku.•Berfikiran positif terhadap diri sendiri dan mempunyai hubungan baik dengan orang lain.•Dapat menyelesaikan masalah secara sistematik•Mempunyai kesedaran dan kawalan diri yang baik.Sentiasa Positif!151

p. 161

4.1.3, 4.1.4Berdasarkan situasi di bawah, murid-murid diminta menganalisis hubungan antara pemikiran, emosi dan tingkah laku Jayalingam. Murid diminta memberi idea cara untuk membantu Jayalingam dalam mengurus pemikiran, emosi dan tingkah laku supaya lebih positif dan berjaya.Ayah dan ibu Jayalingam mengalami masalah kewangan dalam perniagaan. Ayah Jayalingam juga terpaksa membiayai kos rawatan sakit jantung ibunya. Ekoran masalah ini, Jayalingam mengalami tekanan emosi yang berat. Dia menjadi seorang pemarah dan suka bergaduh dengan rakan-rakan sekolah. Dia juga suka mencuri duit dan barang rakan-rakannya. Akhirnya, Jayalingam dikenakan tindakan disiplin dan digantung sekolah.Tindakan WajarPEERS152

p. 162

1.Murid-murid telah menghadiri program Bina Insan anjuran pihak sekolah. Murid-murid diminta menganalisis pemikiran positif yang diterapkan dalam program tersebut. Dapatan murid dipersembahkan dalam bentuk peta pemikiran.2.Lengkapkan peta pemikiran di bawah dan kemudian bincangkan.Bina situasi berdasarkan pemikiran tersebutPemikiran TergangguEmosi TergangguPemikiran NegatifCara Menangani3.Bagaimanakah murid-murid berfikiran positif dalam situasi di bawah.Shidah selalu rasa rendah diri dalam keluarganya kerana tidak sepandai kakaknya. Mental dan emosi Shidah terganggu. Shidah bertuah kerana mempunyai seorang nenek yang selalu mendengar rintihannya. Nenek selalu berpesan, “Shidah, kebijaksanaan seseorang itu berbeza. Shidah budak yang bijak.” Apakah nasihat anda kepada Shidah?Mei Hwa sedang duduk termenung di dalam biliknya. Fikirannya terganggu kerana ibu bapanya memaksa Mei Hwa memasuki sekolah berasrama penuh. Mei Hwa ingin tinggal di rumah dan bersekolah di sekolah yang berhampiran rumahnya. Apakah yang harus dia lakukan? StresSiapa lebih bijak?LATIHAN PENGUKUHAN153

p. 163

Perkahwinan merupakan satu ikatan sah yang menghalalkan hubungan antara lelaki dan perempuan. Perkahwinan merupakan satu detik indah dalam kehidupan manusia. Antara faedah perkahwinan ialah dapat membentuk sebuah institusi kekeluargaan. Semua agama menggalakkan perkahwinan bagi mengelakkan terjadinya perbuatan yang tidak bermoral seperti seks bebas.Menilai peranan individu dalam keluarga nukleus, keluarga kembangan (extended) atau keluarga tunggal.5.0KEKELUARGAAN: PERKAHWINANStandard PembelajaranMengetahui tujuan perkahwinan. Mengaplikasikan cara menyesuaikan diri sekiranya berlaku perubahan dalam struktur keluarga.154

p. 164

155

p. 165

Diari KeluargaKu5.1.1, 5.1.2Salasilah KeluargakuKeluargaNukleusKeluargaTunggalKeluarga KembanganKeluarga nukleus adalah keluarga yang terdiri daripada ibu bapa, anak kandung atau anak angkat dan tinggal serumah. Keluarga ini juga terdiri daripada seorang suami, seorang isteri dan seorang anak.Keluarga tunggal terjadi jika (ibu atau bapa) tidak tinggal bersama akibat daripada penceraian atau kematian.Setiap daripada anda mungkin datang daripada keluarga nukleus, keluarga kembangan atau keluarga tunggal. Terdapat pelbagai ragam dan perwatakan ahli dalam keluarga. Walaupun terdapat pelbagai ragam, anda mempunyai peranan dan tanggungjawab terhadap keluarga. Apakah peranan sebagai seorang anak? Bincangkan di dalam kelas.Keluarga kembangan ialah beberapa keluarga nukleus yang tinggal serumah. Selain itu keluarga ini terdiri daripada seorang suami, seorang isteri, anak, ibu bapa dan adik- beradik.Nyatakan perubahan yang mungkin berlaku dalam struktur keluarga dan bincangkan cara seseorang individu menyesuaikan diri terhadap perubahan tersebut?• Minta murid-murid menyatakan tujuan perkahwinan dalam mewujudkan keluarga bahagia.• Minta murid-murid berkongsi pengalaman peranan individu yang dimainkan dalam keluarga nukleus atau tunggal dan keluarga kembangan.Tujuan PerkahwinanPerkahwinan ialah upacara yang membolehkan seseorang lelaki dan seorang perempuan tinggal bersama untuk jangka masa yang lama dan mempunyai anak. Perkahwinan disahkan melalui undang-undang atau peraturan. Perkahwinan akan membentuk keluarga baharu dalam masyarakat. Perkahwinan akan mengesahkan ayah kepada anak yang dilahirkan oleh seseorang wanita. Perkahwinan dapat mewujudkan pertalian antara keluarga lelaki dan perempuan.AktivitiPEERS1156

p. 166

Ah Lek berasa sedih setelah kematian ibu bapanya. Dia memberontak kerana terpaksa tinggal bersama dengan datuk dan nenek serta ibu saudara dan bapa saudaranya. Suatu hari, Ah Lek ditangkap polis kerana berada di pusat permainan video pada waktu persekolahan. Apakah peranan ahli keluarga untuk membantu Ah Lek mengelakkan diri daripada terlibat dalam gejala sosial yang lebih serius?1.Nyatakan kepentingan sokongan keluarga dalam menangani masalah emosi dan gejala sosial.2.Bincangkan peranan individu dalam keluarga nukleus, keluarga kembangan atau keluarga tunggal. 5.1.3Atuk, nenek, maafkan saya. Saya berjanji akan menjadi seorang cucu yang baik.Ah Lek,rajin-rajin belajar, ya. Ingat janji dengan mendiang ibu kamu.Baik, mak cik saya janji.Mulai hari itu, Ah Lek sedar yang keluarga sangat menyayanginya. Dia memberikan tumpuan sepenuhnya pada pelajaran. Sepupu-sepupunya banyak membimbing dan membantu Ah Lek dalam pelajaran.Ah Lek berjaya menjadi pelajar cemerlang. Kejayaan ini disebabkan dia dapat menangani masalah emosi.Nilai Kasih Sayang Terhadap Keluarga157

p. 167

Anda telah dilantik sebagai ketua dalam menghasilkan penanda buku sempena Program Sayangi Keluarga. Anda diminta menulis kata-kata semangat untuk menangani emosi dan gejala sosial bagi menyesuaikan diri dengan perubahan struktur keluarga.Alat dan bahan:Kertas warnaKertas A4Pen penandaGunting Gam Langkah-langkah:1. Gunting kertas dengan saiz 15 cm x 15 cm. 2. Lipat kertas seperti dalam gambar 1.3. Lipat sekali lagi. Rujuk gambar 2.4. Gunting separuh bulatan seperti dalam gambar dan lukis bahagian muka dan sesungut.5. Guntingkan.6. Lukis mata dengan menggunakan kertas A4 warna putih dan guntingkan. Kemudian, lukis tompok-tompok pada badan “kumbang”.7. Tuliskan kata-kata semangat yang sesuai.8. Murid juga boleh mereka cipta penanda buku mengikut kreativiti sendiri.AktivitiPEERS158

p. 168

1.Hasilkan sebuah folio salasilah keluarga anda. Pamerkan dan bincangkan salasilah keluarga di dalam kelas. Kaitkan dengan jenis-jenis keluarga yang telah dipelajari.Datuk( )Ibu( )Abang( )Kakak( )Bapa saudara( )Sepupu lelaki( )Ibu saudara( )Sepupu perempuan( )Nenek( )Ayah( )Saya( )Adik( )2.Cipta satu puisi yang sesuai untuk dihadiahkan kepada ibu, bapa atau ahli keluarga anda. Deklamasikan puisi anda di hadapan kelas.3.Ibu atau bapa anda terlantar sakit di rumah dan memerlukan pertolongan ahli keluarga untuk menguruskan dirinya. Secara berkumpulan, sediakan satu senarai semak berkaitan dengan tugas yang perlu dilakukan untuk membantu mereka sepanjang hari.LATIHAN PENGUKUHAN159

p. 169

Komunikasi terbahagi kepada dua jenis, iaitu lisan dan bukan lisan. Komunikasi lisan merupakan percakapan untuk menyampaikan maklumat kepada penerima. Komunikasi bukan lisan adalah berdasarkan tingkah laku. Perhubungan interpersonal dapat membantu untuk memahami perlakuan setiap individu berkomunikasi. Berdasarkan situasi gambar, nyatakan komunikasi yang berlaku. Lakukan sumbang saran di dalam kelas.(Sumber: INTAN, 2000)KomunikasiLisanProses komunikasi yang menggunakan percakapan untuk menyampaikan maklumat kepada penerimaBukanLisanTingkah Laku• Pergerakan badan• IntonasiFizikal• Susun atur bilik murid• Kelengkapan dan perhiasan bilik belajar murid1606.0PERHUBUNGANStandard PembelajaranMengetahui cara berkomunikasi secara lisan dan bukan lisan.Memahami perhubungan interpersonal dalam kalangan ahli keluarga, rakan, guru dan jiran.Mengaplikasikan kemahiran berkomunikasi secara berkesan iaitu mendengar dengan teliti, mengekalkan eye-contact serta meluahkan perasaanideadanfikiran.Menilai kepentingan berkomunikasi secara berkesan dalam kalangan ahli keluarga, rakan, guru dan jiran.

p. 170

161

p. 171

162PEERS1Aktiviti6.1.1, 6.1.2, 6.1.4Interpersonal merujuk kepada kemahiran berinteraksi dengan individu lain atau sekumpulan individu seperti ahli keluarga, rakan, guru dan jiran. Ia melibatkan kemahiran komunikasi secara lisan dan bukan lisan.Perhubungan interpersonal melibatkan penyampaian dan penerimaan mesej antara dua atau lebih individu. Ini melibatkan semua aspek komunikasi, seperti mendengar secara aktif, pembujukan, penegasan, komunikasi bukan verbal dan sebagainya terhadap ahli keluarga, rakan, guru dan jiran. Hubungan interpersonal dapat membantu anda untuk memahami perlakuan bagaimana dan kenapa individu manusia berkomunikasi dalam cara yang berbeza untuk membina perhubungan antara ahli keluarga, rakan, guru dan jiran. Kemahiran asertif ialah kemahiran menolak sesuatu ajakan secara tegas tetapi berhemah. sesuai digunakan sebagai contoh menggunakan kaedah asertif untuk menolak sesuatu dengan cara baik.• Murid diminta membincangkan kepentingan perhubungan interpersonal dalam kalangan ahli keluarga rakan, guru dan jiran. • Murid juga perlu menilai kepentingan berkomunikasi secara berkesan dalam kalangan ahli keluarga, rakan, guru dan jiran.Perhubunganlisan ialah ketika dalam proses pengajaran dan pembelajaran.

p. 172

163Nadi IlmuTema - Jiran• Tolong-menolong• Ambilberat• Bertegursapa• AkrabTema - Guru• Hormat• Penyayang• Berhatimulia• SanggupberkorbanTema - Rakan• Tolong-menolong• Toleransi• Ambilberat• Bekerjasama6.1.3, 6.1.4Tip Komunikasi Berkesan ABCDEFG:• A-Accurate (Tepat)Maklumat atau mesej mestilah betul, tepat dan boleh dipercayai.• B-Brief (Ringkas)Maklumat yang hendak disampaikan mestilah ringkas, padat dan difahami oleh audiens.• CClear (Jelas)Gunakan suara, perkataan, alat, gambar dan contoh yang jelas.• D-Direct (Secara Langsung)Maklumat yang ingin disampaikanmestilah mempunyai ciri tepat (direct to the point) dan tidak berbelit-belit.• E-Easy (Mudah)Kaedah penyampaian maklumat mestilah mudah dan tidak mengelirukan.• F-Fast (Lancar)Penyampaian maklumat mestilah lancar, tidak tersekat-sekat daripada segi tutur kata dan bahasa.• G-Good Taste(SedapDidengar)Penyampaian maklumat mestilah menggunakan bahasa yang baik, sopan dan sedap didengar.Elakkanmengutukdanmemperbodoh audiens.Arahan:1.Baca gerak bibir, pembaca dialog.2.Bandingkan komunikasi secara lisan dan bukan lisan dengan dialog asal.3.Kenal pasti jenis komunikasi berlaku dalam kalangan ahli kumpulan.Tema - Keluarga• Kasih sayang• Tanggungjawab• Prihatin• Saling menghormatiPermainan Si Bisu dan Si Pekak

p. 173

164PEERS1Kepentingan Kemahiran Komunikasi Sebagaimanusia,kitatidakdapatketegangan dalam perhubungan berkesan antara ahli keluarga, rakan, guru dan jiran. Beberapa masalah yang sering berlaku dalam komunikasi berkesan dan perhubunganinterpersonalialah:• Konflik,pertembungandanpertentanganantaraduaorangyangberbeza.• Mengendalikan rungutan dan aduan. • Mengendalikan kemarahan orang. • Mengendalikan orang yang bersikap autokratik. • Mengendalikan orang yang menikam dari belakang. • Mengendalikan orang yang sentiasa mencari salah orang lain. Oleh itu, kita perlu bijak mengendalikan masalah yang timbul dalam komunikasi berkesan dan perhubungan interpersonal.6.1.4Saya dan rakan-rakan sering bekerja dalam satu pasukan untuk menyiapkan tugasan. Kami sentiasa berbincang dan membuat keputusan bersama.Saya suka membantu guru dan rakan-rakan. Saya bekerjasama dalam menjayakan projek sekolah seperti program membina blog mata pelajaran. Kerjasama erat ini dapat merapatkan hubungan dengan guru dan rakan-rakan.Bagaimanakah murid dapat menilai dan menghubungkaitkan kepentingan kemahiran komunikasi berkesan dengan perhubungan interpersonal dalam kalangan ahli keluarga, rakan dan jiran?Penyelesaian Masalah Melalui Komunikasi Berkesan

p. 174

165KeluargaRakanGuruJiran1.Komunikasi secara berkesan dalam kalangan ahli keluarga, rakan, guru dan jiran meningkatkan interpersonal dan merupakan sebahagian daripada kehidupan.Analisiskepentingankomunikasiterhadapkeluarga,rakan,gurudan jiran. Kepentingan Komunikasi2.Sediakansatuvideopendekselamasatuminityangdapatmemaparkan:• Situasi komunikasi dalam kalangan ahli keluarga, rakan, guru dan jiran• Kemahiran berkomunikasi secara berkesan iaitu mendengar dengan teliti, mengekalkan eye-contactsertameluahkanperasaan,ideadanfikiran.• Bahan-bahan untuk video boleh diperoleh secara lakonan atau situasi harian. 3.Berikan tajuk yang menarik kepada video anda. Bentangkan hasil karya ini di dalam kelas dan muat naik bahan ini dalam blog sekolah.LATIHAN PENGUKUHAN

p. 175

166Masalah jerawat berlaku apabila kulit muka remaja mula berminyak. Fenomena ini berkait rapat dengan kehadiran hormon pada paras yang tinggi dalam darah.Keadaan jerawat menjadi teruk apabila kebersihan kulit muka tidak dijaga. Selain jerawat, remaja juga berhadapan dengan masalah senggugut semasa haid. Lebih daripada 60% remaja perempuan mengalami senggugut primer. Satu dalam 10 wanita mengalami kesakitan yang teruk sehingga mengganggu aktiviti seharian dan menjadi sebab utama remaja tidak pergi ke sekolah. Wanita berisiko mendapat penyakit kanser serviks yang merupakan antara punca kematian. Pangkal rahim merupakan saluran yang menyambungkan antara bahagian faraj dan juga rahim. Di sinilah permulaan sel kanser sebelum ia makin merebak ke bahagian serviks. 7.0PENYAKIT:JERAWAT, SENGGUGUT, KANSER SERVIKSStandard PembelajaranSENGGUGUTKANSERSERVIKSJERAWATMengetahui masalah jerawat, senggugut dan kanser serviks.Memahami langkah-langkah pencegahan kanser serviks.Menilai langkah-langkah pencegahan yang boleh diambil untuk mengurangkan masalah jerawat dan senggugut.

p. 176

167Jerawat yang keluar adalah seperti tanda kecil berwarna merah. Sebelum jerawat terjadi, bintik hitam atau putih akan keluar di sekitar hidung. Pada fasa ini, jerawat akan semakin tumbuh dan semakin membesar.Pada fasa ini, dinding vagina kelihatan normal.Berlaku keradangan di permukaan vagina yang boleh menyebabkan pendarahan apabila berlaku sentuhan yang berulang.Kanser serviks merebak di tisu yang berdekatan dan mewujudkan kapilari baru yang tidak normal. Dalam masa empat hari pendarahan, berlakunya senggugut. Senggugut terjadi apabila dinding rahim menguncup dengan kuat.Munculnya gumpalan atau nodul bersamaan dengan pustules yang di dalamnya mengandungi nanah, sel kulit mati, dan infeksi bakteria. Fasa 1Fasa 2Fasa 2Fasa 3Fasa 3Wanita memiliki dua ovari untuk menyimpan sekitar 200 000 hingga 400 000 folikel atau sel telur yang belum matang. Biasanya, hanya satu atau beberapa sel telur yang tumbuh setiap kali menstruasi dan sekitar hari ke-14.Fasa 1Fasa 1Fasa 2Fasa 3Pada fasa ini, dinding rahim akan mengalami keruntuhan dan keluar melalui vagina dalam bentuk darah dengan kadar kepekatan yang berbeza-beza.

p. 177

Sempena Kempen Hidup Sihat peringkat sekolah, telah diadakan satu forum yang bertajuk “Peranan Remaja dalam Mencegah dan Mengurangkan Risiko Jerawat dalam Kehidupan Seharian”. Pengerusi:Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh dan selamat sejahtera. Sebelum saya meneruskan forum pada pagi ini, saya ingin perkenalkan ketiga-tiga panel. Di sebelah kanan saya, Profesor Chin Ming, Pensyarah Kanan Fakulti Sains Kesihatan, UiTM. Cikgu Jayanthi A/P Lingam, Guru Cemerlang Pendidikan Kesihatan SMK Sri Laksana dan Dr. Fatimah binti Aripin, Pakar Perubatan Hospital Besar Benut. Baiklah, Dr. Fatimah, boleh terangkan maksud dan jenis jerawat secara umum?Dr. Fatimah:Jerawat adalah radang kelenjar sebaceous yang mengandungi nanah pada bahagian kulit. Kewujudan jerawat ini berpunca daripada infeksi bakteria khususnya bakteria propionibacterium. Penjagaan kebersihan muka perlu bagi mengelakkan daripada jerawat. Masyarakat selalu mengatakan jerawat ini disebabkan oleh makanan berminyak seperti kacang atau coklat dan juga disebabkan oleh resdung adalah satu mitos.Untuk pengetahuan jerawat terdiri daripada tiga jenis iaitu bintik putih atau bintik hitam (comedones), bonjol merah yang bernanah atau tidak, dan bintil (nodul) dan pembentukan cista (berair) yang mungkin mengakibatkan parut.Pengerusi:Pada pandangan Prof. Chin, bagaimanakah cara untuk mengatasi masalah jerawat? Forum-Remaja Sihat, Keluarga Bahagia168PEERS1

p. 178

Prof. Chin:Murid boleh menghindari atau mengawal jerawat dengan kerap mencuci muka sekurang-kurangnya dua kali sehari menggunakan pencuci muka yang lembut. Elakkan diri daripada menggunakan kosmetik yang berasaskan minyak. Pilih kosmetik yang non-comedogenis. Amalkan pemakanan yang sihat kerana makanan boleh memberi kesan kepada kulit anda. Ambil lebih banyak sayur-sayuran dan buah-buahan. Lebihkan minum air masak dan bersenam untuk membaiki perjalanan darah dan nutrien ke kulit. Kurangkan tekanan dan amalkan teknik relaksasi.Pengerusi:Pada pandangan Pn. Jayanthi bagaimanakah seorang remaja yang menguruskan masalah jerawat dalam kehidupan seharian?Pn. Jayanthi:Jerawat ringan boleh dirawat menggunakan ubat yang boleh dibeli dari farmasi. Pada lazimnya adalah memadai untuk menggunakan ubat seperti Benzoyl peroxide (krim atau gel) pada waktu malam atau dua kali sehari dan sulfur dalam losen calamine. Jika jerawat bertambah teruk, anda perlu berjumpa dengan doktor. Doktor akan memberi pelbagai jenis krim seperti Retinoids, Azelaic Acid atau antibiotik (Clindamycin).Pengerusi: Semoga ilmu berkaitan masalah jerawat dapat memberikan kita pendedahan dan bagaimana cara mengatasinya. Terima kasih kepada panel sekalian kerana sudi berkongsi ilmu di dalam forum ini. 7.1.1, 7.1.2, 7.1.3Nyatakan cara-cara mengurus diri serta langkah pencegahan apabila mengalami masalah jerawat, senggugut dan kanser serviks. Persembahkan dalam bentuk peta pemikiran. (Sumber: www.lppkn.gov.my/index.php/ms/perkhidmatan-kesihatanreproduktif/99-pvhpv)Suntikan Human Papillomavirus (HPV)Imbas Saya169

p. 179

7.1.3Senggugut ialah kesakitan yang dialami di bahagian bawah perut semasa didatangi haid. Terdapat dua jenis senggugut iaitu primer dan sekunder. Remaja perempuan biasanya mengalami senggugut primer, akibat penguncupan dinding rahim yang kuat. Biasanya berlaku selepas 6 hingga 12 bulan selepas akil baligh apabila kitaran ovulasi bermula. Senggugut sekunder berlaku disebabkan oleh berlakunya patologi di pelvis dan rahim. Senggugut biasanya berlaku dalam kalangan wanita berusia tetapi masih di datangi haid.Proses penguncupan dinding rahim bagi mengeluarkan ketulan darah haid yang bercampur dengan sedikit tisu daripada selaput endometrium menyebabkan senggugut. Darah ini perlu dikeluarkan melalui saluran pangkal rahim. Kebiasaannya, dinding rahim remaja masih sempit dan menyebabkan berlakunya penguncupan dinding rahim yang amat kuat.Maksud SenggugutPunca SenggugutLangkah Mengatasi SenggugutElakkan pengambilan diet yang tinggi lemak tidak tepuAmalkan pengambilan vitamin-vitamin tertentuElakkan pengambilan minuman berkafein, coklat, teh dan berkarbonatElakkan pengambilan minuman beralkoholElakkan pengambilan garam berlebihanAmalkan senaman rutinLebihkan pengambilan karbohidrat yang mengandungi serat yang tinggiBijak Mengurus, Diri Terurus170PEERS1

p. 180

Punca Kanser serviks1.Murid diminta untuk membuat jadual kitaran haid sendiri. Murid lelaki boleh mendapatkan maklumat kitaran haid daripada ahli keluarga mereka.2.Murid diminta membuat risalah berkaitan cara mencegah atau mengurangkan masalah jerawat, senggugut dan kanser serviks.LATIHAN PENGUKUHANApa Itu Kanser Serviks?Kanser pangkal rahim turut dikenali sebagai kanser serviks. Pangkal rahim merupakan saluran yang menyambungkan antara bahagian faraj dan juga rahim. Di sinilah permulaan sel kanser sebelum ia semakin merebak ke kawasan yang lebih dalam. Kelainan sel yang terdapat di pangkal rahim menunjukkan satu petunjuk kepada penyakit kanser pangkal rahim.Kanser ServiksSquamous cell carcinomaSquamous cell carcinoma adalah barah pangkal rahim sering berlaku. Ianya bermula dari dalam sel skuamus atau kulit seperti sel di pangkal rahim.AdenocarcinomaAdenocarcinoma adalah jenis barah pangkal rahim yang jarang berlaku. Ia bermula dari dalam sel glandular. Selain itu, barah pangkal rahim boleh dibahagikan kepada microinvasive dan invasive.Bertukar pasangan kelaminFaktor genetikJerawat atau ketuat pada penisTabiat merokok dan meminum minuman beralkoholMelakukan persetubuhan pada usia mudaLangkah-langkahPencegahan• Amalkan gaya hidup yang sihat termasuk aktiviti sosial, pemakanan, aktiviti seharian dan elakkan daripada menghampiri faktor-faktor penyebab berlakunya kanser. Amalkan gaya hidup sihat.• Sekiranya anda mempunyai latar sejarah yang mempunyai kanser, anda wajib untuk membuat ujian pap smear dan CT scan. Kanser ServiksJenis Kanser Pangkal Rahim171

p. 181

172Perbuatan membuli, dibuli dan gengsterisme merupakan salah satu perbuatan yang harus dielakkan. Perbuatan ini memberi implikasi yang sangat besar terhadap emosi murid dan keselamatan di sekolah. Oleh itu, murid perlu pandai menjaga keselamatan diri dan berkemahiran kecekapan psikososial dalam kehidupan harian untuk menghindari perbuatan ini.Menilai kesan membuli dan dibuli terhadap diri dan keluarga.8.0KESELAMATANStandard PembelajaranMengetahui maksud membuli, dibuli dan gengsterisme.Memahami faktor-faktor penyebab perbuatan membuli, dibuli dan gengsterisme.Mengaplikasikan kemahiran berkata TIDAK dan mengelak diri daripada membuli, dibuli dan gengsterisme.

p. 182

173Hutang kita masih belum selesai…Apa salah saya?

p. 183

Baca petikan di bawah dan bincangkan.Sekiranya terjadi serangan suatu pihak di mana penyerang lebih berkuasa dan mangsa tidak melawan untuk membalas atau tidak ada reaksi untuk membalas semula, ini dinamakan buli. Kategori buli iaitu secara verbal dan fizikal.1.Secara verbal- Mengejek, mempersendakan, mencemuh.2.Secara fizikal-Menolak, mengugut, mengajak untuk bergaduh, memukul dan mencederakan murid lain. Gengsterisme bermaksud kegiatan gengster atau kumpulan kongsi gelap dalam suatu kegiatan jenayah. Faktor penyebab perbuatan membuli, dibuli dan gengsterisme:•Bagi menunjukkan kuasa.•Bagi kepuasan diri dan memenuhi kehendak sendiri. •Pengaruh rakan sebaya.•Pengaruh media massa.8.1.1, 8.1.2, 8.1.3Keseronokan seorang murid perempuan tingkatan satu terpilih memasuki sebuah sekolah berasrama penuh di Machang tidak lama, apabila dia menjadi mangsa buli murid senior. Kejadian yang menimpa murid itu berlaku semasa program suai kenal di sekolah tersebut, menyebabkan remaja berkenaan trauma dan enggan ke sekolah. Mangsa juga kini sakit leher, bengkak di dahi, lebam di beberapa bahagian badan serta sakit tekak sehingga terpaksa mendapatkan rawatan di hospital. Doktor yang merawat mangsa buli ini menyatakan bahawa mangsa terpaksa dipakaikan penyokong leher untuk mengelakkan kecederaan yang dialaminya itu bertambah serius. Mangsa berkata, dia dan rakannya dipaksa oleh empat murid senior yang tidak terlibat dalam program suai kenal. Mereka meminta mangsa dan rakan-rakannya berlari dalam keadaan mata mereka ditutup dengan tudung. Dia yang ketakutan, mengikuti arahan itu dan berlari menyebabkan dia terlanggar sebatang tiang besi sehingga cedera di mukanya.“Empat murid senior itu tiba-tiba datang memegang tangan dan menyuruh saya berlari dalam keadaan membongkok dan mata ditutup. Semasa berlari saya terhantuk pada sebatang tiang dan terjatuh. Ketika itu, saya mula terasa sakit kepala dan pening,” katanya ketika ditemui selepas menerima rawatan di hospital. Seorang murid senior perempuan yang ditugaskan menjaga mereka kemudian datang dan memberikan bantuan.Ibu bapa mangsa telah memindahkan mangsa ke sekolah lain. Ibu mangsa berkata, “Tiada gunanya belajar di sekolah berasrama penuh, jika hati mereka tidak tenteram.” Ibu mangsa turut kesal kerana pihak sekolah tidak menghantar anaknya ke hospital untuk menerima rawatan meskipun kecederaan yang dialaminya serius. Dipetik dan diubah suai daripada Pakejan Maklumat: Buli dalam Kalangan Murid SekolahPerpustakaan Negara Malaysia, 13 Januari 20111.Mengapakah murid-murid perlu mengelakkan diri daripada membuli, dibuli dan gengsterisme?2.Jelaskan cara-cara untuk mengelakkan diri daripada dibuli.3.Ciptakan satu lirik lagu dan masukkan mesej berkaitan KATAKAN TIDAK kepada aktiviti membuli, dibuli dan gengsterisme. Nyanyikan lirik lagu itu secara berkumpulan. Buli di Sekolah174PEERS1

p. 184

8.1.4Dendam175Hutang kita masih belum selesai…Kau masih marahkan Hafiz?Tidaklah…Tapi menyampah tengok muka dia!Tak balik lagi mamat ni. Macam ni, aku ada peluang nakkenakan dia…HeheheHey, apalah ni?Ada basikaltapi tolak saja.Alamak basikal pancit pula! Adoi!!Hah, pancit?!!Jika ini terjadi kepada anda, apakah yang akan anda lakukan? Wajarkah tindakan itu? Bincangkan.Hari demi hari, rasa sakit hati Taufik makin menjadi-jadi. Kemarahannya semakin meluap-luap. Setiap kali ternampak kelibat Hafiz, rasa marahnya datang. Bagaikan ada seseorang yang membisikkan kepadanya untuk melakukan sesuatu pada Hafiz… Kalau difikirkan, bukannya besar sangat teguran Hafiz itu. Hafiz cuma menjalankan tugasnya sebagai pengawas. Salah dia, juga. Kenapa dia hendak berfesyen, buat gaya rambut ala model, untuk datang ke sekolah?

p. 185

Aktiviti8.1.3, 8.1.4Kumpulkan bahan berita yang berkaitan dengan masalah membuli, dibuli dan gengsterisme. Tampalkan maklumat tersebut dalam buku skrap. Pamerkan hasil kerja anda kepada rakan sekelas, akibat kesan membuli, dibuli dan gengsterisme terhadap diri dan keluarga.Contoh reka letak untuk tampalan dan susun atur bahan dalam buku skrap anda.Anda juga digalakkan menggunakan templatyang terdapat dalam laman sesawang secara percuma. Imbas SayaAkta Mahkamah Juvana 1947 (Akta 90)Analisis dan nyatakan perbezaan membuli, dibuli dan gengsterisme. Persembahkan dalam bentuk peta pemikiran.untuk membuat buku skrap yang menarik.176PEERS1

p. 186

Tuliskan tindakan yang boleh diambil dalam mencegah dan menghindari perbuatan membuli, dibuli dan gengsterisme.LATIHAN PENGUKUHAN177

p. 187

Menilai kepentingan pengambilan makronutrien dan mikronutrien mengikut keperluan.Standard PembelajaranUNIT2Pengambilan makanan sihat dan selamat berdasarkan makronutrien dan mikronutrien mengikut keperluan adalah amat penting. Selain itu, pemakanan sihat dan selamat dapat menangani obesiti dan mengurangkan berat badan.Tubuh badan memerlukan nutrien untuk pelbagai fungsi, seperti:• Tumbesarandanperkembanganbadan.• Keseimbanganseldantisu,pembekaltenagauntukmelakukanaktivitifizikal.Nutrien yang seimbang serta lengkap melalui amalan pemakanan sihat dan selamat membantu membina tubuh badan yang sihat. Nutrien terbahagi kepada dua jenis, iaitu makronutrien dan mikronutrien. Makronutrien terdiri daripada karbohidrat, protein serta lemak. Peranan utamanya adalah untuk membekalkan tenaga dalam kuantiti yang banyak. Mikronutrienpulaterdiridaripadamineralsertavitamin.Peranannyaadalahuntukmengawal fungsi tubuh badan. Memahami fungsi dan kepentingan makronutrien iaitu karbohidrat, protein serta lemak.Memahami fungsi dan kepentingan mikronutrien iaitu mineralsertavitamin.Menganalisis pemakanan yang sesuai berdasarkan makronutrien dan mikronutrien untuk menangani obesiti serta kurang berat badan.178

p. 188

179

p. 189

9.1.1, 9.1.2NutrienJumlah SajianFungsiBerlebihan (Pengambilan lebih daripada yang diperlukan tubuh)Kekurangan (Pengambilan kurang daripada yang diperlukan tubuh)Karbohidrat6–11Membekalkan tenaga yang diperlukan oleh tubuh• Gula dalam darah meningkat• Diabetes• Obesiti• Malnutrisi – Anorexia Nervosa dan Bulimia Nervosa• Kurus• Lesu, lemah, tidak ada tenaga• Gangguan metabolisme otak• KelaparanProtein2–3Membina sel tubuh badan• Gangguan ginjal• Beban kerja hati• Mudah sakit• Gangguan metabolisme tubuh• Busung laparLemakKadaryangsedikitMembantu pembinaan tulang• Obesiti• Kolesteroltinggi• Penyempitan pembuluh darah• Sakit jantung• Kekuranganvitaminyang larut dalam lemak(A,D,E,K)• Penurunan daya tahan tubuh• KurangtenagaMineral2–5Meningkatkan sistem pertahanan badan• Gangguan kerja organ• Cirit-birit• Muntah-muntah• Talasemia• Gangguan metabolisme tubuh• Kurangzatbesidisebabkan penurunan konsentrasi dan IQ• Mudah jatuh sakit• Hilang nafsu makan• Cirit-biritVitamin2–3Meningkatkan sistem pertahanan badan• Vitamin yang tidak larut dalam air atau larut dalam lemak boleh membebani hati• Berasa mual• Muntah• KelebihanvitaminAboleh mengakibatkan kekejangan• Vitamin A – Gangguan pada mata• Vitamin C – Sawan(Sumber: William, M.H., Anderson, D., and Rawson, E. (2012). Nutrition for health, fitness and sport. Boston: Mc-Graw Hill.)Amalan pemakanan sihat dan selamat perlu menekankan pengambilan makronutrien dan mikronutrien mengikut keperluan. Fahami kepentingan pengambilan makronutrien dan mikronutrien mengikut keperluan berdasarkan jadual di bawah:Fungsi dan Kepentingan Makronutrien dan MikronutrienPemakanan180

p. 190

9.1.3, 9.1.4Diet ini disediakan berdasarkan makronutrien dan mikronutrien untuk murid yang mengalami obesiti dan kurang berat badan.• Susu atau milo• Emping jagung• Nasi / roti• Ikan / ayam / keju / tauhu• Salad / kentang/ sayur• Buah-buahan tinggi kalori seperti pisang, mangga, kurma dan jambu batu• Nasi / pasta / mi/ bijirin• Keju/ikan/ayam• Jeli atau ais krim• Buah-buahan tinggi kalori seperti pisang, mangga, kurma dan jambu batu• Sayur-sayuran• Susu / sirap bandung• Campurankacang(30g)• Roti bakar dengan madu• Keju/kentang• Roti / gandum• Buah hijau• Roti dengan mentega / keju• Telur dadar / kacang merah• SoyaSarapan6:30 pagi - 8:30 pagiSarapan pagi amat penting. Ia perlu diambil untuk membantu menambah dan membekalkan tenaga sebelum memulakan rutin harian. Murid perlu mengambil sarapan pagi bagi membantu proses pembelajaran di dalam kelas.Makan tengah hari membantu membekalkan tenaga, kerana kita memerlukan tenaga yang banyakuntukmelakukanaktivitiharian.Elakkan pengambilan makanan yang tinggi lemak, gula dan garam.Makan malam perlu seimbang dan mengandungi protein, karbohidrat kompleks dan lemak tidak tepu.Amalkan pengambilan makanan yang rendah lemak dan elakkan minum kopi dan minuman tenaga.Minum pagi disarankan mengambil snek ringan. Pemilihan snek yang sihat terdiri daripada makanan yang rendah kalori tetapi tinggi kandungan nutrien.Minum Pagi10:00 pagi - 10:30 pagiMakan Tengah Hari12:00 tengah hari - 2:00 petangMinum Petang4:00 petang - 5:30 petangMakan Malam6:00 petang - 8:30 malamMakronutrien terdiri daripada karbohidrat, protein serta lemak. Peranan utamanya adalah untuk membekalkan tenaga dalam kuantiti yang banyak. Murid-muriddapatmelakukanaktiviti-aktivitifizikalharian dengan cergas.Mikronutrien pula terdiri daripada mineral serta vitamin.Peranannyaadalahuntukmengawalfungsitubuh badan. Badan kita memerlukan mikronutrien dalam kadar yang sedikit.Kurangberatbadan adalah keadaan yang berpunca daripadakekuranganzatmakanansepertivitamin,mineral, protein, karbohidrat, lemak dan serat dalam pemakananseseorangindividu.Kurangberatbadanmerujuk kepada seseorang yang mempunyai berat badan yang kurang daripada sepatutnya berdasarkan umur, berat dan ketinggian.Nadi IlmuOh, My Diet!181

p. 191

Saya sedih, kawan-kawan ejek saya gemuk. Saya bingung.Pagi Sabtu yang sungguh nyaman. Seawal 7:00 pagi, Aina dan Ain sudah keluar ke taman untuk berjoging.“Kalauawaktidakkisah,sayamahutolongawak.” “Tolong?Bagaimana?”“Saya ada tip pemakanan untuk awak. Tapi, saya tak boleh janji awak akan langsing dan dapat pinggangramping…”“Oh, awak hendak jadi perunding pemakananlah,”usikAin.“Hihihi… Boleh, tapi, saya jamin awak akan sihat!Insya-Allah,”balasAina.Mengapa awak nampak sedih, Ain?PertandinganCefKreatif:Sediakan menu yang bersesuaian untuk menangani obesiti. Ikut tip dalam buku ini. Memang berkesan. Syaratnya, mesti lakukan dengan konsisten. Insya-Allah.Wah, buku pemakanan yang seimbang! Terima kasih, ibu.9.1.3, 9.1.4Sila baca petikan di bawah.Imbas SayaMalnutrisiSahabatku SayangApa yang perlu aku lakukan untuk membantu Ain? Lebih baik aku bertanya pada ibu.PemakananAktiviti182

p. 192

1.Secara berkumpulan, sediakan empat menu makan tengah hari sempena HariKantinSekolah.Hasilkanmenuyangmenarikdaripadasajianmakananpelbagai kaum untuk gerai keusahawanan anda. Tampalkan gambar menu makanan yang dipromosikan berbentuk ala carte.2.Tuliskan kesan jangka pendek dan kesan jangka panjang amalan pemakanan tidak sihat dan tidak selamat.Gerai Makanan Sihat dan SelamatMenu 1Ayam GolekRM10.80Menu 2Udang MentegaRM15.00Menu 3Ikan TerutupRM12.60Menu 4Daging BerladaRM10.80Setiap set dihidangkan bersama-sama dengan nasi putih, sayur, buah-buahan dan minuman.Kesan Jangka PendekKesan Jangka PanjangLATIHAN PENGUKUHANAla carte bermaksud hidangan masakan yang tersenarai pada menu yang boleh dipilih secara berasingan mengikut kesukaan pelanggan pada harga yang telah ditetapkan.Glosari183

p. 193

Menilai tindakan yang diambil semasa melaksanakan prosedur D.R.A.B.C.Standard PembelajaranUNIT3Mengetahui prinsip dan prosedur D.R.A.B.C.Mengaplikasikan prinsip dan prosedur D.R.A.B.C. Pertolongan cemas ialah bantuan permulaan yang diberikan kepada individu yang tercedera sementara menanti ketibaan ambulans, doktor atau pakar perubatan. Kecederaan boleh terjadi akibat kemalangan atau kesakitan yang datang secara mengejut.184

p. 194

185

p. 195

Lawatan pelajar sekolah ke Persatuan Bulan Sabit Merah Malaysia, Kuala Lumpur. Murid-murid sedang didemonstrasikan berbagai-bagai jenis latihan bantu mula yang melibatkan komponen D.R.A.B.C dengan penggunaan model atau resusitasi anne khusus untuk murid sekolah dengan pengawasan guru.Kaitkan gambar-gambar tersebut dengan prinsip dan prosedur bantuan kecemasan. D.R.A.B.C. 123Resusitasi - Kaedah memulihkan seseorang yang hampir maut secara tiba-tiba seperti lemas atau serangan jantung.Bantu Mula D.R.A.B.CGlosariPertolongan Cemas318610.1.1

p. 196

45Sila imbas di sini10.1.1, 10.1.2187

p. 197

Ayah, Ayah! Tolong, Johan lemas!Arif, dapatkan bantuan! Telefon ambulans segera!Tolong!Tolong!Berdasarkan situasi di bawah, apakah tindakan anda? Jangan Panik!Pertolongan Cemas318810.1.1, 10.1.2

p. 198

Arif:Terima kasih ayah, sebab bantu selamatkan Johan.Ayah:Itu sudah menjadi tanggungjawab kita untuk membantu orang yang sedang dalam kesusahan seperti Johan tadi.Arif:Boleh Arif tahu, apakah prinsip pertolongan cemas yang dilakukan oleh ayah tadi?Ayah:Boleh. Prinsip itu dinamakan prinsip D.R.A.B.C. Arif:D.R.A.B.C.?Ayah:D.R.A.B.C. singkatan bagi Bahaya (Danger), Reaksi (Response), Saluran Udara (Airways), Pernafasan (Breathing) dan Peredaran Darah (Circulation).14523Berdasarkan garis masa di bawah, fahami prosedur D.R.A.B.C. yang telah dilakukan oleh ayah Arif ke atas Johan.Setengah jam selepas kejadian.18910.1.1, 10.1.2, 10.1.3

p. 199

GlosariPada keesokan hari, Arif dan ayahnya melawat Johan di hospital.Johan: Terima kasih, Arif dan pak cik kerana telah menyelamatkan saya.Arif:Sama-sama, Johan. Itu sudah menjadi tanggungjawab kami untuk memberikan bantuan.Ayah:Johan, selepas ini pastikan ambil langkah-langkah keselamatan sebelum terjadi kemalangan.Johan:Baiklah, pak cik. Saya terlalu gembira sehingga tidak sedar saya mandi sendirian. Saya juga terlupa untuk menggunakan pelampung.Arif:Baguslah jika kamu sudah sedar, Johan.Johan:Terima kasih, Arif dan pak cik.Berpandukan pelbagai sumber di Internet, hasilkan satu buku skrap menunjukkan prosedur D.R.A.B.C. Pamerkan di dalam kelas.Talian Kecemasan:Ambulans: 999Polis: 999Bomba: 999Prinsip D.R.A.B.C.• Bahaya (Danger) - Alihkan mangsa daripada bahaya dan bawa ke tempat yang selamat.• Reaksi (Response) - Panggil mangsa atau kejutkan masa jika dilihat tiada reaksi daripada mangsa.• Saluran Udara (Airways) - Dongakkan kepala dengan mengangkat dagu mangsa bagi membuka saluran penafasan.• Pernafasan (Breathing) - Pastikan pernafasan berlaku pada mangsa dengan teknik melihat, merasa dan mendengar pernafasan mangsa.• Peredaran Darah (Circulation) - Periksa denyutan nadi mangsa di bahagian arteri karotid(leher). Jika nadinya berdenyut, teruskan proses bantuan pernafasan dengan kadar satu hembusan setiap lima saat (12 kali hembusan seminit). Jika mangsa tidak bernafas, berikan bantuan pernafasan (resusitasi). Jika nadinya berdenyut dan mangsa bernafas, pastikan kedudukannya stabil. Bantuan pernafasan perlu dilakukan sehingga mangsa boleh bernafas semula atau sehingga pasukan paramedik tiba.Arteri Karotid - Arteri utama yang membekalkan darah ke kepala dan leher.Pertolongan Cemas3190Nadi IlmuCelik Siber

p. 200

189Nomborkan dan suaikan gambar dengan penyataan ayat mengikut prosedur D.R.A.B.C. yang betul. Bawa mangsa ke tempat selamat.Periksa mangsa, dapatkan gerak balas dan tanya soalan kepada mangsa.Periksa dan pastikan saluran pernafasan mangsa tiada bendasing.Lihat pergerakan pada dada mangsa bagi memastikan berlakunya pernafasan. Periksa denyutan nadi mangsa di bahagian arteri karotid (leher). Jika nadinya berdenyut, teruskan proses bantuan pernafasan.LATIHAN PENGUKUHAN

p. 201

192Bouchard, C., Blair, S. N. & Haskell, W. (2012). Physical Activity and Health 2nd Edition. Champaign Illinois: Human Kinetics.Corbin, C. B. & Masurier, G. C. (2014). Fitness for Life 6th Edition with Web Resources-ClothChampaign Illinois: Human KineticsHahn, D. (2012). Shot Put and Discus Drills. Colorado Springs. CO: Create Space Independent Publishing Platform.Hoeger, W. W. K. & Hoeger, S. A. (2015). Principles and Labs for Physical Fitness 10th EditionBoston: Cengage Learning.Kementerian Kesihatan Malaysia. (2013). Modul Latihan Saringan dan Intervensi Pencegahan dan Pengurangan Kemudaratan Alkohol:Panduan untuk sukarelawan di Komuniditi. Putrajaya: Cawangan Penyakit Tidak Berjangkit (NCD).Kok, M. L, Lim, S. G, Teng Siew Lian. (2014). Pergerakan Asas. Cheras: Oxford Fajar Sdn.Bhd.KPWKM, (2015). Pelan Tindakan Perlindungan Kanak-kanak Dalam Dunia SiberPutrajaya: Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga & Masyarakat.Lee, R. (2009). The Ultimate High Jump Manual. San Francisco, CA: Maveron LLC.Lydum, M. & American Sport Education Program. (2008). Coaching Youth Track and FieldChampaign, IL: Human Kinetics.Stanbrough, M. (2015). Track & Field Games. Emporia, KS: Roho Publishing.USA Track & Field. (2014). Track & Field Coaching Essentials: USA Track & Field Level 1 Coach Education Manual. Champaign, IL: Human Kinetics.Wilma Shakespear. (2006). Bola Jaring: Meniti Kejayaan. Kuala Lumpur: Utusan Publications & Distributors. Senarai Rujukan

p. 202

193Aalligator swamp 94, 95aras bahu 42 aras dada 42, 43atas 2, 4, 7, 8, 18, 27, 58Bback-drop 4badminton 64, 72, 74 bawah 4, 5, 26, 59, 71bola jaring 14, 42, 44, 46, 48bola sepak 22, 23, 28, 30, 32 bola tampar 52, 53, 57, 58 bukan lokomotor 13, 4, 15, 17DD.R.A.B.C. 184, 186, 189, 190 daya tahan kardiovaskular 123daya tahan otot 104, 105, 110, 111, 115 dodge 48Ffitt 105fleksibiliti 104frisbee 98, 100, 110front-drop 5, 10Ggaya Fosbury Flop 84gaya Parry O’Brien 87gaya tanpa visual 82gaya visual 83gerak kaki 44, 45 Giant Finger 94, 95, 97gimnastik 2grapevine 3Hhadapan 4, 32, 33, 42, 48, 49, 53, 60, 71, 80, 98, 99, 11, 117hands and knees-drop 5, 8, 10hantaran 24, 27, 42, 43, 44, 101, 102Iimbangan 2 Indeks Jisim Badan 121, 123Jjangkauan melunjur 113, 121, 122, 123 joget 16, 17 junam 72, 73, 74, 78Kkadar nadi latihan 106, 107kadar nadi maksimum 106, 108kadar nadi rehat 106, 107kategori jaring 51, 64kategori serangan 21, 34kedua-dua belah kaki 44, 45, 113kekuatan otot 104, 115, 116, 122 kelajuan 48, 84, 85, 86 keluarga kembangan 156 ketangkasan 36, 48 kilas 66, 68, 99komposisi tubuh badan 118, 120 konsep pergerakan 12, 13, 17, 22koordinasi 2, 42, 60, 99 kreatif 14, 15, 20kelecek 36, 37 Indeks

p. 203

INDEKS194Llambung 26, 27, 28, 59 langkah lurus 12, 13, 14lantun 42layangan 2, 6, 7, 67, 68, 70 leret 24, 25lipatan kulit 118, 119, 120lompatan 6, 8, 60 Mmaju undur 16makronutrien 178, 180, 181 masa 102, 105 menanduk 28 mengacah 30, 48mengadang 48, 62mengumpan 56menjaga gawang 36menjaring 22, 32, 46, 47 menjaring gol 22, 29menyangga 54, 56merejam 60, 66mikronutrien 178, 180, 190 Ppendek 66pengukuran 118, 119 penilaian 10 perkahwinan 154, 155, 157 pike 6, 8, 10pivot 44pukulan 64, 66, 68, 70, 72, 74 putaran 7, 8, 1, 16, 105 Rragam kunang-kunang mabuk 17 reproduktif 126 rutin 8, 10, 123, 181 Ssatu setengah langkah 47Schottische 14, 15seat-drop 4, 9, 10sebelah kaki 44servis 52, 58, 66sisi 4, 32, 117, 120, 145smesy 74Spider-Web 94straddle 6, 8, 10Sumazau 16, 18Ttakel 32, 33tema 14, 15 terancang setempat 17tinggi 78, 123, 166, 180trampolin 2, 5, 6, 8tuck 6, 8, 10Uujian 121, 122

p. 204

Dengan ini SAYA BERJANJI akan menjaga buku inidengan baik dan bertanggungjawab atas kehilangannyaserta mengembalikannya kepada pihak sekolah padatarikh yang ditetapkan.Skim Pinjaman Buku TeksSekolah Nombor Perolehan: Tarikh Penerimaan: BUKU INI TIDAK BOLEH DIJUALTahun Tingkatan Nama PenerimaTarikh Terima